Posted by: aminuddin | 27/03/2011

Kamu Adalah Singa

Mula-mula ianya di halang untuk di keluarkan tetapi kemudian mereka berjaya menukar keputusan kerajaan untuk membenarkannya. Kemudian kerajaan membuat keputusan utk melabelkannya supaya ia dapat di pantau utk tidak di sebarkan kepada orang Melayu. Kini mereka buat lapuran polis meminta kerajaan memoh0n maaf dan mendesak kerajaan mencetak bible baru  tanpa di labelkan. Mereka juga menguggut kerajaan bahawa jika kerajaan tidak mengikut telunjuk mereka maka PRU13 nanti mereka akan memilih yg lain.

Tindakan mereka ini sangat luar biasa. Tidak ada lagi ruang dialog, tidak ada lagi ruang berdiskusi, tetapi sebaliknya mereka terus mengambil tindakan yang aggresif. Bukan saja membuat bantahan malah mendesak kerajaan meminta maaf dan memberi amaran bahawa jika sekiranya kehendak mereka tidak di patuhi maka mereka akan hukum kerajaan pd PRU13 nanti.

Semua ini tidak mungkin berlaku sebelum 2008. Namun kini seolah2 segala2nya akan di tentang, di lawan malah di cabar dengan keras.

Baru beberapa hari yg lepas mereka menegaskan Melayu itu juga PENDATANG, kini keutuhan kerajaan pula yg mereka cabar. Bahasa Melayu sudah lama tenggelam, kedudukan2 penting dalam kerajaan juga mula di tembusi.

Apakah ini berlaku secara tiba2? Saya rasa tidak mungkin. Sudah pasti ada perencananya yang hebat yang menyusun segala strategi ketika orang Melayu masih terlena dgn laungan Hak Sama Rata semua kaum. Ya, mereka bukan saja mahu sama rata politik, jawatan kerajaan tetapi yang lebih membimbangkan samarata dalam agama.

Yang lebih menghairankan, pihak kerajaan maupun pembangkang SANGAT-SANGAT  takut dgn suara mereka. Kononnya mereka adalah penentu undi. Tetapi saya nak tanya, dalam perangkaan 2010, jumlah Bumiputera ialah 18juta, Cina 6 juta dan India 1 juta, kenapa kita takut dgn yg sedikit? Benarkah mereka ini penentu undi? Berapa banyak kawasan yg majoritinya adalah pengundi Cina atau India?

Kenapa pemimpin Melayu tidak takut pd orang Melayu yg majoriti?

Jawapannya sangat senang; orang Melayu tidak bersatu. Pemimpin Melayu tidak lagi kenal “demarcation line”, dimana kita boleh berbeza dan dimana kita perlu sepakat. Akibatnya, yang kecil menguasai yang besar. Keujudan Israel yg kecil dan terpencil itu menjadi gagah apabila bangsa Arab yang besar lagi kaya gagal bersatu.

Umat Melayu Islam perlu di kuatkan kembali jatidiri mereka dengan memberikan kesedaran  bahawa mereka sebenarnya adalah seekor SINGA yang mengaum kuat bukan seekor KAMBING yang hanya sekadar mengembek.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Responses

  1. Salam,

    Bukan tahun ini, sejak 1987 Datuk Lee Kim Sai (MCA) kata Melayu pendatang.
    Tahun 2008 Datuk Tan Lian Hoe kata Melayu pendatang juga.

    Masalahnya orang Melayu terikut sangat politik kepartian, orang Cina tak.

    Orang Cina ada PUBLIC OPINION yang kuat yang mengusarkan MCA, Gerakan dan DAP.

    Perasan tak orang Cina ada satu pemimpin bukan ahli politik yang akan menyemarakan isu kepentingan Cina (Dr Kua – penulis buku 13 May).

    Ana pernah masa tahun 1998-1999 tertengok e-mail Dr Kua diforward kan kepada
    office mate Cina.

    W.A.

  2. Terima kasih atas pencerahan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: