Posted by: aminuddin | 17/12/2010

Kenapa dengan Sahabat saya ini?

Sepanjang yang saya kenal Dr Yusri (mantan Presiden Abim), beliau seorang yang sangat berhemah, lemah lembut, humble, mudah tersenyum dan komited dengan perjuangan islam. Selepas beliau tidak menjadi Presiden Abim, beliau kini bergiat dalam Yayasan As Sofa (kalau tak silap). Pernah juga saya terlibat bersama-sama beliau dan beberapa NGO lain dalam memperjuangkan isu kritianisasi (kes Lina Joy). Dalam erti kata lain Dr Yusri seorang yang boleh saya katakan layak menjadi seorang pemimpin.

Namun apabila membaca kenyataan beliau  tentang DS Anwar Ibrahim dan fahaman pluralist yang di bawanya sangat mengejutkan saya. Saya tidak menyangka seorang bekas Presiden Abim boleh mengkritik salah seorangbekas  pemimpin Abim lain yang begitu tersohor.Bukan itu saja, yang di kritik itu pulak terkenal sebagai seorang pejuang islam dan di iktiraf leh Prof Dr Yusuf Qardawi.

Selama saya mengenali Dr Yusri, beliau bukanlah seorang yang begitu lantang membidas orang lain. Selalunya ia dilakukan dengan penuh hikmah. Tetapi  sekali ini saya lihat beliau begitu lantang sekali.

Ia benar2 sesuatu yang di luar dugaan. Mesti ada sesuatu yang besar yang ingin beliau ketengahkan yang umat islam di negara ini tidak ketahui. Persoalannya; Adakah benar DSAI menyamakan islam dengan agama2 lain?

Cuba lihat komen beliau :-

“Saya kira tidak wajar dilafazkan, disebutkan di sini, it is a stark reality of our world that certain religious groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist outlook unfortunately. Kenapa diletak ‘unfortunately’ di situ ? Kenapa ‘unfortunately’, kerana itulah aqidah Islam, malah disesali bahawa kita perlu menafikan kebatilan agama lain”, kata Yusri.

Dr Yusri juga turut menyentuh satu lagi ucapan Anwar di Singapura pada 20 Mei 2008 yang meyebut; “To my mind, the eighth of March, 2008 is the metaphor for the birth of a new era where the mill stone of race and religion which had been our burden to bear for the last fifty years has finally been shattered”

“Kalau baca di sini, seolah-olah digambarkan, masa 50 tahun yang lepas, kita melalui satu zaman di mana agama dan bangsa ini merupakan sesuatu beban di atas bahu kita, yang telah pecah, hancur dan terlepas dari kekangan agama dan bangsa selepas tarikh pilihanraya 8 Mac 2008..macam mana tu, nak syarah kot mana tu?, kata Yusri lagi.


Responses

  1. Salam Akh,

    Ana tak tahu nak tuduh DSAI islam liberal ke tidak sebab kita kena buat kajian
    mendalam dalam hal ini.

    Seeloknya kawan baik DSAI seperti Dr Md Noor Manuty, Us Ahmad Awang atau
    Ustaz Ghani Shamsudin yang beri penjelasan.

    Kalau anta ada contact cuba dapatkan pengesahan mereka.

    W.A.

    • Ana kenal semua nama yg anta sebut tu dan biasa berjumpa dan berbincang. dgn mereka (kecuali Ust Ahmad Awang). Ana tak meletakkan apa2 pendirian cuma sekadar melahirkan rasa terkejut kerana kenyataan itu datang dari seorang mantan pemimpin Abim sendiri yang ana kenal juga.

      • Kena tabayyun juga sahabat anta ni….apa nak terkejutnya bila wahabi dan set2nya dibantai..incl ust asri….rasa2nya albanna takkan mengajar begini bila berdepan diversity…”sahabat anta” ni certainly dah keluar radar bila keluar abim….apa nak terkejut? dan knp nak quote him…we have our own principle on this kan? atau analisa tuan rasa ada something special about him and his view? well terpulanglah…

        Maaf ye saudara amin kalau ini komentar negatif…tp still nmpknya kena gitu…pasal blogging ni…bila letak sini…this is your pendirian…voicing up the stand (unless clearly stating that u are not with the other person’s view written here<—ada tulis begitu ke? x nmpk pun)…mana boleh kata:
        "Ana tak meletakkan apa2 pendirian cuma sekadar melahirkan rasa terkejut kerana kenyataan itu datang dari seorang mantan pemimpin Abim sendiri yang ana kenal juga."

  2. Salam syeikh..

    Tinggi sungguh gaya bahasa penulisan. Hampir terkeliru jika tak bersungguh nak memahamkan. Provokasi adakalanya mendebarkan dan acapkali membezakan antara mereka yang membaca dengan hati dan membaca dengan emosi.

    Teruskan penulisan kritis ya Syeikh.

    Salam juang
    A.K
    O.U.

    • Teruskan membaca dan hantarlah komen2 utk pencerahan idea.

  3. Salam,

    Selepas apa yang berlaku sekarang, saya setuju dengan tindakan Yusri.

    Selepas peristiwa ini DSAI melakukan;

    (1) Memanggil 100 pimpinan ABIM termasuk Yusri menjelaskan tentang isu
    islam liberal rasanya di Bangi/Kajang.
    (2) Melantik Dr Md Nor Manuty jadi Ketua Penerangan PKR
    (3) IKD yang diterajui Khalid Jaafar menganjurkan seminar Pemikiran Islam
    (Rasanya Dr Siddiq Fadil seorang pembentang) baru-baru ini.

    W.A.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: