Posted by: aminuddin | 21/01/2011

Jangan paksa mereka sembahyang…

Saya banyak juga bergaul dgn remaja dan belia2 yg agak liar. Maksud saya mereka ni bukan saja tak sembahyang tetapi nak mengucappun susah. Tengok surau atau mesjid macam tengok tempat yg menakutkan. Kalau pergi mesjidpun hanya masa bulan ramadhan. Saya sengaja bergaul dengan mereka kerana saya nak tau apa masalah sebenarnya mereka ini menjauhi program2 islam. Kalaulah boleh saya simpulkan; semuanya bermula dari rumah ie emak ayah tak kisah, atau emak ayah ada masalah dll.

Al quran, hadith….emm jauh sekali nak dengar. Saya sengaja sesekali membaca hadith dan ayat al quran kepada mereka supaya saya hendak dia orang ni pernah dengar perkara tu semua sebelum menghembuskan nafas yg terakhir. Kadang2 saya rasa mungkin juga silap pendakwah yg jijik melihat mereka ni. Saya pernah suruh mereka sembahyang satu hari di bulan puasa selepas ifthar bersama2. Dari 20 orang yg hadir hanya 1 orang yg ikut cakap saya, yg lain hanya tersenyum sinis.

Nak paksa mereka sembahyang????? Hemm…alamatnya itulah hubungan saya yg terakhir dgn mereka. Hingga kini walaupun mereka masih susah utk berubah tetapi sekurang2nya kalau saya cakap tu mereka dengar juga. Sesekali saya di ziarahi.

Guru saya selalu mengingatkan saya, jika nak berdakwah pd orang maka kenalilah mereka dulu. Jangan tergesa2 nak suruh dia buat itu dan ini atau mengatakan yang ini halal dan yang itu haram, sedangkan dia mungkin nak mengucappun tak pandai. Jangan paksa orang yg jahil buat kebaikkan tetapi berdakwahlah dgn penuh hikmah. selepas itu bersabarlah, IA hidayah akan datang kpdnya.

Saya juga sering mendengar pihak islamĀ  paksa orang lain utk laksana islam dan ambil islam keseluruhannya, baru boleh bersama. Kita tahu orang lain tu tak berapa pandai tentang agama. Agama islam bukan asas perjuangan mereka. Dari segi ilmupun, mereka saya jangkakan sangat kurang. Dalam keadaan demikian jika kita paksa mereka maka sudah pasti mereka menolaknya. Tetapi jika kita ambil pendekatan mencari faktor PERSAMAAN bukan faktor PERBEZAAN, maka mungkin ruang utk berbincang itu akan terbuka luas. Ya saya setuju islam dan politik itu tak boleh di pisahkan tetapi tak semua perkara dlm islam itu boleh di politikkan.


Responses

  1. setuju…

  2. Salam Sheikh,

    Topik menarik dan penting.

    Kebangkitan islam tahun 80an perlu di momentumkan semula.

    Dari segi pendidikan lebih bagus sekarang daripada tahun 80an dulu.

    Nak salahkan mak bapak pun tak boleh juga sebab kebanyakkan mak bapak dah suruh.

    Ana dah lama perhati masalah ini.

    Jawapan ana sebab dikalangan orang islam ini banyak Mualim daripada Murabbi.

    Cuba tengok Saifulislam (Ustaz Hasrizal Jamil) berapa ramai pengikut dia daripada

    golongan muda , ramai Sheikh terlau ramai, antara Murrabi contoh.

    W.A.

  3. juga setuju…

    kadang2 org yg nk berdakwah sering terlupa golongan golongan ini..huhu..mereka lebih suka menyuruh kembali pada Islam…tp terlupa untuk memberikan jalannya..

    selain dicemuh dan dimaki..

    huhu..allahuallam

  4. betul2…mulakan dgn sentuhan aqidah dan bukannya sentuhan fiqiah

    sygnya cara dakwah di TV byk menunjuk dakwah kpd Allah dgn cara yg hentam keromo yg langsung tak membina skrip yg baik akan carakerja karakter pendakwah…beda dgn cerita indonesia islamik yg bermutu pak! hehe

  5. banyak faktor yg sebabkan remaja kita rosak dan jauh dari islam..dan sebab utama dari rumah juga.peranan ibu bapa sangat penting sehinggakan anak2 sebagai kain puith dan ibu bapa yg mencorakkan mereka utk menjadi apa.ibu bapa adalah murabbi yg paling hampir dan terawal mendampingi anak2.
    org melayu ada pepatah”kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya”
    apa yg perlu dikaji sejauh mana ibu bapa pada zaman ini memainkan peranan mentarbiyah anak2…apakah halangan2 yg menyebabkan ibu bapa tidak berjaya menjadi murabbi yg terbaik utk anak2…tugas sebagai ibu bapa sangat besar dan kerisauan mereka juga sangat tinggi
    lihat kerisauan Nabi Ibrahim terhadap dirinya dan keturunanya sampaikan berdoa kpd Allah dalam surah al-baqarah”wahai Tuhan kami,jadikanlah kami berdua(Nabi Ibrahim dan Ismail) dan zuriat2 kami org2 yg menyerah diri kepada MU…”
    Nabi juga tunjukkan contoh supaya mengajar dan tanamkan aqidah sejak peringkat kanak2 lagi..boleh lihat hadits Rasulullah mengajarkan ibnu Abbas tentang kekuasaan Allah ketika itu Ibnu Abbas seorang ghulam..jadi pda peringkat umur yg mcm ni siapakh yg paling hampir dngan ank2?

    mybe lepas mengetahui punca2 kelemahan tarbiyah di rumah baru lihat faktor yg lain..

    p/s:saya seorang bapa kepada dua org cahaya mata yg sangat risau dgn nasib anak2 sendiri yg bakal menjadi generasi akan datang..

    • Saya mendoakan anak saudara menjadi insan yg soleh.

  6. Baru2 ini bekas presiden PKS Tifatul Sembiring yg sekarang menteri media telah berjaya mengekang tayangan porno di blackberry smp berita ini masuk ke koran malaysia…tp agak2nya apa reaksi kementerian sini yer…

    Setuju dgn abuabdullah…ibubapa main peranan dlm pentarbiyah anak…tp biah juga tidak harus dilupakan…guru camne ajar dia, kwn camne dia kwn, tayangan apa dia tengok, bunyi apa dia dengar…kadang2 aspek ini dicuaikan walhal ia tidak kurang pentingnya dlm membentuk kendiri personaliti itu…

    Syg juga anak2 yg ditatang hebat ibubapa yg musleh, lastly tak jadi apa…takkan nak salah makbapak semata…ini pasti ujian Allah yg mana kerana suasana yg telah lari dr nilai islami…

    Apa2 pun, setuju, ibubapa perlu meningkat EQ, SQ, IQ dan Q2 lain…dlm menangani anak generasi teknologi kini…

    My point…kita kena lihat dua2 sisi…mungkin input sy ini dan input sy sblm ini melihat sisi kedua

    Wllhm

    • Tkasih atas pandangan yg baik

  7. Salam Amrar,

    Pendapat ana semua kena main peranan.

    Diri Sendiri, Ibu Bapa, Pemerintah.

    Semua ada share kalau dosa dilakukan seseorang, paling tinggi mestilah share
    diri sendiri.

    Macam pemerintah Indon Pak Tifhatul PKS tu ditarbiyah dengan bagus oleh Murabbi Pak Rahmat Abdullah.

    Jadi pentingnya kita memenangkan pemimpin macam Pak Tifhatul.

    Tapi rasanya dalam PR lagi banyak pemimpin macam Pak Tifhatul. BN kurang banyak.

    Macam Sultan Brunei dia tutup pintu maksiat di Brunei tak ada disco, pub tapi kalau rakyat dia buat dosa kat Labuan itu bukan tanggungjawab dia lagi.

    W.A.

  8. TQ…for the pandangan…

    Tp contoh Brunei tu mcm tak kena je jang….entahla….my gut feeling rasa mcm tak betul je…tp tak reti nak ulas lak

    Ada yg ada pandangan? tuan blog….

    Tengoklah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: