Posted by: aminuddin | 16/01/2011

Menanti Penjelasan

Saya ingin memetik komen dari Dr Dzulkefli tentang harapan pengundi Melayu di Selangor :

“Among some Malays, there is this enxiety bordering on fear that PAS is beholden to DAP and PKR. They are lookin for assurance that PAS can protect their Malay position they have experienced under UMNO. They also want assurances on the position of islam. They are asking if Pakatan will be able to guarantee these political, economic and religious priorities” The Star 16/1/2011.

Saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Dr Dzulkifli ini kerana inilah yang menjadi kerisauan bangsa Melayu Muslim sejak kebelakangan ini. Secara peribadi saya mengharapkan pimpinan parti islam ini dapat menjelaskan pendirian mereka terhadap perkara2 tersebut tanpa berselindung di sebalik DAP. PAS kena “stand-out” dan menunjukkan kemampuan dan kehebatan mereka yang tidak bergantug kepada mana2 pertolongan apatah lagi dari bukan islam.

Tetapi…..

Dalam masa yang sama ada lapuran lain tentang pengharaman orang islam bekerja di restoran2 minuman arak di Selangor yang telah di bawa usul oleh exco agama Selangor (orang PAS). Tujuannya adalah untuk menyelamatkan rakyat Melayu Muslim dari terjebak dalam perkara haram. Malangnya ini  telah ditentang sendiri oleh juga seorang YB PAS. Ini sangat memeningkan kepala rakyat. Apa sebenarnya pimpinan PAS hendak? Kemana arah tuju mereka? Kenapa perkara yg kecil seperti ini juga harus berbeza pendirian? Adakah kerana ada tekanan politik?

Rakyat Melayu Muslim menanti penjelasan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: