Posted by: aminuddin | 05/05/2011

Tepuk Sebelah Tangan

Sehari dua lepas umat islam seluruh dunia menyambut baik akan keputusan Fatah dan Hamas untuk bersatu. Walaupun kita tidak tahu adakah ia akan sampai ke penghujung atau tidak namun berita ini tetap disambut dengan sujud syukur oleh masyarakat islam antarabangsa. Apa tidaknya, kalaulah dikira perbezaan ideologi politik maka sudah tentu ia sesuatu yang mustahil. Yang satu fahaman nasionalis dan baik dgn Amerika dan Israel manakala yg satu lagi fahaman islam yang menjadikan USA dan Israel musuh utama.  Namun kebangkitan rakyat di negara Arab memberi kesan dalam pandangan politik mereka yg mendesak mereka untuk besatu demi kepentingan bangsa dan agama.

Adakah ini juga mungkin berlaku di Malaysia?

Bagi saya, ini akan hanya berlaku jika pemerintah bersedia membersihkan dosa2 mereka dan kesediaan pembangkang untuk memaafkannya. Selagi ini tidak berlaku, saya tidak nampak penyatuan ini akan terjadi.

Pelbagai salah laku yang dibuat pemerintah bukan saja menyebabkan masyarakat membenci mereka malah lebih parah lagi masyarakat sudah mula hilang pertimbangan, samada dari segi logik aqal mahupun logik syarak. Apa tidaknya :-

– apabila kita menentang gerakan kristian – kita dikata sama dgn pemerintah

– apabila kita melaungkan kesatuan – kita di label menyokong salah laku pemerintah

– apabila kita meminta orang islam menjadi pemimpin – kita dikata tidak rasional

– apabila kita memperjuangkan kesatuan Melayu Islam – kita dikata rasis

– hanya apabila kita mengkritik pemerintah – baru kita akan digelar golongan yang benar

Saya tidak menyalahkan rakyat kerana semua kenyataan2 ini melambangkan kebencian yang meluap2 terhadap pemerintah. Pemerintah harus bersedia untuk berubah jika ingin terus relevan. Tidak guna pemerintah melaungkan kesatuan jika mereka tidak bersedia untuk kompromi. Lebih menyedihkan, kejengkilan masyarakat kepada pemerintah sampai keperingkat apa saja kebaikkan yang pemerintah lakukan akan dilihat sebagai helah politik. Malang juga, NGO islam yang tidak menyebelahi mana2 parti tetapi hanya memperjuangkan kebenaran juga terpalit dan dilabel dengan pelbagai gelaran.

Way Forward?

Pemerintah tidak boleh mengharapkan pembangkang untuk bersatu, atas dasar apa sekalipun,  jika mereka sendiri tidak bersedia untuk berubah. Bagi saya penyelesaiannya terletak pd pemerintah kerana seorang pemimpin pembangkang sudah menyatakan kesediaan untuk membubarkan parti jika pihak pemerintah menukar dasar perjuangan mereka. Keegoaan pemerintah perlu diketepikan jika ingin terus survive dalam arena politik abad ke 21 ini. Mereka harus belajar dari Hamas dan Fatah.

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi


Responses

  1. Superb!!!

    Mcm nila….

    Penyatuan Hamas dgn Fatah berlaku bilamana Fatah mula akur utk pertahankan Hamas dr Israel….apa kata Abbas pd Benjamin: Hamas is our brother, pilih antara teruskan settlement activity atau keamanan…lebih kurang arr….

    Bila ada common agenda barulah boleh bersatu….

    Kalau UMNO blh rennounce kezaliman dan penyalahgunaan kuasa/wang (dgn amalan yg benar praktikal, jujur dan telus…biar jerung semua kena)…maka mimpi penyatuan itu tak lari dr becoming a reality…tp selagi mrk ego…maka telungkupkan muka mrk dulu….barulah hulurkan tangan utk naikkan balik mrk…barulah ada keinsafan yg sebenar….

    Only way forward is for pemerintah to change itself….jgn ego….

    Doa tetap dipanjatkan, namun kewaspadaan sentiasa ditingkatkan…

    Good writing…
    p.s: sy sgt suka dua Saifuddin: BN mahupun PR….hehe

    • Hehe.. betul la kata Ce’ Amin ;

      ” – hanya apabila kita mengkritik pemerintah – baru kita akan digelar golongan yang benar”

      Tengok.. Amrar terus jer sokong… hehe..😀

  2. Hehe.. betul la kata Ce’ Amin ;

    ” – hanya apabila kita mengkritik pemerintah – baru kita akan digelar golongan yang benar”

    Tengok.. Amrar terus jer sokong… hehe..😀

    • Payah cakap dgn orang yang susah nak nmpk objektif…hanya nampak sentimen semata….

      Kalau sy nak pusing (twist)…boleh je sy komen negatively pd tulisan…tp opt not to demi berbaik sangka pd saudara…

      Tp x sangka banyak manusia yg sentiasa menyokong en amin begini perspektif mrk pd orang yg x bersetuju dgn ISMA dan pengangan mrk

  3. saya rasa en Amrar yg sentimen biler bace komen2 sebelum ni..
    yg laen ok jer rasenye..
    ke saya silap?

  4. Hehe, tahniah amrar, ramai yang nampak gitu….ingatkan saya sorang aje…LOL

    • Orang sokong en amin pun payah…ada juga menyampuk OL ni

      Orang Lama pun ramai nmpk pelik semacam juga…. LVOL….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: