Posted by: aminuddin | 28/06/2011

BERSIH yang bersih

Setelah meneliti dan melihat kepada 8 tuntutan yang di kemukakan oleh BERSIH, saya tidak nampak kenapa ia mesti dihalang. Rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf. BN tidak boleh berterusan dalam keadaan “state of denial” dengan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang. Umum mengetahui ia bukan satu yang benar2 bersih dari penipuan. Pengalanan peribadi membuktikan bahawa sistem ini perlu dibaiki dengan segera.

Jika BN menghalang bererti BN masih kekal tidak mahu berubah dan ini mungkin merupakan detik2 terakhir kehidupan BN. Tidak ada satu sistem yang memperbodohkan rakyatnya akan kekal selama2nya. Lambat laun, dengan perkembangan intelektual dan maklumat sesawang yang berleluasa, sistem itu akan runtuh juga. Jika benar2 BN mengamalkan pilihanraya yang bersih maka perhimpunan ini tidak perlu ditakuti malah di galakkan.

NGO Ketua

Dalam masa yang sama, saya juga menyarankan supaya semua parti politik dari kedua2 belah pihak tidak campur tangan. Jangan sesekali mempolitikkan isu ini kerana ia akan hanya menggagalkan proses pengislahan. Bagi saya, biar NGO yang mengetuai dan membuat kenyataan. Jangan ada parti yang menambah tokok. Kekecohan yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan banyaknya kenyataan2 yang di buat oleh parti2 politik yang akhirnya menimbulkan persepsi bahawa perhimpunan ini seolah2 ada bermotif politik. Saya tidak menyalahkan parti pemerintah yang cuba menghalang kerana kenyataan2 yang dibuat oleh parti pembangkang dah terlalu banyak termasukalah utk menjadikannya seperti Tahrir Square.

Biarkan NGO yang menguruskannya dan menyerahkan memo kepada yg berkuasa secara aman dan tenang. Saya amat yakin jika ini berjaya dijalankan dengan baik TETAPI masih tidak didengari oleh pihak pemerintah, maka PRU13 akan menyaksikan sejarah baru negara akan terbentuk.

 


Responses

  1. Salam,

    Instinct ana pun sejarah baru terbentuk, tapi bukan Anwar PM, orang lain.
    Daripada PAS rasanya. orang Kelantan rasanya.

    Rasanya kalau dalam sifir politik dulu sebelum kes video, BN di depan, sekarang rasanya PR di depan.

    Ana baca komen Ust Abdullah Zaik dalam siasah tentang negara berkebajikan PAS (bagus dan mencabar PAS utk menjadi pemimpin dalam PR)

    W.A.

    • Itulah yg terbaiknya. Persoalanya; ada DAP akan terima?????

      • Salam,

        DAP banyak penyokong tetapi sedikit pengikut.
        PAS banyak pengikut tapi tak berapa banyak penyokong.

        Jadi tak ada masalah dengan DAP sebab penyokong boleh berubah sokongan, pengikut hardcore.

        Lagipun PAS ada bilangan ahli Dewan Himpunan Bukan Islam yang agak ramai

        W.A.

  2. Dilihat pada kulit memang demo bersih ni tal ada masalah, malah sesuatu yang sihat untuk menyuburkan demokrasi. Akantetapi bila demo ini di hijack oleh PR, maka ‘game’ nya dah lain….Depa bukan lagi nak pi;ihanraya bersih tapi nak wujudkan suasana ‘Tahrir Square’. Contohnya bila akhbar the Star buat poll tentang sokongan pada bersih, puak2 ni manipulate poll tu hingga hasilnya jadi tidak lojik. Ironinya orang yang manipulasi poll tersebut maukan pilihanraya bersih…bole percaya ke puak2 ni…..Ketua AMK pun dah buat kenyataan kalau tak melalui pilihanraya akan tukar kerajaan melalui ialanraya.
    Tengok pemilihan dalam PKR…penuh dengan manipulasi dan daftar undi ahli yang tidak bersih….boleh percaya kah dengan puak2 ni?

    Buat saudara Nazri,,,instinct saudara tu mcm jauh je…..hj hadi dah tolak….TG Nik Aziz dah uzur…siapa pulak dari kelantan ni….Husam kut….dia kena banyak belajar lagi….bukan apa, takut2 nanti Kit Siang pulak…Mahfuz tak ada masalah orang Cina jadi PM….kan gitu

    • Sebab itu saya tak setuju kalau parti politik terlibat kerana ini akan hanya memburukkan keadaan. Biar NGO yg lead.

  3. Amin. Kenyataan anda bahaya dah berbentuk fitnah. TIDAK PERNAH sesekali mana2 pemimpin PR mengeluarkan kenyataan mahu jadikan perhimpunan BERSIH seolah Tahriri Square.

    Tahriri Square adalah medan berhimpun, dan forum terakhir yg darah terpaksan digunakan.

    Di M’sia, itu masih jauh. Tak perlu saudara apikan perasaan sedemikian.

    TIDAK pernah ada pemimpin PR yg mahu convert isu jadikan seperti medan darah Tahrir Square. Usah dibangunkan fitnah.

    Setuju dgn penglibatan NGO. Sampai masa ISMA WAJIB memberikan kenyataan bersama atas NGO saudara.

    Tidak cukup jika hanya mampu melihat dan mengakui kezaliman. Paling lemah iman; kena zahirkan dimulut, jangan sekdar di simpan dalam hati dan blog.

    • Sdr Zainuddin Awang,

      Kalau nak kata kerajaan BN ada kelemahan saya setuju….tapi kalau saudara simpulkan kelemahan itu dengan kezaliman maka saya nak kembalikan tuduhan saudara bahawa kenyataan saudara Amin tu membangunkan fitnah….kerana apa…usha saudara bersama bersih untuk kononnya memperjuangkan BERSIH akan menimbulkan FITNAH yang lebih besar lagi.
      Kerana bernafsu nak pilihanraya BERSIH, tangan2 luar yang punya AGENDA sendiri pun sudah tidak dipedulikan.
      Bagi saya, ini semua adalah GAME yang dimainkan oleh orang2 politik…oleh itu janganlah nak komplen kata orang itu dan ini zalim la, mengelat la, dan berbagai lagi…..tolong jangan bagitau saya kalau PR memerintah nanti kalau BN pulak nak berusaha menumbangkan PR melalui selain pilihanraya, kerajaan PR akan duduk diam…..

      Apa pulak komen sdr tentang kenyataan Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar memberi amaran jika tidak melalu pilihanraya maka akan ubah melalui JALANRAYA!!

      • Sdr Orang Lama;

        (1) Saya kena tekankan, kerajaan sememangnhya melakukan KEZALIMAN pada rakyat. Perlu bawakan contoh lagi??? Lihat dan fikir. Hak rakyat seperti dlm perlembagaan perlu dipertahankan, dan akta2 pilihanraya byk, tetapi dinafikan. Saudara kena tahu betapa KOTOR dan JAHATnya daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Tanpa melihat dan terlibat didalam penganalisaan, saudara tidak mungkin mampu melihat kezalian tersebut. Zalim apabila keadilan tidak dilaksanakan.

        (2) Perhimpunan adalah langkah semasa, walau mungkin bukan langkah terakhir. Perubahan harus terus diharapkan, dan berusaha.

        (3) Bersih utk kita, bukan utk pihak luar. Tiada pihak luar terlibat.

        (4) Saudara AMK dan PR tidak sesekali bermaksud utk meminta rakyat jadikan TS. Tidak. Semua pihak kena kerjasama, NGO dan semua badan politik kena bantu ke arah pengislahan sistem kita. Rakyat di Mesit tidak mahu menumpahkan darah. Siapa yg buat? Siapa yg mulakan.

        Saudara baik email terus pada ana di email ana utk mendapat fakta dan statistik yg jelas.

      • Jelas sekali agenda bersih ni adalah agenda dari Amerika dan sekutu2nya…..bagaimana saudara kata tak ada campurtangan pihak luar….apa saudara ingat Ambiga akan berani bertahan kalau tidak ada pihak luar yang akan mempertahankannya….memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia….Sila masuk blog Mahaguru58 untuk bukti agenda luar sedang mencampuri urusan negara kita…

      • Mahaguru…mahaguru…itu sumber autantik anda….semua base on hearsay tanpa ada counterbalik dr orang yg dituduh…adil sungguh pemikiran umat islam yang hebat2 ni…

        “It has been ACCUSED by both right-wing and left-wing personalities of interference in foreign regimes, and of being set up to legally continue the Central Intelligence Agency’s prohibited activities of support to selected political parties abroad.[2]”

        Bukti ni dah cukup utk mahaguru dan orang lama…mahaguru kata wikipedia sumber terpercaya di dalam siri komennya (hahaha….orang tua mmg fikiran camtu)

    • “Kenyataan anda bahaya dah berbentuk fitnah”. Saudara kena baca betul2 tulisan saya sebelum membuat analisa. Saudara juga telah membuat fitnah di sini.

      Apabila membaca politik kita kena baca “between the line”. Saudara adalah terlalu naif jika mengatakan tidak ada elemen politik dalam hal ini. Sebab itu saya tegaskan bahawa saya menyokong BERSI ini dengan syarat jangan ada campurtangan politik, baik BN maupun PR. Biar NGO yg kendalikan dan buat kenyataan.

      • Akh Amin, saya TIDAK menafikan kewujudan elemen politik dlm BERSIH. Itu bukan maksud saya.

        Saya hanya menegur kaedah saudara sbg org no. 2 dlm sebuah NGO Islam mengambil jalan pintas menyatakan tidak mahu bersama jika ada elemen politik.

        (1) Itu bukan satu sandaran yg tepat dlm waqi’ semasa. Kebenaran mesti dizahirkan, dan kezaliman mesti di tentang. Tidak perlu beralsanakan “itu ada elemen politk”

        (2) Mmg bila sebut pilihanraya, mmg parti politik lah yg terlibat secara langsung, baik pemerintah atau pembangkang. Apa yg dimahukan, agar pilihanraya di M’sia diatur pengikut apa yg termaktub dlm Perlembagaan, plg kurang itu yg diharapakan, walau sbg jemaah Islam kita tetap tahu ada kelemahan dlm perlembagaan. 8 tuntutan semuanya telah dimaktubkan dlm perlembagaan, buakn baru atau perkara yg sengaja direka-reka. Kita mahukan perlembagaan semasa di pegang, dan Agud dan Istana Negara bertindak atas kasiti yg ada. Itulah BERSIH.

        Dlm isu pilihanraya mmg parti politik yg jauh lebih arif dan cekap, bukan sekadar NGO. Namun penggembelengan bersama NGO amat diharapkan agar natijah dapat dihasilkan.

        (3) MAAF: Saya sudah agak, jika saudara ditegur, saudara cepat marah. Itu kurang beradam namanya. Bila blh menegur mesti bersedia ditegur. Saya terpaksa tegur sebab Saudara buat tulisan “terbuka” dgn menyatakan BERISH seolahnya digambarkan mahu dibuat cara Tahrii Square tempat kita di tarbiyyah. Bukan itu. Semua PARTI politik dan NGO menafikan kenyataan itu. Saudara pulak memberi gambaran sedemikian. Itu namanya “membangunkan fitnah” yg nabi sebut”.

        (4) Jika ISMA tidak setuju, dan sekali pun tidak mahu bersama dgn 85 NGO lain (Islam dan bukan Islam) dalam perjuangan BERSIH, lebih baik diam dan tidak menimbulkan kekeliruan serta kesangsian. Jika ada yg dituntut itu lurra dari batasan Islam, sila betulkan dan minta penjelsan, bukan mempertikai tanpa solution.

        (5) Akhirnya; ISMA kelihatannya sgt risau jika memberi sokongan sama seperti sokongan oleh pelbagai 85 NGO lain. Tidak cukup saudara berkata “setuju dgn keadilan” yg mahu ditegakkan, tetapi tidak mahu bersama. Lebih baik diam seperti kata nabi.

        Jaga akhlaq berqiyadah.

        Wallahu’alam.

      • 1. Mula sauara kata tak ada elemen politik, sekarang saudara mengakunya.
        2. Saya juga nyatakan bahawa saya sokong BERSIH, jika sekirannya tak ada campurtangan politik
        3.Saya x pasti kat mana statement saya yang di katakan “membangunkan fitnah”. Bagi saya ini hanya interpretasi saudara.
        4. ISMA akan menyokong semua kebaikkan selagi tidak ada unsur politik.
        5. Pesan saya; berhati-hati dengan mainan DAP. Orang Melayu memang mudah terpedaya. Bacalah visi dan misi DAP serta kenyataan2 pimpinan mereka terhadap islam.

  4. Iya…kerajaan BN mmg zalim…kata subsidi kerajaan yg terpaksa tanggung adalah 50%++ walhal portion terbesar dr peratusan itu termasuk pendidikan dan kesihatan…portion kecil shj utk makanan…kesian rakyat diperbodohkan terus

    Orang Lama mungkin tak kisah bab ni kot sebab dia orang kaya lama

    To Zainuddin….

    Orang Lama ni mmg kuat berteori shj, bukan ada fakta pihak lawan pun utk menyokong bantahannya…itu yg sy faham drpd siri pembacaan komennya

    Blogger Amin ni mmg kuat sensasi dan provokasi….itu yg ramai sy nampak undur diri daripada mengomen

    Wllhm

    • Dua sifat Melayu yang menonjol :-
      1. suka di puji dan benci di caci
      2. mudah menerima tetapi kurang kritis.

      Maka sebab itu saya cuba memberikan pandangan2 yg kriis. Terpulang kpd pembaca, nak komen atau tak. Tetapi saya tau ramai yang membaca. Bagi saya, saya amat mengalu-alukan komen yang bernas tapi jangan banyak sangat perli. Mungkin ada perkara atau fakta saya yang tersilap. Ini cara untuk kita mencambah idea.

    • Saya kekadang malas nak layan komen budak baru ni….hujah2nya dikutip dikedai2 kopi. Bercakap sebagai rakyat biasa dan pembangkang pulak tu memang mudah…tak ada tanggungjawab apa2…tembak aje peluru penabur…..sendiri aje tension….tapi cara berfikir orang yang memimpin jauh berbeza sebab dia bertanggungjawab dan akan dipersoal oleh rakyat. Tapi akhirnya penilaian yang dibuat ialah adakah rakyat dalam keadaan selesa atau tidak.
      Saya teringat tentang satu survey yang dibuat di Indonesia baru2 ni tentang penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Presiden mereka. Yang mengejutkan ialah, Bekas Presiden Suharto mendapat peratus penerimaan tertinggi iaitu 37% dibandingkan dengan Presiden Susilo yang hanya mendapat 23%.
      Persoalannya tidakkah Suharto ini satu masa dulu ditumbangkan oleh rakyat melalui demonstrasi jalanraya (MACAM BERSIH NI LA) dan rakyat mengutuknya sebagai rasuah dan mengamalkan kronisma, nepotisma.
      Point saya disini ialah, akhirnya yang menjadi perkiraan rakyat ialah sejauh mana kepimpinan itu dapat membawa kepada kesejahteraan rakyat. Ironinya walaupun rakyat kini telah bebas, sebebas2nya dibawah era REFORMASI tapi rakyat marhein lebih menyukai kehidupan dibawah Suharto yang korup itu.
      Ini tidaklah bermakna saya menyokong korupnya Suharto itu..tapi saya menyokong kejayaannya membawa kesejahteraan rakyat…itu yang lebih utama. Ini cerita budak baru yang buat berbagai2 tuduhan yang dalam banyak hal tidak terbukti pun….saya malas nak ambil pusing…..sori ya budak baru

  5. Salam orang lama,

    PAS, UMNO , PKR semua parti politik yang amal demokrasi, semuanya menggunakan sistem demokrasi, semua ramai bilangan
    orang-orang islam yang menjadi ahli parti.

    So mestilah utk reference/rujukan kepada demokrasi paling adil/lebih adil.
    Cuma UMNO je tak nak berubah kepada demokrasi yang lebih adil.

    Sebab tu PKR ada guna khimat NED yang di bawah CIA. PKR pun ada hubungan baik dengan parti AKP Turki, janganlah nampak US je Turki macamana. Turki negara islam. Anwar pun puji demokrasi kat Indonesia, semua dapat peluang berkempen yang seimbang di Indon.

    Jadi takkan nak tuduh Anwar agen CIA, agen Indon, agen Turki.

    Sama juga hubungan baik UMNO dengan Golkar, sebuah parti di Jepun, kita
    tak boleh tuduh UMNO agen Jepun, agen Indon.

    Kalau kerajaan Afganistan dan Iraq tu memang betul boneka US.

    Macam Mahathir baik juga dengan , Jack Abramoff, Henry Kissinger (Yahudi) bekas Setiausaha Negara US, tapi Mahathir ada kritik US juga.

    Anwar juga baik dengan Wolfowitz, Al Gore tapi banyak juga Anwar tak setuju dengan US macam dalam kes Palestine dan Iraq. Anwar setuju dengan diorang dalam keadilan sejagat dan demokrasi antaranya.

    W.A.

    • Kalau begitulah kata Sdr Nazri, maka saya sangat berharap PAS boleh ambil alih kepimpinan negara kerana mereka saja yang nampak betul2 bersih.

    • Membaca komen sdr Nazri ni kekadang rasa kelakar….UMNO di tuduh guna APCO maka melalaklah puak2 ni sampai ketuanya kena gam dari Parlimen…..maka UMNO dah jadi boneka Yahudi katanya….Tapi bila PKR (sekutu PAS) guna NED…relek je sdr Nazri macam tak ada apa2 pun…PAS cuci tangan takde kena mengena katanya….Janganlah double standard begitu…pokoknya negara kita dah ada campurtangan orang luar…Yahudi/Amerika pulak tu…sepatutnya kita sama2 insaf akan ancaman ini…tapi ini tidak..seolah2 Yahudi kawan PKR dan PAS tak bahaya tapi yang kawan dengan UMNO bahaya macam nak kiamat dunia….Nampaknya kenyataan saya sebelum ni bahawa MARAHNYA PAS PADA UMNO SEHINGGAKAN JIKA ADA YAHUDI YANG NAK JATUHKAN UMNO AKAN DIJADIKAN KAWAN OLEH PAS, ada kebenarannya.

      • Salam Orang lama,

        Real politiknya dengan UMNO, UMNO lebih besar drp PAS.
        Tahun 1970 PAS masuk Perikatan senang-senang ditendang keluar drp Perikatan 1977 dan PAS menjadi terlalu lemah. Rebranding “Kepimpinan ulama” tahun 1982, tahun 1990 baru kuat balik.

        Bila PAS bersatu dengan S46 walaupun S46 keluar ,PAS tak menjadi lemah sebab PAS lebih besar dan kuat drp S46.

        Dengan PKR dah bersatu sejak 1999, PKR tak boleh mengkniati PAS sebab PAS lebih kuat dan besar drp PKR. Kalau satu masa nanti PKR khianati PAS macam S46 tak ada kesan besar terhadap PAS.

        Politik ini kena kaji realpolitiknya. Amat penting sekali.

        W.A.

    • Sdr Nazri,

      Realpolitik barat ada unsur michiavellian iaitu penuh dengan manipulasi terhadap orang lain tak kira kawan ataupun lawan. Realpolitik Islam mudah aje, iaitu orang Islam itu bersaudara. Maka kita hendaklah lebih mengutamakan saudara sesama Islam dalam membina pakatan politik demi menjaga kepentingan agama.
      PAS sebagai Parti Islam sepatutnya menjadi peneraju kepada ajaran Islam yang maha penting ini. Tapi disebabkan PAS berpegang kepada realpolitik barat maka berkawan dengan DAP (yang tegar menentang Islam) lebih utama dari berkawan dengan UMNO kononnya Zalim.
      Maka berbagai2 hujah zalim diketengahkan dari segi korupsi pula tak usah cakap lah, banyak sekali hujah2nya.
      Cuma satu saja saya nak timbulkan, adalah Islamik pemahaman PAS ini bahawa wajar orang Islam berpecahbelah dan dalam masa yang sama berpakat dengan orang kafir tegar untuk menjatuhkan sesama Islam. Maaf cakap kekadang terfikir sejak akhir2 ni Islam PAS hanya tinggal pada namanya saja lagi…rasanya kalaulah nama PAS ditukar kepada Parti Bekebajikan Malaysia…dah tak ade lagi Islamnya….maaf ya agak kasar kenyataan ini. Tapi saya percaya PAS yang suka mengkritik harus juga bersedia menerima kritikan.

  6. saya teringin nak dengar hujah dari PAS tentang hubungan kerjasama dgn DAP yang jelas2 menolak tertegaknya negara Islam di Malaysia.mungkinkah Pas menggunakan alasan bahawa mereka non muslim (baca:khususnya DAP) masih tidak faham tentang kemurniaan islam,maka mereka tidak dapat menerima idea Negara Islam, jadi sbb tu skrg pas tukar kpd negara berkebajikan?
    tapi musykilnya, sy nak sgt tahu sejauh mana perancangan pas untuk mendapatkn wala’ dari DAP untuk menjadi pemerintah negara ini jika pembangkang menang PRU13. jelas DAP menyatakan mereka tidak akan menerima negara Islam, apa nanti mereka sudi terima PAS jadi pemerintah? atau nanti PAS terpaksa pasrah dgn kuasa dominasi DAP dan akhirnya DAP yang berkuasa? nauzubillah min zalik..

    selaku orang Islam, tentunya saya menyokong perjuangan Islam PAS. sy pasti saudara aminuddin dan didalam tulisannya jg berpendirian serupa. Namun lately perjuangan PAS semakin merisaukn umat Islam…mengapa bersekongkol dgn kafir yang terang2 menolak Islam?jika ada jawapan saya amat menunggu…menunggu percerahan.

  7. Aminuddin;

    4. ISMA akan menyokong semua kebaikkan selagi tidak ada unsur politik.

    > saya rasa berjaya sudah dasar sekularisasi yg disuntk dlm gerakan islsm.

    > semua kisah yg berlakuk di negara tiur tgh bermain di gelanggang “pisahan politik”. Ittaqillah akhie.

    5. Pesan saya; berhati-hati dengan mainan DAP. Orang Melayu memang mudah terpedaya. Bacalah visi dan misi DAP serta kenyataan2 pimpinan mereka terhadap islam.

    > ya telah baca, telah hadham details, dan berbincangan hati ke hati. Besar kerja kita utk beri kefahaman islam pd mereka, dan utk menerangkan keadilan yg ada dlm islam dlm perjuangan yg mereka bawa.

    > tapi itulah dakwah namanya, dan kena teruskan. dan rupanya bila di buat dgn bersungguh dlm 7 tahun kebelakangan ini, rupanya: ramai sungguh org yg salah faham terhadap islam disebabkan org islam sendiri.

    > sungguh bahagian dan suka melihat kerja dakwah dan tarbiyyah tidak lagi dianggap musuh atau halangan oleh bukan islam. Terasa perkara itu dgn DAP. Maaf, tak setuju dgn enta.

    > Dasar UMNO jauh menyimpang dari ISLAM, total. Enta lebih mesra dan suka dgn UMNO walau dimulut kata tidak mahu involved politik. Lebih baik sebut tak mahu involved dgn politik “pembangkang”

    > Ittaqillah akhie…. jika tidak keberatan; email ke saya. Saya berhenti di sini di medan komen ini.

    • Sdr Zainudin,

      Berdakwah dengan DAP tu memang digalakkan tapi nampaknya saudara bukan sahaja berdakwah tapi dalam masa yang sama mau berkongsi kuasa dengan DAP yang masih tegar kepercayaannya bahawa Malaysia tidak boleh menjadi Negara Islam dan mau Malaysia jadi sekular. Kononnya ini tahaluf siayasi yang Islamik. Benar Rasulullah SAW berdakwah kepada orang bukan Islam, tetapi tidak pernah berkongsi kuasa bersama mereka. Malah hujah peristiwa ‘hilful fudhul,’ yang dijadikan hujah prima PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dengan DAP ini adalah peristiwa yang berlaku ketika Nabi SAW berumur 20 tahun dan belum diangkat menjadi Rasul. Sedangkan selepas baginda menjadi Rasul tidak pernah ada kerjasama sepertimana yang saudara lakukan melainkan hudnah gencatan senjata ketika berperang.
      Dalam masa yang sama saudara mau menjatuhkan kerajaan orang Islam yang dominan manakala kerajaan yang saudara mau ganti mempunyai mix yang membuat perkongsian kuasa orang bukan Islam lebih dominan. Sedangkan saudara mempunya pilihan untuk menyatukan ummat se aqidah yang amat dituntut Islam.
      Saya hairan saudara menolak UMNO kononnya dasarnya menyimpang dari Islam, tapi boleh pula bekerjasama dengan DAP yang tegar penentangannya pada Islam.
      Dimana Islamiknya pegangan saudara…..nampaknya nama Parti Islam yang saudara pegang amat mengelirukan!!

      • Saudara “org lama”… Kenyataan saudara DAP tentang Islam saya tidak sokong. Kenyataan sauadar UMNO mahukan Islam saya tidak setuju. Kedua mereka sahabat2 dari UMNO dan DAP sekalipun menjadi medan dakwah utk kita. Byk perbahasan details berkenaan usaha semasa utk menegakkan kebenaran dan keadilan Islam yg saudara berlepas pandang.

        Mari kita berbicara lebih tertutup di dalam email. Kita blh berkomunikasi lisan atau berjumpa utk mematangkan perbincangan. Harap sauadar tidak keberatan

        Forum ini hanya saya mahu menyatakan kekesalah stand Aminuddin yg mewakili sebuah NGO Islam mempertikai BERSIH, dan langsung tak berani meneggakkan keberanian, hanya disebabkan “ada elemen politik”… Sedangkan dlm terlalu byk perkara ISMA tidak bermasalah utk bersama NGO-NGO lain dan UMNO sekalipun dlm pelbagai pgm yg baik, termasuk pgm bersama dgn PEKIDA dan NGO extremist Melayu lain yg sepenuhnya dikawal oleh UMNO . Itu sahaja.

      • Sdr Zainudin.

        Terlalu banyak nas2 Al Quran dan Hadith tentang Ummat Islam itu bersaudara, berpegang kepada tali Allah dan jangan berpecahbelah, bertaawun dalam kebaikan dan berbagai lagi yang mana boleh dibuat kesimpulan bahawa perkara persaudaraan Islam, (satu aqidah termasuklah UMNO(kecuali saudara dah hukum kafir), PAS, dan yang lain2 orang Islam) adalah perkara yang KULLIYAT, iaitu POKOK dalam agama. Banyak juga ayat2 Quran yang melarang kita beri kepercayaan dengan orang kafir (dibaca bukan Islam).
        Tapi yang peliknya sekarang para pendokong Parti Islam seolah2 membuang ketepi ayat2 quran ini hanya semata2 kepentingan politik. Saya nak tanya saudara, dimana saudara nak letak ayat2 Quran yang amat jelas itu?
        Saya sarankan kepada saudara, mari kita berbincang secara terbuka supaya dapat dimanafaatkan oleh orang lain dan yang lebih berilmu boleh memberi komen akan hujah2 kita.
        Sebagai orang yang maukan Islam kita patut terbuka dengan stand yang kita ambil supaya tidak tersasar dari kehendak Allah dan Rasulnya.
        Saya harap saudara boleh menjawab hujah saya diatas dengan lebih bernas lagi.

  8. kalo bersih tu bukan didalangi oleh parti politik rsnye xslh sume nk sokong..trg2 ni gimik politik,mesti akan ade huru-hara..9julai2011 pasti akan jd tarikh berdarah..sape yg nk tanggung nnt??

    • Tak faham. Cong nak cakap apa ni?

  9. ntah cong..baik dok diam je kalo x berkemampuan nk berhujah. mcm sy..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: