Posted by: aminuddin | 28/01/2011

Si Ular Yang Jujur

Pada suatu hari sedang aku membelek-belek helaian akhbar The Sunday Star di ruang tamu rumah ku tiba-tiba aku terdengar suara halus menyanyikan lagu ini:-

Bangau oh Bangau….kenapa engkau kurus

Macamana aku tak kurus…ikan tak mahu timbul

 

Ikan oh ikan…..kenapa engkau tak mahu timbul

Macamana aku nak timbul…..rumput panjang sangat

Begitulah seterusnya sehinggalah kepada sang ular

Aku berpaling melihat dari mana suara itu datang. Oooo rupanya dari anak aku yang baru sekolah tadika.

“Sape yg ajar adik lagu ini?”  tanyaku kepada anak bongsuku yang comel tu.

“Cikgu” jawab anakku selamba sambil bermain dengan mainannya.

Aku tersenyum sendiri sambil terkenang lagu yang sama juga pernah aku nyanyikan lebih dari 40 tahun lalu. Tak sangka lagu itu masih kekal sehingga hari ini.

Aku termenung seketika sambil mengingatkan rangkap2 lagu tersebut. Dari bangau kepada ikan, kemudian rumput, kemudian kerbau, kemudian perut kerbau yang sakit, kemudian kepada nasi yg mentah, kemudian kepada kayu yang basah, kemudian kepada hujan, kemudian kepada katak dan akhir sekali kepada Sang Ular.

Puas aku merenungnya, kenapa orang Melayu dulu2 menyanyikan lagu ini. Mesti ada sebab. Akhirnya aku terfikir bahawa datuk nenak moyang kita cuba nak membayangkan sifat semula jadi manusia yang suka menyalahkan orang lain kalau dia gagal. Bangau menyalahkan ikan maka sebab itu dia kurus, ikan menyalahkan rumput panjang sebab itu dia tak timbul, rumput menyalahkan kerbau sebab itu dia panjang……begitulah seterusnya. Masing2 menyalahkan orang lain.

Hanya Sang Ular saja yang secara jujur mengatakan “memang makanan aku, memang makanan akuuuuuuuu”

Begitulah hidup ini, kita sering menyalahkan orang lain bila kita gagal dalam sesuatu perkara. Kita tak mengaku dengan kelemahan dan sifat lalai yg ada dalam diri. Kita tidak jujur dengan diri sendiri dan kita tidak jujur dengan Allah.

Dimana kan ku cari Sang Ular yang jujur itu ?????


Responses

  1. menarik…

    tahniah atas kejayaan konvensyen dan pengerusi forum yang pandai dan cerdas

    • TK

  2. ular yg jujur?..

    hurm, zaman skarang ni tak banyak ular yg jujur. yang banyak skarang adlh ular yang membelit dan suka putar belit. Pada yang terasa, ya saya memang maksudkan diri anda..

  3. yerp..ssetuju tantangan yang kita sangat perlukan sekarang ini…dikala semua pihak menyalahkan satu sama lain..kini tiba masanya kita menyelesaikan masalah….bukan mencari siapa salah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: