Posted by: aminuddin | 01/02/2011

Rakyat Keliru

Apabila Lee Kuan Yew meminta umat islam di Singapura untuk tidak terlalu berpegang kuat dengan islam untuk memudahkan intergrasi kaum, maka Ustaz Nasharudin Tantawi mengeluarkan kenyataan membantah tulisan LKY ini :-

“Buku terbarunya Hard Truths to Keep Singapore Going menampilkan pemikiran Lee Kuan Yew yang telah luput tarikh dan zaman apabila beliau mengaitkan Islam sebagai halangan kepada untuk mewujudkan integrasi kaum dan pembangunan di negaranya.

3. Saya melihat zaman kegemilangan Lee Kuan Yew telah berakhir apabila beliau selaku tokoh negarawan besar Asia bahkan dunia telah mula berfikir seperti pejuang militan yang rasis dan mengalami penyakit Islamophobia yang parah . Biarpun beliau begitu lama hidup dekat dengan komuniti ummat Islam, ternyata beliau masih gagal melihat secara positif bagaimana Islam dan ummatnya menjalani kehidupan dan menyertai politik mahupun ekonomi.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya Lee Kuan Yew lebih banyak mengkaji Islam dan mempelajarinya dari tokoh Islam yang mempunyai authoriti untuk membetulkan persepsi beliau terhadap Islam. [ Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia untuk memberi penjelasan mengenai Islam kepada Lee Kuan Yew andai diberi peluang untuk berbuat demikian ]  Jika tidak,reputasi  Lee Kuan Yew akan terus menjunam dan beliau semakin tidak popular sebaliknya dunia termasuk rantau ini sedang menumpu ke arah gaya, sikap dan pemikiran pemimpin – pemimpin muda yang dilihat oleh rata – rata penganalisis politik dan sosial sebagai lebih rasional dan efektif.”

Tun Mahathir juga mengecam LKY :-

“Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam tulisan terbaru Lee  Kuan Yew dengan mendakwa bagi bekas perdana menteri Singapura itu “agama tidak penting” dan oleh itu beliau tidak hairan dengan pandangan-pandangannya.

Malah bekas perdana menteri berkata, Lee juga seorang pemimpin yang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

“Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam.

“Bagi dia seperti kata mat salleh ‘the end justify the means’, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu,” kata Dr Mahathir yang temu bual disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.”

Hari ini beliau dikatakan berkata :-

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.

“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.

Persoalannya

Kenapa dalam isu yg begini mudah kita tak boleh bersatu? Apa yg pimpinan Melayu semua ni hendak? Orang lain yg buat kenyataan, kita sesama islam pulak bergaduh. Akhirnya isu LKY hilang, yang timbul isu perbezaan TM dgn TGNA.

Rakyat keliru.


Responses

  1. Mungkin sebab ada penyakit hati kot…apesal dia tak ketuk kepala soi lek….hehe

    Mmg menarik jwpnbalas TGNA pd TM…seorang muslim totok pd nasionalis totok….dah baca?

    Betullah kata….kuman seberang nampak, gajah depan tak nampak punnn

  2. Salam,

    memang kenyataan orang politik ini bagi orang yang tak faham memang mengelirukan.

    Nak kurangkan pening politik ini senang je.

    Anwar dan Najib adalah kepalanya.

    Kalau Anwar tutup isu Altantuya, Najib tutup kes liwat.

    Tak caya tenagok nanti, Banyak kebaikkannya.

    Bukan semua benda boleh selesai kat dunia.

    Disebabkan dua-dua benda ini dipolitikkan habis haru-biru negara.

    Sekarang ini ramai orang-orang terutamanya Melayu yang atas pagar
    decide tak nak mengundi PRU 13 nanti…….pening kata diorang.

    W.A.

    • Sangat Setuju dgn Akhi Nazri.

  3. Apa2 jela nazri🙂

    Moga teori anda tu mmg teori lumrah alam….sesuai dgn sifat manusia…dan menepati cerminan perjuangan

    Islam itu berdiri dgn sunnatullah…sentiasa ada penentangan…sentiasa ada pengorbanan

    p.s: anda JIM daerah mana yer?

  4. Salam Amrar,

    JIM dan IKRAM Hulu Langat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: