Posted by: aminuddin | 02/02/2011

Tenang- Fikir2kan

Mengimbau kembali kekalahan PAS dalam PRK DUN Tenang membawa seribu satu persoalan dalam kepala saya. Walaupun PAS memperjuangkan islam, memegang prinsip2 islam dan kesemua ahlinya adalah orang Melayu dan islam tetapi PAS masih gagal mendapatkan undi orang Melayu. Di laporkan undi Melayu merosot dari 18% ke 12%. Sebaliknya PAS terpaksa banyak bergantung kepada undi Cina dimana 70% orang Cina telah mengundi PAS.

Sebagai sebuah parti yang lama, mempunyai prinsip islam yg kuat dan ketokohan pimpinannya yang hebat maka keengganan orang Melayu mengundi mereka adalah sesuatu yang harus di muhasabahkan. Apakah logik orang Melayu Muslim tidak mengundi parti yang berusaha mendaulatkan agama islam?

Bagi sesiapa yang membaca tulisan saya ini, saya mengahrapkan saudara menekuninya dengan fikiran yang terbuka tanpa banyak syukzan. Saya bukan nak “menghentam” PAS jauh sekali memandang rendah terhadap pimpinannya yang ramai saya hormati. Namun tidak ada salahnya jika perkara ini di imbas kembali kerana mungkin di sana ada perkara yang perlu di nilai semula.

Kalaulah boleh saya rumuskan beberapa perkara :-

1. Orang Melayu marahein masih tidak dapat membezakan islam PAS dan islam UMNO. Bagi mereka kedua2nya adalah sama. Jadi seruan yang mengatakan undi PAS itu pahala dan sebaliknya jika mereka undi UMNO tidak menjadi faktor kuat untuk merubah pandangan orang Melayu. Ringkasnya kefahaman orang Melayu terhadap islam masih jauh dari yg di harapkan.

2. Undi Cina bukanlah sesuatu yang hakiki tetapi boleh berubah bila2 masa jika kepentingan mereka dirasai terancam. PAS tidak boleh meletakkan harapan yg tinggi kepada undi orang Cina. Sekali pandang memang tak berapa logik, orang bukan islam menyokong parti yg membawa islam, KECUALI mereka ada agenda tersendiri atau PAS terpaksa menormalisasikan perjuangan mereka yang ingin menegakkan hakimiah Allah. Ini perlu di renungkan.

3. Isu menyalahkan media, kekurangan wang dan jentera di bandingkan dengan UMNO memang boleh di terima tetapi ia tidak harus menjadi penghalang untuk PAS memikirkan jalan alternatif.

Ubah Pendekatan

Bagi saya PAS perlu ubah pendekatannya dalam mendekati rakyat marahein. Seruan2 politik spt kenaikkan harga barang, rasuah, kroni, nepotisme dll jelas tidak banyak boleh merubah minda Melayu. Ingat, kebangkitan rakyat pada tahun 1998 dan 2008 bukan kerana kesedaran rakyat terhadap kemuliaan islam tetapi kerana faktor individu.Momentum ini sangat sementara dan boleh bertukar dengan sekelip mata. Lihat apa yang berlaku pada Trengganu.

SEBALIKnya parti islam ini mesti menekankan aspek TARBIYAH dan DAKWAH lebih dari segalanya. Rakyat pelru di sedarkan, bukan dengan ceramah politik tetapi dengan pendekatan kuliah dan usrah secara tersusun. Walaupun jalan ini sukar tetapi inilah jalan yg lebih hakiki yang menjunam ke jiwa ummat islam.

Apa yang berlaku di Mesir dimana Ikhwan Muslimin di minta untuk bersama dalam kepimpinan rakyat bukanlah kerana faktor retorik politik mereka tetapi kekuatan pendidikan (tarbiyah) yang mereka jalankan di kalangan rakyat Mesir. Akhirnya rakyat Mesir sedar akan kebaikkan dan kejujuran IM serta akhlak mereka yang mulia yang membuatkan rakyat percaya terhadap kepimpinan mereka. Perkara yang sama boleh berlaku kepada PAS jika mereka mengambil pendekatan yang serupa dgn IM. Pada ketika itu tidak banyak retorik politik yang perlu dimainkan kerana rakyat sudah sedar akan kemuliaan islam serta keperluan untuk kembali kepada kebenaran. Inilah kemenangan yang hakiki yang akan kekal, insyaallah.

Kedua, PAS perlu mendekati NGO2 islam. Mereka ini adalah kekuatan yang tidak di sedari yang banyak membantu PAS. Jangan ketepikan mereka di sebabkan satu dua kritikan yang mereka lontarkan. Undi mereka agak “secure” kecualilah PAS mula membelakangi mereka. PAS memerlukan mereka tetapi mereka tidak memerlukan PAS. Ini hakikat yang harus di sedari oleh pasrti islam itu.

Ketiga, jika DAP pernah meninggalkan PAS apabila undi Cina terhadap mereka menurun pada tahun 2004, apakah tidak perkara yang sama boleh berlaku kepada PAS? DAP tidak menunjukan kesetiaan apabila mereka tergugat, maka apakah PAS perlu setia jika kedudukan mereka dikalangan orang Melayu tergugat? Kecuali jika PAS sudah berputus asa dengan undi Melayu Muslim dan tidak menganggap orang Melayu yang merangkumi 60% penduduk sebagai medan dakwah mereka. Kalau ini benar maka saya tidak nampak islam akan mencapai WEWENANG di negara ini yang di impikan oleh semua pejuang islam.

Fikir2kanlah


Responses

  1. Likes :

    “Kedua, PAS perlu mendekati NGO2 islam. Mereka ini adalah kekuatan yang tidak di sedari yang banyak membantu PAS. Jangan ketepikan mereka di sebabkan satu dua kritikan yang mereka lontarkan. Undi mereka agak “secure” kecualilah PAS mula membelakangi mereka. PAS memerlukan mereka tetapi mereka tidak memerlukan PAS. Ini hakikat yang harus di sedari oleh pasrti islam itu.”

  2. “SEBALIKnya parti islam ini mesti menekankan aspek TARBIYAH dan DAKWAH lebih dari segalanya”

    1. TARBIYAH dan DAKWAH PAS = untuk ahli pas ,none muslim, org atas pagar dan boleh juga utk org umno (sebahagian)

    2. TARBIYAH dan DAKWAH UMNO = untuk org umno dan melayu

    3. TARBIYAH dan DAKWAH NGO ISLAM = untuk semua manusia bukan untuk org melayu je

  3. Kedua, PAS perlu mendekati NGO2 islam. Mereka ini adalah kekuatan yang tidak di sedari yang banyak membantu PAS. Jangan ketepikan mereka di sebabkan satu dua kritikan yang mereka lontarkan. Undi mereka agak “secure” kecualilah PAS mula membelakangi mereka. PAS memerlukan mereka tetapi mereka tidak memerlukan PAS. Ini hakikat yang harus di sedari oleh pasrti islam itu.

    saya suke perenggan ini. Menarik meletakkan diri sendiri sebagai tempat utk bergantung. Umpama,PAS memerlukan ISMA tp ISMA tak memerlukan PAS.

    Jgn lah terlalu yakin kita mampu jd tempat bergantung… Sebaliknya cukuplah memberikan sokongan dan kritikan2 konstruktif. Bukan men-divertkan kritikan enta supaya org ‘sedar’ kewujudan NGO2 Islam…

    • Jangan silap faham. Maksud saya, sebuah parti politik akan memerlukan undi SETIAP orang. Itu maksudnya PAS memerlukan NGO islam. Tetapi NGO tidak tertegak atas sokongan undi SETIAP orang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: