Posted by: aminuddin | 19/12/2010

Mati Sebelum Ajal

Kita sering dengar kenyataan “agama itu semuanya sama, semuanya ingin kepada kebaikkan”

Sekali dengar memang tidak ada salahnya kenyataan ini kerana memang benar semua agama itu ingin kepada kebaikkan. Tetapi kalau kita lihat lebih berhati-hati kita akan dapati betapa salahnya kenyataan ini dan boleh menggugat kedudukan agama islam.

Walaupun di akhir ayat itu betul tetapi di awal ayat tersebut ia menyamakan kedudukan semua agama. Ertinya islam itu sama dengan kristian, islam itu sama dengan Budha dan yang seumpamanya. Ini satu kenyataan yang sangat halus yang dimainkan ke telinga dan perasaan umat islam sehingga ada yang melihat kenyataan yang mengatakan islam itu lebih tinggi kedudukannya dari agama lain sebagai kenyataan yang primitif, racis dan tidak toleren. Mereka juga melabel orang yang berkata demikian sebagai seorang yang ego atau arrogant.

Sebenarnya mereka tidak dapat membezakan antara arrogant dgn izzah (rasa mulia). Merasa mulia dgn islam bukan bermakna arrogant. Allah sendiri menyatakan bahawa umat islam itu lebih mulia/lebih baik dari orang lain.

Ada juga saya berjumpa seorang pemuda yang brgitu semangat berjuang untuk islam. Tetapi bila saya katakan kita kena jelaskan  pendirian kita terhadap islam kepada orang bukan islam, dia menarik nafas panjang sambil berkata; “tak boleh, kita kena jaga hati mereka.” Saya tergamam dan tak tahu apa maksud beliau “kena jaga hati”. Cuma dalam fikiran saya, kalau inilah tanggapan dan perasaan seorang yg memperjuangkan islam maka apakah mungkin perasaan kepada umat islam biasa yang lain ?

Bagi saya keadaan umat islam benar-benar kelam kabut. Tidak tahu mana yang kena tegas, mana yang kena toleran; dimana yang dikatakan perlu izzah dan dimana yang dikatakan arrogant.

Yang membimbangkan ialah dalam keadaan umat islam yang semakin lemah hari ini, jika siakp yang ditunjukkan oleh umat islam bersetuju dengan kenyataan awal saya di atas, umat islam lambat laun akan tidak lagi merasa mulia dengan agama ini. Agama akan hanya  sekadar terpampang dalam perlembagaan dan menjadi adat dalam majlis2 perkhawinan.

Inilah yang di ibaratkan oleh seorang tokoh pejuang islam terkemuka, Muhamad Ar Rasshid sebagai : Mati sebelum Ajalnya.

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: