Posted by: aminuddin | 18/03/2011

Menuju Kesepakatan Agenda

Isu penahanan Bibke berbahsa Melayu menjadi isu yang hangat di perkatakan oleh masyarakat ketika ini. Keputusan yang di buat oleh pihak kerajaan dilihat seolah membayangkan ada sesuatu muslihat politik yang mengesani keputusan mereka. Apa tidaknya, mula-mula di laporkan ia di tahan, kemudian di benarkan dengan bersyarat, kemudian ada juga yang melaporkan walaupun di benar tetapi masih tidak boleh di keluarkan. Pemimpin-pemimpin bukan islam sudah mencapai kata sepakat mendesak untuk di lepaskan yang di ketuai oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Adakah di sana ada kaitan antara keputusan ini dengan pilihanraya Sarawak yang akan di adakan bila-bila masa lagi?

Peranan media juga di lihat begitu mensesikan isu ini terutama media yang di kuasai oleh bukan islam yang dilihat menjadi faktor pendesak kepada pihak kerajaan. Walaupun mereka faham isu ini sangat sensitif tetapi kenapa mereka masih mewar-warkan dengan berleluasa?

Persoalannya?

Apabila kerajaan menghalang pengedaran bible ini, maka sudah pasti di sana ada rasionalnya, ia bukan hanya di buat membabi buta. Faktor penterjemahan bahasa yang mengelirukan dan pengedaran di kalangan umat islam, mungkin antara faktor besar yang menyebabkan kerajaan menghalang ia di masukkan ke dalam negara. Mungkin mereka menafikan bahawa ia bukan untuk umat islam tetapi siapa yang boleh menghalangnya nanti ?

Pemimpin-pemimpin Melayu seolah-olah mabuk kenyataan apabila masing-masing memberikan kenyataan membenarkan ia untuk di edarkan. Alasannya sangat mudah iaitu bahasa tidak akan menjejaskan aqidah ummat islam, ada juga yang mengatakan orang Melayu kena “open minded”. Sejauh mana orang Melayu perlu “open”, kita tidak tahu. Kadang-kadang saya rasakan seolah-olah masing-masing cuba menarik perhatian pihak-pihak tertentu.

Adakah ini sahaja?

Isu-isu yang menyentuh keagamaan adalah sangat sensitif di negara yang majmuk ini. Saya yakin akan banyak lagi isu-isu yang akan di “push” kepada kerajaan oleh pihak-pihak tertentu bagi membawa agenda besar mereka.  Dengan sifat toleransi orang2 Melayu dan untuk menjaga  kedudukan politik mereka maka tidak mustahil, banyak lagi yang kita terpaksa konpromi atau “open minded” dengan agama lain. Belum reda dengan kalimah Allah, AFC, Interlok maka kini di bawa pula isu bible.

Langkah ke hadapan

Saya merasakan perkara ini bukan lah sesuatu yang besar yang harus di gembar gemburkan atau memaksa pelbagai pemimpin Melayu memberi kenyataan. Ia sangat mudah jika semua pimpinan Melayu boleh duduk sekali dan berbincang dalam hal2 menyentuh agama islam yang menjadi kepentingan umum.

Pemimpin Melayu dari pelbagai latarbelakang politik MESTI sepakat untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Agama Islam yang melihat dan menjaga kemuliaan agama tanpa berani di gugat oleh orang lain. Keanggotaannya haruslah menyeluruh yang meliputi pimpinan politik dan NGO dan mereka boleh membuat keputusan yang melibatkan agama islam. Dengan ini ia menjadi satu suara yang snagat kuat kerana ia melibatkan pelbagai pihak.

Inilah di katakan Kesepakatan Agenda.


Responses

  1. Apa pandangan en aminudiin dgn kenyataan drpd PUM?

    • Kenyataan yg mana? Kalau kenyataan ttg bible, itu saya tak pasti samada kenyataan peribadi atau pertubuhan. Saya menerima sbg satu pandangan yg berbeza. Secara peribadi saya juga ada pandangan tersendiri. Saya tak menolak pandangan orang lain yg mungkin berbeza.

      Cuma saya ingin mengutarakan bahawa adalah lebih baik semua pandangan2 ini dapat di satukan supaya ia lebih memberi kekuatan dan di geruni.

  2. Salam,

    saya cadangkan agar ISMA keluarkan satu ‘statement’ tentang isu Bible.
    Ini adalah isu yang sangat serius dan mengharap ISMA dapat memainkan peranannya.

    • ISMA telah membuat kenyataan bersama dgn NGO2 lain. Baca kenyataan yg di siarkan dlm blog ini.

  3. Assalamualaikum,

    Sejak pru 2008 ini isma mula menunjukkan gerak kerja mengambil tahu dan memberikan pandangan terhadap politik negara..berbanding dahulu..lebih suka untuk fokus pada tarbiyah sahaja..itu suatu perubahan baik.. lihat tuan aminudin ini..saya sarankan agar tuan cuba masuk politik untuk memperjuangkan islam.. or isma antar orang2 isma secara underground untuk masuk dalam politik memperjuangkan islam.. masuk dalam pas bole,mca pn bole, umno pun bole.. keadilan pun bole… baru isma boleh memahami bagaimana sebenarnyer memperjuangkan islam dengan politik …betapa susahnyer… atau pun at least masa pru, or pilihan raya kecil tuan aminudin turun ke medan sebenar bersama pas ker ,lihat mcm mane keadaan sebenar dan mcm mane kerja2.. baru tahu mcm mane keadaan sebenar..selamat mencuba… perjuangan islam bukanlah semata2 dengan berkata2, berusrah, tarbiyah , tapi ia adalah menegakkan yang benar ,menentang kepada kemungkaran ,membina sebuah negara islam.. menegur dan menghadapi pemerintah yang zalim… ingin lihat juga isma berani menegur umno secara terbuka jika kata memperjuangkan islam… ..jangan hanya sembur peluru pada pas sahaja.nak komen pas biar kena cara. dia adalah sahabat baik isma ..umno itu adalah musuh sebenar isma kerana ia membawa agenda selain islam… jadi berhati2 ya..mohon tunjuk ajar ..jika saya ada salah di atas, semoga tuan bole tegur saya.. assalamualaikum..

    • Waalaaikumusalam, terima kasih atas pandangan dan nasihat. ISMA adalah NGO bukan parti politik dan kekal sbg NGO. Benar, medan politik dan NGO sangat berbeza. ISMA akan terus bercakap melalui perspektif NGO walaupun ia mungkin tidak di senangi.

      Pandangan yg di beri pula bergantung kepada perspektif minda pembaca. Jika dia mempunyai minda terbuka maka dia akan terima dgn baik. Tetapi jika mindanya masih tertutup maka ia akan jadi negatif. Ini sukar dan tak mungkin boleh di kawal.

      • Boleh sahaja kita bercakap dengan realistik dan waqie nuasa politik Malaysia…barulah relevan suara2 NGO2 ni…ada NGO yg wise jugak dlm berpolitik ada yg tidak….tp mrk2 yg unwise ni tetap shj nak keluarkan statement…

        Apa2 pun tahniah ada pengeluaran statement on bible (belum baca lg)…Tp my statement di atas tetap sy percaya wujud terutama bila NGO2 ini berkeinginan besar nak mengulas geraklangkah politik landscape politik walhal ‘kecerdikan’ itu mungkin kurang….Mungkin apa yg disaran muhd tu ada perlunya (dr segi konteksnya terjun ke medan la…sy bukan maksudkan berbondong ahli isma masuk politik), barulah kata2 kita tu tak menyakitkan hati dan tepat pd konteksnya

      • Ramai penganalisis politik yg tidak terlibat dgn politik. Setuju bahawa utk memahami politik kita perlu terlibat secara langsung. Tetapi tidak juga salah kalau ada mana2 individu utk beri pandangan. Samada betul atau salah, nak pakai atau tidak, terpulang kpd pembaca.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: