Posted by: aminuddin | 17/04/2011

PR Sarawak ke 10

Keputusan PR Sarawak ke 10 telahpun diketahui dan Taib Mahmud masih kekal sebagai Ketua Menteri walaupun desas-desus undi protes akan berlaku terhadap beliau. Parti beliau, PBB, yang merangkumi Melayu muslim dan Pesaka terus mengekalkan dominasi. Manakala SUPP yang mewakili kaum Cina telah jatuh kecundang dengan hanya memenangi 6 kerusi dari 19 yang dipertandingkan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bilangan undi yang diperolehi oleh parti2 terbesar negara adalah sperti berikut :-

Parti                Bil Undi

BN                   372,379

DAP                 134,847

PKR                 117,100

PAS                  9,719

Beberapa Pemerhatian

  1. Kemenangan Yang Perlu Perubahan

Walaupun BN menang dan mendapat majoriti 2/3 namun kekalahan mereka dalam 16 kerusi adalah satu sejarah pemerintahan mereka di bumi kenyalang ini. Ia bukan satu kemenagan yang BN dapat banggakan kerana mereka tahu jika tidak ada perubahan yang berlaku maka nasib mereka pada PRU13 nanti akan menjadi pertaruhan. Sarawak yang sering dikatakan sebagai “Fixed Deposit” BN, kini sudah berjaya di tembusi. Kedudukan Taib sebagai KM menjadi bala kepada BN. Oleh itu perubahan tampuk kepimpinan seharusnya menjadi utama agenda perubahan BN di Sarawak.

  1. DAP dan Undi Cina

Parti yang dilihat paling berjaya ialah DAP. Kerusi mereka telah bertambah dari 6 kepada 12. Ini memberikan mereka semangat untuk terus memperkuatkan perjuangan mereka terhadap kaum Cina. Trend ini dilihat sama dengan apa yang ada di Semananjung. Ini sudah tentu amat merisaukan PM.

Undi orang Cina jelas telah beralih kepada DAP kerana mereka melihat SUPP tidak lebih dari “puppet” kepada Taib. Presidennya, Tan Sri George Chan, dan Timbalan Presidennya tumpas kpd calon DAP dan PKR. Ini kerana, menurut penganalisa politik, SUPP dilihat gagal untuk memperjuangkan nasib orang Cina. Tan Sri George Chan telah menyalahkan pimpinan negeri dan pusat yang gagal memenuhi kehendak pengundi Cina.

MCA jelas gagal dalam usaha mereka untuk mengaut undi Cina kerana mereka juga dilihat tunduk kepada UMNO seperti SUPP yang tuduk kepada PBB. Walaupun kerajaan menaburkan pelbagai janji pembangunan dan ganjaran namun ia gagal meyakinkan kaum Cina.

  1. PBB dan Undi Melayu

Undi Melayu-Melanau masih kekal kepda BN apabila PBB memenangi kesemua 27 kerusi kawasan Melayu yang dipertandingkan. Mungkin juga janji PR untuk melantik Bian Baru, seorang kristian, untuk menjadi KM membuatkan masyarakat Melayu Muslim merasa takut dan cemas. Mereka mungkin tidak mahu peristiwa yang berlaku di Sabah berulang di Sarawak dimana apabila Pairin Kitingan menjadi KM maka dakwah kristian telah berkembnag dengan pesat dan kaum islam mula diketepikan. Mereka melihat walaupun Taib dipalitkan dengan pelbagai kes rasuah dan kronism serta sikap “accomodative”nya kepada puak kristian tetapi sekurang-kurangnya dia seorang muslim. Ini akan memastikan umat islam akan terus dapat perhatian.

  1. PKR

Manakala PKR pula, dari 49 kerusi yang ditandingi mereka telah berjaya mendapat 3 kerusi. Ini boleh dikira satu kejayaan juga memandangkan mereka baru saja mula bertapak di Sarawak. Sudah pasti peranan Anwar berkempen secara habis2an memberi kesan yang banyak kepada pengundi Sarawak. Difahamkan disaat-saat akhir kempennya Anwar telah menggunakan sentimen emosi dan belas kasihan dengan menceritakan pengalaman pahit manis beliau menghadapi pelbagai ujian sehingga dilapurkan ramai yang hadir menitiskan airmata simpati. Skandal video seks yang cuba dimainkan BN jelas tidak memberi kesan apa-apa.

Kemenangan 3 kerusi ini membayangkan bahawa parti itu kini telah bersedia untuk bertapak di Sarawak. Namun kalau dilihat secara keseuruhan kemenangan PKR banyak tertumpu kepada kawasan penduduk Dayak dan Orang Ulu. Ini menunjukkan bahawa parti ini masih gagal mendapatkan undi Melayu islam tetapi sebaliknya mendapat sokongan dari bukan islam. Persoalannya; Adakah ini bermakna PKR akan terus berkompromi dengan nilai-nilai islam bagi mengekalkan undi ini? Ia sesuatu yang harus menjadi perhatian dimasa depan.

  1. PAS

Dari 5 kerusi yang ditandingi, PAS gagal untuk meraih satu kerusi pun. Kegagalan PAS mendapatkan kepercayaan orang-orang islam  mungkin disebabkan kebimbangan dikalangan umat islam terhadap pendirian PAS dalam beberapa isu yang menyentuh agama yang dilihat terlalu bertolak ansur. Yang anehnya walaupun PAS sudah banyak berkompromi dgn pihak bukan islam namun mereka masih tidak mengundi PAS. Adakah PAS tertipu dengan pakatan dalam PR? Ketika DAP dan PKR membuat “in-road” kedalam poilitk Sarawak, PAS masih lagi duduk dipinggiran. Ini sesuatu yang harus direnungi oleh pimpinan PAS

  1. PRU13

Jika trend ini berterusan maka bermakna penguasaan DAP akan lebih terserlah pada PRU13 nanti dengan penambahan beberapa lagi bilangan kerusi di parlimen. Kalau dulu DAP hanya dianggap parti kecil dan tak mungkin menjadi jadi satu kuasa besar dalam politik tanahair tetapi kini dengan peralihan undi Cina bermakna parti ini akan menjadi satu kuasa yang dominan. Dasarnya yang memperjuangkan ideologi sosialis akan menjadi semakin berpengaruh.

Apapun analisa yang dibuat oleh penganalisi politik, satu kenyataan yang tidak boleh dilupakan ialah Taib Mahmud masih kekal menjadi KM. Ertinya orang islam masih memegang tampuk pemerintahan negeri. Mungkin beliau bukanlah contoh terbaik seorang pemimpin islam namun paling tidak kasih dan cintanya kepada islam masih ada dan islam masih dapat berkuasa. Ini bagi saya sesuatu yang melegakan dari keadaan dimana pemerintahnya adalah seorang kristian. Bagi saya keadaan ini lebih menepati kepada kaedah syarak.

Tahniah kpd Taib Mahmud dan teman-temannya. Tahniah orang Melayu islam.


Responses

  1. Tahniah orang Melayu-Islam. Kuat merompak harta rakyat pun asalkan bangsa kamu Melayu dan agama kamu Islam maka kami tetap teguh menyokong kamu.

    • Muslim yang fasik tetap lebih utama dari kafir yang baik.

      • hadith?kata-kata ulama’? @ kata-kata ular dalam semak?

      • Kpd Auzani, ia bukan kata2 ular spt yg saudara gambarkan.

        Bacalah kitab2 yang membicarakan konsep Wala wal Barra’. Serta baca juga ayat2 Al Quran ini :-

        “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah, Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).” (Al-Mumtahanah: 1-2)

        “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan.” (Aali Imran: 118-120)

  2. Salam,

    Perkara ini tak boleh dianalisis secara “permukaan je”

    Kena tengok details.

    Anwar lantik Baru Bian bukan utk Baru Bian laksanakan agenda pengkristianan.
    tapi untuk membela hak rakyat Sarawak

    Sebab tak ada orang Melayu PR yang layak.

    Cuba kita lihat contoh Zaid Ibrahim.

    Semua tahu Zaid ini penyokong IFC, membantah pindaan Perlembagaan 1988
    yang menguatkan mahkamah syariah

    Tapi siapa yang bentang pindaan Perlembagaan 1988 tu, Bukan Anwar ke ?
    Prof Ahmad Ibrahim yang draf kan ?

    Bila Zaid Ibrahim cuba kuasai PKR kena stop dengan Azmin (Anwar belakang tabir)

    W.A.

    • Pertama, apa yang saya tulis bukan pandangan saya semata tetapi pimpinan PAS Sarawak sendiri dan juga beberapa penganalisis politik.

      Kedua, bila kita bercakap ttg politik kita sebenarnya membicarakan ttg sentimen dan persepsi pengundi. Apa yg berlaku dibelakang tabir tidak ada sesiapa yg tahu kecuali sebahgian kecil. Tetapi apa yang di war2kan dalam media, itu yang akan menjadi penentu undi. Dalam politik Malaysia, sentimen memainkan peranan utama dan disinilah parti2 politik harus berhati2.

  3. http://www.malaysiakini.com/news/161079

    Isu AlKitab in BM diselesaikan oleh Taib Mahmud. Taib Mahmud yang benarkan AlKitab BM masuk sarawak dan dia (Taib Mahmud) sendiri kata, Pembangkang (PR) tak berbuat apa2 mengenai isu ini.

    Orang yang bagi masuk AlKitab BM engkau sokong
    orang yg tak berbuat apa2 (tak bg masuk alkitab BM) yang engkau hina

    apa ko ni?

    • Saya tidak mengiyakan semua tindakan Taib. Saya juga tidak bersama beliau dalam isu rasuah, kronism dan lain2 skandal. Saya juga mengharapkan akan ada pemimpin yang lebih baik menggantikan beliau.

      Namun apa yg saya ingin tekankan ialah apabila kita menilai sesuatu kita mesti menilai dari neraca yang lebih besar dan fundamental iaitu aqidahnya. Apabila berlaku pertembungan antara orang islam dan orang kafir sudah tentu orang islam lebih diutamakan walaupun dia ada kelemahan.

      Antara manusia yang paling baik, paling kasih, paling banyak melindungi R saw adalah Abu Talib. Tetapi beliau tetap akan dihumban ke api neraka, hanya kerana aqidahnya.

      • saya cuma risau yang di”analisa”kan sebagai undi protes melayu terhadap baru bian sbg KM, etc kepada PR adalah analisa yg dtg jauh dr seberang…

        entah2 mrk sebenarnya tak faham norma dan fundamental Islam itu apa…itu psl mrk terus undi PBB dan sewaktu dengannya

        Sorry yer…mrk bukan mengundi krn nak selamatkan Islam…Islam di sana sgt lemah…ni dtg dr penganalisa politik UM yg berkampung disana, dr kuching smp sibu…anda berkampung di sana ke?

        apa nak buat…bila perjuangan krn sentimen kaum…maka analisa perkauman yg keluar kan?…takde dah laungan kembali kpd Islam yg sbenar…yg ada kembalilah pd kaum anda krn kaum satu lg nak hentam anda! cam pernah dgr kat BTN jer

        Haiii…Walhal kaum mrk tu bukannya Islam yg benar….yg lawak lagi kaum itu bukan kaum Melayu tulen…hehehe

        Kesimpulannya…mrk bukan pilih BN krn nak selamatkan Islam…kappish!??

        Tahniah? errrr

      • Kita jangan menghukum niat sesiapa. Kita menilai berdasarkan apa yang ternyata. Samada mereka menguindi kerana islam atau tidak atau hanya undi protes, itu saya serahkan kpd Allah menentukannya.

        Setiap penganalisis berhak memberikan apa2 pandangan dari sudut mana sekalipun. Ini keindahan kebebasan yang dibenarkan islam. Tidak ada siapa yang benar semuanya dan tidak ada siapa yang salah semuanya.

      • Tuan Amin,

        Serah pd Allah? Oklah….kalau camtu sy akan berbaik sangka dalam semua pilihanraya di seluruh dunia…itu maksud tuan? Orang yg analisa tu ada sebablah dia kata camtu…hasil mrk tanya soalan2 pd rakyat marhain, hasil mrk tengok gereja lg byk dr masjid, hasil mrk lihat masjid dijalar oleh tumbuh2an….

        Mrk gunakan common sense, anda jatuhkan nilai analisa mrk…kata mrk judge a book by its coverlah….tak percaya dgn ahli akademik yg tak masuk astro awani ke?

        Maaf kalau sy straight forward dlm komentar….tp tuan pulak dilihat kehabisan hujah (apa survey yg dilakukan tuan smp blh conclude ur analisa is strong?)

      • Saya tidak pernah memperkecilkan sesiapa. Semua orang berhak bagi pandangan. Mungkin perspektif saya dan pensyarah berkenaan berbeza maka sebab itu analisanya juga berbeza,

        Samada ada analisa saya strong atau tidak, itu bukan saya yg menilai tetapi pembaca.

  4. apa maksud fasik pada pandangan saudara??

    w/pun saudara berharap ada pemimpin lain yang mengantikan taib, namun hakikatnya, dy juga yang berkuasa..

    • banyak berbuat dosa

  5. tahniah kepada melayu, belum tentu kepada Islam..

    • Adakah saudara menidakkan kenyataan bahawa orang Melayu itu islam? Definasi ini ada dalam perlembagaan bukan sesuatu yg direka. Tidakkah dgn org islam memimpin lebih baik dari orang bukan islam? Isu penambahbaikan perlaksanaan islam adalah isu yg berbeza.

      • islam bukan untuk melayu sahaja

      • setuju tetapi islam juga mengambil kira waqei (realiti). Realitinya di Malaysia 60% atau 18juta adalah orang Melayu islam.

  6. Islam disandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah, bukan kepada perlembagaan..

    Muslim juga ada yang bertaraf munafiq bukan fasiq sahaja..

    • Kita pendakwah bukan penghukum

  7. Sifat-sifat munafik diceritakan dalam Al-Quran dan Hadith sbg sempadan kita. Rasulullah s.a.w tidak pernah melabel mana-mana muslim munafik secara terang-terangan.

  8. Ramai pula yang poskan artikel ini di Facebook. Ada satu dua status berkaitan, bertanyakan, adakah ISMA itu UMNO? Bolehkan saudara perjelaskan di sini?

    • ISMA NGO Islam bukan parti politik. Jangan kerana orang lain tidak bersependapat dgn kita maka kita menghukum mereka dan mengatakan dgn pelbagai tohmahan.

  9. islam untuk semua..bukan hak sesuatu bangsa

    • -Islam hak semua bangsa, semua layak masuk Islam
      -Jadikan bangsa alat utk bangkitkan Islam

      beza dua tu.. simple

  10. bila membicarakan isu syarak, perlulah membawa dalil qur’an dan sunnah. huraian kata2 @ pandangan peribadi bukanlah dalil utk syarak membenarkan, bahkan ditolak!!!

    teruskan akhi amin, ana tertunggu org bole bawa dalil utk menolak hujah akhi.
    tolong matang dan berilmu bila berbincang, bukan emosi dan idea yg tak tentu hala🙂

  11. tahniah satu analisa yg saya kira baik..namun saya rasa kurang enak jika dikatakan tahniah kpd taib mahmud dan kwn2nya..seolah2 memperkecilkan usaha PAS.. ironik juga apabila, tuan begitu ghairah mahu husni mubarak turun dari tampuk kerajaan sedangkan jika diikut pada penghujahan tuan, husni mubarak juga adalah seorang Muslim…

    walauapapun saya bersetuju, melantik seorg yg belum Islam ketampuk pentadbiran adalah suatu yg berbahaya tp saya juga berpendapat 50 tahun taib mahmud dan kawan2nya memerintah..ketidak adilan terus berleluasa, hasil sarawak terus diperkosa, rakyatnya terus mundur ini juga akhirnya berbahaya kpd tasawwur Islam yg kita beri kpd golongan yg belum Islam..social justice, integrity are all Islamic principles that are embraced globally and Muslims must champion this cause! Taib mahmud saya kira tidak layak, maka ucapan tahniah kpd beliau adalah suatu yg tidak wajar..

    moga perbincangan kita ini tidak menjadi sia2..tasbih kifarah

    p/s:saya perasaan, ucapan tahniah tidak di sertakan dgn artikel tuan di dalam web ISMA

    • Mubarak berlawan sesama islam sedang Taib berhadapan dgn bukan islam, maksud saya Bian Baru. Ia sesuatu yg amat berbeza.
      Adakah salah saya mengucapkan tahniah kpd seorang muslim yg berjaya menghalang musuh islam dari memerintah? Benat, Taib membuat terlalu banyak dosa dan keburukkan TETAPI dia TETAP MUSLIM.

      Jika Adam Ahid (Pesuruhjaya PAS) yang menjadi lawannya, maka sudah pasti saya tidak akan mengucapkan tahniah kpd Taib.

      • Batu Sapi camne pulak? “musuh Islam”🙂 lwn Muslim hakiki…sama kes la kot… tak ucap takziah ke kat ansari tuh🙂

        macam hampir semua pilihanraya ade jer komen oleh tuan….tp sapi cam takde jer…apa lainnya dgn ulasan disini selain satu besar gila peringkat negeri punya PilihanRaya yg satu lg cuma PRK

        Yg sy perhati…asal PR kalah jer baru ada komen…padan muka, menari ikut rentak sendiri, PKR-DAP ada agenda udang sebalik mee….etc…kalau sebaliknya berlaku…no comment…alhamdulillah kot?

      • Saya rasa saudara sudah kehabisan hujah.

      • Bila orang lain letak psl Mubarak, tuan ada kesempatan utk beri komentar lebih…tp bila sy letak psl Abdullah ansari, tuan kata sy dah kehabisan hujah…

        Sy cuma bertanya ur reaction on this isu…pendek pun takpe….

      • Amrar dan qwertz114 orang yang sama ke?

        Kalau saudara mengikuti tiulisan2 saya, saya percaya saudara tahu jawapan saya.

  12. pembetulan 40 tahun

  13. Terima kasih Ustaz,

    Bolehlah saya menjawab kepada persoalan kawan2 itu.. Saya yakin pun jawapan ustaz itu, tapi lagi enak kalau dari penulisnya sendiri😀

    Teruskan usaha, walaupun saya tidak dalam tarbiyah ISMA, saya menyokong 100% perjuangannya

  14. terima kasih tuan atas respons tuan..moga tuan sentiasa dlm redha Allah..

    sama-sama kita bergerak, andai salah kita betulkan andai jatuh kita bangunkan…sama-sama kita menyebarluaskan Islam merentasi batasan bangsa,bahasa, dan negara…moga kita semua thabat…allahummafirglana..

  15. p/s: kena tukar dah kot header tu..hehe

    Aminuddin Yahaya
    Timb. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

    barakallah..

  16. Soalan saya, adakah Baru Bian ini Kafir Harbi dan seorg musuh Islam yg nyata ? Ada bukti yg menunjukkan dia anti Islam ?

    • Samada dia kafir harbi atau tidak, itu bukan persoalan. Saya tidak mengatakan kita nak bermusuh atau bergaduh atau apa2 dgn puak kristian. Saya cuma nak menekankan antara kepimpinan islam dan kepimpinan kafir, mana yg lebih baik dari pandangan syarak? Sudah pasti islam walaupun dia seorang yang berdosa.

  17. Salam,

    Saya rasa isu ini sebab informer/culaan PKR yang silap.

    Rasa dia boleh menang 20 kerusi terus bagi maklumat kat DSAI dan pimpinan PKR.

    Rasanya pengumuman Baru Bian Ketua Menteri Baru masa pertengahan kempen.

    Kalau informer/culaan PKR lebih tepat tak perlulah DSAI umum siapa bakal ketua menteri dan taklah tergugat undi di kawasan Islam seperti Beting Maro, kalah 300
    undi je PAS.

    Lepas ini PKR tanding 20-30 kerusi cukup yang lain bagi SNAP/DAP/PAS. 49 kerusi
    banyak sangat.

    W.A.

  18. Akhir sekali berbalik kepada neraca apa yang kita guna untuk menilai isu. Neraca Allah yang terbaik.

    Sabda Rasulullah:

    “Sesungguhnya aku tidak diperintah untuk menyelidiki (memeriksa) hati mereka dan tidak pula untuk membedah perut mereka”

    Tidak perlu kita memikirkan niat orang lain. Cukup sekadar kita menilai perbuatan dan dasar perjuangan. Dengan itu kita akan tenang dengan penilaian kita. Jika kita terus andai-mengandai niat orang maka sampai bila kita akan tenang.

  19. Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar, di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim – HR. Al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah….Nabi sendiri menegaskan bahawa jangan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan mengkategorikannya sebagai sebaik-baik jihad…saya minta akhi ulas, apa hukumnya pula kalau kita bersekongkol dengan pemerintah yang zalim?

    • Soalan terlalu umum.

      .

    • pendapat saya, kalau nak melihat atau menilai sesuatu perkara berdasarkan satu dalil atau hadis adalah kurang sesuai kerana setiap hadis tu ada tafsirannya yg diambil kira kesinambungannya atau kaitannya dengan dalil-dalil yg lain. Jadi kalau dalam isu ni, rasanya tak boleh kita lihat berdasarkan perspektif satu atau dua dalil sahaja, malah kena ambil keseluruhan kaitan dalil yg mana kebanyakan kita bukanlah ahli dalam perkara ni. Contoh, hadis drp Aisyah yg kata jgn prcaya sesiapa yg kata Nabi kencing berdiri, tp hadis yg lain pula kata sahabat prnah nampak Nabi kencing berdiri. Jadi, tafsiran dan timbang taranya perlulah diselidik oleh mereka yg lebih ahli dalam bidang ni. Kerana pendapat saya, kita jangan cepat melenting bila kita lihat sesuatu perkara/pendapat seseorang bertentangan dengan satu dua dalil yg kita tahu kerana kita bukanlah yg mengetahui segalanya.. Hanyalah sedikit fikiran bagi saya.. Wallahu A’lam..🙂

    • Senang nyer menghukum berdasarkan satu ayat al-Quran sedang ada banyak lagi ayat2 al-Quran berkaitan, belum masuk hadis lagi.

      Jangan kerana pemahaman dangkal terhadap satu ayat al-Quran lalu disebarkan kepada umum atas niat memberi kesedaran ‘bahaya’ sesuatu pertubuhan yang belum pasti, jatuh saham anda di akhirat nanti

  20. untung jadi orang Islam.buat salah,ragut duit rakyat,amik rasuah,zalim dan blablabla tetap dapat memerintah.

    kita bising melayu nasionalis dan melayu Islamis tidak bersatu.macam mana nak bersatu kalau melayu Islamis pun x bersatu!!

    • Kita tidak akan dapat bersatu selagi penilaian saudara hanya tertumpu kpd nilai material dan kuasa BUKAN aqidah.

      • disebabkan nak kekuasaan golongan nasionalis ngan islamis x bersatu atau sesama Islamis tak bersatu.

        klu pihak tuan benar2 inginkan Islam tertegak dibumi malaysia,at least hormati perjuangan pas.tuan selalu cakap pemikiran yg perjuangkn Islam hanya pas sudah lapuk.nampaknya seolah-olah ingin wujudkan satu pemikiran baru,yg perjuangkan Islam hanya Isma dan pas seolah-olah ingin menggadaikan Islam.

      • Saya tidak pasti kenyataan saya yang mana yang mengatakan saya tak hormat perjuangan PAS. Saya juga tidak kata islam itu hanya ada pada Isma. JIM, ABIM, PUM, TERAS, HALUAN semuanya memperjuangkan islam.

        Yang saya tak setuju ialah bila saudara kata jika nak berjuang utk islam mesti dalam PAS. Tidak ada orang akan setuju dgn pandangan saudara ini hatta pimpinan PAS sekalipun.

      • Betul, setuju!!!…kita tak akan dapat bersatu selagi penilaian tuan pula hanya tertumpu pd nilai kekuasaan dan bargaining umat dan bukan kepada aspek aqidah the so called melayu

        Nmpk sgt argumen lebih pergi kepada aspek ini dan menjauhi aspek dasar…Islamkah orang2 melayu itu dgn sebenar-benar Islam…dah tak dengar dah seruan tu pd mrk2 yg diragui itu, sebaliknya cuma ungkapan tahniah yg keluar…(blh point out kat tulisan yang INI, dimana ia dihilitekan…andai sy salah)

      • Jangan generalisekan analisa saya. Saya hanya komen dalam kontek pertembunagn antara Taib dgn Bian Baru.

        Saya nak tanya saudara; mana lebih baik antara Taib dgn Bian Baru? Berikan hujah saudara.

      • Hormati perjuangan PAS apakah bermakna memuji setiap masa? Sekali sekala perlu juga dengar kritikan dengan hati yang lapang, apa yang baik terimalah, jika rasa tidak relevan, tinggalkan sahaja.

      • Kalau begitu…saudara juga perlu menyatakan sifat meluat dan menyampah akan kepimpinan negeri yg diberikan pd Sabah (satu tika dulu) dan Pulau Pinang jugakla kan…

        U shud maintain seruan ini smp PRU13…Penang dan Sabah patut diberi pada orang Islam shj…tak kira BN/PR memerintah….

        Betul kan?

        Pejuang2 Islam dr dulu smp skrg lari ke bawah lindungan orang non believer dari pemerintah Islam yg zalim…adakah mrk tidak faham konsep memilih hidup di bawah pemerintahan Islam? Itu kalau lari…kalau tak lari, tak ke sepatutnya kita cari mrk2 yg boleh kita hidup dgn damai dibawahnya…mungkin tuan blh elaborate on this?

      • “Penang dan Sabah patut diberi pada orang Islam shj…tak kira BN/PR memerintah….” – Benar & setuju.

        “kalau tak lari, tak ke sepatutnya kita cari mrk2 yg boleh kita hidup dgn damai dibawahnya” –

        Jawapan saya :-Tidak mungkin ada kedamaian hidup jika kita diperintah oleh bukan islam, jika saudara benar2 memahami hakikat ubudiah. Saya dah sebut sebelum ini, jangan hanya sekadar dia tidak rasuah, tidak ada kronism menyebabkan kita kata dia baik. Kita kena lihat dasar perjuangannya, misi mereka dan hala tuju mereka. Mereka tidak akan berganjak dari memperjuangkan matlamat mereka dan mereka sama sekali tidak mahu islam berkuasa. Adakah kita boleh hidup aman damai dlm keadaan sebegitu?

        Kalaulah setakat rasuah dan kronism, bermakna Switzerland adalah negara yag paling baik utk hidup dan paling damai. Adakah saudara berfahaman begitu?

      • Knplah agaknya nabi suruh lari berhijrah ke habsyah….negara org kafir tu…

      • Sebab Mekah juga di perintah orang kafir. Kaedah syarak : apabila bertembung 2 kemudharatan maka pilihlah yang kurang mudharat.

      • Apa yg sy belajar adalah nabi mencari tapak basis utk peringkat amal masyarakat Islam hidup dlm keadaan aman damai…🙂

        Sbb tu nabi ke taif, jumpa orang madinah etc….

        Harap kita tak tersalah menafsir

      • Hari tu Amrar sebut Habsyah, sekarang Taif dan Madianah pulak. Yang mana satu Amrar nak bahaskan?

        Kita membicarakan antara Islam V Bukan Islam; mana yg lebih baik. Tapi yg Amrar sebut tu ialah ttg strategi dakwah. Dah lain hujahannya.

      • Owh tak faham yer…

        Habsyah, Taif, Madinah samalah motifnya…itu yg seorang syeikh arab pernah smpkan pd sy…

        Takpelah…make sure kita sama level of understanding baru blh sambung diskusi

      • Sesuatu seerah boleh di interpretasikan dalam pelbagai aspek. Ia bukan hanya dilihat dari satu sudut sahaja. Mungkin Syeikh arab tu melihat dari aspek dakwah. Saya melihat dari aspek maqasid syarak; bila ada 2 kemudharatan maka pilihlah yg kurang mudharat.

        Jangan cepat mengalah. Pertahankan hujjah saudara jika saudara yakin ianya benar. Kemudian kita sama2 berlapang dada tanpa perlu hina menghina, perli memperli dsbnya.

      • Camne kita nak berdiskusi….sy fikir aspek dakwah….tuan fikir aspek mafsadah

        2 area yg berbeza….maka kita akan bercanggah terus….

        Cuma satu je…mafsadah kita perlu yg terbukti dan possible….bukan diandai2 dan diancam2 kemungkinannya

      • Saya mintak Amrar sentiasa fokus pd tajuk yg saya bicarakan bukan banyak menerawang dgn hujah2 lain kerana itu memerlukan jawapan yang lain.

  21. Kpd amal, ia bkenaan memilih antara dua kemudaratan..

    Kmudaratan besar atau kecil, kmudaratan jgka msa skrang atau masa hadapan… Kmudaratan boleh jd terang terangan atau trselindung hri ini, tp mmberi kesan besar hari esok

  22. tahniah Taib Mahmud dan konco2nya.
    ni mesti berkat doa org2 ISMA supaya BN mng dan PAS kalah.org2 ISMA kan soleh2,dpt tarbiyah yg tersusun tak mcm geng2 PAS.mesti doa org ISMA mustajab.

    tahniah ISMA krn doa antum telah termakbul!!!

    • Saya nak tanya; adakah saudara mendoakan Bian Baru?

    • semoga Islam sentiasa tertegak di bumi Malaysia..insyaAllah..yg penting perjuangan Islam sama2 didukung. Dan pendapat saya, perjuangan Islam tu bukan hanya pada PAS semata-mata. Mungkin ramai juga yang tak suka Taib Mahmud termasuk saya, tapi kalau dilihat dari segi strategi politik, jikalau pembangkang diberi kemenangan di Sarawak, maka golongan yang banyak memerintah ialah bukan Islam dan kata putus wakil-wakil PAS dll akan tenggelam. Risau saya ialah adakah Islam akan terbela dgn pemerintahan oleh orang bukan Islam. Saya tak menyokong mana-mana pihak, cuma pada pandangan saya kekuasaan pada tangan orang Islam adalah amat penting dan mungkin saudara juga boleh doakan Taib Mahmud spy diberi hidayah, letak jawatan dsb (selain kemudaratan/mati). Dan saudra Aminuddin mungkin boleh menambah ucapan takziah kpd Taib Mahmud sbg ucapan menerima amanah drp rakyat..🙂

      • Saya sentiasa mendoakan mana yang terbaik untuk islam. Moga pengganti Taib lebih baik dari beliau.

  23. Rasuah zalim. Mencuri hak zalim. Merompak zalim. Pelbagai jenis kezaliman ada di atas muka bumi ini.

    Zalim yang paling besar adalah kufur. Tiada zalim yang lebih besar daripadanya.

    Tugas saya bukan untuk membaca niat.

    Tetapi tentang sikap orang kafir, mujurlah Allah dah beritahu dalam Quran. Senang saya membuat keputusan.

    Saya tidak mahu dipimpin pemimpin yang melakukan kezaliman yang paling besar.

  24. betu la tu..ahli ISMA kan ahli syurga..segala yg diorg ckp sme betul..org lain semua salah,pndgn orang lain semua xsyar’ie..org lain semua xfhm Islam..ISMA je yg faham islam…yelah tgk ahli ISMA semua belajar kat azhar..ahli PAS setakat kerja kampung je..ISMA je faqih..org lain x…

    • Sikap saudara sikap seorang “defeatist”. Saudara harus lebih berkeyakinan dan bersedia berhadapan dengan sebarang cabaran.

  25. funny how ‘izudin’ turns out to be the link to the official ISMA web.
    sengaja nak frame ke apa? very mature.

    • Pls do not implied anything. Who is izzudin, in the first place? Everybody seems using their nickname.

  26. “Kami bangsa Arab kuat dan berkuasa kerana Islam semata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan terhina.”(saidina Umar Al-Khattab)

    Saudara rasa Melayu ni x sama ke?

    • Sama, maka sebab itu kita mempejuangkan Melayu Islam bukan hanya Melayu.

  27. “Kami bangsa Arab kuat dan berkuasa kerana Islam semata. Tanpa Islam kami tetap akan menjadi bangsa yang rendah dan terhina.”(saidina Umar Al-Khattab)

    Mana pemikiran Isma yg hebat sgt dgn melayu2 ni?

    • Heheh… diorang dah ofline… geng2 isma mungkin nak qiam kot… hhe.. think positive!😛

      • Kenapa kena ada label “geng-geng isma”?

        Shuib: Melayu hebat dengan Islam. Ada banyak artikel pasal kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia & kedudukan bangsa dalam Islam. Tak pun bukak buku Ibnu Khaldun. Tajuknya Muqaddimah. Fasal ke enam. Tajuk fasal tersebut “Dakwah agama tanpa asobiyyah tidak sempurna”.

        Orang Islam kena bezakan kata-kata sahabat & kata-kata musuh. Kritikan sahabat ikhlas menegur yang dirasakan untuk kebaikan ummah. Jika tak terima tak mengapa tiada masalah pun yang penting jaga akhlak.

        Tetapi kata-kata musuh kena hati-hati. Yang manis boleh jadi racun. Sikap orang kafir orang dah sebut dalam Quran. Allah lebih kenal.

    • Saya dah banyak jelaskan isu ini dalam artikel2 yg lepas. Saudara boleh rujuk.

    • lol… Bukankah perjuangan ISMA ingin menerapkan Islam dalam diri melayu supaya gahlah melayu nanti, seperti mana gahnya kaum arab dengan Islam seperti yang dikatakan Umar? Wah, terima kasih meningkatkan lagi keyakinan saya terhadap perjuangan ISMA

      • Ye ke…??

        Kalau camtu mmg saya sokong 100% usaha ISMA…

        Tp….sygnya bila baca cara kupasan dan komen, mcm benda lain pulak yg distresskan….faktor ketuanan dan kekuasaan melayu jer…

        Entahla…sorry yer

  28. pelik pulak saya dgn budak baru ni..
    saya yg x brape nak paham ngan ape yg isma bawakkan sblum ni pon boleh nmpak yg isma nak sepakatkan melayu ATAS DASAR ISLAM..
    cume dulu saye x beberape nak pasti, boleh ke kite nak jdkan bangsa sbg alat untuk mendaulatkan ISLAM? alhamdulillah, drpd komen2 en amin n pengomen2 lain, saya brtambah faham dan yakin akan kebenaran agenda isma ni.

    p/s : bile bace komen n kupasan2nya, lagi lah terang lagi bersuluh agenda ISLAM yg isma nak bwk.

    • Hurm…agak2nya kenapala orang2 kecoh2 kat sini…

      Pemerhati….cuba perhati baik2🙂

      Wslm

    • Bukan setakat boleh, bahkan tidak sempurna kalau tiada.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: