Posted by: aminuddin | 23/01/2011

Jangan paksa mereka sembahyang…..(2)

Saya ada menyertai gabungan NGO yang terdiri dari 17 NGO lain. Saya menjadi salah seorang komiti dan kami berbincang setiap bulan bersama. Walaupun kami sangat-sangat berbeza dari pendekatan dakwah, fikrah dan pelbagai aspek lagi tetapi kami semua sama dalam menangani isu murtad, converts, inter-faith dan yang seumpamanya. Banyak yang kami bincangkan dan banyak lagi yang kami perlu lakukan sehingga kami tak sempat untuk memikirkan perbezaan2 yang ujud.

Nah, jika itu kita sama-sama setuju dalam konteks dakwah dan NGO maka adakah mungkin kita juga boleh bersetuju jika ia juga bleh di laksanakan dalam politik?

Maksud saya, bila bercakap pasal PAS mahu berbincang dgn UMNO, maka adakah mungkin pihak PAS boleh paksa UMNO berubah serta merta? Jika kita letak syarat bahawa UMNO kena laksana islam keseluruhannya baru boleh bincang atau berpadu, sedangkan kita tahu itu sangat sukar utk dilakukan UMNO, maka adakah mungkin UMNO & PAS boleh berbincang?

Begitu juga UMNO pulak tidak boleh mintak PAS meleburkan prinsip islam semata2 untuk bersama dgn UMNO. Itu juga sesuatu yang mustahil.

Itu tidak mungkin boleh berlaku. Ibarat memaksa org yang tak pandai sembahyang utk terus sembahyang.

Akhirnya, kedua2 parti akan terus bertelagah. Yang menjadi mangsa, bangsa dan agama sendiri. Orang lain hanya tersenyum.

Tetapi sebaliknya jika masing2 parti meletakkan perbezaan di tepi dan melihat persamaan yg banyak maka saya yakin suasana untuk berbincang akan terbuka luas kerana mereka adalah :-

– sama2 Melayu

– sama-sama islam

– sesetengah tu, dalam satu keluarga

– sama-sama sedar kemunduran Melayu

– sama-sama cintakan tanahair

– sama-sama lemah penguasaan ekonomi

– sama-sama ketinggalan dalam pelajaran jika dibanding dgn bangsa lain

– sama-sama sembahyang jumaat dan berhari-raya

– sama-sama baca Al Quran

– dll

 


Responses

  1. Tp NGO tu kan semua dakwah ilaLlah….walhal…umno dakwah ila?? matlamat kena bagi sama dulu…prinsip kena sama dulu baru boleh duduk semeja, takkan komunis dan demokrasi boleh duduk semeja….melainkan satu dah leburkan prinsipnya (as in the case of China)

    nak tanya ISMA ada bergabung dgn NGO bukan islam dlm memperjuang satu aspirasi yg adil tak? GERAK yg ada ISMA dulu2 pun keluar kan? ke time tu orang lain…sekarang lain…atau sbb GERAK pun dah bubar sekrang jadi benda lain…hehe…apa2 pun, my point is there

    Mcm topik….jangan paksa mereka sembahyang….apalagi kalau kita belum “sembahyang”…hehehe

    not saying PAS is perfect dan betul dlm countermeasurenya…tp mrk yg bercakap tu…lead by example juga laa…pendek kata, ada pengalaman baru boleh cerita maa

    senyum sikit….
    p.s: kalau saya salah dan ISMA mmg ada terlibat dlm gabungan lain di luar prinsip Islam…maafkan saya seribu kemaafan

    • p.s: kalau saya salah dan ISMA mmg ada terlibat dlm gabungan lain di luar “prinsip Islam”….

      karang ada yg salah faham pulak maksud sy…pastu keluar komentar yg takde kaitan langsung…hehe

      harap jelas…yer

    • Isu di sini bukan samada ia NGO atau parti politik. Isu yg saya nak sebut; kita cari titik persamaan bukan titik perbezaan. Baru boleh bincang.

      Kalau kita masih bercakap tentang perbezaan maka sampai bila orang Melayu Islam takkan bersatu, sedangkan persamaannya terlalu banyak.

      Ya, Isma pernah bersama GERAK dan saya duduk satu pentas dgn LKS dan UAHA. Bila zaman reformasi habis, maka GERAK juga habis bukan kerana kami keluar.

  2. Ye ke PAS tak boleh duduk semeja dengan UMNO??

    Anda tau struktur QII (pimpinan Dr YUsuf Qardawi on Palestin) yg baru dibentuk di Malaysia? Siapakah yg ‘menjatuhkan nilai sahamnya’ dlm meletakkan dirinya di tmpt ‘yang lebih rendah’ dlm struktur walhal dialah lebih aula berada di atas…anda tau?

    Saya salute parti Islam yang meletakkan kepentingan ummah di depan dr segalanya…dan saya salute orang yang memulakan semua ini terjadi…tidak cuma pandai cakap, tp walk the talk…

    Apa2 pun jauhkanlah diri dr mengata yg bukan2 pada saudara seislam kita yg lebih dekat ini…tp again, titik persamaan peristiwa ini adalah Palestin…so kalau nak discuss hal “lain2 tu”…nak kena cari kesamaan…sebab itu Islam yg dipilih sbg titik sama kalau nak berbincang…takkan isu melayu kot…atau agenda ini dlm kepala saudara?

    Sebenar siapa yg berlebih2an ini…lebih sudu dari kuah

  3. Assalamualaikum,

    Ana cukup kagum dengan idea yang dikeluarkan oleh isma untuk menyatukan semua orang melayu di malaysia ini ,yang utama adalah umno dan pas… memang islam menyeru kepada kesatuan…terutama dari segi akidah….

    tapi bagi ana ia adalah sangat2 idealistik… tapi ia tidak mustahil jika dibincang secara critical…keluarkan lah satu idea itu dengan baik iaitu dengan memberikan step2 yang jelas bukan nyer idealisitk semata2 ,tidak berpijak di bumi yang nyata.. ana adalah seorang ahli professional.. lebh suka pikir scr critical…

    cara ana melihat suatu idea itu begini.. 1.adakah idea itu ada hujah dan rujukan yg kuat daripada alquran,hadis,ijtima’ dan qias …n adakah bertepatan dalam ajaran islam yang sebenar 2. adakah idea itu idealisitk or realisitk..adakah berhikmah ..kena pada situasi..antara kegagalan umat islam sekarang bukannyer mereka tidak tepat dalam perjuangan islam yang mereka bawa…malah amat tepat hujah mereka… tapi kadangkala tidak “jelas” …step nak realisasi kan hujah itu tidak kena cara ..tetap juga ia tidak berjaya…

    cth: islam menyeru umatnyer buat dakwah.. dakwah dlm islam ada cara keras dan cara lembut… dua2 ini benar adalah dalam islam..dua2 ada hujah tersendiri dan ada dalam sirah nabi itu sendiri…tapi kita harus pilih yang mana yang kena dgn caranyer..
    kerana untuk menyatukan dua prinsip organisasi yang berbeza adalah suatu yang mustahil… lihatlah bagaimana jemaah2 islam sendiri yang ada di malaysia ini…isma ,pas, haluan,ikram,tabligh,hizbu tahrir(HT)

    apa yang sama dengan dengan sume jemaah islam di atas?

    -objektif adalah untuk melahirkan generasi islam

    -angkat alquran sunnah sbg rujukan..

    -memperjuangkan islam

    ana ingin tanya ustaz
    tapi kenapa banyak sangat organisasi? mudah tak nak berpakat antara mereka sume?… ada pimpinan isma sendiri pernah keluarkan satu pandangan bahawa ia adalah suatu idealisitk untuk menyatukan sume jemaah islam ini.. so mcm mana pula nak satukan umno n pas?

    kalaulah jemaah2 islam yg ada objektif yang sama dan prinsip yang sama ada kesukaran ingin bersatu dan bekerjasama.. lagilah umno n pas..ia suatu yang mustahil… usaha untuk menyatukan dan mengurangkan perbezaan antara jemaah2 islam ini..perkara yang PERTAMA isma seru dahulu… ana dengar pun isma pun ada masalah dalaman dengan ikram dan pas sendiri… adakah ia benar?

    mungkin ustaz boleh jawab persoalan ana ini..ana berhujah ini adalah atas dasar ilmiah semata2.. sama2 kita betulkan niat… bukan membuktikan siapa yang paling benar tapi ingin menegakkan yang benar… mungkin ustaz bole beri tunjuk ajar … ana masih orang muda dalam perjuangan..mash byk perlu belajar…

    sangat mengimpikan tertegaknyer kerajaan islam di malaysia ini dan ingin melihat sume jemaah2 islam ini bersama….:D

    • Tkasi Mohd atas pandangan.

      Memang mustahil untuk menyatukan semua orang dalam satu wadah. Islam sendiri ada 4 mazhab utama. Itu tak termasuk mazhab2 yg kecil lain.

      Apa yg kita maksudkan Kesatuan ini ialah bukan suruh UMNO atau PAS bergabung tetapi ada beberapa “understanding” bersama yg perlu di capai. Terutama yg menyentuh soal2 agama dan bangsa. Ini supaya orang bukan islam tak berani cabar islam. Dari egi politik, PAS & UMNO boleh berjuang ikut wadah masing2 sebab utk bersatu bukan mudah.

      Ttg hujah syarak mengenai Kesatuan ini, sila rujuk pd web isma dan download KK yg dibuat semasa konvensyen pemikiran Hassan Al Banna (KOBANA).

      Masalah Isma & NGO2 lain? Saya tak pasti apa yg Sdr Mohd dengar. Kadang2 tak semua yg kita dengar tu betul. Ia mungkin pandangan sebelah pihak. Bergantung kpd siapa yg kita bertanya. Kalau setakat nak cerita keburukkan, tak payah cari. Semua organisasi ada kebaikkan dan keburukkan. Kenapa kita nak tonjolkan kelemahan bukan kekuatan. Yang sahih, Isma menganggotai banyak kerjasama dgn NGO2 lain spt ACCIN, PEMBELA, MAIM dll.

      • terbaik!

    • Cari titik persamaan. Titik perbezaan sudah sangat jelas. Tak perlu bersatu pada nama tetapi bersatu pada agenda.

      • Suka!

  4. Ada tulisan di atas menyatakan “betulkan pendirian ISMA dahulu”, tanpa perlu mengasak pendekatan jamaah lain.

    (1)Masa demo Palestine 2007, ISMA memilih menolak penggabungan dgn 77 NGO lain, termasuk NGO bukan Islam, dan ISMA memilih tempat dan masa yg sama di mgu hadapannya utk gabungan bersama PERKIDA dan PEWARIS utk bantahan isu Palestine. Ramai mad’u gagal faham rasional di situ.

    (2)Masa demo selepas LL4G, ISMA menolak utk bersama dgn puluhan NGO Islam lain dan juga fronliner yg menggerakkan LL4G, dan pada masa yg sama melakukan satu demo sedikit lebih awal di kedutaan Turkey, bukan menyatakan suara bersama NGO lain di hadapan Kedutaan Amerika. Konon ahli dibirkan utk bersama NGO lain, walhal ketika demo asal tiada batang tubuh pimpinan ISMA bersama, tiada arahan utk turut serta.

    (3)Dlm byk NGO Islam lain bersatu (82 NGO) di bawah Viva Palestine Malaysia yg diilhamkan dari pelbagai latar belakang utk pgm bencikan Israel, AMAN PALESTINE secar rasmi menyatakan tidak terlibat.

    (4)Dlm masa yg sama ISMA berterusan menyatakan “carilah persamaan dalam perjuangan” dilontarkan dalam setiap kata-kata.

    Itu pandangan mereka yg memerhatikan isu ini.

    Kedudukan kamu mesti bertanggungjawab atas apa yg berlakuk tersebut, sebab jelas kelihatan ISMA suka dan seronok hanya dgn slogan pendekatan dakwah tersendiri semata, dan dgn jelas menolak pendekatan tahalluf dgn bukan Islam, walau Ikhwan pun sedang mempelajarinya dari Malaysia.

    Tk

    • Saudara mungkin tidak tahu cerita sebenar apa yg berlaku. Utk pngetahuan saudara dalam isu Palestine, ISMA bergerak bersama2 dgn MAMPIM yg di anggotai 40 NGO. Dan MAMPIM adalah antara anggota yg terlibat dalam LL4G.

      Peringkat awal MAPIM telah mengajak penganjur LL4G utk bersama tetapi mereka enggan dan mahu bergerak sendiri. MAPIM akhirnya mengalah. Walau bagaimanapun MAPIM telah menghantar wakil bersama2 terlibat dan ada anggota MAPIM yang berada dalam kapal yg di serang itu. Betul, nama ISMA tak keluar kerana kita duduk di bawah MAPIM yg di ketuai oleh Cikgu Azmi.

      Mungkin ini sedikit sebanyak menjelaskan kepada saudara.

      • Maaf

        MAPIM rasanya nama diberi…bukan MAMPIM…
        Anyway, LL4G adalah gabungan NGO bertemakan satu inisiatif antarabangsa…Knp pula mrk nak berada bawah MAPIM…LL4G adalah nama program by itself yg ada hubungan dgm program antarabangsa tu…mrk juga tak bergabung dgn Viva Palestina Malaysia (dulu known as COMPLETE)…which is lagi besar dan awal lg dr MAPIM (on isu palestinla)

        Saya rasa tuan amin tak menjawab persoalan yg berlegar pd saudara zainuddin….knp tak bersatu bila ada ruang utk menunjukkan solidariti especially dgn saudara2 NGO yg lebih dekat dan lebih “jujur” (relate to point no 1- betul ke ni?? sbb tak sangkal, so sy anggap kenyataan zainudin betulla) dlm perjuangan ini???

        NGO (anggota mapim) yg turun bersama LL4G berdiri sbg NGO masing2…bukan mewakili mapim…sbb LL4G bukan bernaung peringkat lokal….

        Malah ada pula ngo yg tak bersama kapal pun turun sama (PEKIDA as contoh)…unlessla mmg tak buat apa2 demo on the matter cam sesetengah NGO (ABIM sbg contoh)…so ini cerita lain…

        tp sekarang cerita perspektif saudara zainudin

        Wllhm…itu setahu saya

      • Saudara berhak membuat sebarang tafsiran. Saya tak menghalang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: