Posted by: aminuddin | 15/05/2011

Malaysia Negara Islam

Menurut Artikel 3(1) Perlembagaan Negara menyatakan : “….Islam Is The Religion of Federation“. Dalam erti kata lain :-

i. islam adalah agama persekutuan negara

ii. islam bukan agama resmi yang terbatas dalam upacara2 tertentu

iii. agama-agama lain tidak boleh disamakan dengan agama islam. Islam tertinggi.

iv. Malaysia adalah negara islam

v. menolak dakwaan yg mengatakan Malaysia negara sekular

Bolehkah Malaysia diiktiraf sbg negara islam sedangkan undang2 yang terlaksana tidak menurut islam?

Soalan ini memang selalu dimainkan oleh pejuang2 islam yang melabelkan Malaysia sebagai negara sekular kerana tidak mengikut undang2 islam. Saya ingin katakan bahawa keislaman seseorang tidak akan terjejas dgn maksiat yang dilakukan.

Apa yang belaku adalah kesilapan pemerintah yang tidak mengamalkan islam tetapi ini tidak sesekali menjadikan negara ini sebagai negara sekular.

Apa akan jadi kalau rakyat menerima Malaysia sebagai negara sekular?

Perhatikan definasi negara sekular ini :-

“A secular state is a concept of secularism, whereby a state or country purports to be officially neutral in matters of religion, supporting neither religion nor irreligion.[1] A secular state also claims to treat all its citizens equally regardless of religion, and claims to avoid preferential treatment for a citizen from a particular religion/nonreligion over other religions/nonreligion. Secular states do not have a state religion or equivalent, although the absence of a state religion does not guarantee that a state is secular.”

Ertinya akan berlaku pemisahan yang total antara agama dan pentadbiran negara. Akibatnya semua keputusan dan tindakan yang akan diambil tidak boleh mengambil pertimbangan agama (islam). Apakah akan jadi jika pertimbangan agama ini tidak diambil kira? Islam tidak ada hak lagi keatas apa2 keputusan yang akan dibuat, mahkamah, parlimen akan bebas, institusi2 agama spt JAKIM dan yang seumpama akan dicabar dan terpaksa dihapuskan. Apa lagi perlindungan kepada orang islam kerana kita semua akan dianggap sama.

Apa yang harus kita lakukan?

Kita harus mempertahankan kedudukan ini dan menolak sekeras2nya dakwaan pihak kafir yang cuba menolak dan meminda Artikel 3(1) ini. Kita juga perlu menasihatkan kepada pejuang2 islam yang bersemangat supaya sedar dan fahami betul2 implikasi kenyataan kita sebelum boleh melabelkan negara ini sebagai negara sekular. Jangan kita hanya bertindak berdasarkan emosi tetapi perlu melihat fakta.


Responses

  1. Ada satu forum yg akan dibuat oleh pakar undang2 syariah oleh gabungan ngo islam di penang (lupa nama apa):

    “Islam agama rasmi atau persekutuan”

    Dari tajuk je dah macam lain je dr kesimpulan tuan….tak teringin nak pergi/cari tahu dr pakar2 tu ke…sebelum draw conclusion apa2 dulu…

    Mcm menarik dan nak gi…sayang sy takde di sana…21 mei rasanya….

  2. Sebenarnya isu Islam sebagai Agama Rasmi ni banyak bergantung kepada kita umat Islam di Malaysia untuk mempunyai kekuatan mengesahkan bahawa Islam adalah Agama rasmi. Satu saja syaratnya, jika kita 60% umat Islam BERSATU mendokong kenyataan ini maka golongan minoriti yang lain akan TERPAKSA menerima pandangan majoriti ini. Sebab itulah memperjuangkan KESATUAN UMMAT adalah satu prioriti dulu kini dan selamanya.
    Sekiranya 60% ummat Islam BERSATU menyatakan Malaysia adalah Negara Islam….maka yang menadikannya tinggal 40%(atau kurang sbb mgkn ada dikalangan non muslim yang bersetuju). Bagi saya dalam mentafsirkan perlembagaan ni kena ikut majoriti…..Malangnya saya teringat dulu Dr Mahathir pernah ishtiharkan Malaysia Negara Islam, baisalah DAP tolak, MCA,MIC, Gerakan terpaksa terima….malangnya PAS juga tolak. Sebab kata PAS negara Islam kena laksanakan undang2 Islam. Apa salahnya PAS terima kenyataan itu dulu kemudian nasihatkan kerajaan untuk secara beransur2 laksanakan undang2 Islam.
    Saya pernah terbaca kenyataan pemimpin MCA yang katanya jika UMNO bersatu dengan PAS dalam kerajaan mereka akan laksanakan Undang-Undang Islam secara senyap-senyap. Kalau orang Cina boleh nampak ini boleh berlaku yang merisaukan mereka, malangnya kerana PAS mengaggap UMNO musuh NO 1, maka tidak mengaggap ini sebagai satu peluang untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia….sebaliknya PAS memilih untuk bertahaluf siasi dengan DAP untuk laksanakan cita-cita mereka……pening saya memikirkan jalan fikir mereka(termasuklah sdr amrar) !!

  3. Agenda Kesatuan Melayu – Setuju..

    Tapi mempercayai 100% keikhlasan UMNO utk penegakan negara Islam… sangat sukar !! Sejarah menunjukkan budaya UMNO adalah hanya mengambil peluang utk dapat kuasa dan memenuhi serakah mereka.. Islam hanya jadi slogan utk pastikan kuasa kekal…

    Dan pengalaman pahit dikhianati ketika bersama dulu.. menyebabkan saya tidaklah pening kenapa jalan fikir mereka jadi demikian…😛

  4. persoalannya kita mahu mempertahankan Malaysia negara Islam sekadar pada nama atau pada perlaksanaan?
    orang kafir yg masuk Islam boleh pilih samada nk kekalkan nama kafirnya atau tukar kpd nama Islam, krn nama tidak penting, yg penting dia melaksanakan tugas2 seorang Islam..

    apa kita nk jawab sekiranya seorg non muslim menyatakan..Malaysia negara Islam ke?knp ada pusat judi dan kilang arak terbesar di Asia Tenggara? kenapa pembaca berita tak dibenarkan bertudung?knp pramugari MAS x bertudung dan berkain belah sampai ke peha? ini semua ajaran Islam kah?

    lebih baik kita prihatin isu2 seperti ini drpd fokus trhdp nama semata2

    • Kecil sungguh skop pemikiran proud to be muslim……dia nampak islam dalam skop2 ranting seperti isu tudung….pramugari mas tak bertudung lalu dia mau prihatin atas isu2 ni…maka jalannya bekerjasama dengan DAP untuk dapatkan kerajaan untuk laksanakan hal2 yang dia anggap sangat dharuri dalam Islam tu…..nak tanya…selangor…penang…yang dibawah pakatan dah laksanakan ke apa yang kamu mau tu ke?…..nampaknya kilang arak masih tertegak di selangor….kenapa tak dibatalkan lesen…atau tarik balik syarat tanah kerana tanah bawah kuasa kerajaan negeri…kenapa YB khalid samad pergi melawat kilang arak tu untuk pindahkan ketempat lain…HARAMKAN AJE LA!! Dr Hasan Ali baru nak sekat penjualan arak di 7eleven di kawasan ramai orang Islam DAP dah bising…kenapa proud to be muslim tak serang DAP sebagaimana kamu serang UMNO?
      Cakap bole la!!

  5. sy sgt keliru ttg benda ni, shinggalah benda ni kena masuk dlm final, jd sy terpaksa menkaji ia….rupanya byk lagi benda yg sy tak tahu n tak ambil tau dlm dunia ni….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: