Posted by: aminuddin | 26/04/2011

Kenyataan Resmi ISMA Ttg IMelayu,1Bumiputera

Merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan bertarikh 20 April di dalam akhbar Utusan Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyambut baik seruan kesatuan Melayu yang dilontarkan.

Selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam, ISMA berpendapat seruan tersebut amat bertepatan dengan slogan yang dibawa oleh ISMA iaitu ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’.

Bangsa Melayu selaku penghuni asal Tanah Melayu adalah golongan yang paling berhak ke atas kepimpinan negara dan menjadi penentu rupa bentuk kenegaraan dan masa depan negara.

Atas dasar itu, ISMA melihat ketuanan Melayu wajib dipertahankan. Ketuanan yang diertikan sebagai memelihara kedaulatan, pembelaan maruah bangsa dan masa depan negara inilah yang mampu merealisasikan aspirasi politik Islam sepenuhnya.

Politik Islam harus diperjuangkan bagi menegakkan sistem yang memelihara kepentingan kehidupan manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup dunia dan kebahagiaan akhirat.

Oleh yang demikian, kesatuan bangsa Melayu bukan sahaja akan membawa keuntungan kepada bangsa Melayu itu sendiri bahkan akan mendaulatkan agama Islam.

Ketuanan Melayu Islam di Malaysia adalah satu nilai tetap yang mesti dihormati. Ia tidak akan tercapai melainkan selepas bangsa Melayu bersatu dan kuasa politik kekal di tangan orang Melayu.

Perpecahan menyebabkan bangsa Melayu lemah dan terus ketinggalan di belakang. Jika perkara ini berterusan, kuasa politik yang merupakan kuasa tunggal yang milik bangsa Melayu akan bertukar tangan kepada bangsa lain seterusnya ketuanan Melayu Islam akan terganggu-gugat.

ISMA menyeru persepakatan antara pihak nasionalis dan Islamis khususnya dan seluruh bangsa Melayu amnya demi masa depan bangsa Melayu dan agama Islam. Politik kepartian yang tidak sihat dilihat amat merugikan bangsa Melayu. Persepakatan yang dilaungkan bukanlah bermaksud mencairkan identiti masing-masing untuk berada di bawah satu logo, tetapi persepakatan bersama dalam usaha memelihara ketuanan Melayu dan ketuanan Islam.

Bangsa-bangsa lain masih boleh menikmati kehidupan yang aman tanpa dinafikan hak mereka sedikit pun. Hal ini kerana ketuanan Melayu dan kedaulatan Islam sama sekali tidak akan menindas bangsa lain sebagai menghormati perlembagaan dan hak kemanusiaan.

Kemenangan DAP di 12 kerusi DUN Sarawak baru-baru ini dianggap sebagai kejayaan di dalam sistem demokrasi di negara ini. Ia dianggap sebagai bukti perpindahan undi Cina kepada pihak pembangkang. Jika perkara ini berterusan berlaku pada PRU 13, ISMA khuatir kedudukan bangsa Melayu sebagai pemegang tampuk pemerintahan negara bakal tercabar.

Kesimpulannya, ISMA sekali lagi menyambut baik seruan kesatuan Melayu agar kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam terus terpelihara.

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”


Respon

  1. Orang Cina dan India di Malaysia mesti diajar menghormati orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu ini. Mereka mesti faham bahawa Orang Melayu telah dengan bermurah hati mengizinkan mereka menjadi warganegara Malaysia walaupun pada asalnya mereka datang kesini hanya untuk mencari rezeki. Mereka mesti mengakui bahawa orang Melayu telah melakukan pengorbanan yang begitu besar membenarkan mereka menjadi warganegara. Ibaratnya kita mempunyai rumah dan ada orang datang menumpang mencari rezeki tapi akhirnya tuan rumah membenarkan mereka tinggal sekali dibumi tercinta ini.
    Saya menyeru orang Melayu, Marilah kita bersatu atas dasar Islam, kita bina bersama negara ini kesatu Kekuatan Yang Baru supaya kita boleh menjdai contoh kepada negara Islam yang lain. Kita boleh menumpukan kepada memimpin negara2 Islam membina kekuatan untuk menghadapi musuh kita yang sebenar iaitu Yahudi dan Nasara serta orang2 kafir yang memusuhi Islam!!
    Malangnya kini mereka telah lupa akan hakikat ini malah ada yang kurang ajar hingga mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang seperti mereka.
    Kini mereka juga mempertikaikan hak orang Melayu sebagai majoriti untuk mengamalkan agama Islam menurut ajaran Islam sedangkan mereka telah menjadi rakyat yang menguasai ekonomi dan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dari negara asal mereka.
    Orang Melayu juga telah dengan begitu bermurah hati membenarkan mereka mengamalkan adat resam, budaya, agama, bahasa dan sekolah-sekolah mereka disuburkan. Cuba kita lihat dinegara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Pendatang-pendatang ini tidak dibenarkan mengamalkan budaya, bahasa, sekolah mereka hatta mereka dipaksa di assimilasi didalam masyarakat tempatan hinggakan identiti nama mereka pun ditukar kedalam bahasa temapatan.
    Bukankah ini satu pengorbanan yang begitu besar yang telah dilakukan oleh orang Melayu. Malangnya mereka ini tidak pernah merasakan pengorbanan ini malah mempertikaikan apa sahaja yang hendak dibuat oleh orang Melayu untuk meningkatkan kekuatan sosio ekonomi mereka.
    Yang lebih malangnya ramai orang Melayu terutamanya orang muda tidak memahami akan hakikat ini dan kini bersedia memberi kuasa kepada orang-orang Cina dan India dengan lebih dominan lagi kononnya untuk menjadikan pemerintahan yang lebih ADIL! Sedarlah jika ini dibenarkan berlaku nasib bangsa ini akan lebih mundur lagi dan agama Islam akan lebih mundur lagi jika dibandingkan dengan apa yang ada sekarang!
    Kita tidak ada pilihan lain selain Bersatu kerana jumlah kita hanya 60% dan bila kita berpecah maka kekuatan kita hanya tinggal 30% dan terpaksa mengemis undi dari DAP, MCA, Gerakan, MIC dan lain2 yang sewaktu dengannya!! Fikir2kanlah!!

    • berpemimpinkan najib boleh ke melayu jadi kuat ?

      • Najib tak boleh, Hj Hadi pun tak boleh. Tapi kalau kedua2 sepakat, IA boleh kuat.

  2. http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2992%3Akhalid-samad-bersatulah-melayu&catid=91%3Apendapat-dan-analisis&Itemid=72

    • Terima kasih kak enon……tapi baca ni pulak… ini dari seorang Cina yang jujur tentang nasib orang Melayu…bukan macam YB Klalid Samad yang sanggup nak gadaikan bangsanya demi kuasa…

      Monday, April 25, 2011Berbaik biarlah berpada
      Sinar Harian, 25 April 2011

      Keputusan pilihan raya Sarawak sudah terang lagi bersuluh akan trend pengundiannya. Tidak perlu diulas panjang. Jawapannya semua sudah ada. Parti-parti komponen Cina Barisan Nasional (BN) sudah tidak dapat lagi mewakili masyarakat Cina. Majoriti Cina telah nekad memilih parti ultra kiasu sahaja. Parti Cina komponen BN sudah tidak percayai. Dalam kata lain, pilihan mereka hanyalah parti ultra kiasu.

      Trend pengundian sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa ataupun baharu muncul dalam politik Malaysia. Undi yang diperolehi oleh parti-parti bukan Melayu dalam BN selama ini, saya berani mengatakan adalah undi orang Melayu dan bumiputera. Ini toleransi yang selalu saya katakan tidak ada tolok bandingnya. Melayu mengundi bukan Melayu, tetapi belum tentu bukan Melayu mengundi Melayu atas semangat 1Malaysia.

      Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa SUPP masih boleh menang sebelum ini? Jawapannya, ketika itu ultra kiasu masih belum ada contoh untuk diketengahkan atau dibuktikan. Kini, tidak lagi. Mereka telah ‘berjaya’ mendapatkan Pulau Pinang dan Selangor. Bukti telah ada. Pembelaan terhadap bangsa mereka begitu jelas sekali. Hanya orang Melayu yang tidak membela Melayu (Islam). Inilah malangnya nasib Melayu di bumi Melayu.

      Politik Cina sama ada Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak tidak banyak bezanya kerana mereka berpegang kepada konsep 1Bangsa yang menjadi rukun politiknya. MCA dan Gerakan tidak perlulah mencuba nasib di Sarawak atau memberi pandangan. Ia hanya akan menyakitkan semua pihak terutama orang Melayu dan bumiputera. Tepuk dada tanya selera, kenapa pengundi mereka turut mengundi ultra kiasu. Carilah jalan dan merangka strategi untuk memenangi hati orang Cina kembali, bukannya menuntut ini dan itu.

      Terbaharu, Naib Presiden MCA mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak meletakkan jawatan kerana tidak mendapat sokongan orang Cina. Pada saya, suruhlah atau tegurlah pemimpin mereka dahulu meletak jawatan kerana terlibat dalam skandal seks yang amat memalukan tetapi masih dipilih menjadi pemimpin. Jangan mengata dulang, paku serpih.

      Jangkaan terhadap bangsa saya dan cara mereka berpolitik tidak banyak berubah. Mereka amat bijak. Kebijaksanaan inilah yang menjadikan politik Melayu terus berada dalam kerugian, kerana Melayu tidak mahu mengambil pengajaran. Perpecahan tidak ada kesudahan, malah semakin menakutkan, seolah-olah tidak ada penghujung. Apakah akan terjadi pada masa akan datang? Masih belum dapat dipastikan. Tuhan sahaja yang tahu. Yang pasti, trend politik Melayu langsung tidak menguntungkan Islam dan Melayu, kerana mereka kurang berjiwa 1Melayu dan 1Islam.

      Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mendakwa parti mereka telah mendapat sokongan berbilang kaum. Saya ingin mencabar parti ini supaya bertanding di kawasan majoriti Melayu atau bumiputera dalam pilihan raya umum akan datang bagi kawasan parlimen, kita lihat siapa mengundi siapa?

      Janganlah kerana telah menang beberapa kerusi tambahan, sudah mula perasan bahawa parti mereka mendapat sokongan semua kaum. Kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Kidurong yang mengandungi 27,225 pengundi, mewakili 46.2% Iban, 38.1% Cina, 15.2% Melayu dan lain-lain 1%, dijaja ke sana ke mari sebagai contoh. Majoriti 6930 yang diperolehi didakwa hasil undian semua kaum. Sedangkan kita tahu, ia adalah undi solid orang Cina dan undi protes Iban dan Melanau terhadap ‘Pek Mo’(dalam bahasa hokkien disebut sebagai rambut/bulu putih).

      Memang tidak dinafikan undi popular BN telah banyak menurun selepas 2008. Sepatutnya kita mengambil pengajaran daripada semua yang berlaku. Tetapi kita sengaja memejamkan mata. Pemimpin yang sudah terbukti korup terus dicalonkan dan bertanding. Bila berkempen, cakap tidak serupa bikin. Seekor kerbau yang membawa lumpur, hampir semuanya terpalit.

      Benar, faktor Pek Mo memang menjadi beban kepada pentadbiran Perdana Menteri. Jika dahulu cerita-cerita Pek Mo hanya berligar di kawasan bandar, kini ia telah tersebar di luar bandar, sehinggakan orang aslipun tahu. Bau bangkai gajah memang tidak dapat ditutup lagi. Apapun kita serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tidak perlulah lebih garpu daripada sudu seperti yang dilakukan oleh MCA. Orang Cina tidaklah begitu ramai berbanding dengan bumiputera Sarawak (juga Sabah). Kenapa perlu terlalu kecoh jika sokongan Cina berkurangan di sana? Yang penting jaga mereka yang tidak ultra kiasu.

      Kekalahan SUPP tidak meninggalkan sebarang kesan kepada orang Cina. Sama ada ultra menang atau SUPP kalah, keadaan tidak banyak berubah. Yang menjadi kebimbangan saya adalah SUPP akan menjadi bersifat ultra kiasu bagi memenangi hati orang Cina seperti yang dilakukan oleh MCA dan tidak ketinggalan Gerakan. Soal moral dan akhlak sudah tidak penting lagi. Kalah atau menang soal lain, tetapi mesti ultra kiasu.

      Apa tidaknya, jika parti ultra kiasu menang besar, parti bukan Melayu komponen BN kalah, mereka tetap menang, kerana ada kuota atau kerusi senator atau jawatan menteri yang menunggu. Maka tidak hairanlah mereka berebut-rebut mendapatkan kerusi senator apabila dikosongkan tanpa rasa malu.

      Misalnya, apabila Murugiah (dahulunya PPP kini MIC) tidak disambung lagi tempoh kesenatorannya, maka berebut-rebutlah parti-parti nyamuk ini, mahukan ia diisi, sedangkan kekuatan mereka boleh dikatakan tidak seberapa. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada sokongan Melayu melalui semangat BN. Inilah dinamakan menangpun untung, kalahpun masih untung. Siapa yang rugi? Melayu juga yang rugi. Bila Melayu rugi, maka Islam pun turut terpalit sama.

      Justeru, jika UMNO masih lagi dengan keputusan meletakkan calon bukan Melayu bertanding dengan kawasan majoriti Melayu, ia hanya akan merugikan politik Melayu pada masa hadapan. Adakah adil orang Melayu dipaksa mengundi calon bukan Melayu, sedangkan bukan Melayu kurang mengundi Melayu (UMNO). Berbuat baik biarlah berpada.

      Pada saya, jika parti-parti bukan Melayu komponen BN merasakan dirinya kuat, biarkan mereka bertanding menentang ultra kiasu sahaja. Kita lihat siapa yang akan menang? Jika ultra kiasu juga yang menang, ‘wajar’ mereka diberikan kerusi menteri bagi mewakili masyarakat Cina. Jika BN tidak tergamak, maka ketika itu bolehlah ditawarkan kepada parti Cina komponen BN yang kalah melalui lantikan sebagai senator. Mereka akan menolaknya jika bermaruah. Sama seperti percubaan MCA mendesak Ketua Menteri Sarawak supaya berundur kerana tidak mendapat sokongan Cina. Jangan cakap tidak serupa bikin. Sebenarnya pembangkang tidaklah sekuat mana, masalahnya BN yang lemah.

      Saya amat yakin MCA dan Gerakan sudah dapat menjangkakan nasib yang akan diterima, terutama pada pilihan raya umum akan datang. Sebagai persiapan, pemimpin-pemimpin mereka mula mengeluarkan kenyataan yang tidak sedap didengar oleh pemimpin Melayu dan Islam. Ada yang mengambil pendekatan pukul anak, sindir menantu. Tidak kurang pula yang begitu lancang dan celupar. Tidak menghairankan jika suara mereka akan menjadi sama sebiji seperti suara parti dan NGO ultra kiasu selepas ini, dengan nada sedikit berbeza. Strateginya memberikan tekanan.

      Pendek kata, mereka perlu menjadi ultra kiasu untuk kekal relevan dan bertaring, kerana penampilan parti ultra kiasu telah menenggelamkan mereka. Tidak mustahil, kedua-dua parti ini akan bergabung dengan parti ultra kiasu untuk memberikan tekanan yang lebih hebat kepada kepimpinan Islam di negara kita. Realitinya sebenar telahpun berlaku. Malang sungguh umat Islam tidak dapat mengesan baunya.

      Misalnya, artikel bertajuk ‘1Melayu 1Bumi’ terbitan Utusan Malaysia terus menerus dimanipulasikan untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dan UMNO. Wal hal, tidaklah seserius bagaimana mereka menghina raja-raja Melayu dan menghina Islam sebagai perkara yang mempunyai keistimewaan dalam perlembagaan.

      Pemimpin ultra kiasu Selangor bertaraf andartu ini mendesak Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa untuk bertindak tegas terhadap akhbar tersebut dan penulisannya dengan kadar segera, bukannya setakat mengatakan itu adalah pandangan peribadi penulis. Ultra kiasu sungguh andartu ini. Saya cadangkan andartu ini berkahwin untuk meredakan sedikit nafsu bujangnya. Jangan terlalu bongkak dengan sedikit kemenangan pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Sikit-sikit apa juga yang bertentangan dengan mereka, maka gagasan 1Malaysia dijadikan sebagai hujah. Fahamkah ultra kiasu ini apakah gagasan 1Malaysia sebenarnya?

      1Malaysia bukan gagasan menjaga hati orang dan memuaskan hati semua pihak. Tetapi gagasan ini adalah idea mengurus dan mentadbir negara berasaskan perlembagaan. Perlembagaan adalah asas keadilan. Melaksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan adalah asas kepada kepada gagasan 1Malaysia, walaupun pada ultra kiasu mungkin tidak adil. Jika pemimpin ultra kiasu boleh sewenang-wenangnya mengata orang lain, kenapa tidak kebebasan bersuara akhbar tersebut?

      Saya tidak bertujuan mempertahankan tulisan dan penulis tersebut. Tetapi lebih baik kita melihat apa yang benar, apa yang salah. Apakah selama ini ultra kiasu tidak mempertahankan 1Malaysia 1Cina? Saya masih teringat dan tidak dapat melupakan kenyataan pemimpin andartu ini sebaik sahaja mereka berjaya menguasai negeri Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

      Perkara pertama yang dicadangkan adalah untuk mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Bandar Cina hendalah mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Alasannya mudah, untuk menarik pelabur-pelabur Cina. Terang-terang kenyataan bercanggah dengan perlembagaan dan gagasan 1Malaysia. Tidak ada sesiapapun termasuk akhbar Utusan Malaysia mengutuk kenyataan tersebut dan meminta beliau meminta maaf.

      Tiba-tiba tulisan ‘1Melayu 1Bumi’ sengaja diperbesar-besarkan. Wal hal, belum ada lagi modus operandinya. Ia hanya pendapat seorang penulis sahaja, bukan melambangkan pendapat keseluruhan akhbar tersebut mahupun UMNO. Sudah seminggu berlalu, isu ini terus diperbesarkan dan mereka sudah menuding jari menyalahkan Perdana Menteri, dan UMNO

      Terkini, orang kuat MCA mengajak rakyat Malaysia memboikot akhbar Utusan. Saya hanya tersenyum sendirian. Akhbar Utusan pun tidak perlu bimbang. Saya yakin selama inipun mereka tidak pernah membaca Utusan. Pilihan mereka hanya berminat membaca Shin Chew, Nanyang dan akhbar perkauman sewaktu dengannya.

      Akhirnya, saya ingin bertanya tidak cukupkah lagi dengan China Town dan universiti perkauman yang telah diluluskan oleh kerajaan, seolah-olah sama seperti universiti merdeka yang diperjuangkan selama ini? Sebenarnya, universiti merdeka telah wujud dengan nama yang berbeza. Jika tidak percaya, pergi ke Kajang, singgah ke Kolej New Era. Ini tidak termasuk IPTS yang lain seperti Universiti Terbuka Wawasan dan Universiti Tunku Abdul Rahman.

      Soalan khas kepada andartu ultra kiasu ini dan juga ultra kiasu yang lain, adakah mendesak kerajaan mengikhtiraf sekolah vernacular setanding dan setaraf dengan sekolah kebangsaan tidak menggambarkan tindakan 1Cina? Yang peliknya, mereka mahukan kerajaan mengikhtiraf, tetapi pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut tidak dibenarkan kerajaan campurtangan langsung. Ini termasuk kurikulum, tanah, bangunan dan sebagainya. Adakah tindakan ini tidak melambang atau tidak sama dengan 1Melayu 1Bumi?

      Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, penulisan ini adalah pendapat peribadi beliau
      Posted by RIDHUAN TEE at 6:49 AM 102 comments

      • 1.7 juta bukan melayu diberikan kewarganegaraan oleh UMNO @ PEKEMBAR semasa merdeka , bolehkah UMNO dianggap sebagai wira melayu dan kini mau jadi jaguh perkauman

      • Ini soalan ke atau kenyataan?

  3. Saya lagi suka dengan kenyataan Khalid Samad yang mencadangkan perpaduan melayu atas dasar membantah corruption, bukan atas dasar racism bahawa kaum cina telah bersatu dan sebagainya

    P/s: Saya lagi suka kalau kenyataan Khalid Samad dan penulis 1Melayu, 1Bumi mencadangkan perpaduan atas dasar Islam.

    Dan setahu saya itulah perjuangan sebenar ISMA bukan? menyatukan melayu atas lembayung Islam, bukan atas dasar perkauman.

    • Tidak ada masalah untuk membantah corruption kerana sepatutnya memang corruption itu perlu dicegah. Satu cara mencegah corruption ialah dengan mengukuhkah institusi pencegahan seperti SPRM. Siapa sahaja yang korup maka tanpa memilih bulu mesti diambil tindakan.
      Saya setuju banyak gejala rasuah berlaku dibawah pemerintahan UMNO. Tapi adakah jawapan kepada permasaalahn ini dengan menjatuhkan kerajaan UMNO ini dengan bersekongkol sekali dengan orang2 CINA yang di pimpin DAP.
      Kita kena faham dengan jatuhnya kerajaan yang dominan orang Melayu dan diganti dengan kerajaan yang dominan orang Cina maka nasib kita tidak jauh bezanya dengan Singapura. Janga lupa orang2 Cina ini bukan sahaja kiasu sebagaimana yang diakui oleh Dr Ridhuan Tee diatas tapi mereka juga kebanyakannya adalah Kristian.
      Cuba kita bandingkan hubungan UMNO dengan parti2 bukan melayu (MCA,MIC,Gerakan dengan hubungan PAS dan DAP/PKR.
      Saya teringat dalam PR Kecil Hulu Selangor tempohari calon BN, Kamalanathan apabila bertemu Tan Sri Muhidin semasa kempen telah mencium tangan Ts Muhidin sebagaimana orang2 Melayu bersalaman dengan pemimpin mereka. Saya juga pernah terbaca tweet Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim yang berbunyi: DAP will not kowtow to PAS as MCA kowtow to UMNO.
      Cuba bandingkan kedua2 keadaan diatas. Pointnya ialah UMNO dominan dalam BN manakala PAS hanyalah rakan yang tidak dominan dalam PR.
      Bayangkan jika PR dapat menawan Putrajaya, adakah PAS mampu mengambil tempat UMNO dengan dominasi yang sama seperti UMNO sekarang?

      Cuba kita kaji soal dominasi dalam politik Sarawak baru2 ni. Di Sarawak terdapat 43% orang Kristian yang terdiri dari orang2 Cina dan bumiputra. Manakala orang Islam hanya sekitar 30% terdiri dari Melayu dan Melanau. Dalam DUN Sarawak ada 71 kerusi DUN. Ada 19 kerusi majoriti Cina, 26 kerusi majoriti Melayu/Melanau (Orang Islam) dan selebihnya adalah kerusi yang majoritinya orang2 Iban,Dayak, Bidayuh dan Orang Ulu.
      BN telah berjaya mengujudkan suasana politik dimana dalam keadaan Orang Melayu/Melanau yang hanya berjumlah 28% tetapi dapat mendominasi kerajaan negeri.
      Strategi PR baru2 ni ialah untuk mengujudkan tsunami dengan menyapu bersih kerusi2 Cina dan Iban,Dayak dll. Sebab itulah DS Anwar memberi umpan untuk melantik Baru Bian seorang Ulu untuk diangkat menjadi Ketua Menteri jika PR dapat menawan negeri. Cuba kita bayangkan keadaan begini berlaku. PKR menang 19 kerusi (Kerusi bukan Melayu/Melanau), DAP menang 15 kerusi Cina dan PAS yang bertanding di 5 kerusi menang 2 kerusi. Jumlah 36 kerusi sudah cukup untuk membentuk kerajaan negeri.
      Cuba kita bayangkan apa yang akan berlaku. PAS sebagai Parti Islam telah bersekongkol untuk menukar kerajaan yang didominasi oleh orang Islam kepada orang Kristian. Tahalluf siasi jenis apa ni…..
      Saya tidak nafi Ketua Menteri Taib Mahmud ada masalah imej dan korupsi tapi apakah formulanya dengan menjatuhkan kerajaan beliau dan diganti dengan kerajaan yang didominasi oleh orang Kristian. Saya harap penyokong2 PAS disini tolong jawab permasaalahan ini.

      Pokok perkaranya ialah, kita jangan terlalu ghairah nak menjatuhkan kerajaan yang ada tanpa memikirkan akibatnya adakah kita umat Islam akan lebih baik atau tidak!! Sudahnya sekali lagi saya nyatakan kita jangan jadi PAK KADOK…..menang sorak kampong tergadai!!

    • Setuju Kak Enon

  4. Hehe…kak enon….1bumi 1melayu tu aspek rasicm la…camne blh keliru ni 🙂

    • Memanglah saya cakap 1bumi 1melayu th ada unsur racism, nh baca betul2 ke x nh ape yg saya tulis nh?

      Pengajaran, buka mata dan buka hati waktu baca statements orang, bukan main serbu je buat kesimpulan

  5. Sorry…tambahan…dah baca belum tulisan CUIT ni…?

    • Dah baca dah, awak dah baca ke tulisan Khalid Samad? Tulisan Dr. Ridhuan Tee yang Orang Lama selitkan, dah baca? Tips, baca dengan terbuka dan xbias 😀

      • Dah baca dah…

        Khalid Samad sy OK….Zaini 1melayu…erkkk…sy takkan pusing2 interpretasi drpd maksud asal penulis…tak perlu nak sy rasionalkan dan samakan dgn kefahaman sy….

  6. Salam ustaz. . Sy telah mnghadirkn diri ke Agm ISMA br2 ni. .jd Sy meliht dmn arah tuju ISMA yg sbnr. . .akn tetapi,malangnya apabila Sy mnyatakan slogan kata melayu sepakat islm berdaulat itu kpd sahabat2 Sy. . Sy mnerima respon yg kurang baik. .mereka mengatakn yg mn, klau perjuangn ISMA hanya tertumpu kpd bangsa melayu sahaja, bangsa lain akn x menghormati kita. . Kerana kononnya 1malaysia. . .apa respon ustz?

    • Kenapa Melayu? = kerana ia majoriti >60%. Dlm demokrasi majoriti menjadi penentu
      Ketepikan bangsa lain? = tidak tapi kurang fokus
      bangsa lain x hormat? = jangan fikir apa yg org lain fikir nanti semua kerja tak jalan. Cukup berfikir apa yg org lain ttg kita kerana org lain x pernah fikir pasal kita

  7. Salam,

    Ana rasa tak ada masalah dengan straegi ISMA “melayu sepakat islam berdaulat” sebab di kalangan orang bukan islam ada yang Kafir zimmi dan ada yang kafir harbi.

    Walaupun begitu ada kalangan NGO/jamaah islam yang tidak menggunakan isu Melayu utk strategi dakwah bukan islam.

    Strategi ISMA dan NGO-NGO islam yang lain ini biarlah jadi strategi serampang 2 mata dalam kita menghadapi orang-orang bukan islam. Tak bolehlah kita bendul sangat dengan orang-orang bukan islam ini.

    Cuma ana mintak diseimbangkan kritikan terhadap PR dan BN , biar bagi balance.

    W.A.

  8. logik nya begini ; islam mesti didaulatkan . yang memegang islam hari ni adalah orang melayu . orang melayu yang dominan memegang tampuk kuasa adalah umno dalam bn . maka orang melayu islam wajib kena sokong umno bn gitu gamaknya .
    tapi logik aku ; memang umno dominan kerana orang melayu masih bergayut dengan tongkat umno . umno membiarkan orang – orang kampung dan pedalaman terus- menerus dalam keadaan kekurangan supaya mereka berterusan bertawakal kepada umno . dengan penyokong seumpama inilah umno kekal dominan dan mampu berbuat apa saja untuk kekalkan kuasa dan merembat seluruh khazanah negara yang sepatutnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat .
    so aku rasa penyelesaiannya kepada kemelut ini banyak antaranya ; ada kelompok masyarakat yang mampu ubah umno agar kembali kepada gagasan menjaga kepentingan maslahah masyarakat secara menyeluruh . jika tidak ada yang mampu ubah umno maka cuba dekati masyarakat melayu yang masih totok menyokong umno agar memilih parti lain yang boleh membangun dan menjaga maslahah ummah
    sekian

  9. saya setuju dgn sam..BN dah memerintah 54 tahun tp masyarakat Islam makin teruk di Malaysia malah hiburan makin berleluasa sbb kerajaan bg sokongan..org murtad makin ramai, anak haram makin bnyk dll…
    kita lihat dinegeri2 yg diperintah oleh pembangkang ciri2 utk hidupkan Islam tu makin nampak..
    contoh negeri kelantan – xboleh ada konsert melainkan hiburan yg bermesej & bermanfaat, tiada panggung wayang dsbgnya
    di selangor – hanya hiburan bermanfaat sahaja dibernarkan di selangor – statement terkini hasan ali

    kalau UMNO masukkan agenda utk mengutamakan Islam dalam agenda mereka, saya xde masalah utk sokong UMNO..tp realiti dan hakikat yg kita nampak skrg bukan begitu

    PAS sendiri kata, kalau UMNO perjuangkan Islam, kami akan bubarkan parti..maksudnya PAS bukanlah gila pangkat/nak sgt memerintah..PAS cuma nk agama Islam di Malaysia ni di tegakkan…

  10. Kepada proud to be muslim, kamu sedar ke DAP tak suka stand yang Dr Hasan Ali buat tu…..it is not that simple maaa! Ini bukan soal PAS lawan UMNO tapi ISLAM lawan Kuffar…..kotaknya berbeda…..grow up la!!!

    • Sejak bila DAP kata nak berjuang utk Islam? ….Ada yg sensitif dgn notion dibawah ni kot…mungkin akan dipandang org begini x setia dgn Islam kot:

      Why play nice with DAP? Does DAP champion Islam?” Najib asked in Kuala Terengganu today.

      “And since when did DAP declare that they were championing Islam?” he (Khalid Samad) said.

      The PAS central committee member added that the DAP has never obstructed the teachings of Islam compared to Umno that wants to confuse Muslims with its brand of the religion.

      “DAP has always supported PAS in its efforts to bring Muslims to the teachings of Islam.

      “But Umno wants to pollute Islam with their practice of sumpah laknat oath and falsely accuse someone of committing extra-marital sex without four witnesses,” he said.

      Khalid added that the DAP has never been against Islam and its struggles are in line with Islamic teachings of forbidding corruption and cronyism.

  11. pemikiran dalam kotak ; umno mesti dipertahankan untuk mempertahankan survival islam . pemikiran luar kotak orang melayu tak kira parti apa kena bersatu pertahankan islam dari direngkuh oleh dap(lihat suratkabar utusan hari ini ) .
    eden fikir dari kotak eden pulak , islam tu dipelihara olehYang Menghantarnya . bani umawiyah bila lupa daratan tuhan ganti pulak dengan bani abbasiah . bila bani abbasiah pun berubah tuhan ganti dengan bani uthmaniah . la ni baru hampir seabad umat islam tanpa khilafah dan alqudds terlepas dari tangan ummah insya allah tak lama tuhan ganti pulak dengan yang lain selepas ummah islam mulai sedar dan bangkit kembali .
    qiasnya sama lah dengan di malaysia kalau elit melayu yang kini memerintah mulai lupa daratan tuhan berkuasa menggantikannya dengan muslim lain yang penting semua umat islam semalaya sepakat untuk menggantikan kelompok elit melayu yang memerintah masa kini dengan kelompok lain yang boleh menjaga maslahat ummah dengan lebih baik dan berteraskan ajaran agama . tak perlu terlalu sentimen dengan elit melayu yang telah 53 tahun mengawal negara dan khazanah nya .

    • utusan…utusan

      sumber terkini, sensasi dan tersahih…mmg baik!!!

      seperti kata seseorang dlm FB…sejak dua menjak ni ust zahazan asyik kupas surah munafik….

  12. kepada orang lama…kalau DAP tak suka logic la jgk..DAP marah kelantan nk haram judi..pon logic sbb diorg boleh main judi..

    yg tak logic nye parti melayu islam ni yang halal judi seluruh malaysia, halalkan konsert pelik2, artis2 pakai seksi xpe, filem dah macam filem lucah diluluskan, majlis2 pelik pon dibolehkan sperti tarian separuh bogel di putrajaya hrtu..apa kes? sgt x logic..sblm marah DAP baik encik marah org2 UMNO….negara islam ke mcmni?

    maaf tp sy xyakin Islam akan berkembang dgn UMNO..org Islam makin teruk adalah..bukti? tengok berita hari2..kes bunuh, anak haram, bunuh diri dah biasa kat Malaysia ni…

    • Saya sarankan kamu tukar nick kamu kepada proud to be PAS, sebab kamu melihat Islam dari kotak PAS, kalau kita melihat Islam dari kotak Muslim semua orang Islam adalah saudara kita, UMNO juga adalah saudara kita walau dia banyak buat dosa dan tak mungkin DAP jadi saudara kita walau baik macamanapun dia sebab dia menolak Allah sebagai Rabb dan Illahnya. Saya saran kamu baca tulisan Dr Juanda Mufti Perlis dalam Mingguan Malaysia hari ni….Sepatutnya sebagai seoarang Muslim kita melihat UMNO sebagai entiti untuk di Islah bukan dijadikan musuh.
      Saya nak tanya Proud to be PAS, (sorry, Muslim), what is so Islamic about giving husnu dzon to DAP while at the same time you put UMNO a fellow muslim as No 1 enemy worst than the Jews….kaedah syara’ mana kamu pakai??

  13. saya tak husnu zhon kat dap, saya nk kata, kenapa nk marah sgt kt non muslim yg mintak benda2 haram, tp bila org Islam sendiri buat, xcakap apa2 plak, malah baking lagi..sebab depa sebangsa kita kah? ini bias.. islam tak ajar bias2 ni.. islam kata, sapa zalim, kita tindas, tak kisahla dia islam ke tak..

    sebaiknya tegur dulu pemimpin2 islam yg korup tu, sblm nk marah2 kt non muslim…ingat semua non muslim faham ke hukum hakam agama Islam.. pemimpin2 UMNO pun bnyk yg xfaham hukum, ini nk expect non muslim faham..tak adil di situ…

    lagi satu sy pelik..ada ke pemimpin pkr announce, kalau pakatan rakyat dpt putrajaya, non muslim yg akan dipilih jd PM? mana boleh samakan situasi sesebuah negeri dgn negara..kena ingat sarawak majoriti non muslim, negara malaysia plak majoriti islam..fikir2la sendiri..

    UMNO menakut2kan org melayu kononnya kalau Pakatan mng, hak keistimewaan org melayu akan terhapus.. kesian kat org2 melayu yg percaya kata2 UMNO ni..

    selama ni yg ambil tanah, harta org melayu pun depa jgk…

    melayu yang makan melayu… pastu nk salahkan cina..

    mana lebih baik? berdepan dgn musuh yg nyata, atau musuh dlm selimut?

  14. Proud to be muslim kena banyak belajar lagi….membezakan perkara2 kulliat dan juz’iyat. Nampak kefahaman kamu bercelaru…x nampak mana yang prioriti dan mana yang cabang…..jangan main hentam keromo aje berhujah…..
    Tak ada masalah untuk kritik kerajaan malah digalakkan…tetapi yang menjadi masalah bersekongkol dengan orang kafir yang jelas menyatakan over my dead body untuk laksanakan syariat Islam dan nak menjatuhkan kerajaan orang Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang tidak pasti lebih baik lagi dealnya untuk Islam…itu yang menjadi pokok masalahnya….ini soal KUASA…KUASA…KUASA….
    Saya telah nyatakan sebelum ini PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat dibandingkan UMNO yang SANGAT dominan dalam Barisan Nasional. Olehitu PAS perlu bersama UMNO supaya ISLAM akan jadi DOMINAN di Malaysia…..tidaklah masing2 mengemis undi Cina untuk mengalahkan antara satu sama lain…….Nak tanya kamu…..statement saya ni menunjukkan saya sokong UMNO ke? TIDAK!! Saya sokong ISLAM supaya DOMINAN di Malaysia……lepas tu kita pakat perbaikilah mana yang tak betul…….I rest my case!!

    • Menarik hujah orang lama

      • Thank you for the compliment!!

    • benarkah pas tak dominan ? jika dikaji strategi pas dlam pru yang lalu pas lebih menumpukan kepada kerusi DUN dan dikawasan malay belt pantai timur dan utara kerana disitulah kekuatan pas . nampak strategi mereka berjaya mengekalkan kelantan dan mendapat sokongan di kedah .

      dikawasan lain kekuatan pas tidak ketara , kerana pengaruh umno yang masih kuat dikalangan orang melayu . adakah sokongan orang melayu kepada umno menunjukkan mereka membela melayu dan islam . rasanya tidak sebab kebanyakan orang melayu dibandar dan kampung kebanyakannya hidup dalam kedaifan dari segi harta dan maklumat . kedaifan inilah diekspoit oleh umno untuk mendapat sokongan hingga mereka menjadi dominan dalam BN.

      adakah mereka juga dominan dalam menentukan sesuatu polisi ? tidak juga sebab kekuatan bn dan umno disokong oleh wang panas yang diwakafkan oleh tokeh – tokeh besar cina india dan melayu . dengan wakaf dari tokeh tokeh ini adakah ada jaminan umno akan membela nasib melayu dan islam . fikir sendirilah beb .

      ” aku pernah menghadiri satu majlis kutipan derma untuk palestin yang dianjurkan oleh satu pertubuhan islam di johor bahru . kutipan itu disasarkan kepada tokeh – tokeh besar cina di johor bahru dengan menjual meja makan dan disertai oleh menteri besar “

      • Saudara Sam, fahamkah apa DOMINAN yang saya maksudkan….UMNO sangat dominan dalam BN hinggakan kekadang dasar negara boleh diumumkan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. PAS pula hanya junior partner dalam PAKATAN RAKYAT. Dari segi kerusi pun PAS no 3, kini setelah beberapa MP keluar PKR DAP dah jadi No 1. PAS tidak boleh buat dalam PAKATAN macamana UMNO buat dalam BN. Dominannya UMNO ini adalah berdasarkan pentafsiran perlembagaan Persekutuan yang di bawa oleh pemerintah sejak merdeka lagi. Disinilah timbulnya soal Ketuanan Melayu yang sepatutnya kita pertahankan sebagai advantage kepada ummat dan bukan nak ditolak kononnya melekehkan bangsa lain. PAS menolak ketuanan Melayu tapi kekadang PAS lupa konsep itulah yang membolehkan DS Nizar jadi MB Perak sebab tercatit dalam Perlembagaan Perak yang jadi MB mesti orang Melayu. Kalu ikut KEADILAN yang kini telah dipakai oleh orang2 PAS, DAP sepatutnya jadi MB sebab DAP menang 18 kerusi, PAS cuma menang 6 kerusi sahaja. Tidakkah konsep KETUANAN MELAYU telah menaikkan DS Nizar sebagai MB sedangkan konsep itulah yang dikutuk oleh DS Nizar dan yang sewaktu dengannya.

  15. ingat PAS pernah bersatu dgn UMNO dulu… tp kenapa dulu UMNO kick out PAS? sbb kedudukan mereka dh selesa, xperlu ada PAS pun xpa..skrg bila vote cina dh beralih ke pakatan, baru nk ajak PAS join UMNO..kalau betul nk satukan melayu, nape x ajak PKR skali?PKR pon majoriti melayu?

    rakyat je nampak bila UMNO PAS bersatu ini akan meyelamatkan melayu islam di Malaysia tp hakikatnya UMNO nak tarik PAS semata2 krn pengaruh mereka dh kurang.. mereka xde niat pun nk tegakkan islam

    kalau betul UMNO kisah psl melayu, knp negeri kelantan yg 95% melayu dianak tirikan??

    • PAS bukan saja pernah bersatu dgn UMNO malah mereka sendiri berasal dari UMNO.

      Saudara hanya melihat dari politik kekuasaan. Tetapi jika saudara melihat dari aspek maslahat islam keseluruhannya mungkin pandangan saudara akan berbeza.

      • pada pandangan saudara, adakah pemimpin2 UMNO skrg menunjukkan bahwa mereka ni kisah tentang maslahat ummat & islam?

        akhlak mereka sendiri tidak menggambarkan ajaran islam. kalau mereka prihatin tentang maslahat ummat & islam, mereka takkan ambil harta rakyat, tangkap rakyat tanpa sebab yg kukuh, sembur gas pemedih time rakyat buat demo. malah kelakuan mereka ini telah memburukkan imej islam.. skrg malaysia dikenali diluar negara krn kisah liwat, video seks dsbg..adakah ini menguntungkan islam atau sebaliknya..

        kalau PAS bersatu dgn UMNO, adakah saudara yakin UMNO akan dengar cakap ulama’ PAS berkaitan perlaksanaan undang2 islam?.. mufti2, jakim pun mereka boleh tutup mulut..hanya berani keluar fatwa isu yg remeh seperti tarian poco2..siapa yg tak senada dgn mereka akan dipecat seperti Anwar..jd x mustahil perkara sebegini akan berlaku kpd pemimpin PAS kalau join BN..jadi tak ada manfaat nya join BN kalau UMNO tak insaf2..

        tiada gunanya islam masih menjadi agama rasmi, dipimpin oleh orang islam, tp imej islam semakin tercalar dgn pemimpin2 ini..orang islam pun xtertarik dgn islam, org islam makin menyimpang dr agama..

      • – “tiada gunanya islam masih menjadi agama rasmi, dipimpin oleh orang islam, tp imej islam semakin tercalar dgn pemimpin2 ini..orang islam pun xtertarik dgn islam, org islam makin menyimpang dr agama..”

        Saya harap kenyataan saudara ini bukan disengajakan cuma membayangkan tahap kemarahan yg meluap2. Kerana implikasi kenyataan saudara ini sangat besar tanpa saudara sedari.

        Zaman2 akhir pemerintahan khalifah Uthmaniah Raja2 nya banyak kelemahan, namun puak kafir masih tidak berani membuat apa2 kpd islam. Tetapi apabila khilafah ini jatuh dan dunia di pimpin oleh orang kafir maka bahananya sampai sekarang kita rasai. Kefasadan dan kemusnahan tidak ada batasan lagi.

  16. umno lahir dengan nama pekembar .sebelum tu dah ada pkmm pertubuhan kebangsaan melayu malaya , kesatuan melayu muda , hizbul muslimin , api , awas dan pertubuhan buruh yang bersifat radikal melawan british . than semua tu diharamkan oleh british yang tinggal hanya umno alias pekembar . lalu atas kerelaan umno menuruti syarat british malaya pun diberikan kemerdekaan . selepas pengharaman pertubuhan selain umno dan yang diredai british ramai orang melayu yang asalnya bersama pkmm kmm , HM dan lain -lain yang masuk umno seperti dato senu , abd ghafar baba dan lain – lain . yang degil dan engkar ditangkap dan dipenjarakan seperti dr burhanudin helmi , ahmad boestamam dan ramai lagi dibawah ordinan darurat dan isa .
    ketika dibawah ordinan darurat itu lah malaya dimerdekakan iaitu selepas pemimpin sebenar melayu yang berjuang untuk kemerdekaan ditangkap dan kemerdekaan malaya diserahkan kepada pemimpin melayu yang pro british

  17. Kekadang bila saya melihat gelagat penyokong PAS dalam berhujah pasal UMNO ni agak melucukan. Contohnya bila disyorkan supaya UMNO dan PAS berunding,(bukan jadi satu entiti), maka melalaklah beberapa pemimpin PAS supaya UMNO di bubarkan dan semua masuk PAS…selesai masaalah….termenung saya dibuatnya dengan hujah ni….kerana setahu saya UMNO ada lebih 3juta ahli manakala PAS cuma ada 1juta ahli sahaja. Saya membayangkan jika ini berlaku, PAS akan jadi macam ular sawa yang menelan anak lembu…kekenyangan…..terlantar tak boleh bergerak….Point saya disini, dalam kita berunding untuk perdamaian, berilah syarat yang lojik…..janganlah syarat yang melucukan. Letakkanlah AGENDA YANG POKOK dihadapan iaitu AGENDA MENYELAMATKAN UMMAT dari ancaman golongan musuh. Kita kena sedar, musuh telah berada didalam rumah kita, bersama-sama dengan kita, memporak perandakan kita bermusuhan antara satu sama lain hingga kita menjdi begitu lemah.
    Izinkan saya membuat satu analisa peribadi disini. Saya dapati ramai dikalangan pemimpin dan pengikut PAS yang telah BERKARAT dalam minda mereka dan mengunci mati bahawa UMNO adalah MUSUH NO 1 mereka. Hatta permusuhan yang melampau ini sampai kepada menjadi KEABSAHAN untuk bersatu dengan DAP dan sesiapa sahaja untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO ni. Rasanya kalau ada orang Yahudi diMalaysia pun yang menentang UMNO maka akan dijadikan kawan untuk sama-sama berusaha membunuh UMNO ni. Maafkan saya kerana begitu kasar membuat andaian ini. Tetapi inilah kesimpulan yang boleh saya buat meneliti kepada realiti politik di Malaysia sekarang ni. Pokok ceritanya semuanya seolah-olah sudah dikunci mati. Sedangkan dalam masa yang sama ummat Islam makin lemah dan tercabar akibat persengketaan ini.
    Maka tidak hairan jika berlaku hal-hal yang melibatkan DAP, maka PAS lah yang akan berlumba-lumba untuk membela mereka. (Contohnya bila pemimpin-pemimpin DAP membaca ayat Quran dalam kempen dan pemimpin wanita mereka masuk dalam ruang solat dan banyak lagi). Senang cakap DAP boleh tidor lena bila berhadapan dengan isu-isu yang mereka hadapi dengan umat Islam kerana mereka telah ada pembela (Bukan PEMBELA ya!). Malah dalam hal-hal yang agak sensitif maka PAS akan membisu, agaknya itulah yang paling baik dari segi politiknya. Kita boleh faham sikap PAS ini semata-mata untuk memdapat undi Cina yang pada bacaan PAS menjadi kunci untuk mengalahkan UMNO dalam pilihanraya.
    PAS kata mereka merapati DAP kerana DAKWAH. Dakwah kena ada hasilnya. Testimoni yang paling jelas ialah mereka MASUK ISLAM. Saya nak tanya, berapa ramai ahli-ahli DAP yang dah masuk Islam sejak PAS merapati mereka. Hatta ada cerita kononnya Lim Guan Eng menuggu masa sahaja untuk masuk Islam iaitu sebaik saja Lim Kit Siang meninggal dunia. Moga Allah memberi petunjuk kepadanya dan kepada yang lain….tapi ini melucukan.
    Kemudian PAS juga mempunyai KELAB PENYOKONG PAS yang terdiri dari orang-orang bukan Melayu. Jujur saya nak tanya, berapa ramai mereka ni dah masuk Islam atau mereka ni menyokong PAS hanya untuk pastikan PAS menunaikan janjinya tidak menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam sebagai syarat sokongan mereka. Setahu saya ada pemimpin-pemimpin Cina yang berada didalam kelab tersebut hanya kerana tujuan strategik itu.
    Saya mohon maaf kepada penyokong2 PAS kerana banyak mengkritik PAS kali ini, tetapi ini persoalan yang telah lama bermain dalam kepala saya yang perlu dilihat oleh pemimpin dan ahli PAS secara jujur.
    Dalam masa yang sama UMNO juga banyak masaalahnya tetapi tentang UMNO ni saya suka melihat benda-benda yang positif yang telah UMNO lakukan kerana banyak juga jasanya dasar-dasar yang dilaksanakan oleh UMNO yang telah menjadikan umat Islam lebih baik dari sebelumnya. Ini kita mesti akui. Telah terlalu banyak kutukan diberikan kepada UMNO, apa salahnya kita cuba lihat yang baik-baik demi menyeimbangkan tujuan kesatuan umat ini. Mungkin boleh dihuraikan dilain masa…nak tengok respon penyokong2 PAS kepada tulisan ini.

  18. kekuatan orang melayu bukan pada umnonya . kekuatan melayu adalah selama mana mereka dapat pertahankan agama dan berpegang dengan agamanya . Sekiranya mereka konsisten dengan agama mereka akan dapat bertahan dari apa juga cubaan .
    Satu soalan mengapakah kini ramai melayu melihat umno adalah pelindung mereka sehingga mereka merasa berbangga satu dasar negara boleh isytihar di dalam mesyuarat agung umno sahaja . Adakah dasar yang dibuat di dalam MT tu benar-benar menjaga kepentingan masyarakat Islam dan orang melayu . Yang nyatanya dasar yang dibuat tu hanya untuk kepentingan segelintir kecil orang melayu yang ada kepentingan .

    Apalah nak pelik parti yang ada 3 juta ahli ditelan oleh parti yang punya 1 juta ahli , andainya parti yang kecil itu mampu menunjukan potensi yang lebih baik dalam membela agama dan ummah . Dalam sejarah boleh kita lihat siapakah yang menggadaikan hak dan kepentingan orang islam @ melayu . Cuba saudara orang lama lihat parti manakah yang
    1.menghapuskan tulisan jawi dari arus pendidikan
    2.menghapuskan kekebalan raja melayu pada tahun 1993 dan 1983
    3.siapakah yang menghapuskan kuasa raja untuk menolak rang undang -undang yang digubal diparlimen jika bertentangan dengan hak masyarakat
    4.siapakah yang membenarkan ( kalau dilihat dari sudut perkauman ) ratusan ribu orang cina dari hong kong menjadi rakyat tanah melayu di tahun 50an
    5.siapakah yang menghapuskan biasiswa kepada pelajar bumiputera
    6.siapakah yang meminda akta pendidikan hingga membolehkan awam universiti diswastakan dan bercambah universiti asing membuka cawangan di malaysia
    7.siapakah yang meminda akta tanah sehingga tanah rezab melayu milik melayu boleh dirampas oleh pemerintah dengan alasan pembangunan tetapi kemudian dijual kepada cukong cina
    8.siapakah yang membunuh 14 orang melayu islam tanpa hak di memali hanya kerana mereka tidak mahu diISAkan
    9.siapakah yang menjahanamkan bank bumiputera hingga akhirnya tumbang tidak bernesan
    10.siapakah yang membawa lari sehingga rm 888 bilion wang rakyat ke luar negara dalam tempoh 10 tahun .
    11.Siapakah yang menghalau orang-orang melayu dari bandar – bandar hingga orang melayu hampir lenyap dari bandar – bandar besar . Orang melayu inilah yang dahulunya di seru berhijrah ke bandar menempati kampung-kampung seperti cu badak , tasik utara , berembang , kampung baru dan lain – lain
    12.siapakah yang menghapuskan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat yang berjasa melahirkan pelajar yang menjiwai islam dan agama

    cukuplah sebahagian sahaja sempat dilist downkan disini , kalau nak disenaraikan pengkhianatan umno satu hari satu malam pun tak akan habis .semua itu berlaku kerana apa ? Kerana kesepakatan umno dengan mca dan mic hingga mereka terpaksa beransur-ansur menerima tuntutan dari orang cina dan india dalam BN . Kalau betullah orang lama memperjuangkan hak orang melayu dan Islam dipihak manakah orang lama berada ketika pengkhiatan-pengkhianatan di atas berlaku keatas orang melayu islam .

    • Sebenarnya banyak lagi kalau nak disenaraikan kelemahan-kelemahan yang UMNO lakukan jika nak ditambah apa yang saudara sam senaraikan diatas. Walaupun jika diteliti senarai yang saudara tuliskan itu banyak yang boleh diperdebatkan. Ini kerana saudara melihatnya dari kacamata sebagai seorang rakyat yang bersifat anti UMNO. Maka wajarlah senarai itu banyak sekali dan kalau nak ditambah akan berjela-jelalah senarai tersebut.
      Tapi banyak juga yang UMNO buat yang menjadikan ummat Islam di Malaysia berada dikedudukan yang agak baik debandingkan dengan negara lain. Mungkin saudara Sam tidak mau mengakui ini, tapi jika kita pergi keluar negara pada umumnya orang lain mengakui Malaysia jauh kedepan dalam membangunkan umat. Credit should be given when its due.

      Saudara kena faham untuk memerintah bukanlah satu perkara yang mudah. Macamlah Mat Sabu atau YB Mahfuz dll, macam2 mereka boleh mengkritik. Kalau diberi mereka memerintah belum tentu mereka boleh buat lebih baik. Cuba kita lihat kerajaan PAS Kedah, tak nampak apa-apa kelebihan dari kerajaan UMNO sebelumnya walaupun berbagai janji manis dibuat. Saudara kena faham, saya tidak ada masalah PAS memerintah asalkan Islam dan ummatnya terpelihara. Jelas kritikan saya pada PAS ialah sikapnya yang berbaik dengan DAP untuk tujuan berkongsi kuasa dalam keadaan PAS tidak dominan. Itu sahaja.
      UMNO dan PAS telah bermusuh sekian lama, adakah menguntungkan ummat. Sepatutnya orang Melayu Islam lebih fokus untuk bersama-sama membangun negara dan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani dan boleh membantu ummat Islam ditempat lain yang ditindas. Kenapa kita perlu membuang masa tak habis-habis bertelingkah. Amal kita bukan menjatuhkan satu sama lain, amal kita ialah berpadu untuk membina kekuatan membantu saudara Islam kita yang lain yang sangat memerlukan pertolongan kita. Cubalah saudara sam toleh di negara jiran akan nasib umat Islam…Selatan Thailand, Mindanao, Kemboja….Myanmar…banyak yang boleh dibuat sekiranya kita kuat. Nak tanya saudara Sam, adakah amal utama kamu sekarang menjatuhkan UMNO yang nampaknya takkan jatuh untuk beberapa pilihanraya lagi. Sedangkan kita punya pilihan untuk bersatu bekerjasama membina negara demi kepentingan ummat . Kalau dulu mungkin soal bersatu ni sukar nak dihadapkan kepada PAS sebab PAS bersendirian…..kini PAS memilih bersama DAP yang kita tau tegar permusuhannya kepada Islam….kenapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO?

      • bila PAS berkerjasama dgn UMNO tahun 70an dulu kenapa UMNO tendang PAS???

        bila dah terdesak baru nak panggil balik..

        kenapa PAS xnak bekerjasama dgn UMNO skrg sbbnya UMNO tak ikhlas pun nk perjuangkan bangsa apatah lg agama..org melayu berpecah belah skrg ni pun sbb ade 2 parti, UMNO dgn PAS..kalau UMNO x tendang PAS dulu kan senang, vote UMNO/PAS, dua2 dlm komponen yg sama..

        jadi sapa yg pecah belahkan melayu skrg?bukan UMNO ke? agak2 org kalau dh kene khianat nk percaya lg ke dgn kawan dia tu?

        UMNO mmg takkan jatuh sbb pilihanraya tak telus..bnyk pengundi hantu & undi pos yg xtau dtg dr mana..bila pembangkang suruh siasat, xsiasat pulak…kalau menang mcmtu baik takpayah..

        apa salahnya membina negara dgn org cina & india..mereka pun warganegara Malaysia jugak…dulu Najib yg buat slogan 1Malaysia – xkira bangsa & agama, kita semua satu..skrg nk main2 isu kaum & agama plak..

        nak bangunkan umat islam xsemestinya dgn meminggirkan org bukan islam..itu kerja yahudi..islam tak ajar mcmtu..ni asik nk hentam DAP saja, yg muslim fasik ni tak nak di tegur bila buat salah

        alih2 PAS yg disalahkan sbb berkerjasama dgn DAP, xde modal lain

      • Kita tak suruh PAS bersatu dgn UMNO. Tetapi kita suruh PAS BERBINCANG dgn UMNO supaya satu PERSEPAKATAN dapat dicapai dalam isu2 mempertahankan agama dan bangsa.

        Adab utk berbincang pulak, janganlah kita menghentam kelemahan lawan kerana lawan tidak akan boleh terima. PAS juga takkan boleh terima jika UMNO hentam PAS. Jadi ketepikan perbezaan tetapi ketengahkan persamaan, baru boleh duduk berbincang.

    • Tidakkah saudara pernah membaca seerah dimana Khalid AlWalid membunuh seorang tentera kafir yg mana disaat2 akhir ia telah mengucap kalimah syahadah lalu R saw berlepas diri dari perbuatan Khalid Al Walid itu ? Bukan saja tentera itu buat kerosakkan malah memerangi islam tetapi oleh kerana ia menucap kalimah syahadah, R saw tetapi menerimanya.

      Tidakkah saudara pernah membaca seerah Abu Talib yang berkorban seluruh tenaganya untuk melindungi R saw tetapi akhirnya ditolak Allah kerana disaat2 kematiannya ia masih menolak islam?

      Apakah saudara beranggapan dgn pelbagai dosa yg UMNO buat ini bermakna ruang perbincangan terus tertutup?

  19. Perkara asasnya…orang tak percaya PAS ni hebat berpolitik

    Mrk dianggap dungu dan menjadi pak turut semata…

    So apa nak diharapkan lagi….status quo jgn dicabar….

    Yang tau berpolitik adalah orang di luar PAS jela mungkin…

    Camtulah lebih kurang….itu ajer….so takpayah bermimpilah PAS nak ganti UMNO

  20. alhamdulillah orang lama menyedari yang sepanjang umno berkuasa banyak sekali pengkhianatan yang telah dilakukannya . kita juga perlu sedar umno hanyalah payung yang diwujudkan british untuk mengelak orang melayu bersatu dibawah radicalist melayu yang ingin merdeka secara mutlak dari british . akhirnya kita dapatlah pemerintah melayu yang merdeka separuh masak bak kata dato onn jaafar . dakwah islam disekat , jamaah islam pun dibenarkan bergerak dalam lingkungan yang terbatas . masjid – masjid dijadikan hanya sebagai tempat ibadat semata tanpa pengisian dan penghayatan . majlis ilmu di masjid – masjid hanya boleh menyentuh isu haid dan qada` hajat .

    kesannya lahirlah masyarakat yang sakit akut dan berpenyakit kronik . gerakan dakwah berdegar – degar buat program islah tapi pemerintah dengan segala jentera yang ia ada meruntuhkan akhlak muda – mudi , remaja , kanak -kanak bahkan orang dewasa dan orang tua . 53 tahun kita ada jabatan agama , jabatan mufti hampir tidak dapat berfungsi sebagai penasihat didengar oleh pemerintah . apatah lagi badan – badan kebajikan dan ngo islam . satu program kebaikan yang dibuat ngo islam , pihak umno boleh guna tv radio , karnival untuk meruntuhkan pegangan agama masyarakat melayu islam .

    bila umno dah tersepit lepas mac 2008 barulah nak guna isu perpaduan , kitab injil berbahasa melayu , cina masuk masjid , bakar gereja , ketuanan melayu terhakis , india buat kuil dan banyak lagi yang tetiba muncul pasca 3/2008. kesemuanya itu nak menyemarakkan sentimen agama dan kaum agar berlaku ketegangan agama dan kaum seperti tahun 1969 selepas perikatan kehilangan beberapa negeri dan kerusi parlimen . malangnya di era maklumat ini apa yang cuba direkayasa untuk menimbulkan ketegangan agama dan kaum tidak berhasil menghasut orang melayu untuk mengangkat parang mengejar orang cina .

    sayang barisan pimpinan umno tidak dapat berubah dan masih lagi dibuai dengan kehidupan bermewah dan mementingkan kroni . khazanah negara dianggap seperti harta warisan tok nenek mereka , sedangkan majoriti masyarakat melayu merempat dan 40% dari golongan yang berpendapatan bawah 1500 rm adalah orang melayu .mereka langsung tidak mahu berubah untuk membantu menaikkan ekonomi bumiputera bahkan mereka makin seronok berebut tender – tender yang dikeluarkan dalam setiap belanjawan . bila sumber negara berkurangan , pelaburan asing menurun mereka membalun pula rakyat dengan saman, kenaikan cukai dan harga barangan .

    siapakah yang boleh memberikan kesedaran kepada elitis dan bangsawan umno . adakah ngo islam dan melayu mampu mengubah mereka . ia ibarat cerita dongeng sang tikus nak memasang loceng di leher kucing …. minta maaflah ,mereka memang sukar diubah sebab dah tenggelam dlam lubuk kemewahan . dari 1980an hingga 1998 anwar ibrahim dengan abim dan jim telah melakukannya dari dalam namun usaha mereka berakhir dengan kegagalan akibat tentangan golongan nasionalis dan ultra kiasu dalam umno . apakah ngo islam lain ingin melalui lorong yang sama untuk dihumbankan apabila umno kembali kuat memperolehi 2/3 kerusi parlimen ….. fikir-fikirkanlah

    jalan untuk menyedarkan mereka adalah memisahkan mereka dari singgahsana kuasa dan berusaha menyedarkan orang melayu bahawa banyak wadah lain yang boleh menggantikan umno untuk membela nasib mereka . cuma adakah kita bersedia untuk berfikir diluar kotak politk sempit bikinan umno yang dililit dalam fikiran kita melalui program doktrinasi BTN .

    • – “jalan untuk menyedarkan mereka adalah memisahkan mereka dari singgahsana kuasa dan berusaha menyedarkan orang melayu bahawa banyak wadah lain yang boleh menggantikan umno untuk membela nasib mereka”

      Kenyataan saudara ini ada kebenarannya jika PAS menguasai/dominan dalam PR. Tetapi realiti adalah sebaliknya. Baca dan hayatilah perlembagaan DAP. Itu dasar perjuangan mereka dan mereka sudah meyatakan akan tetap memperjuangakan ideologi ini. Jadi jangan terlalu naif dgn satu dua kenyataan pimpinan DAP sehingga mengaggap mereka lebih baik dari orang islam.

  21. jika bersetuju dengan idea terima kasih . itu adalah permulaan yang baik . langkah kedua adalah bersama menguak minda masyarakat melayu kelas marhaen ( sebab peserta ngo islam rata-ratanya adalah golongan profesional dan pertengahan ) agar memberikan undi kepada Pas agar mereka menjadi dominan dalam pakatan rakyat .Bayangkan jika umno tidak ada 74 kerusi parlimen adakah mereka akan jadi dominan dalam BN . Bayangkan jika mereka hanya ada 5 kerusi saja munkin mereka akan setahap dengan ppp atau gerakan yang diinjak-injak .
    so ambillah langkah bijak untuk membantu pas mendapat lebih 50 kursi parlimen supaya pas jadi dominan yang berhemah dan adil dalam pr insyallah islam berdaulat melayu selamat

    • Idealnya memang begitu tapi realitinya selalu tidak begitu…..saya menjangkakan dalam PRU13, UMNO akan kembali kuat dari dulu dan PAS lah yang akan menjadi the biggest loser. Banyak tanda-tanda akan berlaku keadaan dimana undi Cina akan pergi kepada DAP dan undi Melayu akan pergi kepada UMNO…..jika ini berlaku apakah PAS masih nak membuang masa lagi mengambil jalan ini…..tidakkah DAP yang akan menjadi the biggest winner….kena cek balik tahaluf siasi ni….hehe

    • Hai En Sam, ini dah kempen nampak.

  22. emmp mr aminudin bukan nak kempen saja nak berkongsi idea melihat dari sudut yang berbeza dari sudut pandangan ngo islam . Apa salahnya kongsikan idea ini dengan lebih ramai orang .

    en orang lama pulak … memanglah umno berkira mereka akan jadi kuat mengikut persepsi mereka . tapi adakah ngo islam pun nak berfikiran begitu . cubalah ambil balik statistik keputusan pilihanraya yang lepas … 1999 umno hampir tumbang dengan undi orang melayu . ( tak tahulah mungkin en orang lama salah seorang yang ikut demo reformasi ) Yang selamatkan umno adalah undi cina dan india . so kenapa tak kata masa tu cina dan india menjadi agak dominan dalam BN . Jika orang melayu boleh swing kepada PR ada harapan umno yang sombong dan bongkak boleh ditumbangkan insyaallah. time tu ngo nak buat usaha agama rasanya lagi mudah dan ruang untuk berdakwah terbuka luas .

    • Hurm…betul jugak yer…tahun 99 tu diselamat orang bukan melayu…skrg pulak dilihat umno perlu diselamatkan melayu…dulu takde pulak perasaan puak sana tgh nak terkam…puak sana ada komplot….puak sana ada agenda dsb….

      • Tidak perlu ulang sejarah lama, sampai bila tidak akan ada kesatuan. Saidina Omar pun pernah bunuh anaknya hidup2. Sahabat2 R saw pernah minum arak sebelum sampai kesedaran.

      • So adakah isu 99 itu adalah satu kesilapan besar yg berlaku kpd ummat Islam di msia? bersatu menentang kezaliman…sy tak faham maksud tuan?

  23. Saudara sam, bila pulak UMNO hampir tumbang ni….UMNO cuma kalah banyak kerusi tidak seperti sebelumnya….UMNO menang 78 kerusi waktu tu…PAS menang 28 kerusi…..cuba cek fakta betul2 ni…..kalau nak kata saya ikut dalam demo reformasi cukup saya katakan saya berada dibarisan depan ketika itu…tapi itu semua emosi….tidak mengkaji secara halus akan akibatnya….ramai yang jenis berfikir (bukan seperti amrar…main ikut buta je…hehe) kini telah sedar nak sokong biar betul perkiraannya kalau tidak jadi alat politik orang lain…Cukuplah saya katakan ada hikmahnya berlaku seperti itu…paling kurang menyedarkan ramai didalam UMNO bahawa mereka tidak boleh sombong dengan kuasa….

    • Takpelah sam….sy yg buta ni akan ikut anda….

      Sy tau faktanya…swing melayu mmg telah ke BA time tu…cuma bangsa lain shj yg telah menyelamatkan BN aka UMNO

      Siapa entah sebut psl bilangan kerusi yg dimenangi….entah paham ke tidak isu yg dibawak…. sy pun tak fahamlah….

  24. tahun 1999 umno menang dengan sokongan undi cina dan india . mereka buat pelbagai tuntutan dan dipenuhi oleh khalifah umno antaranya ppsmi . tapi pada tahun 2008 umno menang dengan undi melayu dikala cina india swing kepada PR . tapi yang peliknya umno dan amirul mukminin najib razak lebih nak penuhi citarasa kaum cina jugak keh keh keh … melayu senantiasa menjadi the biggest loser not PAS .1999 Melayu undi BA ditindas dan dinafi pelbagai projek kalu doktor tidak dapat jadi klinik panel , kalu engenir tak dapat kontrak consult projek , kalau cikgu dipindah ke kawasan ulu dan macam – macam lagi . bila melayu balik semula ke Umno 2008 cina juga yang depa bela dan macam – macam mereka dapat .

    kenapa senario macam tu berlaku …. sebab melayu kurang cerdik berpolitik dan masih berjiwa feudal . bukankah dulu orang melayu guna istilah ampun tuanku sembah patik harap diampun . kini kepatuhan membuta tuli ala hang tuah diwarisi oleh generasi baru melayu tapi dalam versi baru . tiada kekuatan untuk menyanggah perlakuan elitis dan bangsawan umno . tidakkah kita sedar bangkitnya abu jaafar assaffah memulihkan kembali kekuatan orang islam dengan menjatuhkan khalifah marwan muhammad dinasti umawiyah terakhir .

  25. Saudara sam, nampak bercelarulah cara anda berfikir….banyak lagi kena belajar ni…Dalam kita melihat isu politik ni kita kena melihat perkara yang pokok…iaitu KUASA….kepada siapa yang sepatutnya diberikan demi kebaikan ummah. Ini kerana orang yang berkuasa diibaratkan sebagai pemandu kepada sebuah kenderaan. Bila pemandu telah diberi mandat, maka penumpang terpaksa mengikut kemana kenderaan itu nak dipandu.
    Idealnya memang kita maukan orang2 yang berjiwa Islam menjadi pemandu kita, akan tetapi dalam keadaan belum ada pemandu yang benar2 memenuhi ciri-ciri yang kita maukan kita terpaksa memilih yang terbaik dari dua yang tidak sempurna. Dalam realiti politik Malaysia hari ini, dengan berbagai bentuk persepakatan yang dilakukan oleh parti2 politik, kita kena membuat penilaian yang sangat bersifat objektif demi kebaikan ummat Islam.
    PAS walaupun namanya Parti Islam, bagi saya hanyalah label sahaja. Tidak akan mempengaruhi saya untuk memilihnya sekiranya ia terperangkap dengan tahalluf siasi yang tidak menguntungkan ummat.
    Kajilah sejarah pilihanraya di Malaysia, PAS tidak akan mampu untuk memerintah secara persendirian, malah dalam pilihanraya umum PAS biasanya hanya bertanding sekitar 60 kerusi sahaja. Macamana nak memerintah, kalau menang semua kerusi pun terpaksa bersepakat dengan parti lain. Inikan pula PAS biasanya menang kurang dari 30 kerusi. Pasti dengan kesedaran inilah PAS mengambil keputusan untuk bersepakat dengan PKR dan DAP. Tapi kita tahu, PKR dan DAP juga punya agenda masing2 yang pastinya tidak akan sama dengan AGENDA MURNI PAS iaitu menegakkan Islam di Malaysia. Debagai orang yang telah biasa dalam PR, saya tidak akan memberikan kepercayaan kepada DAP dan PKR untuk memenuhi cita2 saya melihat Islam tertegak di Malaysia. Sebelum menang boleh janji macam2, dah menang lain cerita.
    Cuba kita lihat selepas Pilihanraya Sarawak baru2 ini. Setelah keputusan diketahui, maka diwujudkan Kabinet Bayangan yang diterajui DAP pemenang terbesar PR, lalu keuarlah warna sebenar DAP dimana kebanyakan ahli-ahli kabinet terdiri dari orang Cina, PKR diketepikan dalam membuat keputusan, PAS cuma dijadikan tukang baca doa je(maaf ye, agak kasar anggapan ni). Yang pasti DS Anwar yang selama ini dianggap sebagai figure penyatu PAS-DAP tidak lagi dapat mengawal keadaan….Bila dikatakan sepatutnya keputusan di buat di Majlis Pusat Pakatan Rakyat, maka warlord2 DAP Sarawak ni kata di Sarawak ada otonomi, pusat tak boleh campur. Begitulah keadaannya, itu belum lagi dapat jadi pemandu yang betul…baru pemandu bayangan aje….
    Jadi saudara sam kena faham soal politik ni tak semudah yang saudara sam fikirkan….contohnya melekehkan sistem feudal, padahal ada juga kebaikannya sistem itu sebagai pelindung Islam. Macam saudara amrar saya x kisah sangat…dia jenis ikut2 aje….

    • aikk…sy kena lagi…bangga sy kalau bersahabat dgn orang lama….takde nak cerita apa2 kenaa ajer…mmg pejuang Islam ni mempunyai akhlak yg terserlahlaa…

  26. feudal tu bukan bermaksud raja sebab feudal melayu hari ini telah berpindah kepadaa elitis dan bangsawan umno .fahami dulu maksud saya . Raja kini dah dijadikan oleh umno menjadikan raja yang tak bertaring sejak isu raja-raja di tahun 80an dan 90an .

    isu dap tu hanyalah mainan media umno sama seperti isu liwat , video porn anwar dan kristian jadi agama rasmi . bayangkan isu agama (kristian) boleh dimainkan oleh umno tanpa gangguan akta hasutan , inikan pula isu kerajaan bayangan .ini dipanggil spin media yang bertujuan memutarkan pemikitan rakyat . ahli ngo islam perlu membaca ayat quran yang bermaksud “apa bila datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah selidiki”.

  27. Saya sebenarnya malas nak ulas isu video ni kerana episodnya terlalu hodoh…tapi saya tidak mau buat sweeping statement semuanya asyik2 nak salahkan mainan media. Dalam hal begini saya merasakan biarlah pihak polis buat penyiasatan untuk membuktikan kesahihan semua perkara yang bersangkutan dengan video itu termasuk pelakonnya sekali. Saya merasakan tidak bijaksana kita terus jump the gun kata ini fitnah lalu buat solat hajat….panggil ulamak tersohor untuk munajat….tiba2 polis sahkan pelakon itu adalah sah orang yang disolat hajatkan itu. Bukankah kita telah merendahkan martabat munajat kepada Allah yang dibuat ribuan rakyat. Saya berdoa pelakon itu bukan seperti yang dituduh…tapi tadi TKPN macam sahkan itu adalah dia…..ni yang masalah ni. Tidakkah jika ini berlaku akan memalukan seluruh jamaah Islam…..hatta sampai ada yang kata jika polis sahkan pun dia masin tak percaya jugak…..agaknya antaranya mesti amrar…
    Bab kristian ni, bagus juga berlaku episod ni…..paling kurang pihak kristian terpaksa buat pengakuan mereka menerima Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan…..kan bagus tu…..sometimes you need to do a small evil to achieve a greater good…kan gitu sdr sam….

    • Sy takkan terlibat dgn assumption perkara pertuduhan zina sepertimana orang munafik percaya pada tuduhan saidatina aisyah melainkan mengikut luhur islam dgn dibawa 4 saksi…sy muslim sejati….

      Well takde orang tegur OL…kira betul kot stand dia camtu, kan En Amin?…wllhm…so kiranya, betulla kot assumption OL pd sy….nak buat camne…i am what i belief…

      • Samada percaya atau tidak ttg video tu, terpulang kpd individu. Saya ada bertanya kpd rakan2 peguam syarei dan mereka mengatakan video boleh dijadikan bahan bukti dimahkamah. Ia berbeza dgn fitnah pd S Aisyah kerana tak ada bahan bukti.

        Kita tak perlu bcg lebih2 hal ini. Serahkan kpd pihak berkuasa utk menentukannya.

      • Ya Allah….

        Sapa nak tolak psl video dijadikan bukti…Benda ni dah terang lagi bersuluh lama dah….ni kata ketua peguam muslim msia

        “Jadi apabila ditanya sedemikian, saya mengatakan rakaman video boleh diterima sebagai bahan bukti kerana ia merupakan bayyinah dan qarinah.

        Tapi…

        “Saya tidak sekali-kali mengatakan hanya dengan rakaman video tersebut yang merupakan bayyinah, sabitan terhadap kesalahan zina boleh dibuat.”

        Apa yg OL kata dgn ketua peguam muslim malaysia lain cerita….blh pulak dia sabitkan anwar just by statement yg dikeluarkan TKPN (tapi tadi TKPN macam sahkan itu adalah dia…..ni yang masalah ni. Tidakkah jika ini berlaku akan memalukan seluruh jamaah Islam…..hatta sampai ada yang kata jika polis sahkan pun dia masin tak percaya jugak)…sape yg jatuhkan sabitan ni…qarinah ke mahkamah….

        Apa pulak lain kes aisyah dgn ini….even ust halim pun keluarkan psl bahaya qazaf….

        Kira OK ke statement OL tu??…kalau sy salah tegurlah sy…tegur skrg…supaya sy shut up utk isu yg dibangkitkan dengan bergaya oleh OL ni…kalau tak….tegur orang sepatutnya….

        Sy bercakap soal menjaga integriti kita sebagai muslim utk menjauhi prejudis awal dan terlibat dgn qazaf spt orang munafik….

        Apa ni???? Tak pernah sy bangkitkan hal integriti pihak berkuasa….tak faham cara kome berargumentasi….Apa yg sy nak…sy nak hidup dgn perlembagaan dan syariah Islam….

      • Sdr amrar yang budiman, point saya dalam isu ini cuma satu….kita di Malaysia ni sekarang dalam semua hal nak di politikkan…..jadi isu-isu sepenting ini tidak lagi dinilai dari sudut kebenaran hinggakan kelihatannya seorang hamba Allah diangkat kedarjat Malaikat…tidak mungkin boleh buat salah hatta jika ada video yang dibuktikan oleh pakar2 bahawa beyond reasonable doubt adalah dia……Sepatutnya kita pastikan dulu itu bukan dia….barulah sah FITNAH….ini tak….pangail TG Nik Aziz, Shkh Wahbah Zuhaili…..ulamak besar tu….buat solat hajat…..Saya nak tanya sdr Amrar…..kalau pakar2 sahkan pelakon viseo itu adalah orang yang dituduh….bagaimana? Nak taruk muka kat mana? Itu saja point saya…

      • So kiranya setujulah cara pengadilan menurut kaedah sivil?

        Again spekulasi je memanjang…sejak bila pulak sy mendewakan dia???

        Apa2 pun…qarinah tidak menyabit orang itu berzina…blh diadmit masuk mahkamah…anda belajar law dimana?

        Sy taknak jadi cam cerita org munafik tu dlm quran

        OL….tak reti baca statement ke? ada polis tu dah dedah identiti orang yg terbabit ke?….statement dia cuma kata video itu sah dilakukan oleh pelaku dlm video…pakailah 10 pakar….mmg itulah jwpnnya….itu namanya video phywar….kata pd orang lain tak reti baca politik (en sam pun kena…kesian dia)…saudara juga kena cermin diri before membawa argumentasi

        Sy tetap dgn cara Islam dlm bab zina!…itu unik hudud islam dlm hal ini

      • Sdr amrar kena faham, hukum Islam bukan hudud aje tapi ada ta’zir, kalau tak ada 4 saksi tapi ada video yang menunjukkan dia berzina, bagaimana? Mungkin tidak layak dituduh atas hukum hudud…tapi tidak dapat lari dari hukum ta’zir…bukti2 bentuk baru ni seperti video perlu ada ijtihad oleh pakar2 hukum, jika tidak seorang pesalah akan mudah terlepas dan undang2 Islam dilihat begitu longgar….Cuba bayangkan seorang lelaki membawa lari seorang gadis kehutan. Dia mengancam untuk merogol gadis itu dan mengancamnya dengan mengatakan pasti tidak ada 4 orang saksi disini…dan jika kamu menuduh aku maka kamu akan dikenakan hukum qazaf kerana menuduh tanpa 4 saksi dengan ancaman 80 rotan….macammana sdr amrar? Satu persoalan saya, adakah itu maqasid syaraknya? Disini saya serah kepada pakar2 membincangkan hal ini kerana saya bukan pakarnya….Tapi berbalik kepada soal video tadi, jika terbukti beyond reasonable doubt akan pelakunya, adakah kita masih mau menjadikannya isu politik dan masih dalam ‘denial’ sambil melakukan berbagai2 tindakan seperti memanggil Ulamak2 Besar untuk buat Solat Hajat bersama ribuan rakyat!! Kesian kat rakyat….banyak lagi keje lain nak buat!!

  28. الغاية لا تبرر الوسيلة
    matlamat tidak menghalalkan cara en OL , banyak cara yang mengikut lunas islam boleh digunakan agar kristian tunduk kepada orang Islam . itu cara seperti US gunakan pengeboman WTC untuk menunjukkan umat islam adalah pengganas . adakah kita pun terikut dengan gaya mereka . tak perlu lah nak ikut perangai evil untuk dapat sedikit keuntungan politik

  29. الغاية لا تبرر الوسيلة
    matlamat tidak menghalalkan cara en OL , banyak cara yang mengikut lunas islam boleh digunakan agar kristian tunduk kepada orang Islam . itu seperti US gunakan pengeboman WTC untuk menunjukkan umat islam adalah pengganas . adakah kita pun terikut dengan gaya mereka . orang islam boleh guna kaedah yang diajar oleh nabi untuk berdepan dengan penganut agama lain ni . lebih selamat dan berkesan .

    • Betul kata En Sam tu, cuma saya mintak dalam masa yang sama jangan kita terlalu naif. R saw juga tidak sentiasa mengambil pendekatan yang sama. Ada masa berbincang, ada masa berperang dgn pihak kafir.

  30. Saya consider situasi sekarang adalah “perang”, kalau kita lurus bendul…..maka habis kita ditipu oleh mereka…nampak sekarang mereka telah mula takut….tembelang mereka sudah nak pecah…..malangnya puak-puak lurus bendul yang berpegang kepada “matlamat tidak menghalalkan cara” nampak cuba membela mereka…..DAP bersama Paderi2 kristian merancang berbagai strategi untuk menguatkan saf mereka….puak2 Islam seolah2 membela mereka kononnya bawa isu sensitif. Bila ditimbul isu PM boleh bukan Islam maka YB Mahfuz Naib Presiden PAS kata tak ada masalah…..Bila ada artikel kata Islam Bukan Agama Rasmi, PAS membisu…..apa dah jadi ni. Jadi saya anggap situasi sekarang sudah begitu teruk kerana puak-puak Islam mempunyai musuh yang salah.

    Mr Sam kena banyak belajar lagi kerana kaedah fiqh bukan itu saja…..Rasulullah juga hantar beberapa sahabat dalam barisan musuh….mengkaji kekuatan musuh dan kelemahan mereka….baru pergi perang….tidaklah lurus bendul macam ramai puak-puak Islam sekarang….ini kerana anggap Musuh No 1 adalah UMNO…..Kristian seolah2 dah tidak dianggap musuh lagi……tak gitu ke Mr Sam…Bila berlaku murtad…salahkan UMNO…..sedangkan yang buat keje puak kristian….semua nak dipolitikkan. Tapi bila ada puak2 yang serang kristian…..UMNO juga salah…macamana ya…..perlu saya ingat saya bukan penyokong UMNO tapi saya menyokong tindakan2 yang benar oleh mana-mana pihak.

    • UMNO ada kuasa utk kuatkan islam & pada masa yg sama halang gejala2 sosial & murtad, tp mereka xguna kuasa yg ada..malah anak2 mereka sendiri yg terlibat dlm gejala sosial. minum arak, pegi club dan sbgnya. jakim pula disuruh tangkap ustaz2 yg buat program dirumah. alasan xde permit.. org berkhalwat dlm bilik mereka nk intip, sedangkan kat dlm tv tu terang2 buat maksiat, pegang2 peluk2, xpulak tangkap? inila silapnya.. program2 tazkirah kt tv letak pukul 1-5, pagi, time org tgh tido.. program2 xbermanfaat sprti cerita2 hantu, prog nyanyian letak waktu prime time…

      pastu sy nk tny, yg najib jumpa pope tuh ape faedah ek? nape taknak jumpe yusuf alqadrawi mintak nasihat cmna nk kuatkan islam kt msia.. bila UMNO bekerjasama dgn orang kafir xpa..bila PAS jadi isu..xpaham..

      • Kalau setakat jumpa POPE apa salahnya. Kita boleh jumpa sesape pun dalam dunia ini. Tak jadi masalah. Tapi kalau ada deal yg tertentu yg merugikan islam, itu salah. Najib dah jumpa YQ dan YQ dah dapat anugerah Maal Hijrah.

        Kerjasama dgn org kafir; UMNO tak betul, PAS pun tak betul. Kena baca balik konsep tahalluf yg di benarkan islam.

      • Sdr Islam ni masih berfikir dalam kotaknya yang sempit tu. PM Najib jumpa Pope tu bukan dia sebagai individu…tapi mewakili kerajaan Malaysia sebagai Ketua sebuah negara yang berdaulat yang juga mempunyai penduduk beragama Kristian….jangan lah anggap macam saudara Islam jumpa mamak dikedai kopi sebab nak minum teh tarik. Lebih kurang sama lah Tok Guru Nik Aziz jumpa Lee Kuan Yew…kalau ikut standard pemikiran sdr Islam….apa ke halnya dilayan apek tua tu….lan gitu?? Hehe

  31. bila masa pulak kita dalam keadaan perang ni en OL . dalam perang pun nabi larang tentera islam bunuh paderi dan musnahkan gereja . apa yang penting bagi saya dalam berhadapan dengan gerakan misionari ni perlu diadakan dialog terbuka . bukan ke dalam quran ada sebut ” dan hendaklah kamu berhujjah dengan mereka dengan cara terbaik ” وجادلهم بالتي هي أحسن

    dalam quran pun ada sebut
    قل ياأهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم ألا نعبد إلا الله ولا نشرك به شيئا ولا يتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا اشهدوا بأنا مسلمون

    ayat tersebut dengan jelas menunjukkan kepada kita jalan sederhana yang perlu diambil oleh umat islam adalah mengajak mereka mencari kebenaran dan diawali dengan mencari titik persamaan antara penganut agama samawi iaitu menyembah allah dan tidak menyekutukannya .

  32. Tambah sikit lagi kalu benar pun bagai en OL kata dalam keadaan perang bukan ke sebelum perang nabi hantar utusan kepada orang kafir dengan seruan أسلم تسلم
    so dalam kontak malaysia bila pemimpin kita berkata kepada mereka dengan seruan keramat tersebut .

    • Kalau kita merasakan “perang” ni hanya mengangkat senjata…malang sekalilah…sedangkan musuh2 Islam pagipetangsiangmalam24jam berikhtiar untuk melemahkan kita, memporakperandakan kita, menyesatkan kita, merosakkan aqidah anak2 belia kita dan sdr sam masih tak nampak suasana sekarang adalah perang maka amat malang sekalilah keadaan yang menimpa pendokong-pendokong Islam sekarang….Agaknya sebab itulah sdr sam tembak target yang salah…..sdr sam boleh senaraikan satu list yang panjang kesalahan UMNO…tapi dalam masa yang sama melupakan kesalahan musuh2 lain yang sedang berusaha menelan umat Islam…..Ini perkara kulliat ni….bab bab usul fiqh yang saudara sam timbulkan tu dah bab cabang dah tu, tactical aje….so please get your priorities right…..get the right enemy….then only you go through the right war….

  33. Sy tau ta’zir….

    Rogol dgn zina mana sama weiii….apa ni…belit2 la

    Again…kamu dah draw conclusion dgn kata2 polis je ke…apa ni? sistem perundangan mana pakai…sivil dan syariah dua2 tak ajar…undang2 rimba kot…No problem nak kaji video as bukti …yg jadi masalah sy…statement kamu tu “tapi tadi TKPN macam sahkan itu adalah dia…..ni yang masalah ni. Tidakkah jika ini berlaku akan memalukan seluruh jamaah Islam…..hatta sampai ada yang kata jika polis sahkan pun dia masin tak percaya jugak”…yg mendahului perundangan…apa ni??…kata pejuang islam…maqasid la…takzir la…mcm dia seorang je yg hebat…

    Apa masalahnya??….sehingga perundangan selesai, umat nak bersolat hajat ke nak pertahankan hujah…suka ati depa la (FYI…sy x solat hajat pun)…yg diorang solat hajat n panggil ulama pun adalah kerana cara perkara ini dibongkarkan n cara tindakan siasatan polis yg kita hormati itu 🙂 …itu sbb org bengang tu…mungkin OL x bengang kot dan rasakan nothing fishy is going around…patutnya yg kamu sibuk2 tu…sumpah laknat tu…buat apa buat publisiti stunt camtu…haa itu baru: banyak lagi keje lain nak buat!!

    • Saya harap sdr amrar tidak emosi bila dah tak dapat hujah balas, ini bukan soal menang kalah, atau nak tunjuk siapa hebat berhujah, ini soal kebenaran, dah terlalu ramai ummat yang terkeliru….termasuklah saudara amrar, tidak melihat sesuatu dari kacamata mencari kebenaran, tapi melihat dari kacamata warna hijau berlambang bulan penuh…Kita semua manusia biasa…Allah yang mengetahui segala-galanya. Dalam kita menilai kebenaran kita perlu mencari bukti….Dalam sistem yang ada, pihak polis sumber untuk kita membuktikan episod video ini benaratau tidak….kalau saudara amrar tak mau percaya pada polis dan anggap ada konspirasi, silakan…..Cuma saya nak katakan….jika video itu jelas dan terbukti orangnya…dan kita masih dalam denial….saya cuma boleh senyum melihat gelagat pejuang2 Islam sekarang…..akhirnya mereka melakukan tindakan2 yang tidak cerdik dan kelihatan begitu naif……sekali lagi saya berpendapat TUNGGU DULU SIASATAN POLIS UNTUK PASTIKAN KESAHIHAN VIDEO TU…..LEPAS TU NAK KATA FITNAH KATALAH….ITU AJE….Janganla bila sesuatu itu memihak kepada pembangkang maka polis dikatakan profesional!! Tapi bila tidak…polis berkonspirasi!! Saya dah letih tengok drama2 ni….cari plot lainla…hahaha

    • Tiga point sy sy ulang balik….malas nak sambung:

      1. OL….tak reti baca statement ke? ada polis tu dah dedah identiti orang yg terbabit ke?….statement dia cuma kata video itu sah dilakukan oleh pelaku dlm video…pakailah 10 pakar….mmg itulah jwpnnya….itu namanya *media phywar

      2. kamu dah draw conclusion dgn kata2 polis je ke…apa ni? sistem perundangan mana pakai…sivil dan syariah dua2 tak ajar…undang2 rimba kot…No problem nak kaji video as bukti …yg jadi masalah sy…statement kamu tu “tapi tadi TKPN macam sahkan itu adalah dia…..ni yang masalah ni. Tidakkah jika ini berlaku akan memalukan seluruh jamaah Islam…..hatta sampai ada yang kata jika polis sahkan pun dia masin tak percaya jugak”…yg mendahului perundangan…apa ni?? —-> so kiranya kes liwat 1 anda percayalah kot….

      “Aik lain pulak bunyi skrg: saya berpendapat TUNGGU DULU SIASATAN POLIS UNTUK PASTIKAN KESAHIHAN VIDEO TU…..LEPAS TU NAK KATA FITNAH KATALAH….ITU AJE”….sama cam video lingam la kot yer…rupa cam sy, suara cam sy…tp itu bukan sy….hahaha….

      3. Kamu tak risau ke imej video seks ni keluar kat paper n news…anak OL tu tengok…anak2 orang yg “kurang” beriman pun tengok…tak takut ke apa jadi dgn masyarakat….my last point….sy risau ke mana negara ingin dibawa dgn permainan politik pemerintah-polis-media….

      • sdr amrar is not getting my point….simple aje, jangan jump the gun…siasat dulu…pasal TKPN tu saya tengok statement dia dalam TV dia memberi hint siapa pelakunya…sebab tu saya risau…baca balik harapan saya…SAYA HARAP ORANG DALAM VIDEO TU BUKAN DIA!! Tapi kalau dah polis sahkan dia ITU YANG JADI MASALAH!! Sebab dah ramai orang termasuk sdr Amrar dah buat conclusion ini semua fitnah!! Soal sumpah dan lain2 itu semua akademik aje…tapi kerisauan saya ialah ramai yang tertipu oleh mainan politik semata2 bukan nal cari kebenaran!! Ya, musuh2 politik nak kenakan dia….tapi dah pastike dalam video tu bukan dia!!

      • Dah pasti ke dlm video tu dia… Orang Lama??? pakai main hint2 je ke

      • Sbb tu amrar hi-litekan jgn main letak blame base on kata polis di media…ia adalah base pd mahkamah….are u getting his point?

        Apa2 pun sifat adil dlm tindakan itu kelihatan…sifat zalim, backstabbing itu pasti teserlah sptmana diserlahkan kehinaan pd bapak munafik madinah dlm surah munafik bila dimalukan anaknya sendiri…yg mana kita nmpk???

      • Belum pasti lagi ya budak baru…..tapi keputusan kes mahkamah semalam sedang menuju kearah kepastian nampaknya…..nampaknya sdr budak baru, mr sam dan sdr amrar yang bijaksana tu kena anjurkan lebih banyak solat hajat ni….saya juga akan bersolat hajat mohon Allah tunjukkan kebenaran……dah lama sangat rakyat berbalah kerana hal2 sebegini.

      • Bila pulak dah masuk mahkamah ni??? apa ni??? baru bagi ke pihak peguam negara adalah…dah ada prejudis ke?

      • Sdr sam wan gayanya macam sdr amrar je…dah tukar nick ke? Saudara ni lurus bendul la….saya bercakap pasal orang yang sama….yang buat banyak masalah dalam negara sekarang…..dia ada banyak kes….kalau saudara refer pada video tu memang belum masuk mahkamah lagi…ini kes lain yang melibatkan dia…dimana jika dia didapati bersalah akan menyerlahkan lagi siapa hamba Allah ni sebenarnya…..yang selama ini dianggap seperti ‘lembu suci’ oleh orang2 seperti sdr amrar, sdr sam, budak baru dan lain2. Jujur, saya masih berharap dia bukanlah orang sepertimana yang mula terdedah sekarang akan sifat sebenarnya……tapi saya tidak akan bermati2an MEMPERTAHANKANNYA LAGI hanya semata2 kerana nak mempertahankan pegangan politik kerana seolah2 mempertahankan maruahnya sama dengan mempertahankan politik yang didokong oleh orang2 yang bersamanya. Risikonya sangat tinggi!! Asasnya tidak lagi MENCARI KEBENARAN. Ingat ya…PAS membawa Islam…..Apakah PAS sanggup menanggung risiko sekiranya akhirnya didapati pelakon didalam video itu adalah orang yang PAS bermati2an pertahankan!! Kadang2 saya termenung bertanya..Quo Vadis PAS??

      • Aku jugak yg kena….gentleman la weiii

        Lembu suci!!??….senang je jatuhkan martabat orang ke taraf orang hindu…

        Sekeras2 sy pun…sy pilih penggunaan ayat mencerminkan adab orang Islam dgn sesamanya….

        As i said di awal…..malas sy nak teruskan after bawakkan 3 point…

        Semoga orang yg berbangga dgn penghujah OL masih lagi berbangga dgn anda…

      • Janganla mare begitu ya sdr amrar….istilah lembu suci tu sebenarnya terjemahan daripada ‘sacred cow’ yang bermaksud seseorang yang tidak boleh dipersoalkan atau dikritik. Saya cuma rujuk kepada pengakuan sdr bahawa jika video itu didapati oleh pihak polis sahih orang yang dimaksudkan, sdr tetap tidak mau percaya…..
        Harap tidak mengambil pengertian dari yang tersurat tetapi sebaliknya yang tersirat…..tq

      • orang lama, kes apa tu…cerita la kat semua..biar rakyat tau siapa sebenarnya..pastuh nk tny..kalau betul dia bnyk kes,, asal UMNO xguna ja kes2 tu utk jatuhkan die..kenapa nk kene buat kes liwat 1 – xmenjadi, liwat 2- dlm proses ( depa dh blaja dr liwat 1 so kes ni lama sikit kt mahkamah), pstu klua video plak.. kalau betul anwar ni most wanted man dlm BN, bukanke die difollow oleh SB 24 jam..so asal xtgkp je mase die ber”zina” dgn amoi cine tuh..kan sng.. tgkp, bwk g polis, setel..asal nk gune video2 segala..pastu kalau die nk ber”zina” dgn amoi tuh, asal ade org lain dlm video tuh(bayang2 org)..,x pro la..plis la..nape diorg x buat cerita anwar amik duit negara, makan rasuah bla3? sbb takut anwar bukak cite rasuah masing2 la tuh..
        plisla polis, SPRM, kastam sume bekerja utk BN.ape BN arah diorg akan buat..so rakyat dah xheran dgn statement2 polis… skrg..sori….pastu nk tny, apsal bila ada kes berkaitan pak2 menteri UMNO cepat je setel? kes bunuh warga asing yg berprofil tinggi tu pun cepat je setel..pelik2..bile kes berkait ngan pemimpin pembangkang..bertahun2 klua masuk mahkamah..plisla xkan xnmpk lagi kezaliman diorg ni..pastu bila xda kes diorg cari kes..contoh MB s’gor skrg, depa kata guna duit kerajaan..padahal die amik duit tu utk bli lembu2 buat agih2 kt surau2 kt selangor masa hari raya haji..plis2..kes khir toyo lps die xjadi MB baru berani nk bukak..
        nik aziz plak tuduh g haji pakai duit rasuah..kesian dia nk g haji pun org dengki..yg najib g US tgk anak konvo, g kazastan utk jmpa bakal besan pakai duit rakyat xdeplak isunye..itu blum masuk rosmah berbelanja pkai duit rakyat lg..adoii pening2..
        kami ni xdela fanatik anwar..xpernah jmpa pun face to face..tp ape yg BN buat kt dia mmg xpatut..so skrg siapa yg jadikan melayu musuh no 1..bila kami jadikan UMNO musuh OL marah..kata sbb depa seislam..tp anwar ni seislam gak..diorg buat mcam2 xpa..sedih2…xde dlm history org buat pemimpin parti pembangkang mcmni tau x..org kafir pun lagi ada hati dan perasaan..

      • Semua kesalahan tu tak betul. Jadi yg nak ganti mesti lebih baik dari yg ada. Jangan 2 x 5.

      • Sdr Islam,

        Kalau pasal DSAI ni rasanya saya tau banyak juga pasal pernah berada didalam saf depan beliau……tak ada quddusnya hamba Allah ni sebagaimana dakwaan isterinya insan anugerah Allah. Satu aje saya nak quote balik kenyataan saudara….”tak pernah ada dalam history….saya pun nak guna “tak pernah ada dalam history…seorang pemimpin yang menggambarkan dirinya Islamik…ditinggalkan oleh majoriti rakan2 rapat disekelilingnya yang pada peringkat awal sanggup masuk keluar penjara demi membelanya tapi kini menjadi orang yang mendedahkan perangai2 nya yang mugkin tidak deketahui oleh orang seperti sdr Islam….
        Juga saya nak katakan, cara sdr Islam berfikir sebijik macammana sya pernah berfikir satu masa lalu…hehe tapi saya anggap cara berfikiran begitu sudah obsolete.

  34. memang la jaga ugama itu maslahah paling utama . tapi dengan mendakwa mengekalkan umno dikatakan sebagai menjaga maslahah paling utama tu saya rasa satu kenyataan yang melucukan . bukan ke amirul mukminin baru mengumumkan malaysia sebagai hub pendidikan opps bukan … hub hiburan ddalam program tranformasi ekonominya . nak tanyalah en OL adakah mengangkasakan hiburan tu termasuk dalam strategi menjaga agama ? camni penat jelah pertubuhan dakwah dan islam buat program tapi amirul mukminin kasi runtuh .

    • Rasanya saya dah jelaskan soal UMNO ni…..dan musuh kita sebenarnya….baca balik tulisan2 saya diatas….kalau saudara nak listkan kelemahan2 UMNO dah saya katakan banyak sekali…..sebab itulah PAS kena bersama engan UMNO dalam kerajaan kemudian bagilah program2 Islam yang membina umat….ini duduk kat luar memekik kesana sini…belum cite bersama DAP lag….dah capek pak…ulangin hal ni….masih tak mau faham!!

      • Haa…why not ISMA engange Government and isilah prgm kemasyarakatan didalamnya…insyaallah mrk akan sambut kan? biar je PAS dgn ego dia tu…ISMA start dulu laa

        Betul tak OL?

      • perbezaan wadah boleh jadi persaingan sihat untuk berbuat kebajikan
        umno , mca , mic , gerakan , ppp , LDP , Usno , berjaya , PBS + gerakan dakwah islam = kemajuan dunia dan akhirat

        pas , pkr , dap + gerakan islam = kebajikan dunia dan akhirat

        kedua-dua gabungan bersaing secara sihat untuk memakmurkan masyarakat dan menebarkan kebajikan sesama manusia

      • bila dua – dua pihak berlumba buat kebajikan yang untung adalah rakyat . umno pun tak berapa berni nak gunakan kuasa sewenang – wenangnya walaupun lately ia nampak terdesak guna pelbagai isu-isu yang tak wujud . harap-harap sistem dua coalition ni berterusan dan umno tidak lagi dapat majoriti 2/3 just simple majoriti .

      • Two party system ini sebenarnya idea demokrasi barat, tak ada kena mengena dengan Islam, samalah slogan-slogan ketuanan rakyat yang kini telah terserap didalam minda orang-orang seperti sdr amrar, mr sam dan budak baru…..nampaknya agenda barat yang dipelopori yahudi telah berjaya meresap masuk didalam pendokong2 Islam…..saya cuma boleh katakan …kesian

      • demokrasi pun bukan dari barat ke??….agenda siapa pulak tu….kesiaaannnn…..

        Ke OL sbg penggerak islam rasa demokrasi adalah yg terbaik dan merupakan sistem Islam

        Apa kita kata…demokrasi kita ambil manfaaat sbg wasilah aje….samalah yg lain…apa laa…

      • Kalau nak bincang bab demokrasi ni…perlu satu tajuk yang khusus…saudara amrar ooops sorry sam wan, bila pulak saya ada kata demokrasi adalah yang terbaik ni…cuba baca kenyataan saya didatas…saudara tembak saya atas point yang saya tak kata ni!!
        Saya nak katakan disini…DEMOKRASI adalah dari barat…..Ulamak mengambil pakai sistem demokrasi hanya sekadar untuk memenuhi tujuan berpolitik didalam negara…sepatutnya tidak lebih dari itu…Kerana demokrasi BUKAN DARI ISLAM dan BUKAN SEGALA2NYA. Tapi nampaknya sekarang puak2 Islamlah yang mempertahankan demokrasi bermati2an. Kita kena ingat perkara KULLIYAT dalam Islam ialah MENYATUKAN UMMAT. Kalaulah sistem pinjaman DEMOKRASI yang kita pegang membuatkan UMMAT BERPECAH maka kita kena persoalkan kebijaksanaan mengamalkan demokrasi ni. Sebab itu ada kalangan gerakan Islam tidak menerima demokrasi ni…seperti Hizbut Tahrir…Salafi…
        Saya juga ingin mempersoalkan sekiranya PAS dan UMNO sebagai dua kelompok umat Islam di Malaysia asyik berbalah tak habis2 dan bukan itu sahaja…perbalahan itu memberi manafaat kepada orang BUKAN ISLAM….Nak tanya…adakah semua ini menepati MAQASID SYARA’ POLITIK ISLAM??

  35. bagus jugak ada 2 model kerajaan yang memeritah . masing-masing boleh bersaing menjaga kebajikan rakyat . pas di kelantan dan kedah dap di penang , pkr di selangor ,umno dan bn di negeri lain dan pusat . dari situlah boleh lihat mana peemerintah yang benar-benar jaga kebajikan rakyat dan mana yang sapu rakyat

  36. umno cukup takut kalau orang melayu boleh membuang mitos hanya melayu umno saja boleh memerintah malaysia . masa pas kelantan menang 1990 dulu pun merka anggarkan hanya boleh bertahan 3 bulan sahaja . sebab tu hari ni umno cuba memahat dalam pemikiran rakyat kalau umno hilang kuasa orang melayu turut hilang kuasa . pas digambarkan sebagai pengkhianat melayu bila gabung dengan dap . sedangkan hakikatnya dap tu sama je dengan mca , supp gerakan .


Tinggalkan Jawapan kepada kak Enon Batal balasan

Kategori