Posted by: aminuddin | 09/06/2011

Marahkan nyamuk Kelambu di Bakar

Dalam meniti kehidupn ini kita semua tidak boleh lari dari membuat kesilapan samada secara sedar ataupun tidak. Itu adalah hikmah yang hanya Allah mengetahui kebaikkannya. Sebab itu di adakan saranan untuk sentiasa beristighfar moga dengan itu dosa-dosa yang kita lakukan dapat di ampunkan oleh Allah swt.

Apabila bercakap pasal kesilapan ini, ada kesilapan yang besar dan ada kesilapan yang kecil. Selagi kesilapan itu tidak menjejaskan aqidah maka sebagai mukmin kita harus berlapang dada dan berusaha untuk membaiki dengan segala kemampuan yang ada. Punca kesilapan ini juga pelbagai, ada kerana desakan ekonomi rumahtangga, ada di sebabkan dorongan merebut kekuasaan, ada disebabkan desakan kawan-kawan sekelililng, ada di sebabkan dorongan nafsu sarakah, ada juga di sebabkan faktor suasana sekeliling.

Tidak ada seorangpun boleh mendabik dada mengatakan bahawa beliau tidak pernah membuat dosa. Kita bukan malaikat.  Cuma dalam banyak keadaa kita melihat dosa itu hanya pada apa yang kita lihat dengan mata kasar saja seperti rasuah, menipu, mencuri, membunuh, berzina dan yang seumpamanya. Namun sedikit dari kita yang mengetahui bahawa dosa-dosa “tersembunyi” yang ada dalam diri kita itu tidak kurang bahayanya seperti takabbur, riak, ujub, bakhil dan seumpamanya. Boleh saja amalan kita terhapus dengan dosa-dosa ini dan di campakkan ke dalam neraka, nauzubillah. Selagi dosa itu tidak membawa kepada terkeluar dari islam maka sikap kita ialah cuba untuk membaikinya sedaya yang mampu.

Di Malaysia, secara umumnya umat islam, tidak kira golongan mana atau parti mana, walau sebanyak manapun dosa yang mereka lakukan namun mereka masih bangga dengan agama islam. Malah mereka akan sama2 bersatu tanpa mengira dari parti atau kumpulan mana  menentang kepada mana-mana pihak yang menghina islam. Inilah prinsip yang mesti di pegang dan dijaga oleh semua umat islam.

R saw pernah menegur Khalid Al Walid kerana membunuh tentera musuh mengucap 2 kalimah syahadah dalam satu peperangan walaupun Khalid berhujah bahawa tentera itu hanya berhelah.

Berbaik dengan pelaku dosa bukan bermakna kita redha dengan perbuatan mereka ataupun mahu bersekongkol dengan dosa yang mereka lakukan. Tetapi kearah mengislah mereka. Ini kadangkala sukar untuk difahami oleh masyarakat.

Suasana Politik

Sudah menjadi lumrah politik dinegara ini segala kelemahan musuh akan digali dari buaian hingga liang lahat.  Kebencian kepada musuh politik meluap2 sehingga segala kebaikkan yang ada akan di ketepikan. Apa saja yang musuh lakukan semua akan di tolak dan dianggap helah politik. UMNO akan menghina janggut dan serban PAS, PAS pula akan menolak semua usaha baik UMNO. Pendekata seolah2 tidak ada lagi jalan pertemuan. Mereka tidak sedar sikap ini telah merugikan islam dan Melayu. Apabila mereka dinasihati utk bersatu maka akan keluarlah berjela-jela alasannya.

Siapa yang salah?

Bagi saya ia terletak pada UMNO.

Bagi saya kesalahan UMNO yg paling besar ialah kejayaannya menimbulkan kebencian dan kekeliruan dikalangan masyarakat Melayu Islam terhadap bangsa mereka sendiri. Rasuah, kronism, penipuan dan segala salah laku telah sebati dlm UMNO sehingga orang Melayu tidak lagi dapat menilai secara rasional hakikat perjuangan melainkan hanya sekadar ingin melihat UMNO tersungkur. Mereka tidak pernah fikir dan tak mahu fikir apa akan jadi kepada islam dan bangsa Melayu selepasa UMNO di tumbangkan asalkan UMNO dikuburkan. Begitulah meluapnya kemarahan org Melayu kpd UMNO. Datanglah apa saja kebaikkan yg UMNO buat, ia tetap akan dilabelkan sbg helah. UMNO tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri.

Namun dalam relaiti politik hari ini, saya ingin mengajak orang Melayu Islam untuk berfikir sejenak dan melihat maslahat bangsa dan agama lebih dari sekadar menjatuhkan pemerintah.

Benar, tidak ada sesiapa yang setuju dgn kemungkaran yang dilakukan tetapi janganlah kita jadi seperti  kata pepatah Melayu “Marahkan Nyamok Kelambu di bakar”. Tidak adakah jalan penyelesaian lain?

 


Responses

  1. bukan nak bakar kelambu ….cuma nak ganti kelambu baru je yang lama dah koyak rabak pasang pun nyamuk , lipas , lalat boleh bolos … heheh

    • Gantilah, tak ada hal asalkan kepentingan islam terjaga


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: