Posted by: aminuddin | 08/05/2011

Ia semakin hampir

Melihat keputusan PR Sarawak membuatkan ramai penganalisis menyimpulkan bahawa orang Cina kini tidak lagi akan mengundi MCA apatah lagi GERAKAN tetapi sebaliknya DAP. Trend ini dijangka akan berterusan kpd PRU13. Ini membuatkan Presiden MCA, Chua Soi Lek menguggut bahawa jika MCA gagal mendapat undi orang Cina pada PRU13 maka MCA tidak akan meminta apa2 jawatan dalam kerajaan. Bererti bahawa pimpinan kerajaan akan diterajui oleh hanya orang Melayu dan India. Ini sudah pasti merisaukan pengundi2 Cina kerana mereka tidak akan ada lagi wakil dalam kerajaan. Ini mungkin membuatkan mereka berpaling tadah dan mengundi kembali MCA kerana bimbang kepentingan mereka tidak terbela lagi apabila tidak ada lagi wakil dalam kabinet. Suasana ini sangat tidak disenangi oleh DAP.

Kalau diukur daripada majoriti pengundi dikawasan2 parlimen, dari 222 kerusi cuma 40 kerusi sahaja yang undinya adalah majoriti Cina (>65%) dan 30++ adalah “mixed”. Di Selangor dari 5 juta penduduk hanya 29% adalah Cina (atau 1.5 juta). Jumlah keseluruhan penduduk negara, komposisi orang Cina dijangka menurun dari 45% pada tahun 1957  kepada 18.6% pada tahun 2035.  Di Pulau Pinang sendiri dilaporkan orang Cina bukan lagi majoriti. Ertinya dominasi Melayu semakin besar dan kuat. Logik aqalnya, tak mungkin orang Cina akan berjaya memerintah negara. Namun realiti berlaku sebaliknya disebabkan orang Melayu berpecah.

Berita Utusan

DAP sangat sedar perkara ini. Sebab itu apabila akhbar Utusan mengeluarkan berita ttg agenda kristian untuk menjadikan agama mereka sebagai agama resmi negara, kepimpinan DAP rasa tidak senang duduk. Apa tidaknya, orang Melayu memang sangat sensitif tentang agama  dan mudah saja untuk orang Melayu bersatu jika berita ini benar. Apa jadi jika Melayu bersatu? Ini yang DAP sangat gusar. Mereka akan berusaha habis2an untuk memastikan isu ini dipadamkan secepat mungkin.

PAS sudah pasti merasa tertekan kerana umat islam memerhatikan tindakan dan sikap mereka dalam perkara ini. Apa2 kenyataan pimpinan PAS akan menentukan nasib mereka pd PRU13 nanti. Sehingga hari ini belum ada kenyataan dari pimpinan PAS terhadap perjumpaan kristian di P.Pinang itu yang turut dihadiri oleh YB dari DAP. UMNO pula akan mengeksploitasikan isu ini habis2an kerana semua media utama dikuasai oleh mereka.

Sikap DAP Sarawak

Sikap pimpinan DAP Sarawak yg menyenaraikan kabinet bayangan tanpa berbincang dgn PAS dan PKR membuatkan ramai orang Melayu merasa tergugat. Pesoalan besar yang timbul, apakah sebenar agenda DAP?

Kenyataan Dr Juanda, Mufti Perlis

Gelaran yang Dr Juanda berikan kepada sesiapa yang menolak perpaduan orang Melayu Islam sebagai pengganas benar2 telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu. Dengan kedudukan beliau sbg Mufti sudah pasti pengaruhnya amat besar.

Gerakerja PEMBELA ttg isu Bible

Walaupun PEMBELA menerima pelbagai penentangan dari pihak bukan islam namun jelas sekali gerakerja mereka mula mendapat perhatian dari masyarakat islam. Ini sekali lagi menjadi faktor pendesak kepada kesatuan orang Melayu.

Semua peristiwa2 diatas hanya membayangkan bahawa cahaya untuk mencapai kesepakatan antara orang2 Melayu sudah semakin hampir. Apatah lagi bila Pemuda PAS sudah mengeluarkan kenyataan tentang perpaduan.

Ya, ia semakin hampir.


Responses

  1. Kita berdoa orang Melayu akan sedar apa sebenarnya yang mereka kehendaki…iaitu kekuatan melalui perpaduan yang akan menjadikan mereka dominan di negara milik mereka….

  2. Doa buat kesepakatan sesama muslim…

    moga Allah permudah..amin~

  3. Kalau umur panjang, kita semua akan sama2 pakat dapat tgk…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: