Posted by: aminuddin | 13/02/2011

Saya Setuju Dgn Mereka

Saya rasa terpanggil utk menulis apabila kenyataan yg di buat oleh dua pimpinan parti orang Melayu, UMNO dan PAS mengenai kesatuan bangsa Melayu. Ia amat selari dgn apa yg saya dan rakan2 fikirkan. Ini lah sebenarnya yg kita maksudkan; penyatuan dalam mempertahankan hak2 orang Melayu BUKAN penyatuan parti : –

“KUALA LUMPUR 12 Feb. – Hasrat untuk melihat UMNO dan Pas bersatu adalah sesuatu yang sukar kerana realiti politik yang didepani oleh kedua-dua parti itu dalam suasana politik negara ketika ini.

Begitu pun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, UMNO dan Pas masih boleh bekerjasama serta senada dalam mempertahankan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam seperti terkandung dalam Perlembagaan.

”Jika itu  dapat dilakukan, ia sudah cukup untuk menjamin kepentingan dan masa depan orang Melayu dan Islam serta dalam masa sama kita juga tidak mengetepikan hak kaum lain yang juga dijamin oleh Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi diskusi politik bertajuk ‘Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Hadapan’ pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Diskusi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Nordin Kardi itu turut membariskan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Johan Jaaffar sebagai ahli panel.

Sementara itu, Mustafa berkata, Pas juga melihat adalah sesuatu yang sukar untuk bergabung dengan UMNO mengambil kira sejarah hubungan kedua-dua parti itu terutama dalam kerjasama di Kelantan pada penghujung 70-an.

Begitu pun kata beliau, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam itu masih boleh dipertahankan dari sudut kapasiti parti masing-masing.

”Malah sekiranya dasar mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Islam itu dibuat oleh UMNO sekali pun, kami akan menyokongnya,” katanya.”


Responses

  1. Bila baca byk2 ni on isu melayu terancam ni…sy pun lost track part mana yang kita terancam dan betul2 terjatuh bila tiada kesepakatan…yg betul2 umat Islam kalah setakat ini….

    Tolak tepi propaganda double standard yang dicucuk oleh pusat pd negeri or vice versa

    Tolak tepi benda yg dizaman umno kuat pun tak dpt buat apa2 (jual arak etc)…time zaman pak lah tu

    Tolak tepi perkara yg ada unsur khilaf

    Blh share tak tuan….sy betul nak ingat kembali dan sy betul2 hargai…

    I am serious….dah penat dah

    • Fokus saya sejak dari awal hingga hari ini adalah masalah ancaman terhadap agama islam bukan ancaman politik atau ekonomi atau sosial. Banyak kes2 yg berlaku yg menampakkan ketidak sepakatan antara pimpinan Melayu dalam hal2 agama. Contoh simple; Kalimah Allah. Saya juga tak pernah kata UMNO betul atau PAS salah (halusi kommen2 saya). Cuma saya memberi pandangan, apa yg seharusnya pimpinan Melayu lakukan.

      • Tolak tepi perkara yg ada unsur khilaf

        Ada lain?

      • Tuan amin…sy tak pernah pun kata tuan acknowledge umno salah pas betul…yg sy nak CONTOH…itu shj

      • Tkasih atas understanding

      • Takpelah…kalau itu your jwpn on isu ini…sy tanya seriusly…tp to my dismay…ini penegasannya yg keluar dr orang yg byk berkata2: melayu tak sepakat….melayu tak sepakat….melayu terancam…melayu terancam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: