Posted by: aminuddin | 20/02/2011

Langit Kembali Cerah

Pada Sabtu lepas 19 Februari 2011 saya sempat menghadiri “KONVENSYEN NASIONAL PENGUPAYAAN BANGSA” anjuran PAS di Wisma MBSA, Shah Alam. Hampir kesemua pimpinan pusat PAS hadir dalam konvensyen ini yang bagi saya ia menunjukkan keseriusan pihak PAS untuk menegaskan sokongan mereka pada bangsa Melayu.

Jelas, keputusan PRK Tenang telah memberikan satu impak besar kepada pemikiran pimpinan terhadap sokongan orang Melayu terhadap parti itu. Ini dinyatakan oleh salah seorang pimpinan yang menyatakan bahawa sokongan orang Melayu terhadap PAS menunjukkan trend yang menurun. Beliau terus menyarankan supaya PAS melihat balik strategi mereka untuk mendekati orang Melayu kerana mereka adalah kaum majoriti.

Lebih menarik apabila seorang peserta kaum Cina mengemukakan soalan; “jika PAS parti orang Melayu dan islam & UMNO juga parti Melayu dan islam; kenapa PAS gagal mendapat sokongan orang Melayu?”.

Juga di tegaskan bahawa Melayu dan islam itu adalah sesuatu yang sinonim yang tidak boleh di pisahkan. Walaupun hak dakwah adalah untuk semua kaum tetapi dari strategi politiknya maka parti tidak boleh mengenyampingkan orang Melayu. Orang Melayu di istilah kan sebagai “Power Base” politik.

Saya tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira terhadap perubahan pemikiran pimpinan PAS ini kerana inilah yang cuba saya sarankan saban hari. Walaupun mungkin ada kenyataan pimpinan parti yang menyangkal bahawa mereka tidak pernah ubah sikap terhadap orang Melayu, atau mendakwa ini hanya mainan politik media UMNO, namun bagi saya dengan mengadakan konvensyen ini sudah cukup membuktikan bahawa PAS mula sedar bahawa mereka perlu ubah strategi.

Dalam ucapannya, Presiden PAS ada menyatakan bahawa “PAS tetap akan bertegas dan komited untuk seterusnya melaksanakan strategi serampang dua mata :-

i) memantapkan sokongan pengundi tradisi Melayu-islam; dan

ii) melebarkan pengundi barunya,

bagi merealisasikan cita-cita perjuangannya.:”

Apakah saranan-saranan ini akan menjadi kenyataan? Itu saya tidak dapat pastikan. Cuma yang jelas di sana sudah ada pemikiran yang melihat akan pentingnya memberi keutamaan kepada orang Melayu.

Paling tidak apabila saya keluar dari dewan MBSA, saya membawa pulang dengan hati yang tenang dan gembira bahawa kini langit kembali cerah.


Responses

  1. alhamdullilah,kini insyallah tiada lagi yang akan memanggil dakwah kita dakwah perkauman ,racist drpd orang2 pas.

  2. Alhamdulillah..

  3. Respon DAP :
    Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, pemimpin veteran ini mengakui bukan Barisan Nasional (BN) sahaja yang bersalah kerana meletakkan garisan-garisan perkauman, PR perlu mengelak kesilapan sedemikian untuk terus kekal sebagai perikatan kuat di negara ini.

    Lim mengakui amalan meletakkan tanggungjawab agar DAP memastikan sokongan orang Cina manakala PAS pula memberi tumpuan ke atas pengundi Melayu ketika kempen politik sudah ketinggalan zaman.

    Apa pendapat En Amin?

    • Untuk memahaminya kita mesti mengetahui falsafah perjuangan DAP dan apa cita2 mereka yg sebenarnya. Dari situ baru kita boleh buat analisa terhadap komen2 sebegini. Perlembagaan DAP menyatakan bahawa mereka adalah parti sosialis dan berjuang utk menyamaratakan semua kaum (sama dgn Malaysian Malaysia).

  4. Salam Akhi,

    Apa komen ?

    Datuk Seri Najib kritik Ikhwanul Muslimin dan Prof Yusuf Qardawi.

    W.A.

    • Dia dah deny semalam. Jadi tak payah komen apa2.

  5. Salam Akhi,

    Memang betul “Dia kata tanggunjawab Qardawi dan Ikhwan buktikan mereka tak sokong keganasan”

    Kenapa dia tak tolong defend Qardawi dan Ikhwan ?

    Bukankah Prof Qardawi tu tokoh Maal Hijrah !

    Dr Al Baradei pun defend IM !

    DSAI pun defend Prof Qardawi dan IM !

    Lagi pulak memang nampak di Turki Najib bagi kalungan bunga kat pusara ?

    Pusara siapa ? Attartuk ke ?

    W.A.

    • Dia takut nak defend. Kalau dia takut, kita nak komen apa. Tak perlu komen kecuali dia tegas kata IM pengganas.

      Perletakan bunga kat pusara Atartuk tu adalah acara resmi kerajaan. Tak perlu komen.

  6. Adakah Dato Najib cakap dr hati beliau sendiri atau terpaksa?
    Dalam kes ini nampak macam kene paksa je..Maka xleh nak hukum la..
    Allahu’alam..

    • Bahaya yer…ada pemimpin yg dicucuk hidung ni….sy nmpk concern pengomen/penulis yg PR (pada PAS espc) ni jugak dicucuk hidung oleh agenda yg merosakkan….so tak rasa concern yg sama ke?? nampak cam relaks jer….

  7. Apa komen saudara bila PRK Merlimau & Kerdau settle…

    “Konvensyen Melayu” PAS dah lepas dah….dah keluar statement yg membuahkan langit yang cerah…tp kenapa org melayu masih tak undi yg lain dr kebiasaan mrk?

    Dulu sy tengok bukan main hebat analisa on Tenang…

    Kalau saudara nak kata PAS tak cukup masa utk buktikan apa yg dikatakn di konvensyen…then…saya ingin katakan

    It is not abt melayu…tp islam org melayu yg telah luput…itu ISUnya….

    • Tulis Saudara : “It is not abt melayu…tp islam org melayu yg telah luput…itu ISUnya….”

      Tulis saya : Setuju, maka sebab itu saya kata kena fokus pada bangsa Melayu supaya islam itu tertegak pd orang Melayu.

  8. Salam,

    Pandangan saya PAS bagus tapi kena banyak lagi buat supaya

    “Bukan sahaja dilihat perjuangan islam di mata dan bibir sahaja TETAPI YANG PENTING MENAWAN HATI-HATI MANUSIA”

    Banyak kena ikut contoh kejayaan PKS Indonesia dan Ikhwan Mesir.

    W.A.

    • Setuju


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: