Posted by: aminuddin | 18/05/2011

Kenyataan Media PEMBELA

Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

17 Mei 2011

PEMBELA Sokong Titah Sultan Perak

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan sokongan penuh kami kepada titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam yang mengingatkan bahawa tindakan tegas wajar diambil terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan kuasa Raja-raja Melayu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. PEMBELA merasakan bahawa kegagalan bertegas dan sikap terlalu melayan tuntutan dan dakwaan sesetengah pihak yang bercanggah dengan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah menjadi antara faktor yang menggalakkan lagi sikap dan tuntutan seumpama itu.

PEMBELA juga amat mengalu-alukan teguran Baginda bahawa falsafah tersirat di sebalik peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan bukan sekadar memperakui apa yang tersirat. Ini adalah kerana, PEMBELA memperhatikan bahawa ada kecenderungan sesetengah pihak untuk akur kepada peruntukan yang tersurat tetapi sering disusuli sikap dan perbuatan yang bercanggah dengan semangat peruntukan perlembagaan yang terbabit. Misalnya, ada yang mengaku akur dengan Perkara 3(1) yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi tidak henti-henti cuba menuntut kedudukan yang sama tinggi bagi agama-agama lain. Sering pula tuntutan ini dibuat dengan cara yang kasar dan dengan pendekatan konfrontasi yang menunjukkan sikap tidak hormat dengan falfasah peruntukan ini.

Oleh itu PEMBELA menyeru semua pihak agar menyambut baik nasihat di raja ini dan menterjemahkannya dalam amalan dan sikap.

PEMBELA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak agar mengelakkan sikap ekstrim dalam menangani isu-isu berkaitan agama di negara kita. Ini termasuklah mengelakkan daripada mengeluarkan seruan jihad dan syahid kerana ia boleh di salah-fahami dan menimbulkan tanggapan yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Hakikatnya, walaupun ‘jihad’ dan ‘syahid’ adalah prinsip-prinsip yang termaktub dalam agama Islam, prinsip-prinsip ini tertakluk rapi dengan syarat-syarat dan batasan syariat. Ia tidak boleh diisytiharkan dan ditentukan oleh mana-mana individu kecuali pemimpin yang mempunyai kuasa rasmi dalam sesebuah negara Islam.

Semoga Allah Subhanahu wata`ala sentiasa memelihara keutuhan agama, bangsa dan negara di tanah air yang kita cintai ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: