Posted by: aminuddin | 10/03/2011

Menarilah Mengikut Rentak Sendiri

Seperti yang dijangkakan keputusan PRK Kerdau & Merlimau tetap berpihak kepada UMNO/BN. Peratus yg keluar mengundi juga amat luarbiasa dgn kadar >80%. Ini satu angka yang jarang di perolehi dalam mana2 PRK. Ini menunjukkan UMNO benar2 ingin membuktikan bahawa sokongan rakyat kepada mereka sudah bertambah. Tidak henti-henti kita dengar pujian oleh pihak UMNO/BN terhadap diri sendiri. Ya, mereka ada hak utk berbuat demikian.

Dalam masa yg sama pihak PAS/PR sejak dari awal2 lagi, dikatkan, tidak meletakkan harapan yg tinggi. Kadar berkempen juga dikatakan tidak sehangat PRK2 sebelumnya. Mungkin strategi mereka hanya untuk menguji jentera mereka bagi persiapan menghadapai PRU13 nanti. Lagipun kedua2 kawasan ini adalah kubu kuat UMNO/BN yg sukar utk di tembusi. Maka sebab itu tidak ada satu saluranpun di Merlimau yg di menangi PAS.

Selalunya dalam banyak2 PRK, walaupun PAS kalah tetapi dengan penambahan pengundi baru jumlah undi kepada PAS makin bertambah. Tetapi seblaiknya telah berlaku di kedua2 kawasan ini dimana  keputusannya menunjukkan undi PAS semakin  berkurang 500 di Merlimau dan 180 di Kerdau.Ini sudah pasti petanda yang tidak harus di pandang enteng.

Gunakan Kekuatan Yg Ada

Dalam kenyataannya Ust Nasharudin Tontowi menyatakan PAS akan menjalankan post mortem utk menilai kembali punca2 kekalahan utk di perbaiki bagi menghadapi PRU13. Saya amat mengharapkan post mortem ini akan membuatkan PAS benar2 dapat menilai kekuatan mereka dan mengenalpasti kelemahan UMNO.

Bagi saya kekuatan paling besar yg ada pada PAS ialah agamanya. PAS harus menggunakannya secara maksima dgn melaksanakan pelbagai program dakwah di setiap peringkat, kaum muda, kaum tua, di bandar dan juga kampung. Saya tidak sama sekali mengatakan tidak ada ceramah agama yg di buat PAS tetapi mungkin perlu diubah pendekatannya.

PAS tidak akan mampu menandingi kekuatan ekonomi dan teknologi UMNO tetapi UMNO amat lemah dalam aspek agama. Senjata inilah yg harus PAS gunakan. Bangunkan kesedaran islam dan keharmonian aqidah pd bangsa Melayu bukan menabur janji ekonomi dan ganjaran wang ringgit. Berikan orang Melayu kail bukan berikan mereka ikan. Dengan bilangan asatizah yang beribu dalam PAS saya amat yakin ia bukan sesuatu yg mustahil utk di lakukan. Mungkin ia memakan masa yg agak panjang sedikit tetapi sejarah membuktikan perubahan manusia berlaku bukan dengan memberikan habuan duniawi tetapi menanamkan hakikat ukhrawi dalam setiap lubuk hati umat islam.

PAS tidak harus menari mengikut rentak UMNO kerana PAS ada rentak sendiri. Jadi menarilah mengikut rentak sendiri.


Responses

  1. Salam.
    Saya mohon pendapat en amin ttg artikel ini.

    http://www.malaysiakini.com/news/158332

  2. Salam Sheikh,

    Apa komen tentang statement Ikhwan Mesir di bawah;

    Mohsen Radi: Copts to Preoccupy Senior Posts in MB’s Party

    Mohsen Radi, former member of the Muslim Brotherhood (MB) parliamentary bloc and a member of the People’s Parliament, has announced that the Freedom and Justice party’s membership will be open to all Egyptians who accept the terms of its program after it has been founded.

    Mohsen Radi, former member of the Muslim Brotherhood (MB) parliamentary bloc and a member of the People’s Parliament, has announced that the Freedom and Justice party’s membership will be open to all Egyptians who accept the terms of its program after it has been founded. “Non-Brothers and Copts are expected to assume leadership positions in the party,” he said.

    Mohsen Radi underlined the significance of maintaining the spirit of the revolution, and challenging attempts to counter the revolution’s gains have been working to keep the status quo and avoid the real change, calling for young Brothers to form popular committees to assist the Egyptian police in maintaining the country’s security and protecting people.

    • Kalau tengokkan kenyataan tu, dia bukan IM dah. Anyway, mana2 parti politik akan mencari seramai mungkin ahli sebab mereka perlu undi. Di Mesir 90% islam, yg kristian sikit je. Jadi tak timbul isu.

  3. Salam,

    Artikel ini dari ikhwanweb (English)

    Freedom and Justice party’s adalah parti politik rasmi IM yang dalam proses
    pendaftaran.

    Former member of IM parlimen bloc – mungkin Mohsin ini salah sorang daripada
    80 ahli parlimen IM 2006.

    Tahun 2010 IM banyak kalah, semua parti lain pun banyak kalah oleh sebab penipuan parti Mubarak.

    Ntahlah pada firasat ana betul agaknya Dr Mujahid tulis dalam buku dia tu.

    W.A.

    • Bukan senang main politik. Game dia sangat berbeza.

      • rentak apa ntah parti IM tu pakai tak tahulah yerk….:)

      • Rentak mereka sendiri. Mereka sangat jelas dari segi hadaf perjuangan. Kuasa tidak sama sekali menjadi ultimate goal mereka tetapi mendekatkan manusia kpd Allah yg jadi keutamaan.

      • Nmpknya en aminuddin x faham point sy dan pt en nazri…atau tu adalah analisa bernas saudara?

      • Satu lg….jwpn seolah2 nak kata pas ni jenis power monger ke? mungkin mrk nmpk yer…tp jgn nak berkata yg blh menyakitkan hati, sbb ni brcakap soal niat dan hati…a blanket statement is not a wise n akhlakian move

      • Saya rasa saudara salah memahami apa yg saya cuba utarakan. Saya cuba mengutarakan bahawa PAS ada kekuatan sendiri yg tidak ada pd orang lain. Saya juga melihat PAS mampu menentukan arus bukan pihak lain.

        Memang pandangan yg berbeza dgn kita akan menyebabkan kita rasa sakit utk menerimanya. Itu lumrah manusia. Perbezaan pandapat tidak ada kena mengena dgn akhlakian. Saudara hanya perlu upgrade pemikiran saudara untuk menerima kepelbagaian pendapat, itu saja. IA saudara akan lebih tenang dan mampu melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih positif.

      • Persoalannya…bukan kekuatan IM pd Islamnya yg syumul…apalagi 90% rakyat adalah muslim…rentak apa yg dipakai…knp taknak suggest diorang pakai rentak sptmana yg dicadangkan ke PAS…

        Nmpk en aminuddin mcm tak nmpk relevannya statement en nazri on mujahid rawa ke? Mcm mengelak2 supaya apa yg dikatakan dlm entri ni tepat je bunyinya

      • IM di Mesir mempuyai budaya dan demografi yg amat berbeza. Lagipun saya tidak mengetahui keadaan sebenar di sana. Jadi saya tidak layak utk memberi sebarang komen.

        Saya tak pasti komen Dr Mujahid yg mana satu yg Nazri refer kan. Banyak yang Dr tulis. Saya tak pasti yg mana satu.

      • Jgn salah faham….sy tidak kata memberi pandangan/nasihat yg berbeza itu satu tindakan yg tidak “akhalakian”…ttp the blanket statement…please read thru my comment thoroughly…

      • Maaf saya keliru apa yg saudara cuba nyatakandgn “blanket statement”. Jadi saya tak tahunak respon.

      • Asal kata blanket statement tu dtg bila membaca komen tuan kata psl IM….”Kuasa tidak sama sekali menjadi ultimate goal mereka tetapi mendekatkan manusia kpd Allah yg jadi keutamaan.” …sbb tulah saudara rasa tiada masalah IM ada rentak mrk sendiri yg bukan bercirikan “Islam” spt yg ditulis en nazri

        So adakah PAS tak sama mcm IM (ie Hadaf jelas…Kuasa tidak sama sekali menjadi ultimate goal mereka tetapi mendekatkan manusia kpd Allah yg jadi keutamaan) sehingga yg dipinta oleh tuan pakai rentak Islam …tu maksud blanket statement yg saya katakan tidak wise n akhlakian tu…walhal IM dikatakan takpe…itu rentak mrk sendiri….tapi PAS bila pilih rentak bukan Islam nak dikomen lebih dan nak kata “mrk ada kekuatan Islam maka gunakanlah” (IM takde kekuatan tu ke?)

        Blanket statement yg mengatakan seolah2 PAS berbeza dgn IM dr segi intention beraksi dlm politik…

        Jelas?

        En Nazri kata yg psl BUKU Dr Mujahid….dia tulis cuma satu buku jer…takkan tak pasti yg mana satu

      • Apa yg saya maksudkan PAS perlu ikut rentak sendiri ialah parti itu tidak perlu menggunakan taktik yg di buat UMNO yg banyak menabur janji2 kebendaan. PAS perlu guna taktik tersendiri utk memenangi hati rakyat dgn melebarkan jalur dakwah dan tarbiyah, bukan janji2 wang ringgit. Parti itu tak akan mampu bersaing dgn UMNO dalam bab kebendaan tetapi UMNO tak boleh bersaing dgn kekuatan agama yg ada pada PAS.

        Samada pendekatan PAS sama dgn IM? Itu terpulang kpd mana2 penganalisis utk buat tafsiran. Saya hanya melontar pandangan utk difikirkan.

        Dr Mujahid dah tulis 2 buku dan kedua2nya saya baca sampai habis. Saya masih tak pasti yg mana satu di rujukkan. Sila beri pencerahan.

      • Bila pulak PAS janji kebendaan….rasanya tak pernah ada perkara begitu dijanjikan dlm PRK2 yg berjalan..pernah dengar cermah politik PAS ke ni??

        Paling2 pun PAS sentuh hal penyelewengan kepimpinan dan juga pencabulan perlembagaan…sy rasa itu rentak PAS…

        Again sy bukan staunch supporter…tp like to put things into perspektif

        Sy rasa apa yg en nazri hi-litekan adalah buku Menuju PAS baru….rentak yg ingin dicadangkan PAS pakai…dah baca kan…rasanya bukan rentak Islam yg dilontarkan Dr Mujahid…ada komen?

  4. sy sgt setuju dgn saranan yg diberikan…sy masih kecewa dgn senario “ceramah agama?” yg berintikan kutuk mengutuk.

    bg sy, majoriti rakyat masih memilih pemimpin yg lemah agama adalah kerana pemikiran rakyat yg memilih itu sendiri juga lemah agama.jadi ubatnya ialah, didiklah rakyat tu sendiri jadi kuat agama.maka dgn cara itulah mereka sendiri akhirnya akan memilih pemimpin yg kuat agama.

    simple je kan?

    • Setuju

  5. Salam,

    Saya datang daripada keluraga UMNO. Penukaran sokongan politik saya kepada PAS masuk daripada jalan akidah.

    Pemahaman tentang tauhid rubbubiyah, tauhid uluhiyah drp buku Abu Urwah tu
    yang mengubah segala.

    Masalah kat Malaysia ini tak ramai orang tahu tentang tauhid rubbubiyah dan tauhid uluhiyah ini, yang ramai mengaji sifat 20.

    Jadilah ramai orang kat Malaysia nampak sama je UMNO dengan PAS.

    Memang betul banyak kerja PAS utk menerangkan apa ertinya “Islam itu
    adalah cara hidup”.

    Tapi dikalangan ramai orang islam sendiri tak berapa iltizam “islam itu cara hidup”
    PAS kena ikut cara Ikhwan Mesir/PKS.

    Faktor terpenting sekali untuk PAS menang adalah PEMBELAAN KEPADA RAKYAT.

    UMNO mempunyai dana yang besar sebab itu nampak macam UMNO bela rakyat
    padahal itu “duit cukai kerajaan” . Dahlah pembahagiaan tak sekata antara negeri BN dan PR.

    W.A.

    • Setuju dgn cadangan Nazri. Bina semula aqidah umat islam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: