Posted by: aminuddin | 13/02/2011

Hari Valentine

Laporan akhbar hari ini menegaskan betapa pimpinan PAS perlu melihat kembali kepentingan kesatuan mereka dgn UMNO dalam soal2 mempertahankan hak Melayu Muslim.

Ini menyentuh soal Hari Valentine.

Kepimpinan DAP menganggap cadangan Pemuda PAS utk cuba menghalang pemuda2 Melayu utk menyambut hari Valentine adalah sesuatu yg “membimbangkan”.

Tan Sri Muhyidin pula menganggap cadangan PAS itu sesuatu yg “extreme”.

Kepimpinan MCA juga membantah.

Nah, kenapa DAP tidak boleh bersetuju dgn pemuda PAS? Mereka sanggup “bersama” dgn UMNO dan membelakangkan PAS? Ya, kerana ia menjejaskan budaya mereka dan kepentingan undi orang Cina.

Persoalannya jika begitu, kenapa PAS tidak boleh bersama dgn UMNO dalam mempertahankan hak orang Melayu Muslim?

Sekali lagi saya tegaskan, ia bukan penyatuan parti tetapi penyatuan dalam mempertahankan hak2 bangsa Melayu Muslim.

 

 

 


Responses

  1. tak sangka hingg sebegini tiada sokongan. berani mempersoalkan amar maaruf muslim.

    sungguh mereka tidak sedar mereka sedang berpijak di negara islam sekarang ini.

  2. Satu perkongsian bersama dan apakah yang kita mahukan lagi selain kesepakatan untuk menutup ruang perpecahan?

    Tulisan ini adalah menjawab komen Nik Aziz di dalam Harakah “Tun Dr. Mahathir Mudah Lupa’

    Oleh : Cr. LUKMAN MOIDIN
    Penulis ialah Perceramah & Aktivis Belia
    Email : manjbp70@hotmail.com
    blog : lukmanmoidin.blogspot.com

    Saya tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am PAS, Datuk Nik Aziz di dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Dr. Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

    Seperti biasa Nik Aziz begitu ‘berdendam’ dan banyak mempersoalkan ‘keIslaman’ UMNO dan Tun Dr. Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah ‘bertanggungjawab’ ‘menyebarkan Islam’ melalui PAS dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan ‘berasa selamat’ di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Dr. Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh PAS.

    Beliau lupa bahawa parti yang beliau ‘anuti’ itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui ‘kelulusan’ kerajaan kafir nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan yahudi dan nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan senjata kafir ini adalah membenarkan PAS ditubuhkan.

    Apakah benar Islam itu PAS, dan PAS itu Islam ? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli PAS, datuk atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman PAS. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman PAS ?

    Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan, belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan PAS apabila DSAI dipecat. Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat ‘hidayah’ dan menyokong PAS termasuklah penulis. Apakah nasib kami yang pernah menyokong PAS dan akhirnya ‘keluar’ atau ‘murtad’ dari menyokong PAS di hari kiamat?. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai PAS ?

    Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100% kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa ‘banyak kepincangan’ di lakukan oleh UMNO. (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam PAS. Seperti mana PAS juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang ‘kecewa dan marah’ pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong PAS juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan. Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa PAS pula tidak boleh ? Maksum sangatkah PAS hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.

    Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Tun Dr. Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Baharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan “Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai”.

    Merupakan fakta yang terlalu jelas (buta kayu kalau tak nampak lagi), usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, sistem takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Dr Tun Dr. Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita. Tun Dr. Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang ‘kaya’ dan ‘kuat kuasa ekonominya’ sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura (talibarut yahudi di rantau ini). Kerana itu mereka ‘mendekati’ Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi kelak.

    Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara barat hari ini seperti yang DIAKUI oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan ?

    Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas
    yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Tun Dr. Mahathir. Kebimbangan yahudi dan nasrani terhadap idea untuk mengantikan penggunaan wang kertas dengan Dinar Emas pasti akan menruntuhkan ekonomi mereka dan boleh menyebabkan negara-negara kafir ini menjadi peminta sedekah kepada negara Islam jika idea Tun Tun Dr. Mahathir ini direalisasikan. Lucunya sempat pula Nik Aziz ‘menceduk’ idea ‘syiling emas’ untuk mendapatkan ‘laba’ politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.

    Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal. Tentu Nik Aziz mendapat ‘pahala’ kerana disebabkan ‘ideanya’ anak-anak Kelantan terpaksa berhijrah dan membawa pulang rezeki untuk ibu bapa, menyempurnakan hajat menunaikan haji, membayar zakat serta sedekah bagi mendapat keberkatan.

    Manakah tangan yang memberi dan manakah tangan yang menerima ? Adakah kerajaan PAS Kelantan mampu mengatakan peluang pekerjaan dan kemakmurkan rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada bumi bertuah ini datang dari perahan idea dan ‘tafakur’ Nik Aziz selama 20 tahun memikirkan permasalahan rakyat?. Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Tun Dr. Mahathir ?

    Nik Aziz juga sempat meminta Tun Tun Dr. Mahathir menyatakan ‘kesalahan’ beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Tun Dr. Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan. Banyak manakah ‘berhala besar’ yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar. Tidak malukah Nik Aziz mengistihar Kelantan sebagai ‘Serambi Mekah’ sedangkan ketika Nabi Ibrahim dipilih oleh Allah SWT sebagai Rasul, baginda telah memecahkan patung berhala di sekitar Kaabah. Peliknya, Nik Aziz pula adalah ulama yang membenarkan patung-patung berhala yang lebih cantik dan lebih besar didirikan di ‘Serambi Mekah’. Banyak manakah pula masjid yang telah PAS Kelantan berjaya dirikan sepanjang pentadbiran Nik Aziz? Bolehkah fakta ini dikemukakan kepada kita? Jika Nik Aziz mempertikaikan kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula mahu tahu dan melihat kesungguhan PAS dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.

    Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membukti kepada penulis tentang ‘tong kosong’ yang dipalu oleh PAS Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, KEBERSIHAN yang menjadi ASAS KEIMANAN pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya. Kita selalu digembar-gemburkan tentang bertapa imarahnya dan ‘penuhnya’ masjid dan pusat pemgajian agama di sana. Justeru semasa di berada di Kota Baharu, penulis berkempatan solat suboh, jumaat, mahgrib dan isyak di beberapa masjid. Hakikatnya adalah sebaliknya dan ianya adalah hampir sama atau lebih kurang sahaja jemaaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan, pandangan serupa ditempat lain dalam negara kita.

    Penulis juga turut ‘melawat’ setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor. Malah di sebuah masjid yang terserengam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus. Terbukti dan fakta yang diakui oleh Nik Aziz dalam kuliah mingguannya bahawa beliau kesal dengan tahap kebersihan tandas masjid di Kelantan yang gagal diuruskan olehnya. Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga tonggak dan asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat dibawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun. Itu belum lagi berbagai ‘kes-kes pelik’ dan kes luarbiasa dilakukan oleh rakyat yang dipimpin oleh Nik Aziz. Mungkin para pembaca boleh menyelak akhbar untuk mendapatkan banyak kisah-kisah sensasi berlaku sepanjang Nik Aziz mentadbir seperti perkahwinan antara ‘perempuan’ dengan perempuan dan lain-lain.

    Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Dr Tun Dr. Mahathir kerana ‘kesilapan’ beliau yang belajar dalam ‘bidang kedoktoran’ dan bukannya ‘bidang keagamaan’, juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara. Jika itulah yang ‘dikosmetik’ kepada penampilan Tun maka sudah tentu perpespi penyokong PAS pasti berbeza.

    Memang benar seperti kata Tun Tun Dr. Mahathir bahawa jasa yang paling besar yang patut dikenang terhadap Nik Aziz ialah perpecahan yang telah beliau lakukan. Sabda Nabi SAW “Sesiapa yang datang kepada kamu mengajak menderhakai pemimpin dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat Islam, sedangkan ketika itu kamu sedang mentaati pemimpin kamu itu, maka hendaklah kamu perangi dia”. (riwayat Muslim).

    Hadis di atas menyorot kembali penubuhan PAS pada 1951 yang telah menimbulkan bibit-bibit perpecahan umat Islam. Malah PAS sentiasa berusaha dalam sistem demokrasi untuk bertapak di negeri-negeri BN bagi menyemai dasarnya dan memecahkan kesatuan umat Islam dan menggalakkan kita membenci UMNO/BN seperti di dalam ceramah dan akhbar suci mereka Harakah. Doktrin British yang melihat kaedah ini dahulu kini benar-benar berjaya kerana mereka tidak perlu berada di sini untuk menghancurkan kesatuan kita.

    Kepada penyokong PAS, tepuk dada tanya iman benarkah Islam itu disebarkan melalui PAS di negara Malaysia ? Lupakah kita banyak penyelewengan dalam agama di lakukan oleh orang-orang agama dan ditutupi oleh bayangan keilmuannya yang menyebabkan kita semua terpesona. Kepada penyokong dan penganut ‘fahaman PAS’, hakikatnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan memberikan ‘hidayah sebenar’ kepada kita. Kalau itu yang kita inginkan lakukan solat Istiqarah minta petunjuk dari Yang Maha Esa,, adakah Nik Aziz dan PAS mewarisi pejuangan yang dibawa oleh junjungan Nabi SAW ? Adakah akhlak dan tutur kata pemimpin PAS selama ini cukup mulia dalam berbicara sesuai dengan cara Rasullullah SAW. Sejauh mana jasa Nik Aziz dan Kelantan jika sambutan Maulidur Rasul pun tidak menjadi keutamaan dan dipandang sepi, sedangkan kerana Baginda Nabi SAW, manusia seluruh dunia menerima Islam yang sumul dan mengiktiraf sumbangan besar junjungan baginda Nabi SAW. Sedangkan Micheal J Hart pun mengakui kehebatan Rasullulah apalah susah dan berat untuk kerajaan yang mengangkat moto ‘Membangun Bersama Islam’ dan ‘Negeri Serambi Mekah’ untuk mengadakan sambutan dan mengingati kelahiran manusia paling agung di dunia.

    Al Fatihah untuk Nabi SAW yang menyinari cahaya Islam kepada kita
    Selamat Menyambut Maulidur Rasul

    Cr. Lukman Moidin

    • Sekadar perkongsian atas kemahuan untuk melihat kesepakatan yang diimpikan dan terus melenyapkan kekeliruan di mata umum yang menyempitkan lagi fokus kita dalam bersepakat membangunkan Islam & Melayu di Malaysia.

      Ini pandangan daripada pihak Tuan Guru pula.

      Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

      Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

      Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

      Firman Allah SWT :
      يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
      Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

      Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

      Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

      Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

      Firman Allah SWT :
      الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
      Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

      Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

      Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

      Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

      Allah SWT berfirman :
      وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ
      Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

      Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :
      فرقت به جماعتهم!
      Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
      Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

      Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

      Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

      Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

      Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

      Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

      Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

      Sekian.

      HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
      Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

      Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

  3. Dlm usaha mencapai kata sepakat antara PAS-UMNO, kedua2 pihak kena mengambil sikap lebih terbuka dan bersedia. Tepuk sebelah tangan tak jadi atau krg menjadi

    Apabila berlaku kegagalan usaha ini, jangan hanya letakkan kesalahan kepada PAS shj. Umno pun apa kurangnya.

    Lihatlah komentar Tan Sri Mahyuddin tentang saranan pemuda PAS berkenaan usaha membendung gejala negatif hasil sambutan Valentine ini. Sepatutnya umno beri sokongan kpd saranan Pas walaupun tak seratus peratus. Sebab ini isu kepentingan Islam dan umat melayu muslim bukan nak dipolitikkan isu ini. Kalau pendirian mcm pendirian JAKIM pun dah agak steady.

    Lihatlah bagaimana MCA dan DAP boleh sepakat dlm isu valentine ini

    “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”

    • Setuju dgn omar…mana dia umno utk defend pas

      Knp tulis camni sy pun tak faham: “Persoalannya jika begitu, kenapa PAS tidak boleh bersama dgn UMNO dalam mempertahankan hak orang Melayu Muslim?”

      pas pula disalahkan…

      Itu kalau look itu the way the entri is written…(my opinion ada lain sikit…tp simpan jela)

      Cumanya…sy rasa muhyidin ada mengomen secara positif utk mengatakan budaya valetin bukan budaya islam…to put the record straight

      Keliru sy dgn entri ni…

      • Tanyalah mana2 sejarawan, tidak ada yg menafikan kehebatan kerajaan islam Melayu Melaka.

      • Huh??? apa kaitannya ni tuan amin???

        any comment on tulisan panjang mzabms (penat juga membacanya tu…huiii)

      • Tak pasti apa kaitannya

      • PAS keluar after UMNO….nmpk sgt tak nampak susur galur sejarah secara holistik….betul tak tuan amin…??

        itu one of the many flaw dlm argumen dia….tuan amin tak komen ke?

      • PAS di tendang keluar oleh UMNO apabila UMNO melihat pengaruh PAS semakin kuat di Felda. Sebab masa tu Datuk Asri menjadi Menteri Luar Bandar (kalau tak silap)

      • Hizbul Muslimin letak kat mana?

  4. Org yg bernama lukman moidin sgt buta.. Mmg betul dinar bkn idea dr tok guru n jg bkn idea dari tun, tp dia adalah idea dr negeri pantai timur iaitu terengganu. Namun tiada seorang pun yg boleh merialisasikan idea tersebut. Bila pas mencadangkan kpd pimpinan bn iaitu tun mahathir, begitu asyik beliau mencantas idea tersebut. Tp bila semua org dah lupa akan isu ini, maka tun mengutarakan cadangan dinar kpd umum shgga semua org tahu itu adalah idea dari tun. Benar kata tok guru tun mudah lupa. Jadi negeri yg pertama dapat merialisasikan pggunaan dinar adalah kelantan. Tetapi tidak di iktiraf oleh kerajaan malaysia shggalah perak dibawah pimpinan bn yang kedua merialisasikan pggunaan dinar barulah diiktiraf dan diputar belit fakta dan sejarah shgga diketahui umum perak yg memulakan dan kelantan yg tiru. Tak ingat ke kita masa KEMM baru ini datin zaharah ada menyebut bahawa perak adalah negeri pertama yg mggunakan dinar. Nampak tak peranan bn tak pernah akur dgn apa yg pas laksanakan. Bn adalah parti yg suka memutar belit sejarah dan fakta. Dan ingat mata pelajaran sejarah yg kita belajar disekolah itu adalah sejarah umno bukan sejarah melayu melaka. Banyak lagi benda yang pas cipta, bn akan cantas dan kadang2 boleh dibuat ejekan oleh pmpinan bn. Tp lama kelamaan mereka guna pakai juga dgn mngadaptasi sbg idea bn. Jd klu kita nak komen apa2 kena kaji terlebih dahulu, jgn duk main pakai fakta yg ada sekarang yg diutarakan oleh media massa milik kerajaan pembelit. Kawe bkn taksub dgn pas tp apa tak betul harus perjelaskan. Dan kawe tak kata pas betul 100% tp apa yg betul kita wajib mengiakan. Jgn jd pembelit dan melayu yg mudah lupa.. Wallahu a’lam.

    • kesian yer orang yg buta ni….

      i LIKE!!!!

      • Tak sepakat langsung UMNO ni dgn benda baik….

      • Yg pelik tu…sy mcm tahu je siapa mzabms tu siapa

        Dgn senang hati je dia quote kata2 lokman ni yer

  5. Perlu diingat sekarang PAS berada dalam politik arus perdana di Malaysia. Tidak pernah pemimpin
    pemimpin PAS diberikan perhatian sebegini sejak merdeka. Lee Kuan Yew pun jumpa pemimpin PAS.

    Kalau PAS bersama UMNO, undi-undi daripada bukan islam akan berubah PAS akan kalah banyak kerusi di Selangor, Perak dan selatan Kedah.

    Perlu dilihat semasa PAS menyertai UMNO tahun 70an ramai ahli PAS meninggalkan PAS.
    Keadaan yang sama akan berulang ahli-ahli PAS akan meninggalkan PAS dan pengundi-pengundi atas pagar yang banyak mengundi PAS kerana ingin kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah tidak lagi mengundi PAS.

    Percayalah UMNO akan bersatu dengan PAS maksima 8 tahun selepas itu, PAS akan lemah dan akan ditendang keluar seperti dahulu.

    Cuba anta analisis kekuatan PAS di awal 70an
    seningga ditendang keluar dari BN 1976. PAS yang mulanya kuat akhirnya Pilihraya 1978 menang 1 (satu) kerusi sahaja – Bapa Nik Amar
    (Nik Abdullah) menang di Pengkalan Chepa.

    PAS memerlukan 12 tahun hingga 1990 untuk bangkit semula.

    Percayalah kalau PAS bersama UMNO, PAS yang diarus perdana politik akan kembali jadi lemah
    jadi bagai melukut di tepi gantang sahaja nanti.

    • Saya tak pernah kata PAS perlu bersatu dgn UMNO tetapi apa yg saya katakan dari awal hingga hari ini ialah PAS dan UMNO perlu ada PERSEPAKATAN yg menjamin kemuliaan agama islam dan bangsa Melayu.

  6. Maaf kepada Amrar saya hanya sedih dan keliru melihat pihak Politik Melayu Islam,Islam Melayu asyik berbalas dan berbalah sendiri.komen di atas juga saya dapat melalui ruang Facebook saya yang dikirim melalui rakan Facebook. Saya juga telah membaca tulisan Tuan Guru Nik Aziz kepada tun Mahathir. Pada saya kita masih lagi membesar-besarkan kekurangan sesama kita hingga jauh sekali kita mahu membesarkan kelebihan-kelebihan sesama kita yang menyumbang kepada Islam & Melayu

    • Bila kita kata kelebihan2 yg diberikan oleh semua melayu (sesama kita) tu…biar faktanya tepat…ini tak…main quote je…ambik sana ambik sini…tak tabbaayyun…lantas kata, nahhh org ni pun buat baik apa….sy rasa sy blh agak anda siapa dr FB

      itu shj poin sy pd anda…

      setakat ni sy belum baca apa2 poin dr tuan amin on kerugian yg kita dpt hasil ketidaksepakatan selama ini…masih menunggu…mzabms ada nampak apa2 kesan keatas pertembungan selama ni antara melayu islam pro nasionalis dgn melayu islam pro muslim ni?

    • Tulisan TGNA takde masalah….tu…tulisan lokman tu…amacam..tuan mzabms terimalah kiranya yer?

      • amrar: saya tidaklah dikatakan menerima cuma apa yg saya nak sampaikan sampai bila orang Melayu Islam,Islam Melayu akan terus pening dan keliru dengan tulisan-tulisan sebegini jika masing-masing hanya sibuk mencari point untuk menghentam. Saya akui kehebatan Tuan Guru Nik Aziz namun kiranya lebih baik kita memurnikan lagi pendekatan seperti bermuzakarah dalam mencari kesepakatan yang diimpikan umat Islam di Malaysia. Mungkin hanya menanti waktu untuk diambil penuh kesempatan oleh bangsa lain, baru hendak merenung kemanisan kesepakatan. Jika di Mesir boleh duduk berunding mengapa tidak kita?

  7. #

    amrar: saya tidaklah katakan menerima cuma apa yg saya nak sampaikan sampai bila orang Melayu Islam,Islam Melayu akan terus pening dan keliru dengan tulisan-tulisan sebegini jika masing-masing hanya sibuk mencari point untuk menghentam. Saya akui kehebatan Tuan Guru Nik Aziz namun kiranya lebih baik kita memurnikan lagi pendekatan seperti bermuzakarah dalam mencari kesepakatan yang diimpikan umat Islam di Malaysia. Mungkin hanya menanti waktu untuk diambil penuh kesempatan oleh bangsa lain, baru hendak merenung kemanisan kesepakatan. Jika di Mesir boleh duduk berunding mengapa tidak kita?

    • Saya akui kesilapan saya dalam terhantar tulisan Lokman tersebut tanpa mengkaji sedalamnya.Kerugian yg saya nampak atas pertembungan tersebut adalah realistiknya kita makin lemah.(Maaf saya x pernah rasa kena sepak terajang politik kepartian nimcuma pandangan rakyat biasa) Boleh rujuk sendiri pada Pimpinan (Presiden) PAS & Bekas pimpinan UMNO yang memahami perjuangan. Saya tidaklah berniat untuk mencari siapa benar & salah cuma kita perlu & ketahui hakikat mengapa perlu berpakat (bukan bersatu) dalam hal melibati Islam & Melayu di Tanah air sendiri. mungkin sama-sama boleh meneliti sirah Rasulullah dalam politik. (maaf saya bukan ustaz,mungkin anda lebih a’rif). Harapan saya janganlah kita berkeras dan melebih-melebih untuk merubah kejahilan kepada yang Haq kerana pihak ditegur mungkin meletih/patah dengan kata2 itu. Buatlah yang terbaik,moga2 Allah membantu kita semua dalam menegakkan kebenaran.Mohon maaf atas segala kelemahan yang sentiasa cuba diganti dengan menjadikannya pengajaran & kekuatan buat masa akan datang.

      • Di Mesir berunding krn nak menggariskan kebebasan setelah era hosni…skrg ni…anda kata kita kena berunding2…nak tanya apa dia contoh yg kita patut berunding tu? apa perkara yg urgent sgt utk kita sepakat cam kes kat mesir nun??? sy tanya tuan amin…takde pulak dia nak bg contoh konkrit…anda ada cerita2 sensasi yg benar yg blh diketengahkan tak

        Sy pernah bagi satu contoh Yayasan Al Quds Malaysia…kat situ PAS sanggup je sepakat dgn UMNO utk palestin…takdelah masalahnya…siap duduk kerusi nombor 2 tu…walhal dr segi aula kita tau siapa yg lebih terkedepan dan duduk di kerusi pertama…

        Anda create suasana2 kononnya kita tgh tension…cerita sikit…mana dia kerugian yg kita dah alami setakat ini

  8. Salam,

    Bagi saya seperti di nyatakan sebelum ini, saya tak setuju supaya PAS dan UMNO bersatu dalam politik.

    Tapi sangat bersetuju supaya UMNO,PAS dan PKR bersatu dalam beberapa isu terutamanya dalam masalah sosial.

    Anak luar nikah yang berdaftar dah 257 ribu orang dah sekarang.

    Nampaknya macam Ustaz Nasaruddin Tantawi yang bersugguh mempublisiti untuk
    mengatasi masalah sosial.

    Pari-parti politik ini bertindak ikut tekanan rakyat.

    Kalau semua NGO islam bersatu supaya “bisingkan” isu masalah sosial ini
    mesti UMNO,PAS dan PKR akan bertindak dan menganggapnya penting.

    Macam isu Beng Hock, sebab orang-orang Cina “bising”, sebab itulah BN dan PR
    menganggapnya penting.

    W.A.

    • Itulah yang saya maksudkan BUKAN penyatuan parti. Tetapi persepakatan isu2 terutama dalam soal2 agama islam. Tkasih sdr Nazri atas pencerahan.

  9. saya bersetuju dengan Nazri. Saya ingin tekankan sekali lagi bukan diminta bersatu cuma minta berpakat kepada hal-hal membawa kebaikan & keuntungan buat hak Islam & Melayu di Tanah Air ini. Contohnya: dalam isu hukum hakam seperti valentine yang baru2 ini, isu aqidah umat Islam dan lain2.

    • Alhamdulillah, mzabms juga mula memahami hasrat saya. Kita pakat2 sebarkan hal ini supaya lahir satu persepakatan orang Melayu. Barulah tak berani oarang lain mencabar islam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: