Posted by: aminuddin | 31/01/2011

Resolusi KEMM

RESOLUSI

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

(KEMM)


Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Jan 2011 di UTEM. Tiga kertas kerja telah dibentang dan dibincangkan.

Dengan ini KEMM merumuskan bahawa:

  1. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa Islam yang sebaris dengan bangsa bangsa lain dikalangan umat Islam diserata dunia memainkan peranan mengembang dan mendaulatkan Islam dirantau ini.
  2. Kedudukan yang hebat itu telah dicapai kerana Islam telah sebati dengan pemikiran serta adab budaya melayu sehingga melahirkan tamadun bangsa yang agong.
  3. Sejarah mencatatkan kecekalan bangsa Melayu mempertahankan keperibadian dan jatidiri keIslaman mereka dalam siri perjuangan yang panjang menentang pejajah yang bertujuan menjadikan melayu bangsa yang lemah.
  4. Kesatuan agenda Islam dan semangat kebangsaanya telah berjaya menyatukan orang melayu sepanjang sejarah.
  5. Kelunturan pegangan umat Melayu kepada Islam telah melemahkan sendi-sendi kekuatan yang menjadi pemangkin untuk agenda penjajah yang berteraskan humanism dan materialism bertapak lalu melemahkan jatidiri bangsa melayu.

Berdasarkan rumusan tersebut Konvensyen Memperingat 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka menegaskan bahawa bangsa Melayu mesti;

  1. Menyedari keperluan yang mendesak supaya kembali kepada keperibadian Islam mereka yang asal.
  2. Mengharmonikan kefahaman antara Nasionalis dengan Islamis dalam perjuangan bangsa Melayu di Malaysia.
  3. Menjadikan usaha mengumpul bukti-bukti sejarah yang boleh mengembalikan melayu kepada jati diri mereka sebagai agenda nasional.
  4. Mendedahkan fakta-fakta sejarah bagi memberi nafas baru dalam memahami sejarah perjuangan bangsa Melayu.
  5. Mentajdid peradaban Melayu dalam rangka mewariskan kisah kegemilangan, peradaban dan kepahlawanan umat Islam.
  6. Mencari persepakatan atas satu agenda yang boleh mambangunkan sebuah bangsa yang mempunyai agenda yang didukung bersama, ”melayu sepakat islam berdaulat”.
  7. Memperkasakan institusi yang memperjuangkan dan memartabatkan identiti keperibadian bangsa Melayu.

Responses

  1. apakah yang ingin disampaikan menerusi rumusan dibawah ini?

    2.Mengharmonikan kefahaman antara Nasionalis dengan Islamis dalam perjuangan bangsa Melayu di Malaysia.

    adakah kefahaman Islamis ingin dicairkan semata2 untuk mengharmonikan dengan kefahaman Nasionalis. Mohon penjelasan tuan.

    • Ertinya; perlu ada persepakatan antara dua fahaman ini dalam perkara2 kepentingan bersama dan masyarakat umum apatah lagi jika ia menyentuh agama islam. Bukan mencairkan atau memekatkan fahaman masing2. Contoh senang; isu kalimah Allah.

  2. kenapa Isma menjemput ahli panel yg pro-Umno untuk KEMM1511? Ini menyebabkan ramai orang beranggapan Isma ini adalah pro-Umno walhal dasar perjuangan Isma bukannya bangsa tp agama. Ini menimbulkan pesepsi -ve kepada Isma sedangkan Isma bukan sebegitu rupanya.

    • Utk pengetahuan Yubi, kami telah cuba mendapatkan wakil pimpinan PAS tetapi mereka ada hal lain.

      • Tak perlulah saya dedahkan tetapi cukup kalau saya kata beliau merupakan antara pimpinan tertinggi.

      • Itu NGO @ Parti? Teras, PUM, JIM tak panggil ke??? Kalau iya NGO mana yer

      • ABIM & GAPENA

      • Maksudnya…NGO yg dtg tu mmg yg ditarget utk dtg? rasanya tak memenuhi hasrat yubi kot tu

  3. Isma melaungkan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”. Adakah dengan ini Isma juga berpendirian bahawa Islam tidak dapat didaulatkan sekiranya melayu tidak sepakat? satu lagi, tidak bolehkah Isma berdakwah dengan fokusnya kepada melayu tanpa perlu melaungkan perkataan melayu itu. Ini kerana buat masa ini sangat ramai orang yang sensitif dengan laungan seperti ini walaupun dr orang melayu sendiri yang bertarbiyyah Islam sehingga berprasangka terhadap perjuangan Isma. Mohon penjelasan.

    • 1. Logik aqalnya begitulah kerana Bumiputera ada 60% sedangkan bangsa lain Cina 20% India 5% dan bakinya bangsa2 lain.
      2. Kerana Melayu itu islam sedangkan yg lain tidak. Ini pendekatan yg paling logik dan boleh berlaku dgn mudah, jika bersatu.
      3. Sejarah membuktikan Melayu boleh bersatu 1940an dan 1970an.
      4. Sejarah ratusan tahun menunjukan Org Melayu sangat kuat berpegang pd agama islam (walaupun mereka tak mengamalkannya). Maksud saya, mereka mungkin tidak sembahyang dll tetapi utk tukar agama, ia bukan mudah. Ini satu kekuatan.
      5. Memperjuangakn bangsa bukan asobiah yg salah tetapi di bolehkan jika ia utk kebaikan islam. Asobiah yg salah ialah bila dia memperjuangakn bangsanya dan MENZALIMI bangsa lain. Baca hadith dan buku karangan Ibn Khaldun juga buku Al Banna.

  4. Saudara yubi

    Kalau ikut thread lain…ada yg bertanya knp x dipanggil mrk yg pembangkang dan ngo mesra pembangkang…

    dah telah ada ahli isma yg jawab mrk dah berusaha panggil yg lain

    Harap maklum…

    p.s: Blh sy tahu siapa yg cuba dipanggil tp menolak tu?

    • As far as i could tell you is 1 of PAS leaders.

      He agreed on the subject but could not speak up on this occasion obviously
      as this will have effect on political aspect.

  5. assalamualaikum wbt,

    Adakah pihak penganjur membuat kajian yang dalam berkenaan sejarah melayu melaka terutama ketika kejatuhan melaka di tangan portugis kerana saya ada terbaca penulisan seorang Dr. dari upm mengatakan bahawa ketika kejatuhan melaka, kerajaan melaka dipertahankan oleh orang-orang Islam bukan sepenuhnya dari orang melayu melaka (islam) sehingga ditulis dalam penulisannya

    “Sebab itu lukisan yang mengabadikan serangan Afonso ke atas Melaka digambarkan oleh seorang pelukis Eropah sebagai satu peperangan yang mana askar-askar Portugis berhadapan dengan pejuang-pejuang Islam yang memakai serban, bukan tanjak dan dastar melayu.”

    dan juga ditambah

    “Pada saat Pertahanan Portugis hampir musnah, pada ketika itu orang-orang melayu dari Pahang telah datang membantu Portugis dan menyerang pejuang Aceh dari belakang…”

    Persoalan saya:
    1) adakah pihak tuan/isma (penganjur) memperolehi dapatan kajian yang sama dengan apa yang ditulis oleh Dr. ini?
    2) jika penulisan Dr. ini benar, jadi pada bahagian manakah yang kita boleh “bangga”kan dengan melayu pada zaman tersebut?

    Mohon pendapat dari tuan,TQ.

    • Bahaya tu yubi

      Pendapat Dr UPM tu menongkah arus…..jgn diambil contoh sama sekali…:)

      W/pun sy suka cara dia olah pandangannya yg bagi sy cukup realistik dan selari dgn facts…tp KEMM ada facts mrk tersendiri juga…

      Kena terima hakikat tu…sejarah can be preceived in any way…and selalunya ia ditulis oleh pemenang bak kata Dr tu

      Wlhm

  6. assalamualaikum wbt.

    saya mengikuti perkembangan isma dari masa ke semasa, soalan saya adalah sebelum ini isma menggunakan slogan “memartabatkan kesetiaan bangsa” dan sekarang diganti dengan “melayu sepakat Islam berdaulat”. adakah slogan sebelum ini adalah suatu kesilapan dan tidak relevan sehingga terpaksa diganti dengan slogan yang baru?

    mohon penjelasan atas kapasiti tuan sebagai antara pimpinan tertinggi isma. TQ

    • Yg baru menjelaskan yg lama


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: