Posted by: aminuddin | 16/01/2011

Apa cerita sebenarnya?

Sehingga coretan ini di tulis, isu perlantikan SUK Selangor masih hangat di perkatakan. Pelbagai isu yg berkaitan juga turut menjadi tajuk2 utama akhbat spt isu perundangan, hubungan kerajaan negeri dan Raja, isu durhaka terhadap Sultan, isu meminda kembali kuasa Sultan yg telah di rampas semasa zaman pemerintahan Tun M dll.

Memang banyak yang harus di jelaskan. Namun kalau kita ketepikan semua perkara ini dan melihat kepada asbab sebenarnya ia berlaku, mungkin ia membawa perspektif yg berbeza.

Jika sekiranya SUK ini memang di pengaruhi oleh parti pemerintah dan kemasukkannya ke dalam kerajaan negeri kerana ada strategi utk “merampas” kerajaan negeri, maka itu sesuatu yang harus di tentang dan tidak di benarkan.

Tetapi jika kerana sifat tegas beliau terhadap perlakuan sesetengah YB bukan islam di dalam berinteraksi dengan rumah2 ibadah umat islam, maka beliau patut di sokong dan di beri pujian. Ini kerana tak ramai pemimpin islam yg berani bertegas dgn sikap bukan islam.

Kita tidak pasti apa cerita sebenarnya yg berlaku di belakang tabir.

 


Responses

  1. Mula2 artikel pertama yg ada menyinggung hal ni sy abaikan dan malas nak membaca apa yg tersirat dan berkomentar…tp ternyata mmg apa yg tersarat sebenarnya di benak diluahkan jua dlm artikel kedua…

    Mmg khusrin ni peribadi yg baik rasanya ye, hehe….smpkan saudara susah nak timbang sewajarnya dan mengeluarkan statement berbaur kontroversi lagi dlm mengangkat dia…

    Bagi saya…org yg nak mengaku daei berbiicara utk menunjukkan jalan yg cerah…bukannya menimbulkan kewas-wasan…berkata yg baik atau baik DIAM saje

    Hakikatnya, sistem federal skrg yg tidak adil & profesional dan pegawai melayu islam yg bobrok peninggalan sistem lama itu wujud ttp saudara tetap ingin minorkan dan sejajarkan dengan “sumbangan” khusrin sbg isu counter mengambarkan tahap analisa tuan yang mana ahli2 isma selalu berkata sesama mrk.. terima kasih atas pencerahan ini ya ….🙂

    Teruskanlah dengan khusnul dzon saudara ye…smpkan menghalang orang nak sebarkan Islam hatta bekas mufti pun dijulang sbg hero ummat Islam agaknya yer…

    Abdullah bin Ubay juga tampil depan orang sbg peribadi cantik…woiitt…sy tak cap sesiapa munafik tau…tp adakah saudara tetap nak berhusnul dzon dlm semua keadaan! (faham ke ni…risau sy, kalau mesej x sampai)

    Selamat la yer lead your public opinion di kalangan your circle…

    Selamat jalan…fi amanillah

    • Saya tak menilai kesemuanya melalui perspektif politk. Saya hanya menilai sbg rakyat biasa yg mahu kebaikan walau dari sesiapa.

      Saya juga menilai apa yg tersurat bukan yg tersirat. Niat itu terserah pd diri masing2.

    • Hurm…boleh faham la how naive we can be…adakah begitu sikap daei seharusnya? tiada kewaspadaan!

      So kesimpulan (one example) ban mufti dari berceramah…sebab dia takde tauliah daripada jab islam selangor (itu yg saudara nak tegakkan kan)…sy rasa isma buat ceramah di masjid uia masa ramadhan hari tu kena hambat juga tu…mana dia time tu yer? nak kena report ni…

      • Saya hanya bertanya, apa cerita sebenarnya? kerana saya tak tahu maklumat dalaman. Jadi saya bertanya supaya pendirian saya nanti akan betul.

        Tetapi ramai rakyat yang hanya dengar “hear-say” dan terus membuat pendirian.

  2. So kiranya artikel ini bukan utk memberi guidance apa2 la yer…sy ingat itu peranan seorang daei…memberi nilai tambah pada pemikiran ummat..

    cam sy pernah cakap:peranan blog ini ada maksudnya…apa lagi cara kita menulis…intonasi dan konatasi boleh diinterpretasi berbeza…dan tanggungjawab adalah penuh pada penulis akan hal membentuk persepsi…jgn cepat nak menuding orang lain cuai dalam pemahaman (ini ayat umum)

    kan senang cakap…”Ehh siapa2 tau tak apa cerita sebalik cerita SUK tu, bagitau sy yer” (letaklah p.s ke apa ke)

    So nak tanya? camne nak tau mana hearsay yer…sy punya statement hearsay ke? kalau semua hearsay…kan lebih baik takyah diwara-warakan ke umum melalui tulisan apa2…karang saham hearsay pun ada ke kita…seorang daei menyampaikan fakta ke umum (ini sy pernah dengar dlm satu perbincangan dalam membawa cara pemberitaan portal berita islam)…kita bukan malaysiakini, apalagi utusan!

    • Artikel itu saya tulis untuk mengajak masyarakat bertindak dengan fakta bukan atas kata2 orang lain. Saya juga tidak mencampurkan soal2 politik. Itu mesej saya. Adakah itu di kira salah dan tidak ada tambah nilai?

      Sebab itu saya mengambil pendekatan yg terbuka; jika dia di tentang kerana di gunakan parti pemerintah, itu saya sokong TETAPI kalau dia di tentang kerana ketegasan islamnya maka itu saya tidak setuju. Itu saja.

      • ye ke? kat mana usulan tu? sbb contoh yg saudara bawak pun bukan ke boleh dikategori sbg hearsay dan bukan fakta…tuan amin sendiri cakap “…kerana saya tak tahu maklumat dalaman…”

        Bagi sy kalau nak jadikan ur writing remotely dekat dgn niat yg dikatakan – to encourage cari fakta…takyahla nak jaja hearsay2 tu…

        Kalau nak jaja jugak…letaklah ulasan tambahan selepasnya yg menggambarkan niat dihati tu dan bukan sekadar: “Kita tidak pasti apa cerita sebenarnya yg berlaku di belakang tabir.”

        Maaf…my 2 cents opinion

      • seorang yang berprinsip akan terus mencerminkan prinsipnya selalu…kejap menghalang penyebaran islam pastu kejap menunjukkan “ketegasan islamnya”…hurm..pening saya nak berpaut dgn orang camtu..

      • Sorry…again…ayat get my point adalah utk semua…jgnlah rasa sy attack tuan amin pulak…blog ni kan dibaca umum

  3. Saudara amrar ada blog? atau organisasi yang saya boleh berpaut?

    • Huh??!! apa kena mengena dengan diskusi…saudara siddiq pasti ahli ISMA kan…

      • Huh??!! Apa agaknya persepsi Sedara Amrar kpd orang ISMA nih.. ?

      • Huh??? Begitulah si Amrar. Bila bapak Aminuddin menulis pasal isu politik & pakatan, PAS, Umno, DAP dll, ditanyanya si Amrar pasal pengalaman; ada pengalaman ke berurusan dgn pihak tak berprinsip Islam mcm pengalaman PAS berurusan dgn pelbagai pihak dll, pernah terlibat tak dlm politik ke dak. Mcm2 lagi ditanyanya.

        Bila si siddiq guna logik yg sama pada si Amrar yg sibuk mengomel dlm blog org, menyinis pasal organisasi org; tanya sikit aja hangpa ada pengalaman buat blog sendiri & kendali organisasi sendiri tak? Ditanya balik si Amrar – apa kena mengena dgn diskusi tak? Tuduh pula si siddiq tu ahli ISMA pulak.

        Kalau si Amrar bebas berdiskusi dan mengomel, org lain juga ada hak mengomel.

        Kalau si Amrar ada hak nak pertikai kredibiliti org atau organisasi lain atas sbb tak dak pengalaman. org lain pun ada hak nak pertikai kredibiliti si Amrar utk berbincang kalau hangpa pun tak da blog dan organisasi sendiri.

        He he, jangan melenting no. Takat tgk2 si Amrar pantang kena komen

      • takde apa2…sy akan menyokong pada kebenaran dan menyanggah kalau saudaranya menyimpang…itu shj..

        relaks bro…sy cuma khususkan komen tu pada siddiq yg sy rasa tak kena mengena argumentasi pada discussion…berdasarkan telahan sy…base on interaksi maya saya…ini firasat sy maksud tujuan siddiq berkomentar

        unless u have a clear pic apa maksud niat hati dia…so sy tunggu jawapan siddiq atau HambaNya…kalau sy salah dalam konklusi itu, maka sy akan minta maaf pada siddiq…dan boleh bagi emel utk kita berhubungan lanjut sambil TTS

        Knp nak garang2 ni??

      • dah tak boleh keluar ke komen saya?…byk kali hantar…virus kot

    • @cermin diri…

      “Huh??? Begitulah si Amrar. Bila bapak Aminuddin menulis pasal isu politik & pakatan, PAS, Umno, DAP dll, ditanyanya si Amrar pasal pengalaman; ada pengalaman ke berurusan dgn pihak tak berprinsip Islam mcm pengalaman PAS berurusan dgn pelbagai pihak dll, pernah terlibat tak dlm politik ke dak. Mcm2 lagi ditanyanya.” …salah ke tanya utk tahu kedudukan terbaru ISMA…knp perceive sy mcm mengkritik tak tentu pasal…and pleasela jgn berlebihan menambah apa yg sy tulis (apa? ..pernah terlibat politik2 ni)

      Kalau tengok…sy konsisten dlm berargumentasi pasal tajuk…sy tak reti menyimpang2…lawanlah hujah dengan hujah

      Kalau begini cara berinteraksi dgn masy…tak payahlah tuan amin kata “teruskan dgn analisa kritis” …baik kata dis blog is for ahli ISMA shj

      Takde blog, atau statement bukan bermakna prinsip sy tak boleh dibaca dan dibincangkan…atau mmg sy tak layak berkata2…ingat! nilai orang pada kata2nya dan bukan siapa dia..hatta budak kecil sekalipun..itu yg sy belajar….

      terus terang sy takde blog…sebab sy tak ingin apa yg saya kata mungkin memberi mesej salah…dlm erti kata tak reti menulis dgn baik laa…mmg sy tak pandai, lemah dalam penulisan…kalau takat nak buat blog keluarga cerita soksek2 takyah sy menyibukkan diri…so itu alasan saya..satu masalah ke utk memahami saya?

      Offcourse orang yg jelas tujuan hidupnya dan realistik gerakkerjanya akan berjuang secara berorganisasi tp terus terang sy katakan kata2 sy bukan mencerminkan organisasi saya…ini kata2 sy berdasarkan prinsip dan knowledge saya (yg mungkin dibentuk dgn interaksi sy dgn keliling/organisasi/etc), so takkan nak salahkan organisasi saya…tp blog ini kat tajuk atas tu ajer dah Aminuddin…SUA ISMA…kalau blog peribadi takdelah saya kaitkan…faham ke ni?

      p.s: sy tulis dlm keadaan bersahaja dan tidak melenting

      ——
      Part ni sy tulis dgn emosi

      Again…sy tetap dlm membawa flow diskusi…mmg ahli ISMA susah nak buat camtu ke? (base on cermin diri offensive manuover)

      Mmg blog ini utk membentuk pandangan ahli ISMA je ke tuan amin…sorryla menyibuk…kalau betul, sy undur diri

      —————

      • Bolg ini saya buat untuk mengutarakan pandangan saya hasil pengalaman, pembacaan, pergaulan, keterlibatan aktiviti dan concern terhadap apa yg berlaku di negara ini.

        Ia untuk di baca, di kritik, di bahas oleh sesiapa saja yg ada pandangan samada positif atau negatif. Idea saya boleh di terima atau di tolak. Cuma saya mengharapkan perbahasan di buat dalam bentuk hujjah yang baik bukan untuk menghina sesiapa.

        Saya juga mengalu-alukan pandangan yg kritis supaya kita dapat menjelaskan pandangan masing2. Ini amalan yg sangat baik.

        Nmaun saya juga tidak menyekat sesiapa yg nak meninggalkan blog ini. Kita negara demokrasi.

      • Hehe Amrar, terlalu banyak argumentasi, sampai lupa argumen sendiri. Cuba tengok argumen anda sendiri:

        “nak tanya ISMA ada bergabung dgn NGO bukan islam dlm memperjuang satu aspirasi yg adil tak? GERAK yg ada ISMA dulu2 pun keluar kan? ke time tu orang lain…sekarang lain…atau sbb GERAK pun dah bubar sekrang jadi benda lain…hehe…apa2 pun, my point is there

        Mcm topik….jangan paksa mereka sembahyang….apalagi kalau kita belum “sembahyang”…hehehe

        not saying PAS is perfect dan betul dlm countermeasurenya…tp mrk yg bercakap tu…lead by example juga laa…pendek kata, ada pengalaman baru boleh cerita maa”

        “ADA PENGALAMAN BARU BOLEH CERITA MAA” itu point anda. Nak kena ada pengalaman baru boleh cerita maa.

        Jangan paksa mereka sembahyang….apalagi kalau kita belum “sembahyang”. ini pun point anda, wahai tuan Amrar

        Sorry bro. Dah kena komen sikit, dah nak undur diri. Relaks lah bro. Kata blog ni tak terbuka pula, penulis blog pun tak halang apa2

        Cermin diri… cermin diri. Sorry ye bro. kadang2 kita tak perasan cara kita sendiri hingga ada sedara kita tolong cerminkan diri kita.

        kadang2 nak kena sinis baru tersedar. Alright bro, kosong2 ye.

      • Iya…mmg tak dinafikan sy tanyakan pengalaman…tp yg sy menyampah tu bila kata “pernah terlibat tak dlm politik ke dak” …bila pulak sy mention? dpt dr point GERAK ke?? it is not a political move? it is a social movement…alas juga setahu sy yg memimpin ISMA time tu orang lain…so that does not count as your pengalaman…ada masalah dgn argumen sy ke??? tak boleh ke sy sangkal dgn kata tiada pengalaman as a basis dlm diskusi…itu pasal laa wahai cermindiri saya letak “p.s:kalau saya salah dan ISMA mmg ada terlibat dlm gabungan lain di luar prinsip Islam…maafkan saya seribu kemaafan”..sebab kalau ada pengalaman, then sy salah

        Saya sendiri mengalah, kalau fakta saya salah dan mohon maaf….sy berniat jahat sgt dlm berargumentasi tu ke
        —————
        Tambahan:…saya menyokong menuju buku PAS baru Mujahid yg disangkal ulama muda PAS…bagi saya dia betul….sebab…dia ada PENGALAMAN berinteraksi dgn kelab penyokong PAS dan tahu realiti on the ground persepsi…itu my point of view..yg konsisten dan sy berpegang teguh dgn dasar ini

        Masih ingin mengatakan sy cuma tau nak bantai ISMA jer??? dan tak konsisten?
        ————————-

        Ehh pleaselaa…sy bukan jenis cepat terasa…sy kata nak undur sebab ada kata2 angkuh mengatakan: “Bila si siddiq guna logik yg sama pada si Amrar yg SIBUK mengomel dlm blog org,..” sy menyibuk, so sy offer diri undurlah dr blog tertutup ni (yg telah dinafikan oleh tuan amin bhw ia blog terbuka)…kalau cermin diri insist…kira ini my last presentation…kalau rasa tak perlu, nyatakan…sebab tuan amin mmg cakap lain…sedara pulak cakap lain…

      • He he manyak cantik lu Amrar. Bila olang lain kritik lu, lu jawab lu bukan mencerminkan organisasi lu.

        Tapi bila olang lain bagi komen dan ulasan, lu bakulkan semua tu jadi ahli ISMA woo. Lu jadi regitrar ISMA pula loo. Silap2 wa pun lu nak daftarkan jadi ahli ISMA. He he

        Apalah ada juga mcm ini olang dlm dunia ni

        Cermin diri…. cermin diri… lagi sekali kosong… kosong…. yek

      • Orang yg dikata…takde berespon pun…orang lain yg lebih

        Bagi sy, cermin diri bukan ahli ISMA…akhlak takde…

        Sy dgn ini, minta maaf pd siddiq jika kata2 sy dikira offensive pd beliau dan jika dia bukan ahli ISMA, sy mohon maaf pd ISMA…kalau blh bagi pencerahan knp tanya soalan tu lagi baiklah…

        ala kulli hal, sy takkan promo my side dgn hi-jack portal orang…this is my debate on the isu not promoting my organisation/blog/etc…mungkin susah nak nampak kot the whole isu of fungsi ruangan komentar ni bg sesetengah manusia on cara blogging ni

        kita 0-0 ya siddiq

      • Pohon permisi Pak Amin utk menulis lebih panjang kali ini. Pohon maaf juga kerana mengganggu blog Pak Amin. Tapi niat saya murni, ingin mengislah apa yang terdaya.

        Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam kerana nampaknya memberi sedikit taufiq kepada usahaku yang biadap ini. Telah nampak bibit positif daripada keceluparan aku ini. Ternampak sedikit kelembutan daripada adik Amrar.

        Alhamdulillah juga kerana telahan aku tentang adik Amrar agak benar; beliau seorang anggota harakah Islam yang cukup bagus, cepat sedar dan insaf, jujur dan berterus terang.

        Adik Amrar, izinkan aku berbahasakan adik, kerana aku kira Amrar jauh lebih muda daripadaku.

        Adik Amrar yang aku kenal melalui komentar2nya suatu ketika dahulu adalah seorang analitikal yang cukup bagus dan objektif. Namun dari sehari ke sehari corak ulasannya semakin kasar. Bahasanya sudah mula tidak sesuai apatah lagi untuk berbicara dengan seseorang yang rasanya jauh lebih tua dari adik Amrar seperti Pak Amin.

        Bahasanya hanya sesuai untuk berbicara dengan member atau teman rapat tapi bukan dengan seseorang yang kita kurang kenal apatah lagi mungkin lebih tua daripada kita. Sedar atau tidak, kata-kata sinis, ketawa2 yang seolah2 dibuat2 dan jika dibaca umum terasa seolah mempersendakan, diulang2 “faham tak point saya?” (yang seakan2 mengajar orang dan tok guru padahal manusia lebih suka dilayan sebagai sahabat bukan murid) dan lain-lain lagi.

        Jadi bagaimana aku mahu menyedarkan? Akhirnya aku berijtihad untuk bertindak menjadi cermin kepada adik Amrar. Ya, aku akan gunakan gaya yang sama, bahkan aku lebih2kan lagi untuk menyentak adik Amrar. Ya aku tak akan gunakan gaya air atau hembusan bayu (yang sejuk nyaman atau lembut mengusap) tapi bak kata Pak Syeikh Ahmad Rasyid, “besi hanya akan calar dengan besi”, “permata hanya akan pecah dengan permata”.

        Ya dik Amrar, adik adalah “permata” yang memiliki potensi besar, tapi perlu digilap dan dibimbing. Untuk menghasil permata bermutu perlu dicanai. Lambang kepada kesulitan dan keperitan prosesnya.

        Ya, gaya aku biadap hingga adik menghukum aku tak layak menjadi ahli ISMA (harapnya ISMA tak menghukum aku sedemikian juga jika aku memohon jadi ahli ya). Tapi itulah sedikit2 gaya atau metod adik Amrar ketika menulis. Aku cuma lakonkan kembali dengan sedikit dos tambahan yang aku lebih2kan. Aku hanyalah CERMIN DIRI.

        Jika adik Amrar kurang selesa dengan gaya sebegini, begitulah juga kebanyakan orang kecuali Pak Amin yang aku lihat steady aja dilayan demikian oleh adik Amrar.

        Sebagai peringatan untuk aku juga adik Amrar, Allah memerintahkan kita memberi nasihat yang baik, tetapi mengarahkan kita untuk berdebat dengan cara yang terbaik. Kalau nasihat hanya diperintahkan baik, berdebat disuruh secara paling baik.

        Get my point? (Ini gurauan ukhuwwah shj, ya dik)

        Apapun bravo buat adik Amrar krn jujur dan berani. Telahan aku rupanya benar alhamdulillah.

        Akhirnya astaghfirullah, aku pohon ampun atas keceluparan dan kebiadapan aku yang aku sengajakan dan bukannya perangai asal diriku. Tak pernah aku sebiadap begitu ya Allah. Amin.

      • Dont’ flatter yourself…cermin diri

        Apa2 pun TQ atas teguran yang mungkin tersangat benar…sy cuba!!!

        Ala kulli hal…abang membenarkan lagi persepsi sy terhadap gaya pemikiran sesetengah pengomen

        Tujuan sy tulis “get my point” tu bukan bermaksud penyombongan nak mengajar orang…tapi itulah hakikatnya bila berinteraksi dlm blog berkecenderungan isma ni…rata2 kita boleh nampak divertnya mrk and defensive tak tentu pasal dalam berhujah…

        Lastly apa jadi….sy kena jadi penerang semula apa yg ditulis….bossaaannnn…taknak benda sama berulanggg!!! This is not the first time n blog yg sy follow through tau utk keluarkan konklusi ini (dan bukan semata berlaku ke atas saya semata, tp commenter yg lain juga..sy nampak ni)

        amazingly..siapa orang2 yang bersifat begitu kita boleh nampak maksud dan tujuannya yg hakikatnya bukan nak berdebat dgn hujah (dibaca: baik)…corner sana corner sini…

        Tulisan ini takde emosi…kitalah yg cuba bagi…apa salahnya kita tak berlapik kalau nak bertegas…apa salahnya menyindir supaya orang tu faham (abang pun kata kadang2 nak kena sinis baru tersedar)…gaya SMS orang muda tak sama orang tua..tp itu bermakna takde kesopanan atau satu keperluan? asalkan takde mengarut yang mencarut sudahla…

        Purely saying…i am not affected by cara gaya anda bercakap…atau julat umur antara kita…tapi truly hurt dgn apa yg dikata tidak selari dgn perkara yg didiskusikan (kalau nak relatekan…tengok debat anwar dgn sabri…what the heck is the fella trying to say…bosaaannn dengar dia berdebat)…itu namanya nak attack personaliti dan bukan attack hujah

        Sy minta maaf tu kerana itu flow sy dlm dialog tersebut…kerana hakikatnya sy nak siddiq bagitau intentionnya..tp sy mulakan dgn kemaafan sy…

        Kalau rasa sy snobbish…maaf…ini cara sy…umar juga kasar w/pun sesama muslim yg blablabla….u shud stand the challenge of ur idea being challenged!

        Finally…sy berterima kasih atas teguran di perenggan yg awal selepas kata2 soksek2 tu…Tak perlu nak guna reverse phsy pun sy boleh terima (ada pengomen yg pernah cuba cakap hal itu dgn cara baik yg akhirnya sy tolak idea tu ke dlm mana2 thread??)…again sy cuba

        Be a man!

        p.s: sy berinteraksi dgn orang muda juga…generasi mrk berbeza..asalkan mrk tidak overboard, sy takkan cepat terasa…Boleh bagi quote sy yg dikira overboard pada tuan amin tak? Sy akan introspeksi diri dan perbaiki insyaallah…

  4. Salam Akhi Amin,

    Macamana saudara boleh kata Khusrin tegas menghalang YB Bukan Islam berinteraksi di masjid. Kat Hulu Selangor dia tak halang pun YB Kamalanathan.

    Boleh ana tanya, apa reference saudara sebab ana nampak anta berpotensi untuk jadi pengulas politik, kena baca daripada kedua-dua pihak

    Cuba rujuk semua Utusan, Harakah, maaysiakini, malaysia insider, agenda daily.

    W.A.

    • Ok nanti saya cari maklumat lagi.

    • Dah terang lagi bersuluh…..Ustaz Kama…Ustaz Kama

    • “Macamana saudara boleh kata Khusrin tegas menghalang YB Bukan Islam berinteraksi di masjid. Kat Hulu Selangor dia tak halang pun YB Kamalanathan.”

      Nazri, aduhai dangkalnya anda berfikir. kalau tanyakan kepada orang kampung pun mereka faham kenapa ustaz dari MIC-BN iaitu Kamal+Alan+Nathan boleh masuk masjid sedangkan YB dari Pakatan Rakyat tak boleh.

      Jangan tulis hal yang boleh menunjukkan anda berfikiran naif! aduhai…

  5. “Macamana saudara boleh kata Khusrin tegas menghalang YB Bukan Islam berinteraksi di masjid. Kat Hulu Selangor dia tak halang pun YB Kamalanathan.”

    Nazri, aduhai dangkalnya anda berfikir. kalau tanyakan kepada orang kampung pun mereka faham kenapa ustaz dari MIC-BN iaitu Kamal+Alan+Nathan boleh masuk masjid sedangkan YB dari Pakatan Rakyat tak boleh.

    Jangan tulis hal yang boleh menunjukkan anda berfikiran naif! aduhai…

    • Huh??? tak paham…tak paham…ni nak tegur nazri ke…nak menyindir ke (Kamal+Alan+Nathan)…ohhhooooo

      • aiseh..ana silap baca la amrar..hehehe..takpa2..kita clear balik..haha

  6. Salam Sufi Mustika,

    Memang tak faham.

    Adakah sebab YB PR perempuan.

    Kat Putrajaya ramai pelancong asing perempuan kafir masuk masjid Putajaya kan ?

    W.A.

    • Benar, ramai sekalinpelabcing asing yg dtg menjenguk msjd putrajaya, malahan masjid wilayah dan negara!

      Namun, mereka ini diwajibkan memakai jubah dan skarf utk masuk ke dalam masjid. Kalau di masjid jamek kl, jubah hendaklah dipakai sebelum masukke dalam perkarangan masjid.

      Nak kata di sini, bukan org Malaysia kena ikut peraturan, orang Malaysia x perlu?

      Dari satu sudut yang lain, isu yg tak perlu dipanjangkan. Kalau kita mampu menutup pintu kepada fitnah, mengapa tidak berbuat demikian? Boleh tahan utk berhujah, sampai nampak kepada tahap meleret.

      Ada kalanya orang jahil yang sombong, usah dilayan kerenahnya. Lebih baik memfokus kepada penjernihan suasana. manusia punya akal, mampu menilai tindak tanduk kita.

  7. Salam Iqbal,

    Terima Kasih atas perkongsian yang baik.

    W.A.

  8. Salam,

    Perkongsian yang menarik. Saya ada soalan. Bagaimana untuk melatih minda supaya cepat menganalisis? Saya tahu membaca itu senang tetapi dari mana datang kemahiran analisis.

    Saya ingin mengajak semua pemberi komen di sini supaya mempamerkan akhlak yang terbaik. Saya bimbang jika setinggi mana pun risalah dan kebenaran yang dibawa oleh platform kita masing-masing, akhirnya rakyat malaysia meninggalkan kita dan risalah yang kita ingin bawa kerana akhlak kita buruk.

    • Untuk menganalisa, saudara perlu banyak maklumat. Utk dapat maklumat saudara perlu banyak membaca dan bergaul serta berdiskusi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: