Posted by: aminuddin | 21/06/2011

Adakah ini yg dimaksudkan Keadilan kpd semua?

Saya kurang arif tentang hukum hakam, mungkin ada asatizah yg boleh bagi pandangan.

Kalau kita sibuk menghalang konsert2 yg berbentuk maksiat, maka adakah boleh kita memberi bantuan utk program melatih paderi2 dan juga utk buat rumah2 ibadah yg bukan saja maksiat malah terus menentang Allah?

Tatapilah sedutan sebahagian dari ucapan ini yang di petik dari akhbar Selangorkini, akhbar resmi kerajaan Selangor :-

“UCAPAN MB SELANGOR SEMPENA HARI THAIPUSAM

Saya mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu. Saya difahamkan Thaipusam merupakan hari untuk menunaikan hajat kepada Dewa Murugan dan mendapat restu daripada tuhan.Perayaan ini  diraikan pada hujung Januari atau awal Februari, iaitu semasa bulan mengembang penuh. Oleh itu, mudah-mudahan hari Thaipusam pada tahun ini  membawa banyak ganjaran kepada para penganut Hindu yang memohon pelbagai hajat dan permintaan.

Memang sudah menjadi tradisi, hari Thaipusam disambut secara besar-besaran di Batu Caves setiap tahun oleh para penganut agama Hindu. Dalam hubungan ini,  ramai pelancong terutama penganut agama Hindu dari dalam dan luar negara tertarik untuk datang ke Malaysia, khususnya ke Batu Caves, yang terletak dalam negeri Selangor.Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor turut bergembira  dengan seluruh penganut agama Hindu dan pihak lain yang  merayakan hari Thaipusam.

Tambahan pula, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang prihatin dan bersikap adil dalam hal  memberi bantuan kepada rakyat berbilang kaum dan agama. Contohnya, kita membantu dan memajukan kuil-kuil di negeri Selangor. Dalam tahun 2009 sahaja sebanyak 125 kuil Hindu menerima bantuan RM2.5 juta untuk membaik pulih serta membiayai upacara sembahyang.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat juga memberi sumbangan wang RM100 ribu untuk membina sebuah sekolah bagi melatih paderi-paderi di Bukit Rotan, Kuala Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor turut menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal selain Islam  untuk memelihara keperluan masyarakat selain Islam, dan menyenaraikan garis panduan berhubung hal ehwal selain Islam. Garis panduan tersebut  menetapkan segala prosedur berhubung pembinaan, perobohan dan bantuan kewangan bagi bangunan keagamaan selain Islam di negeri Selangor.  Usaha ini membuktikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat memang menghormati keperluan-keperluan berhubung kepentingan semua agama.

Saya sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu.

Terima kasih.”

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM,
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.


Responses

  1. Penyokong2 PAS dan PR patut berbangga dengan ucapan Berkebajikan seperti ini…..inilah Keadilan yang di laung2kan!!

  2. Kami pun bayar cukai jugak, duit kerajaan guna untuk buat masjid tu adil ka?

    • Saya hanya menegaskan apa yang ada dalam perlembagaan, yg telah di persetujui bersama oleh semua kaum. Kenapa kini mahu menentangnya?

  3. Erk, part mana dalam perlembagaan yang cakap tak boleh bagi duit kepada gereja. Islam agama rasmi, fair enough, kebebasan beragama dijamin oleh perlembagaan.

    • Pertama, saya mintak Muthu & Ah Chong menggunakan nama sebenar. Biar kita berani berhujah dan menghadap[inya. Jangan baling batu dan sorok tangan. Tunjukkan kejantanan saudara.

      Kedua, pesan saya, mintak saudara baca habis2 perlembagaan. Saya takkan menulis kalau tidak ada fakta dan saya bertanggungjawab atas apa yang saya tulis. Saya cuba menolak semua bentuk emosi bila menulis.

      Seperti di minta saya petik kata2 dari perlembagaan.

      PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

      “Perkara 12 (2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.”

      Justeru, perkara 12(2) Walaupun Perlembagaan Persekutuan
      membolehkan pertubuhan agama-agama menubuhkan institusi
      mereka sendiri, namun Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan
      hanya dibenarkan oleh perlembagaan untuk menubuhkan atau
      membantu menubuhkan apa-apa institusi berkaitan agama Islam.

  4. Salam akhi,

    Benda ini pernah dihighlightkan kepada Exco Melayu Selangor ke ?

    Terima kasih atas info baru tentang perlembagaan ni.

    Cuma ana nak komen satu saja.

    Kalau anta perhati pengkritik Cina dan India akan kritik UMNO, diorang jarang kritik MCA atau MIC (Cuba perhati Natheniel Tan dan Dr Kua)

    Dalam entry ini anta nampak kritik Tan Sri Khalid.

    Sepatutnya anta kritik Dr Xavier (Dia yang jaga hal ehwal bukan islam)

    Mungkin ada orang kata sama (sebenarnya tak sama cuba halusi balik).

    W.A.

    • PEMBELA akan usahakan

  5. oh now we are talking about our constitution, i thought you were saying something about justice. the boat has sailed?

    btw, Oh My God! is that how you guys interpret the constitution??
    No wonder UMNO survived.

    The constitution as you have quoted above only protect the federal and state government to spend money on Islamic institution. It means it is legal to spend multiracial/religion rakyat’s money on them.

    However, it DOES NOT by any means, prevent or make it illegal for the federal or state government to spend the rakyat’s money on temple or churches.

    It seems you are putting your own word into the constitution! it only says “adalah sah” it doest say “hanya dibenarkan”

    Come on lah, is that all you have?

    Who am I? i’ll be around, we should have a sit and some tea sometime maybe.

    • It is not interpreted by me but legal experts. Don’t blame anybody but our forefathers. They are the one who agreed.

      I wonder, why some people take 50++ years to realise.

      Yap, I don’t mind a cup of coffee. But before that please introduce yourself, if you are really a man.

  6. Oh i wonder where is these legal expert who disagree with the donation to the temple & churches? Please stand up. (I hope the ‘legal expert’ is not from PERKASA.)

    The government be it federal or state, have legal advisers and protocols and procedures and what not beurocracy, the money wouldnt have passed through that easily if it breached the constitution.

    For the past 50 yrs, even federal government do their part in helping the temple & churces via MCA & MIC. UMNO washed their hands thus giving impression that they are the Malay saviour but it only give the impression that Muslim only care about their mosque. What kind of leader is that? Pure discrimination.

    So, I wonder, why only now that it is MB Selangor, PKR & PAS, you started to realize and making noise??

    Unless, of course if this is just all another day of politiking.

  7. Sebenarnya complain Muthu & Ah Chong tu tak perlu di layan sangat lah….Dah banyak sangat orang Melayu Islam berkorban untuk mereka tetapi tidak pernah dihargai. Cuba kita tengok layanan yang diberikan oleh negara asal Muthu dan negara asal Chong terhadap orang Islam. Tengok apa jadi pada mesjid Babri dan dinegara Chong pula orang Islam ditindas sampaikan nak beramal perkara asas pun disekat.
    Saya tak heran sangat pasal Muthu & Chong ni, tapi yang saya heran ialah orang2 Melayu atas nama Islam berfikiran macam Muthu dan Chong…..semua atas sebab politik dan bukan lagi atas sebab kebenaran.

    • What kebenaran you are talking about?
      Pplease elaborate.
      Please list down your pengorbanan.

      Do you know that penguasaan ekonomi bumiputera is not even 1/3 at the momment? Check with LHDN, who paid the tax most?
      Siapa yang berkorban sebenarnya?

      So because someone else in China / India messed up, we should messed up as well?

      Have u been abroad sir? Have you seen the growth of muslim population in the europe was in part due to their non prejudice policies.

      I am not sure about you, but I heard Islam that PKR & PAS were fighting is about justice and tolerance.

      I must say that i’m suprised that even PAS able to make change from within, or probably you are just simply too old to accept change.

      • Sdr, Jgnlah ukuran jasa di ukur melalui jumlah bayaran cukai saja….yang larikan cukai kena kira jugak…yang jaga keamanan kena tengok jugak…so please la appreciate bahawa negara ini condusive untuk kaum kamu cari makan….
        Saya tau bumiputra tidak menguasai ekonomi…jika nak di hujah sebabnya ada banyak sebab….Orang Melayu/Bumiputra baru nak merangkak tapi perlu dibantu demi menjaga kestabilan negara. Jika gap ekonomi terlalu jauh maka akan jadi huruhara. Sdr Chong dan Muthu pun tak boleh cari makan. Ekonomi dikuasai kaum saudara chong antara sebabnya ialah monopoli dalam berbagai sektor. Bagilah peluang orang pribumi untuk menikmati kek ekonomi…demi kemakmuran negara.

  8. saudara amin, sekurang2nya kerajaan selangor banyak memberi kepada rakyat..berbanding kerajaan bn, tahu ambil saja..pastu tuduh rakyat gila subsidi..padahal yg rakyat minta balik tu pun duit mereka juga..tapi encik amin tak pernah pulak nk highlight part bn bazir duit rakyat. beli kapal selam yg xleh menyelam, kos tahunan kapal selam, projek emel yg xde manfaat kpd rakyat, tidur di hotel paling mahal di dunia, belum masuk duit billion2 yg lesap ke luar negara..adakah itu semua lebih baik dari memberi balik kepada rakyat tak kira bangsa & agama. tapi part kerajaan pembangkang beri kepada rakyat nk di isukan.

    saya minta encik amin kaji ekonomi negeri2 pembangkang sebelum pembangkang ambil alih dan selepas..tengok siapa lagi bijak urus kewangan negeri

    lagi satu encik amin suka sentuh bab perlembagaan..macamana dengan polis2 yg tangkap orang pakai baju tulis BERSIH? tak bagi buat demo dan sebagainya..itu semua termasuk dalam perlembagaan x?kenapa taknak komen? sbb ISMA xsupport BERSIH?

    • Kelemahan BN ni semua dah makruf dan dah banyak di ceritakan dimana2. Tak perlu saya tambah lagi. Sebenarnya org BN sendiri pun dah tak percaya BN. Mereka juga ingin melihat perubahan.

      Tapi kita nak pastikan yg menggantikan itu nanti mesti lebih baik bukan setakat salin kulit je. Sebab itu saya tegur awal2. Jika ini dilihat pro BN, saya tak boleh kata apa2.

      • Subhanallah, thats the spirit.
        Saya terbaca di Facebook, Prof Madya Khalid Ali Muhammad Al-Anbary menulis di dalam buku beliau bertajuk Sistem Politik Islam: Menurut pandangan Al-Quran, Al-hadith dan Pendapat Ulama Salaf, antara hak ahli zimmi adalah:

        1) Mematuhi perjanjian perlindungan yang melibatkan mereka

        2) Tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam

        3) Tidak boleh membinasakan rumah ibadat, arak minuman, babi kepunyaan mereka selama mana mereka tidak menzahirkan kepada umum

        4) Melindungi dan mempertahankan mereka daripada siapa sahaja yang memusuhi mereka dan apa sahaja yang menimpa mereka

        5) Berbuat baik dan bersimpati dengan mereka.
        Ini berdasarkan Al-Mumtahanah 8-9.
        “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap golongan yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan teman rapat golongan yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu orang lain mengusir kamu. Dan ingatlah sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itu orang yang zalim.”

        6) Diharamkan darah dan harta mereka (i.e. tidak boleh membunuh, mencederakan, mengambil harta mereka secara tidak sah di sisi syarak)

        7) Diharamkan menzalimi dan membebankan mereka melebihi keupayaan mereka

        Wallahua’lam
        Biasalah kami orang PAS ni dahlah hari2 dok bertembung dgn UMNO, lps tu sahabat ISMA pun dok kritik macam nak bertembung jugak. Panas lah jugak bro…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: