Posted by: aminuddin | 02/06/2011

Pertembungan Aqidah?

Saya tertarik dengan satu laporan media yang melaporkan bahawa ada perwakilan PAS yang mengatakan bahawa pertembungan PAS dan UMNO bukan hanya pertembungan poltiik tetapi pertembungan aqidah.

Saya tidak pasti apa maksud sebenar beliau dan apa hujahnya. Adakah ia bermaksud bahawa beriman dengan UMNO sudah tersalah aqidah, atau bukan lagi aqidah islam atau lebih ekstrem lagi, boleh dianggap sudah terkeluar islam? Terkejut juga saya kerana tak sangka selepas kenyataan2 seperti ini telah sepi beberapa lama maka kini ia timbul kembali.

Saya dapati orang UMNO masih solah, puasa, zakat, pergi haji, mengucap dua kalimah syahadah, masih percaya pada Allah dan R saw. Ada yang menjadi imam, pendakwah, bilal, ustaz dsbnya. Adakah mereka  telah terkeluar aqidah?

Saya rasa kenyataan yang dikeluarkan ini agak ektrem dan wajar diperbetulkan. Kita tidak harus mudah menghukum orang lain.

Pada pandangan saya pertembungan yg ada hanyalah pertembungan politik bukan sampai keperingkat pertembungan aqidah. Mereka bukan menolak islam atau hukum syariat secara logik kefahaman dan perasaan, tetapi oleh kerana ada kepentingan peribadi maka mereka menolaknya. Itu saja.


Responses

  1. Agaknya DAP sama aqidah kut…tu yang boleh bertahaluf tu….

  2. Knp perlu bersarcasm?

  3. saya quote kata2 penulis “Kita tidak harus mudah menghukum orang lain.”

    tetapi begitu mudah saudara menghukum niat DAP nak jadi perdana menteri dan mewujudkan negara kristian. sedangkan mungkin sahaja mereka dah tak tahan dgn ketidakadilan pemimpin skrg menguruskan wang dan kebajikan rakyat. mereka juga pembayar cukai. mereka juga berhak utk bersuara.

    kenapa tak nak menentang yang zalim didepan mata malah mahu menghukum sesuatu yg tersembunyi?

  4. Tolong baca detail perjalanan RCI Teoh Beng Hock….jelas DAP tidaklah sebersih sebagaimana yang disangka oleh ‘proud to be muslim’ dengan ‘budak baru’. Kalau UMNO buat begitu maka menjerit2 lah mereka2 ni ‘rasuah’, tapi bila DAP buat gitu macam takde apa2 pun….hai nampaknya rasuah pun nak dipolitikkan….tidaklah statement saya diatas membela UMNO…tapi kalau salah..siapa saja tetaplah salah…

  5. Nampak bergaya Lim Kit Siang dengan cermin mata hitamnya di Muktamar Pas baru2 ni….panjanglah angan2nya untuk jadi Timbalan Perdana Menteri apabila melihat keputusan pemilahan PAS…hehe

    • Menyampah betul kebencian orang lama ni!! (dr komen pertama smp ke bawah)

      Agaknya Lim Guan Eng masuk penjara kerana pertahan gadis melayu dulu pun akan dikatakan mencari political mileage. Mmg pertahankan datuk trio (datuk yg dibebaskan dr kes rogol tu) agaknya kot sbb mmg nmpk gaya camtu bila cara dia ulas kes video tu

      How low can you go….bingung betul dgn pendokong2 disini

      Penuh dgn kejelekan akhlak….kata seorang pendakwah…errrkkk

      • Kalau budak baru nak jadikan Lim Guan Eng seperti Khalifah Omar Abdul Aziz yangdi idolakan olehnya silakan…..tapi saya tetap tidak akan percaya kepada orang kafir selagi dia kafir…..kebih2 lagi untuk memimpin orang Islam…no way!!
        Pasal Dato’ yang bebas dari kes rogol tu kita kena terimalah sebab mahkamah dah dapati dia tidak bersalah……kamu ada saksi lain ke untuk dakwa dia…..ishishish

  6. dah lama umno berkuasa … bagilah pulak puak lain pulak perintah … insyaallah melayu selamat islam berdaulat

  7. Istilah yg digunakan adlah pertembungan PAS – UMNO… bukannya orang PAS dan orang UMNO.. memang kita tidak bolh menghukum semua orang UMNO sbagai keluar dri aqidah…

    Tapi bila bincang pasal dasar… UMNO memang tidak membawa kpd penegakkan Islam… kalau pun ada Islam, ia adalah ideologi yg bercampur2 (sekular).. maka secara langsung dan tidak langsung, ia sebenarnya menolak HAKIMIYAH Allah… dan ini sangat2 betentangan dengan Aqidah Islam…

    Itulah kefahaman bila kita kata pertembungan ini juga melibatkan aqidah… Sdr Amin pun sebut… Harap jgn cepat menghukum kpd satu statment mudah..🙂

    • Masaalahnya yg menggerakkan PAS dan UMNO adalah manusia. Realitinya menampakkkan penghinaan sesama manusia, tuduh menuduh sesama manusia, keji menkeji sesama manusia, tiada persepakatan dalam hal2 agama.

      Jadi macamana kita nak pisahkan antara parti dan pengikut. Teori mungkin mudah tetapi realitinya perkara itu serupa.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: