Posted by: aminuddin | 16/03/2011

Penyatuan Agenda

Apabila gereja terbakar, maka berlumba-lumbalah pemimpin Melayu membuat lawatan dan melahirkan simpati sehingga di beri bantuan RM0.5 juta.

Apabila kalimah Allah di benarkan utk org bukan islam, berlumba-lumba pula pemimpin Melayu menyetujuinya.

Apabila buku Intrelok di persoalkan, maka kelam kabut pula pemimpin Melayu menyemaknya kembali

Apabila seorang guru Melayu tersalah cakap ttg bangsa lain, berlumba-lumba pemimpin Melayu meminta maaf

Apabila Bible dalam bahasa Melayu di tahan, berlumba-lumba juga pemimpin Melayu mengkritik kerajaan sehingga akhirnya terpaksa di benarkan.

SEMUA ini tidak kedengaran sebelum 2008 tetapi semuanya dianggap boleh, benar, betul, tak salah, perlu toleransi dan…dan…boleh, boleh, boleh selepas 2008. Al maklum…Pilahanraya Sarawak dah dekat, PRU13 juga dah tak lama lagi.

Puncanya?????

Pemimpin Melayu sudah hilang agenda perjuangan. Mereka menjadi lemah kerana takut hilang kuasa.

Jawapannya???

Pemimpin Melayu, dari mana2 parti politik, perlu membawa satu agenda yang sama walaupun berbeza fahaman politik.


Responses

  1. “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”… Agenda umat Islam tak kira bangsa yang perlu diperjuangkan di Malaysia.

  2. Salam,

    Ana nampak kita boleh berbeza pendapat, tapi nampaknya lemah dari segi bagi “media statement”

    Orang-orang islam kalah dalam pertarungan media, pertarungan public opinion.

    Kenyataan media terbaik setakat ini dalam hal ‘bible dalam bahasa melayu” adalah
    Ustaz Nasaruddin Mat Isa

    W.A.

    • Setuju dgn en nazri…

      Knp keluarkan statement yg terlalu umum dan tidak amanah….byk benda tak mcmtu tp dikatakan seolah2nya begitu?

      Nak tarik perhatian siapa sy pun tak tahu?

      Interlok…semua sekata saya rasa…nak semak semula adalah kerajaan bukan bangsa melayu…

      Guru tersalah kata…yg pertahankan cuma Perkasa je sy rasa…yg lain biar je dia masuk mahkamah…again yg mohon maaf kerajaan…bukan bangsa

      Apa ni??

      Sy pelik…bila kata nak penyatuan agenda….jgnlah semua isu dilihat seolah2 kritikal utk kita bersama pertahankannya….ada yg patut bersama ada yg tidak…(atau rasa – sbg contoh- kena jadi cam perkasa dlm hal guru tu…kita lawan)

      • Benar saya katakan secara umum kerana memang saya tak menujukan kpd sesiapa. Saya hanya sekadar memberi gambaran umum akan keadaan orang Melayu.

      • so…it is not a media statement yg cantik spt yg dikatakan en nazri

      • Bagi saya ia bukan masalah media statement tetapi yg lebih besar ialah kesatuan pandangan.

      • Takpelah if u want to put it that way.

        Bg saya apa en nazri kata tu ada benarnya….dlm kita berbicara patutnya kitalah yg lebih hebat dr SIS…maksud media statement tu adalah kata2 yg boleh membentuk public opinion…SIS mampu lakukan w/pun kita tau cara mereka mungkin keluar dr area of Islam dlm mengolah…tp the effort of putting the correct words with the right facts (albeit twisted) menyebabkan mrk blh dilihat menang dlm arena itu…

        So adakah NGO berciri Islam sebenar ingin bersifat otherwise….sentimental and emotionally driven semata…No intelectual discourse, debate and collision? Takpe if we want to be beating behind the bush asalkan mesej aku dpt keluar…camtu ka?

      • Adalah salah kalau kata NGO islam hanya menggunakan emosi. Apabila kami berbincang, kami juga melihat fakta2 yg ada sebelum mengeluarkan media statement. Cuma banyak kekangan yg terpaksa di hadapi. Contoh: Banyak NGO buat statement dlm pelbagai isu tetapi tak di keluarkan media. Tekanan politik juga ada dan lain2 kekangan.

        Jika parti politik ada kekangan dan tekanan, NGO islam juga ada tekanan dan kekangan tersendiri.

      • So itulah pokok point en nazri dan sy on this entri…

        Keluarkan ulasan yg lebih bermutu pointnya…a media statement standard punya point w/pun tak keluar media pun….

        Barulah masyarakat luar boleh salute pd pandangan tuan….kita taknak yg tergerak dengan entri saudara adalah kalangan ahli semata

        Wllhm

  3. En Amin konsisten dalam kesilapan menulis dalam BM
    contohnya –
    di beri – diberi
    di benarkan – dibenarkan
    di persoalkan – dipersoalkan
    di tahan – ditahan

    jarak hanya apabila menunjukkan tempat…harap betulkan

    • Dah cuba tetapi kadang2 tak boleh elak. IA akan lebih prihatin

    • Saya bersetuju dengan sulaiha. Sebagai NGO yang melaungkan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa bangsa perlu dijaga.

      Maaf, ini teguran ikhlas melalui pemerhatian saya, ada beberapa blog pimpinan ISMA yang saya baca, tidak Berbahasa Melayu dengan baik. Bahkan ada yang dirojakkan.

      • Noted


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: