Posted by: aminuddin | 20/03/2011

Realiti Bukan Fantasi

Apabila saya membicarakan tentang kepentingan kepada kesatuan bangsa Melayu, ramai pengkritik mengatakan saya asobiyah, ketinggalan belakang, islam untuk semua bukan Melayu saja dan pelbagai lagi kritikan. Saya terima dengan berlapang dada kerana saya tahu ia bukan senang untuk meyakinkan sesiapa terhadap sesuatu yang baru.

Cuma saya ingin menjelaskan ini bukan bermakna saya mengenepikan orang bukan Melayu.

Berdakwah pd saudara baru

Antara teman saya yang amat rapat ialah seorang saudara baru yg kini tinggal di Taman Tun. Beliau menganut islam pada tahun 1997 tetapi malangnya tidak ada sesiapa yang membimbingnya. jadi saya mengambil inisiatif utk mendekati dan menjelaskan ttg islam dan hukum hakam. Sehingga kini kami masih rapat dan beliau selalu merujuk kpd saya.

Memimpin masyarakat pelbagai bangsa

Alhamdulillah saya telah di beri kepercayaan oleh seluruh penduduk di taman saya untuk menjadi pengerusi selama 2 tahun berturut-turut. Ia melibatkan kaum Melayu, Cina, India dan Singh. Kami menyambut TBC dan HRaya bersama2. Sehingga kini mereka masih yakin dgn pimpinan saya.

Gambar saya bersama2 dgn kmoiti taman dan Timbalan Penegerusi, Mr Loo

Berbincang Dgn NGO bukan islam

Saya juga terlibat berboncang dgn NGO2 bukan islam dalam isu2 kepentingan bersama

Perbincangan dgn NGO bukan islam

Akhirnya

Saya ingin menegaskan bahawa apabila kita kata penumpuan kpd bangsa Melayu dan kesatuan mereka bukan bermakna mengenepikan bukan islam. Itu cuma strategi dakwah.

Saya ingin juga bertanya kpd pengkritik, apabila mereka mengatakan islam untuk semua, adakah benar2 mereka telah laksanakan dakwah kpd bukan islam atau sekurang2nya memimpin mereka? Saya bimbang kita hanya berkata secara teori tanpa melihat hakikat sebenarnya.

Berfikirlah secara realiti bukan fantasi.


Responses

  1. Salam..
    Alhamdulillah sbb bersama kita menjalankan tugasan dakwah kpd semua manusia.. Penuhkan rasa tawadhuk dgn amal2 kita (terlalu sdikit berbanding amal aslafuna)
    Dan.. rasanya tidaklah perlu bagai mempersoalkan amal2 orang lain… Alangkah manisnya jika kita saling menginsafi kekurangan diri kita…
    IP sangat mengkagumi ikhwah ISMA dgn pendekatan MSIB tu, paculah amal padanya.. namun hormatilah juga pendekatan kami drp aliran Parti Politik ni, tidaklah tahalluf yg kami bina melainkan berobjektifkan juga mendekatkan mereka dgn Islam..
    Anggaplah ia sbg ijtidah dlm bidang siasah.. “Aku rasa aku benar.. tetapi mungkin juga orang lain itu lebih benar…”

    • Saya mintak IkhwanPAS dapat bezakan kritikan seorang kawan dan kritikan seorang lawan. Terlalu jauh bezanya tu. ISMA juga tidak lepas dari kritikan malah lebih teruk dari itu.

  2. Saya ingin mencadangkan agar Akhi Amin untuk membuat penyemakan ejaan untuk artikel-artikel Akh Amin kerana terdapat banyak juga kesalahan ejaan yang memberi impak kepada pandangan pembaca kepada Akh Amin.

    • Ok, IA saya akan lebih berhati2 lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: