Posted by: aminuddin | 03/01/2011

Menanti peristiwa hitam ke 3

Perkembangan politik yg ada di negara ini masih tidak menampakkan akan apa-apa perubahan. Sikap “winners-take-all” masih sangat menebal. Bermula dengan kemelut kerajaan Perak sehinggalah isu perlantikan SUK Selangor membayangkan betapa perubahan yang di idam2kan oleh rakyat mungkin akan tinggal igauan sahaja. Yang menang akan terus menguasai dan menindas yang kalah. Akhirnya yang akan menjadi mangsa adalah rakyat jelata. Rakyat menjadi keliru tentang matlamat perjuangan mereka; adakah untuk membawa keadilan dan kemakmuran atau hanya sekadar untuk mendapat kuasa supaya dengan  itu mereka boleh berbuat sesuka hati mereka sahaja.

Kalau masyarakat Barat sudah boleh menerima sikap kerjasama antara parti2 pemerintah dan pembangkang spt di Australia, di Britain, di Amerika, dan kini dikatakan mungkin juga di Sudan, maka apakah ia terlalu sukar bagi masyrakat Timur untuk menerimanya?

Ketika rakyat di bebankan dengan pelbagai kenaikkan harga, kesempitan hidup, masalah sosial yang berleluasa, kes2 pemubunuhan, rompakan, merempit, dadah dan sebagainya maka amat malang apabila dada2 akhbar dipenuhi berita2 pertelagahan parti2 politik. Tidak ada yang dapat di fikirkan melainkan semuanya kerana masing2 takut kehilangan kuasa yang dimiliki. Ini kerana katanya dengan kuasa itu mereka boleh memberikan kebaikkan kepada rakyat tetapi sehingga kini ia masih jauh untuk di rasai.

Kalau satu ketika dahulu zaman penjajahan mereka pernah bersatu untuk kemerdekaan, begitu juga ketika peristiwa hitam 1969 mereka juga boleh bersatu untuk menaikkan ekonomi bangsa, maka apakah munghkin negara ini perlukan satu lagi peristiwa besar yang mengorbankan nyawa rakyatnya maka baru parti2 politik bersatu?

Mungkin itu saja jawapannya…..untuk mencapai politik baru.

Aku menanti peristiwa hitam ke 3 !!!


Responses

  1. harapnya bukan tragedi yang bakal menggelapkan lagi graf sejarah Malaysia…

  2. yg jadi masalahnya kerana umno bn yg x mau laksanakan seperti yg allah dan rasulnya perintahkan. sbb umno ni sekular dasarnya. saya harap anda mestilah mengkaji kembali sejarah pas bergabung dgn umno dahulu adalah merupakan sejarah hitam yg x dapat dilupakan oleh para pimpinan pas hingga ke hari ini. memadailah sabda nabi yg berbunyi : umat islam x akn jatuh lubang kali kedua. cukuplah dgn apa yg berlaku dan ambillah iktibar daripada sejarah yg lalu. yg jadi kacau bilau di dalam kancah politik tanah air ni tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pemerintah x laksanakan apa yg allah dan rasulnya perintahkan. sbb itulah mereka buat sesuka hati mereka tanpa ambl kira mengenai dosa dan pahala. sbb mereka ini dsarnya adalah sekular iaitu politik suku agama suku. tok guru nik aziz dahulu ada pernah menyatakan bahawa sekiranya umno buat seperti yg diperintahkan oleh allah dan rasulnya, saya akan bubarkan pas. slagi mana umno x buat, pas x akan bergabung dgn umno smpai bila2 segai umno x tukar dasarnya yg sekular itu kpd islam yg tulen. lagi satu persoalan, apakah ISMA bantu pas didalam pilihanraya? apakah dgn hanya mengundi pas sahaja time pilihanra sedangkan klu x pilihanraya x bantu pas dlm buat amal2 islami? kenapa biarkan sahaja pas bersendirian buat kerja2 islam? sedangkan pas perlukan byk tenaga untuk menggerakkan gerakan islam ini. jadi, mengapa membazirkan tenaga yg ada dgn menubuhkan jemaah baru? baru2 ni plk ialah ikram. lpas ni apa plk lah kita x tau.

    • Bersatu bukan bermakna bergabung parti. Bersatu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Spt mazhab2 yg ada dalam islam, mereak berbeaza pendapat dalam banyak perkara tetapi bersatu juga dalam banyak perkara.

      Apa yg saya ingin utarakan kalau boleh parti2 org Melayu boleh ada “understanding” spt ini tanpa melihat kepentingan politik.

      Kalau sdr beranggapan bahawa sesiapa yg nak islam mesti bekerja dalam Pas, bermakna saudara seolah menidakkan bahawa islam sendiri ada mazhab2 yg berlainan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: