Posted by: aminuddin | 12/07/2011

BERSIH utk siapa?

Saya tertarik apabila membaca komen seorang penulis dalam sebuah akhbar yang mengatakan bahawa semua pihak yang terlibat didalam BERSIH mengatakan mereka berjaya. Jika ditanya pada polis, mereka akan kata mereka berjaya menahan demonstrasi haram. Kalau ditanya Ambeega, dia mengatakan BERSIH telah berjaya menyampaikan mesej. Kalau ditanya pimpinan parti politik, mereka juga mengatakan berjaya mengumpul dan menyedarkan masyarakat tentang kezaliman pemerintah. Yang mengatakan rugi cuma peniaga-peniaga berdekatan yang terpaksa menutup kedai. Bagi saya yang paling rugi ialah umat islam!

Saya juga turut merasa sedih diatas apa yang berlaku terhadap rakyat yang ikhlas berjuang tetapi dipukul, disepak dan akhirnya ditangkap utk ditahan di Pulapol. Peristiwa ini mengingatkan saya kembali akan apa yang berlaku pada tahun 1997 dimana ketika bangkitnya gelombang reformasi ramai rakyat yang terpaksa menghadapi mehnah yang tak kurang getirnya. Saya menyanjungi keberanian rakyat negara ini.

Namun disebalik itu saya bertanya pada diri sendiri, apakah mereka sedar apa yang mereka perjuangkan atau semata-mata mengikut apa orang lain buat? Adakah mereka mengkaji siapa yang sebenarnya memainkan peranan disebalik demonstrasi BERSIH ini ? Pernahkan mereka melihat dengan siapa mereka menentang? Adakah mereka menilai apa implikasinya kepada islam dinegara ini?  Saya yakin ramai umat islam tidak benar-benar mengetahui matlamat perjuangan ini melainkan hanya mahu melihat pemerintah jatuh.

Tanpa kita sedar pergerakan seperti ini sebenarnya telah di pelopori oleh sebuah NGO bernama National Endowment For Democracy yang berpangkalan di Washington, US yang telah mempunyai jaringan seluruh dunia yang menggelarkan diri mereka sebagai “World Movement Of Democracy”. Mereka ini memperjuangkan Civil Society (masyarakat madani) yang beriman bahawa semua manusia perlu menerima nilai2 sejagat yang menuntut persamaan, dengan menolak keistimewaan mana-mana kaum, dalam semua aspek termasuk agama dan hak wanita. Mereka berjuang atas istilah “Human Rights”. Antara strategi mereka ialah dengan menggerakkan rakyat bagi mendesak kerajaan menerima tuntutan mereka. Mereka juga telah mengeluarkan sebuah laporan  yang bertajuk “Defending Civil Society”  pada tahun 2009 dan mendapat persetujuan beberapa pemimpin dunia yang mana salah seorang dari mereka ialah pemimpin pembangkang negara. Network mereka sangat kuat dan licik dan mereka bertemu setiap 2 tahun sekali untuk berkongsi pengalaman, kali terakhir di Jakarta pada tahun 2009.   Walaupun mereka menafikan tetapi isu BERSIH ini tidak lagi menjadi suara NGO yang benar-benar inginkan kebenaran tetapi sebaliknya menjadi agenda gerakan demokrasi ini. Malangnya  parti2 politik negara dan umat islam dipergunakan bagi memperjuangkan agenda mereka.

Saya juga rasa terkilan apabila melihat Ambeega, seorang aktivis yang jelas menentang islam, secara tiba-tiba menjadi hero kepada umat islam. Bukan itu saja umat islam sanggup duduk dibelakang beliau dan mempertahankannya. Ini suasana yang  sukar untuk di bayangkan. Baru setahun dua lepas beliau dengan lantangnya menyokong semua tuntutan IFC dan menuntut kerajaan menerimanya sehingga NGO2 islam terpaksa bertungkus lumus  mempertahankan islam. Kenapa ini semua tidak pernah dikirkan oleh umat islam?  Siapa yang menjadi alat dan diperalatkan, Ambeega atau umat islam? Siapa yang bergaduh sesama sendiri, umat islam atau orang lain? Siapa yang ramai ditangkap, umat islam atau orang lain? Siapa yang ramai cedera, umat islam atau orang lain? Siapa yang ingin dijatuhkan, orang islam atau orang lain? Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin politik islam yang begitu bersemangat sehingga menyatakan bahawa demonstrasi jalanan ini akan di teruskan jika BN masih tidak mahu berubah.

Semua ini dihujah atas dasar rasuah yang ada dan juga pelbagai kelemahan dalam pemerintah. Walaupun tidak ada nas yang sahih mengatakan umat islam boleh bertahalluf dengan puak kafir bagi menjatuhkan umat islam yang lain, tetapi semua ini sudah dikaburi oleh bayangan kerakusan mendapat kekuasaan yang menggila. Siapa ketuanya? Apa agendanya? Siapa yang membiayainya? Apa implikasinya kepada islam? Semua ini sudah tidak menjadi perhitungan umat islam. Yang penting kerajaan mesti disungkurkan kebumi.

Fikiran rakyat tidak lagi diisi dengan ilmu yang mantap sehingga begitu mudah dikaburi oleh ism-ism yang diperjuangkan barat dengan menyangka bahawa itulah islam. Umat islam tidak lagi kenal mana musuh mana kawan. Mana yang harus kita berbeza dan yang mana harus kita bersama. Umat islam keliru dengan istilah2 barat seperti demokrasi, liberalisasi, humanism, sosialism dan yang seumpamanya. Setelah barat gagal membaiki kaum mereka dengan istilah2 ini maka mereka kini melontarkannya pula kepada puak timur dan amat malang pihak timur (umat islam) menerimannya secara bulat2.

Pimpinan islam juga dikelirukan antara keadilan islam dan kesamaan barat. Pengikut pula bertaqlid secara buta kepada pimpinan sehingga menganggap selain dari itu adalah kebatilan. Medan-medan yang disediakan untuk mendampingi masyarakat bukan lagi menjadi tempat untuk menyebarkan ilmu tetapi menaikkan sentimen kebencian kepada umat islam lain. Akhirnya siapa yang rugi kalau bukan umat islam. Siapa umat islam itu kalau bukan orang Melayu.

Kalau Melayu rugi, islam rugi, habis….BERSIH ini untuk siapa???

 


Responses

  1. BERSIH untuk ‘pencinta keamanan dan ketelusan pemerintahan’

  2. mohon utk copy yep… menarik article ni..

    • Silakan

  3. Salam akh,

    Saya tahu kebimbangan En Amin.

    Ada 3rd force dibelakang Ambiga-MCLM Raja Petra, Harris Ibrahim, Malik Imtiaz dsbnya.

    Penyelesaiannya mudah je.

    NGO-NGO islam banyak, KENA BERSATU buat 3rd force – tuntut kepentingan-kepentingan islam.

    Tengoklah nanti bila ada 3rd force NGO-NGO islam – PAS akan jadi lebih kuat dan lebih dominan dalam PR.

    PAS perlu public opinion yang kuat drp kalangan orang-orang islam utk jadi kuat
    dan dominan.

    W.A.

    • IA kita akan usahakan

      • Salam,

        Biar nanti bila PR take over Putrajaya pengikut Us Dr Ahmad Farid, Dr Razak, Us. Abdullah Zaik, Dr Maza dll gembira bukan
        Ambiga, Harris Ibrahim, Raja Petra, Malik Imtiaz dll.

        NAT’AWAN FI MATTAFAQNA ALAIHI, WA YA’ZURU BA’DHUNA BA’DHA FI MAKHTALAFNA FIHI.
        maksudnya : kita bertolongan dan bekerjasama
        dalam perkara yang sama kita sepakati dan memberi kemaafan dan excuse kepada perkara yang berbeza pendapat.
        (Hassan Al Banna)

        W.A.

      • Allahuakbar

      • Tahniah sdr Amin, nampaknya apa yang saya bimbangkan selama ini sudah mula terdedah. Saya syorkan ISMA supaya ujudkan Research/ThinkTank Group untuk membuat kajian yang mendalam tentang isu tangan2 luar yang sedang berusaha siang dan malam untuk mencaturkan ummat Islam sekarang. Dengan maklumat yang jelas barulah ISMA boleh membuat sikap yang penuh meyakinkan berdasarkan nas syara’ dan memahami realiti semasa tanpa takut kepada cemuhan orang lain yang tidak faham.
        Kepada sdr Nazri,
        Saya syorkan keluarkanlah diri anda dari kotak pemikiran PR tu. PAS tidak dominan dalam PR….dan saya tanpa segan silu ingin menyarankan PAS perlu bekerjasama dengan UMNO supaya Islam akan jadi kuat dan dapat diselamatkan dari anasir2 luar yang sangat merbahaya ini.
        Ingatlah ayat Allah menyuruh ummat Islam berpegang kepada tali Allah dan JANGAN BERPECAH BELAH. Apasai sdr Nazri masih nak bekerjasama dengan Ambiga/DAP/Suaram/Sisters in Islam dll yang jadi wakil Amerika/Yahudi di Malaysia ni….ayat mana saudara pakai ni!!

  4. Salam,

    [11.113] Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (Hud :113)

    Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : “Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh”. (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu’aib al-Arna’uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)

    W.A.

    • Sdr Nazri,

      Yang sdr kata zalim tu orang Islam, tapi yang saudara nak bekerjasama itu dah sah musuh Islam, orang kafir dan bukan setakat kafir tapi merancang untuk menguasai orang Islam…..jangan lah ambil Quran sebahagian saja tapi menolak sebahagian yang lain….malah yang ditolak tu bukan soal kecik….bekerjasama dengan musuh Islam…..saudara nak letak mana ayat2 Quran yang melarang memberi wala’ pada orang kafir ni??
      Seteruk2 UMNO dia masih Islam kecuali kalau sudara dah anggap dia Kafir? Sila nyatakan sikap saudara!

      • Seteruk2 Abdullah bin Ubai dia masih Islam kecuali kalau sudara dan anggap dia Kafir?

        Oiit…sy tak panggil sesiapa munafik :)…..tp dlm islam sesama komuniti islam pun kenalah diukur orang dgn kewaspadaan…main pukul sama rata tu orang naif dan separa bijak shj

        Dlm sosiologi dakwah pun ada 4 golongan: yg yakin, yg oportunis yg ragu2, dan yg menentang….ada ke Al Banna kata yg menentang cuma orang kafir jer….ada ke dia kata 2/4 golongan yg buruk tu tak patut kita jaga2 dan jauhi hatta dia orang islam…tarak bukan???

        Sbb bila dia bagi kategori tu…dia cuma cakap psl umat islam…

        So apa ni intimidate orang dgn kata dia takde hujah…berat tu kata tak beriman dgn sebahagian kitab pd en nazri…cam kata dia munafik jer….ish…ish…ish

        Orang Lama tu jerlah hujah dia kamu ni “jangan lah ambil Quran sebahagian saja tapi menolak sebahagian yang lain”

        Haiyaaa…memalukannn

  5. salam w.b.t..

    daripada penerangan akhi,kalau ikutkan susur galur Bersih mmg sangat jelas agenda utamanya bisa menyimpangkan tujuan asal Bersih itu sendiri.Tapi saya melihat,yang rakyat semacam tiada pilihan lain dan Bersih jadi cara utama,setelah media,ruang lingkup bicara dan hujah dicengkam rapat oleh sesetengah pihak.
    Berkenaan kerjasama dengan kafir belum muslim(alangkah indahnya andai mereka ini semua Allah beri hidayah),mungkin tidak perlu diperjelas lg.Waima dikalangan muslim itu sendiri banyaknya bertelagah,bercanggah hingga bertikam lidah(nauzubillah,jgn sampai bertikam bertumpahkan darah),apa lagi pilihan yang ada pada muslim itu sendiri?
    Kadang-kadang senang untuk meletak salah dan silap pada jasad yang lain,namun saya percaya setiap muslim itu perlu rasa `dosa` yang masih terpalit dek kerana perpecahan ini.
    Barat senantiasa mencari ruang menjahanamkan akidah kita tanpa disedari.Persetankan mereka yang sudah begitu fitrah berzaman,yang salahnya kita sendiri,dalam kelompok saudara muslim masih berlaku perpecahan.
    Bersih bukan sekadar tuntutan kepada sebuah revolusi,namun cermin diri pada kita belum mengambil iktibar hakiki.Saya rasa penggemar ruangan ini lebih arif dan bijak untuk berbicara soal sirah,yang ceritanya bak ulang tayang filem,penamat kisahnya muslim itu sendiri.
    Cordova Granada kita hilang kerana tamak pemerintah,
    Khilafa kita tumbang kerana ada yang sanggup gadaikan maruah,

    Satu contoh mudah yang boleh saya beritahu betapa `desperate`,`terdesak`,umat islam sampai jalan yang dipilih ialah jalan yang dicipta oleh orang kafir:

    lihat di pc,laptop anda `tab` apa yang ada,
    `slide` iphone anda untuk melihat application apa yg diguna
    lihat ikon bawah blog ini yang tertera
    Facebook….
    ramai yg guna dgn tujuan dakwah,namun kita sedar pengasasnya yahudi
    (maaf trkeluar tajuk bicara)

    wallahualam….skdr brkongsi pendapat

  6. Salam sdr cermin,

    Maksud saudara demokrasi tu jalan orang kafir.

    ”kebijaksanaan/himah itu adalah barang yang hilang dari orang yang beriman..di mana ia menjumpainya, ia lebih berhak terhadapnya”.

    Demokrasi adalah contohnya, baca ulasan lanjut Ustaz Abdullah Zaik (Jan 2011).

    tiada masalah dengan demokrasi cuma ana telah terangkan sepatutnya kita sesama islam bantu-membantu utk memenangkan PAS supaya PAS dominan dalam PR.

    W.A.

  7. saya tak bermaksud begitu,tumpuan komen saya bertujuan nak menekankan apa dan kenapa hambatan yang ada yang menghasilkan fenomena.

    kenapa berlaku bersih,siapa yang untung dan rugi bukan dalam fokus komen saya..
    saya melihat sendiri bagaimana ikhwah wa akhawat bertempik lari dalam bersih,tidak pantas untuk saya berkata mereka ini sekutu kafir.Saya sangat terkesan dengan hadis yang saudara sertakan,apa yang saya nampak masalah utamanya bukan kita bekerjasama dengan orang yang masih kafir tetapi kita dihimpit dengan golongan islam yang caranya masih kafir…

    .
    berkenaan demokrasi,saya yakin islam adalah pemurni mutlak seantero ideologi2 dan dasar2 yang dibuat,selagi tidak bertentang dengan syarak`
    demokrasi mampu diletak dan dimurnikan melaui maqasid syariah,kerana islam itu sifatnya demokrasiyang menuntut hak sama rata,sifatnya sosialis yang membuang perbezaan taraf dan kasta,bukan demokrasi dan sosialis yang cuba untuk memisahkan unsur islam darinya.

  8. Sy pelik…ada ke kita terasa terhutang budi dgn ambiga ni? Umat Islam terasa hebat dgn mesej yg dibawa bukan siapa yg bawa…dia mati pun orang tak heran… atau kita terasa terhutang budi pd k rajagopal pengurus malaysia yg dikira memenangkan pasukan malaysia…pelik2

    Mmg biasalah ada kerja luar yg berusaha mencorak suasana….tp again org2 backbencher (tau duduk belakang je) mmg akan selalu mengalihkan usaha dgn mengata jahat2nya orang ni….sama la mcm kritianisasi, disalahkan mubaligh2 kristian tu walhal orang2 cam so called pendakwah dlm komen2 disini ada dibuat usaha dakwah dgn baik ke!!??….balik2…haaa lihat akibat di sabah…haiii memalukan!!! nmpk sgt the blogger x nmpk kata2 penting saudara nazri tu…tau insyallah/takbir/iya2….tp kat belakang asyik nak gaduh jer….ISMA ni mmg nmpk camtu dgn gerakan lain….alasan dia….kami ada agenda sendiri….yelah…contoh senang depan mata ISMA rasa taknak terlibat dgn bersih baik dgn statement mahupun perhimpunan…apesal berinsyaallah pd statement “NGO-NGO islam banyak, KENA BERSATU buat 3rd force – tuntut kepentingan-kepentingan islam.”…yg ni pun nak menjarakkan diri…bergerak di medan tak sama bergerak dgn teori….orang yg berkhayal tak sama dgn orang yang beramal

    • Kepada budak baru, kalau tak setuju dgn artikel saya, nyatakan dgn jelas dan berikan hujah. Saya kurang faham apa yg nak disampaikan oleh saudara.

      • Tak jelas ke? sy tak setuju dgn tuan dan pengomen2 sealiran tuan…

      • Kepada budak baru,

        Bercelaru pemkiran anda….yang ranting jadi pokok dan yang pokok dah jadi ranting ni….hehe

      • Mana yg ranting yg sy pertahankan ni? Apa yg sy nak cakapkan disitu adalah orang Islam tak buat kerja pastu tau nak salahkan orang lain….

        Blh bagi pencerahan tang mana sy bercelaru tu?

      • suka hujah orang lama, konkrit dari syara’, musykilah usul wa furu’ nak taqdim mana, ma yubna minhu ghairuhu kalau letak tempat furu’ rosaklah hujah 🙂

      • Hebat berbahasa arab ye…mesti digelar ustaz kan? moga menyumbang pd Islam dgn sebaiknya…tidak taqlid buta…

        Sy nak tanyalah dr statement sy camne sy mementingkan furu’ qabla usul..

        Sebab orang lama tak bercerita tang mana….boleh ustaz ssuhail terangkan…Sy nak juga tau tu…Jgn tunjuk hebat berbahasa saje, moga ilmu yg dibawa ada unsur “rab”nya…tidak berbahasa sarkastik kata orang lain tu ikut ajaran ayah pin la…tidak beriman dgn quran sepenuhnya…

        Hrpnya penerangan yg diberi tidak membuat assumption yg salah terhadap realiti yg berlaku

      • Sy nak tanyalah… SIS juga menyokong IFC…so adakah kalau mrk ada agenda perjuangan yg selari dgn Islam (mmg pernah ada), adakah kita tak patut kerjasama dan duduk bersama2 mrk??….sy rasa orang yg berprinsip akan ada jawapan yg jelas….tp kalau orang yg bersentimen akan kata UMNO takpe …SIS tak boleh….makam iman berbeza barangkali…hehehe

    • Kan ke encik aminuddin kata akan diusahakan?

      Encik Aminuddin pemimpin ISMA lebih awla utk anta tgk dari ahlinya.

      Orang lama mungkin kene perbaiki kalam sikit.

      Tapi utk anta pertikaikan usaha dakwah ISMA, ‘ walhal orang2 cam so called pendakwah dlm komen2 disini ada dibuat usaha dakwah dgn baik ke!!??’ boleh dipertikaikan.

      Sebab ahli ISMA yang saya kenal ramai yang kerja fulltime ISMA hanya dengan bayaran yang sangat rendah. Kalau tak silap ana takrif miskin di Malaysia adalah pendapatan RM1500 ke bawah. Fulltime adalah lebih rendah lagi. Betulkan kalau salah, maka amil2 ni sanggup jadi miskin sebab dakwah dan anta pertikaikan usaha mereka.

      Us Abdullah, saudara aminuddin us halim dan pimpinan2 dari apa yang saya nampak mungkin ada sedikit kelemahan di sana dan sini yang boleh diperbaiki tapi jasa dakwah yang sangat besar tak mungkin boleh kita kutuk camtu je.

      Agak2 beribu2 orang yang mengikut usrah ISMA ni adalah usaha siapa kalau bukan dari pimpinan2 ISMA sendiri sewaktu mula2 berdakwah dan bina ISMA. Dari org2 yang jahil, yang hidup serba biasa dengan hedonisme diubah kepada melazimi jemaah di masjid, quran, mathurat, usrah, buku2 agama dan dekat diri dgn Allah.

      Kalau ye pon saudara budak baru mungkin telah berdakwah lebih dari pimpinan2 ni, kurang manis kalau jasa mereka diperkotakkatikkan.

      Harap maaf, saya tak marah atau emo, tapi saya pernah lihat beberapa picisan dari peluh2 mereka dalam dakwah. Cthnya ada pimpinan yang berduit derma RM50000 sebulan utk dakwah.

      Yang baik kita akur, yg buruk kita tolak.

      Wassalam

      • Ye ke en amin full time??….bukan dia ada company ke? tak faham bila orang lain pulak dilibatkan dlm perbincangan dan dijadikan hujah utk pertahankan peribadi…

      • Insyaallah sy cuba husnul dzon…tp ia mestilah dtg dgn amal…action speaks louder than words…kalau nak cakap Sekretariat yg ada ABIM n PUM tu sbg usahanya….ia masih belum nampak apa2 lg hasilnya…

        Tp yg berdegar nampak….komen NGO sini salah…NGO islam sana tertipu…kemudian bila ada pengomen suruh NGO2 ni jadi 3rd force, tanpa segan silu kata….iya…itu kami akan usahakan…

        Jgn ingat sy cuma nampak apa di blog semata…sy tau apa yg berlaku di medan….tak byk tp adalah…pasal isu palestin flotilla pun isma jadi kelam kabut…bukan pasal penarikan diri…pasal nak bersama in the first place…

    • Adakah sama menyokong ambiga spt menyokong k rajagopal…off course NOT!… satu cuma figure yg icon n satu lg figure yg mencorak respectively….satu yg tak kisah dia mati ke….satu lg dikenang kalau mati sebab menangkan piala A, B n C

      p.s: takut tak faham analogi

      • Saudara budak baru,

        Kalau ikut analogi saudara ni….kalau saudara hidup di zaman Nabi dalam soal berketuakan Ambiga ni saudara bekerjasama dengan orang2 seperti Hendon, Abu Lahab dan rakan2nya….hehe

      • Saudara nak kata ambiga punya penentangan sama cam mrk ke…di luar skop undang2 dan perlembagaan? siksa orang islam, hina mrk tak ingat ….saya punya analogi tak sama zaman…unless Orang lama rs kita hidup dlm suasana tu…tu tak tahulah saya….mmg orang islam disini kena siksa cam kat bosnia, kosovo tu kot….

        Susah nak nampak yer analogi sy tu…sy bercakap 2 situasi berketuakan orang non muslim…sokongan yg diberi sgt berbeza…tp cam biasa Orang Lama suka twist

    • Salam budak baru,

      Maksud saya 3rd force NGO-NGO islam tu ialah cuma tengok MCLM.
      MCLM bukan parti politik tapi dia menyokong PKR dan DAP.

      So 3rd force NGO-NGO islam kena nyatakan sokongan terhadap PAS.

      Memang kita nampak sama nyatakan sokongan kepada PAS atau PR tatapi dari segi bahasa politiknya kita mahu PAS dominan dalam
      PR dan nak PKR dan DAP tahu sokongan terhadap PAS adalah besar.

      W.A.

      • Sdr Nazri,
        3rd force sepatutnya tidak menyebelah mana2 pihak tapi mendesak PAS dan UMNO bekerjasama demi kepentingan umat Islam…..itu baru betul makna membina Kesatuan Ummat.

      • Setuju2 nazri…tp secara automatiknya akan menampakkan sokongan pd PR….anyhow…thats is the way forward

  9. hidup UMNO-BN kerana memperjuangkan Islam! hidup Syeikh Kabir Najib! dengan menyokong UMNO-BN, keadilan dan ketuanan Islam akan kekal di Malaysia. Malaysia akan menjadi negara Islam yang dicontohi di muka dunia. musuh2 Islam akan takut dan gentar dengan Malaysia. termasuk APCO walaupun kerajaan UMNO-BN Malaysia membayar RM28 juta untuk APCO. hidup UMNO-BN! hidup Islam!

    • +Ini seorang lagi yang berhujah macam YB Mahfuz…takde klas la

  10. salam encik amin, dr mana encik mana tahu “Saya yakin ramai umat islam tidak benar-benar mengetahui matlamat perjuangan ini melainkan hanya mahu melihat pemerintah jatuh”. dah baca belum tuntutan bersih? ada tulis kami mahu najib berundur dgn segera?

    encik amin ni salah seorang ajk bersih ke smpai tahu metlamat perjuangan bersih ni?

    sy ingin mengingatkn org2 yg sokong bersih ni sokong tuntutan bersih, bukan sokong ambiga…tak semestinya dia kafir, semua yang dia lakukan tu salah.. dan tak semestinya UMNO tu ISLAM, semua yg dilakukan betul dan halal.. ada hadis mengatakan, nabi kata kalau fatimah mencuri pun dia akan dipotong tangan.. jadi tak kira la siapa pun yg buat salah, kene la dihukum. tp sy tgk ISMA lebih mendiamkan diri atas kezaliman2 kerajaan, sbb mereka ISLAM? itu saja point nya? umar pun pernah kata kalau aku buat salah tegurla aku.. Umar khalifah pun kita kene tegur, ni nk tegur pemimpin ISLAM yg xberapa nak amal ISLAM pun xboleh?

    saya nak tanya, kalau pemimpin tu ISLAM, tapi asik makan duit rakyat, bukan kah yg rugi tu orang2 melayu & islam jgk yg bnyk bergantung kpd kerajaan? tahukah anda 40% dr rakyat malaysia bergaji bawah rm700 sebulan? sedangkan PM mengahbiskan duit rakyat beratus ribu sebulan utk bil air dan elektrik? untungkah orang2 islam begini? untungkan islam bila PM sendiri anjur konsert artis korea di himpunan sejuta belia haritu? kenapa bab2 ni taknak komen? sampai PEMBINA pun buka booth..sedangkan ada elemen2 hiburan melampau disitu..

    untungkah islam bila semakin banyak rancangan realiti tv hiburan di malaysia? konsert setiap minggu? siapa yg approve semua ni? bukan menteri hiburan tu orang islam jgk? tang mana sokong kerajaan skrg ni menguntungkan islam?

    • Bagus lah “proud to be muslim”, berketuakan orang kafir harbi…..banggalah tu haha

      • “Kalau ikut analogi saudara ni….kalau saudara hidup di zaman Nabi dalam soal berketuakan Ambiga ni saudara bekerjasama dengan orang2 seperti Hendon, Abu Lahab dan rakan2nya….hehe”

        Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul?

        Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain.
        Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan bangganya mengatakan:

        شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ

        Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi.

        Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya.

        Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain.

        Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.
        Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat.

        Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik.
        Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung
        .
        Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional.

        *just copy paste =)

        http://idhamlim.blogspot.com/2011/07/bersih-ada-baca-cerita-hilful-fudhul.html

      • kasihan melihat komen orang lama yg begitu cetek..habis di malaysia berapa ramai orang melayu makan gaji dgn orang cina/india..adakah mereka ini ber”imam” kan cina dan india dalam soal aqidah..tidak, mereka hanya bekerja utk mencari nafkah..sama juga dgn bersih, berketuakan ambiga dalam bersih xsemestinya ber”imam”kan ambiga dlm soal agama. harap maklum. isu bersih isu rakyat dgn pemimpin. bukan hamba dgn tuhan. xde kene mengene dgn agama.

      • +Tersenyum saya membaca cut and paste sdr senyum ni….peristiwa hilful fudul inilah yang dijadikan hujah prima puak2 PAS dan yang seangktan dengannya untuk menghalalkan tahalluf siasi…bekerjasama dengan DAP, PKR yang dihuni oleh orang2 kafir yang kiasu (ikut istilah Dr Redhuan Tee). Sedarlah peristiwa itu berlaku sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi Nabi iaitu dikala umurnya kira2 20tahun. Sedangkan sesudah menjadi Rasul tiada sunnah yang menunjukkan Rasulullah SAW bekerjasama dengan puak kafir pada masa itu…yang paling ada pun ialah “HUDNAH” iaitu gencatan senjata waktu perang…tak pernah rasulullah berpakat dengan kafir sebagaimana puak2 BERSIH ni berketuakan Ambeega(yang jelas disokong kuat dari belakang oleh Amerika/Yahudi melalui NED/IRI/Asia Foudation/George Soros dan lain2. Ini yang lenih teruknya puak2 Islam ni bersekongkol dengan orang kafir harbi ni untuk menjatuhkan kerajaan orang Islam.

  11. saya yakin ‘budak baru’ pun mesti ada usrah jugak kan. just wonder bab akhlak yang terpuji tidak dibincangkan ke dalam usrah……..

  12. saudara orang lama, jangan wujudkan pecah belah.. banyakkan hikmah dalam berbahasa, takut terprovoke orang sampai mereka sakit hati..
    akhlaq ketika berpuasa, bila diajak bergaduh maka katakan padanya bahawa anda sedang berpuasa.. kena selalu amalkan.

    saya setuju dengan saudara amin,
    seteruk-teruk pemimpin adalah pemimpin yang kafir, yang tidak hormat pada agama Islam.. Kadang-kadang dasar humans right pun boleh dimanipulasi oleh puak-puak kafir.

    sebelum ni tertanya-tanya mengenai campur tangan luar yang berlaku dalam perhimpunan tu. sekarang baru saya tahu.

    walaupun nampak macam pro kerajaan, tapi Isma ada pandangan sendiri. kerana tak mahu struktur dakwah rosak, maka UMNO didakwahi. Bukan dengan cara keras, bukan dengan cara melaknat, tapi dengan cara lembut dan berhikmah. Tapi dalam pendirian Islam, kita tetap bertegas sekiranya UMNO lancang mencabul agama.

    Kalau fiqh dakwah tak dijaga, dan fokus pada fiqh kenegaraan sahaja.. Maka semakin jauhlah orang-orang fasik, dan akhirnya nerakalah tempatnya. Atok, pakcik, kawan, saudara, dan lain-lain ramai je sokong UMNO. Saya taknak mereka masuk neraka hanya kerana politik.

    “Man maata la yushriku billahi syai’an, dakhalal jannah..”

    • Sy setuju yg orang umno perlu didakwahi tp bukan cara dgn mengatakan BERSIH tu kotor…seharusnya usaha membawa mrk keluar dr tmpt kotor itu yg aula…

      Yg ditentang adalah UMNO bukan orangnya…

      Yg menghina nabi di taif adalah pemimpinnya bukan anak2 yg membaling batu….maka itulah sikap yg ditunjukkan nabi pd anak cucu taif

      The only way utk mengeluarkan mrk dr kejahilan adalah menjauhkan mrk drpd orang2 yg jahil…Bukankah nak dakwahkan orang yg diluar BN itu lebih mudah?

      Siapa kata dlm fiqh daulah tiada unsur dakwah….kalau camtu, salah fahamla kita dlm membaca tulisannya…

      • Baguslah budak baru…..dia nak tentang UMNO kononnya atas nama Islam….tapi berketuakan Orang Kafir….Harbi pulak tu….dunia dah terbalik…dulu UMNO di lihat sekular kerana bekerjasama dengan MCA, MIC…dll, kini PAS dah lebih teruk dari UMNO…bukan saja bekerjasama dengan DAP yang tegar anti Islamnya tu…tapi dengan puak2 anti Islam yang didalangi oleh Yahudi/Amerika…..Bersih/Suaram/Sisters in Islam/dll….dunia…dunia

      • betul, bersih tu tak kotor. dari segi bahasa sahaja dah maklum. tapi rasa saya yang perlu ditentang bukan pada UMNO je, tapi keseluruhan Barisan Nasional serta beberapa orangnya. Dalam tu pun permuafakatan antara orang Islam dan orang kafir agak jelas permuafakatan yang membimbangkan.

        Saya setuju dengan pendapat saudara pasal fiqh daulah ada juga unsur dakwah. Tapi kadang-kadang fokus hanya pada sebahagian, tak keseluruhan.

        Sememangnya kita perlu mengeluarkan mereka dari kelompok orang jahil, tapi lagi awla mengeluarkan mereka dari kelompok kafir dulu. Saya tidak skeptikal dengan orang kafir, tapi lebih sukar untuk berhusnuzzhon dengan orang kafir berbanding orang Islam sendiri.

        Orang Islam itu melakukan maksiat kerana jahil dan pengaruh nafsu, dan semakin tua mereka semakin keras hati mereka. Macam mana pula orang muda yang masih tidak matang dan ada lagi peluang untuk dibentuk? Cuba dekati mereka, insyaAllah masa depan milik kita~

      • Sy mula faham kenapa ramai mula pakat kata pd Orang Lama utk diam dan jangan provoke…hehe…takpelah tuan..

        Orang akan menilai peribadi seorang dgn prinsip2 yg dia perjuangkan….

        Mengenai permuafakatan…well itu adalah hak masing2 utk judge..tp sebelum judge jgn hanya duduk di luar padang dan komen…itu stand sy diawal bila menegur petama kali pd entry ini

        Itu tak ubah seperti juak2 tu shj…bila berdegar2 berbicara konspirasi, rusuhan, revolusi haram…walhal mrk cuma takut…bukan kerana prinsip kebenaran yg dicari (sy lebih suka komen Saifuddin Abdullah, timb menteri umno on isu bersih…baca kan?)

        Seperti juga serkap jarang mengatakan orang islam yg bersama orang kafir terperangkap dlm agenda mereka…setakat ni (utk kerangka BERSIH) ia masih menurut syara’ dgn tuntutan2nya…sy harap kita bercakap atas realiti dan bukannya anggapan2…

        Yg realnya bila orang tu pekat UMNO…kita cakap apa pun atas prinsip islam hatta keperluan tuntutan BERSIH itu dilihat secara objektif…akan ditolaknya mentah2 kerana sentimen UMNO tu sendiri dan momokan orang jahil pemimpin mrk (suara spt Saifuddin tu mana terdengar)…sebab tulah ada keperluan sy katakan mrk dikeluarkan dr being attach to UMNO…

  13. yeke kalau melayu rugi, Islam akan rugi.rasanya, Islam x kan rugi, kalau melayu rugi.Sbb, Islam bkn hanya utk org melayu, tp pelbagai bangsa.so, ramai lagi bangsa lain yg akan perjuangkan islam sekiranya org melayu x nk.

    • Sdr Irfan,

      Saya kenal siapa kamu…..saya nak kritik jamaah yang kamu ikut…IKRAM kan…pun sama bersekongkol dengan BERSIH ni….saya setuju dengan Mahaguru58 tentang apa yang dia kata tentang IKRAM ni…maaf ya kerana terkasar bahasa…tapi pada puak2 Islam ni kadang2 kita kena kasar sikit sebab sikapnya yang salah boleh menyesatkan pengikut2nya.

      • Yela…

        Tok guru tu pun yang Orang Lama jadikan rujukan kan…siap bawa dalil2 drpd Mahaguru ni….

        Sy membaca blognya ( mengaku presiden blogger muslim…keke) dan menemplak zaid presiden jim sbg ular kepala dua….haha…orang yg takde prinsip mmg otak kosong camtu…hanya jauhari mengenal manikam…hanya orang berprinsip shj blh duduk bersama dgn pemerintah dan pembangkang…Bersama menentang IFC krn unsur yg dibawa…Bersama membawa BERSIH krn unsur yg dibawa…tu yg terbaik!!! hidup berprinsip syariah…

        Hehe

      • +Lebih baiklah saya quote dari Mahaguru ni daripada saya jadi pengikut Ambeega…..haha sudah2nya depa ni jadi pengikut Ayah Pin pulak…semua agama sama hehe

  14. Sesungguhnya kesyirikan adalah KEZALIMAN yang BESAR!

  15. dah umat islam yang tak mahu kedepan menjuarai isu keadilan, lepas tu kita rasa terkilan bila orang bukan islam mengetuai isu rakyat yang di zalimi. kita hanya pandang dari jaug n tahu mengomen. Bila di ajak bersama2 mcam2 alasan. Fikir2kanlah

    • orang lama :

      saya juga tersenyum melihat komen2 anda.. seolah2 semua NGO2 Islam di Malaysia termasuk parti Islam salah.. mereka tak belajar agama agaknya ya? mereka tak fikir dulu ye? mereka tak syura dulu ya? mereka semberono buat keputusan kot? hihi…

      dan seolah2 anda sahaja betul, pandai ilmu agama.. dah mula kritik jemaah lain.. senyum saya dengan sikap anda..=)

      nampaknya ISMA semakin jauh untuk mencapai “melayu sepakat”… owh, mungkin nak jadi ghuraba’..

      saya juga kenal ISMA dan ahli ISMA… ramai jugak yang sokong BERSIH sebenarnya… saya tersenyum lagi =)

      • encik senyum;
        apa2 strategi gerakan adalah ijtihad masing2…. ijtihad lahir bila amal dakwah berkembang…. namun ia tidak kebal dari kemudaratan dan kelemahan….

        teguran, pesanan, ingatan org sepatutnya menjadi sesuatu pelajaran utk lebih matang dan mendewasa….

        kita bukan sedang bercakap ttg perkara qat’ie atau perkara usul agama, tetapi perkara ijtihadi

        ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain

        jadi, bukanlah org yg menegur atau x bersama dalam berberapa perkara adalah kerana utk menjatuhkan….

        kita masing2 risaukan, nak perbaiki , nak jaga dan nak angkat balik muslim dan ISLAM…

      • +sdr senyum,
        Perlu saya jelaskan disini, saya bukan ahli Isma, tapi kalau pandangan saya sama dengan Isma maka saya yakin itu menunjukkan Isma berada diatas landasan yang betul dalam menempatkan diri dalam realiti politik Malaysia.

        Pasal NGO Islam sokong Bersih ni janganlah sdr buat saya tersengeh ni, tolong tengok fakta betul2…dalam 62 NGO yang bersekongkol dalam Bersih2.0…berapa ada NGO Islam…cuba ssdr perhatikan senarai dibawah:

        1. Aliran
        2. Anwar Ibrahim Club (AIC)
        3. Amnesty International (Malaysia)
        4. AWAM
        5. Council of Churches Malaysia (CCM) Youth
        6. Centre for Independent Journalism (CIJ)
        7. Child Development Initiative
        8. DEMA
        9. Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (Jawatankuasa Hak Sivil)
        10. Educational, Welfare and Research Foundation Malaysia
        11. Empower
        12. Friends in Conversation (FIC)
        13. Federation of Indian Non-Governmental Organisations
        14. Good Governance Penang
        15. Group of Concerned Citizens (GCC)
        16. Indian Malaysian Active Generation (IMAGE)
        17. Independence People Action Committee (IPAC)
        18. Islamic Renaissance Front (IRF)
        19. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
        20. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
        21. Klang Consumer Association
        22. Komuniti Masyarakat (KOMAS)
        23. Kumpulan Akhbar Independen (KAMI)
        24. Labor Resource Centre (LRC)
        25. LLG Cultural Development Centre.
        26. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
        27. Malaysian Association of Indian University Graduates
        28. Malaysian Dravidian Association
        29. Malaysian Hindu Youth Council
        30. Malaysian Indian Development & Unity Association
        31. Malaysian Indian Historical Association
        32. Malaysian Tamil Forum
        33. Micah Mandate (The)
        34. Movement For Change, Sarawak (MoCS)
        35. Oriental Hearts and Minds Institute (OHMSI)
        36. Penang Independent Schools Educataion Society.
        37. Permas
        38. Persahabatan Semparuthi
        39. Persatuan Alumni Han Chiang, Malaysia.
        40. Persatuan Alumni Han Chiang, Pulau Pinang.
        41. Persatuan Hak Asasi Manusia (HAKAM)
        42. Persatuan Pengguna & Sosial Daerah Petaling Jaya
        43. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
        44. Research for Social Advancement (REFSA)
        45. Rumah Anak Teater (RAT)
        46. Sahabat Wanita
        47. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
        48. Sembang-sembang Forum
        49. Sisters in Islam (SIS)
        50. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
        51. Southeast Asian Centre for e-Media
        52. Students Reserve Unit (SERU)
        53. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
        54. Tamil Foundation Malaysia
        55. Tenaganita
        56. The Micah Mandate (themicahmandate.org)
        57. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
        58. Women’s Aid Organisation (WAO)
        59. Women in Disability Association
        60. Women Institute for Research Development and Advancement (WIRDA)
        61. Writers’ Alliance for Media Independence (WAMI)
        62. Youth for Change (Y4C)

        Saya mengkritik Ikram dan sekutunya JIM sebab hanya ini saja 2 NGO Islam yang tersenarai dalam BERSIH2.0 ni, kecuali kalau sdr nak sebariskan sekali Sisters in Islam sebab ada nama Islam tu.
        Cuba perhatikan NGO yang lain2….semuanya tegar menentang Islam dan punyai agenda tersendiri dengan didokong oleh Amerika/Yahudi/NED/IRI/George Soros/dan segerombolan dengannya.

        AlhakkuminRabbikk! Yang hak itu dari Allah dan bukan dari Rijal…walaupun Tok Guru…tapi tetap rijal dan punya kelemahan!!

      • Tkasih kpd saudara Orang Lama atas maklumat ini.

      • Hurm…moga ahli isma yg lain pun bersetujulah dgn corak pemikiran saudara…

        Pernah juga ada yang sokong komen saudara…

        Skrg ni pun pakat diam jer semua seolah suka dgn corak saudara berfikir (kecuali yg ibnu ghazali pernah tegur)

        Diam tanda setuju barangkali… (komen ini utk keseluruhan percakapan saudara dlm entry ini)…

        p.s: like counter argumen “cermin”🙂 …cakap tak serupa bikin…baik yg menulis mahupun yg mendiamkan tindakan

      • +Sdr budak baru,

        Saya berhujah bukan untuk mencari populariti….jauh sekali untuk menang…apa ertinya menang berhujah tapi Islam di kotakkatikkan oleh orang lain….
        Apa yang saya perhatikan hujah2 yang tidak setuju dengan saya ialah mereka bersandarkan kepada taqlid pada orang lain….dah disyura la…siapa anda, tok guru pun tak kata gitu ( with due respect to all)….soalnya saya peduli apa…semua ada akal…bila fakta didedah fikir sendirilah.

      • saya rasa, pd pendapat saya – ISMA menyokong tuntutan Bersih
        tetapi bukanlah dok berdiri mempertahankan tuntutan Ambiga …

        AKhirnya Ambiga yg mendapat title “Heroin” BERSIH pada mata ummat Islam ..

        padahal terang2 membawa agenda LIBERALISASI ke malaysia

        saya xfaham sekiranya kita menyatakan IFC itu bukan gerakan LIBERAL

      • Well…sy tak pernah menganggap ambiga tu heroin…tak tahulah kalau orang isma nampak semua org BERSIH camtu….

        Mcm sy kata…ambiga mati pun…sy heran apa….k rajagopal meninggal…owhh satu kehilangan permata yg telah menyuburkan bola malaysia!!!!

        Tengok x liverpool lwn malaysia…power gila free kick tu…mcm ala2 beckham laa…hahaha

  16. besh2~ i like..

  17. eh.. ISMA? dah terbukti dulu perangai dan akhlak mereka time ‘membawa lari’ usaha dari JIM… xperlu kata apa dah~

  18. Assalamualaikum.

    Kelakarnya time BERSIH 2.0 pula nak sibuk2 pasal murtad. Dan lagipun si AMBIGA tu non muslim, as well dia bergerak menurut hak asasi dia.

    Sometime kita kena fahami siasah syariyah. Bukan hanya melihat Ambiga itu dari sudut sempit. Kita nak berbicara tentang apa Malaysia ini? Islam? Undang-undang Islam? Non Muslim? Sekularisme? Pluralisme? Khilafah? Or others.. semuanya dah terburai di tanah air kita.

    Tiba-tiba mainkan isu murtad at the same time kita sebut tentang 8 tuntutan BERSIH yang logik itu menunjukkan kita tidak matang menggunakan pemerhatian kita sepanjang umur sepanjang kita hidup.

    Setiap tahun di Parlimen ahli parlimen PAS membawa usul berkenaan dengan undang-undang Murtad atau menyentuh isu sensitif ini. Tapi apakah yang dilakukan oleh kerajaan? Useless!!

    Then kita tiba2 nak jadi hero dengan menjerkah AMBIGA KAFIR LAKNAT dalam masa yang sama kita menyokong tindakan USELESS dari pihak kerajaan dalam isu ini.

    Oh my god! Sekali riuh dengan mulut mahu menghentam AMBIGA and at the same time masih menyokong tindakan USELESS dari pihak kerajaan dalam isu ini.. What daaaa…

    Mereka yang menjerit2 menjerkah AMBIGA seakan mahu membina negara ini baik keseluruhannya dan MUSLIM seluruhnya dan sempurna dalam masa 1 hari. Betul2 nothing!

    Waqi’ikan pandangan kita dengan persekitaran, sebab tu kita ada yang dinamakan:

    1. DASAR
    2. USLUB
    3. GHAYAH (MASA PENDEK ATAU PANJANG)

    Tak perlulah menjadi kelam kabut nak bawak tiga2 hal ni dalam keadaan kononnya faham ISLAM SECARA KAFFAH.

    Kita buat kerja dengan kita nak lari dari kotak umat. Kita cakap pung pang2 ISLAM SECARA KAFFAH di luar kotak umat. Sedangkan mereka ini bermacam latar belakang. Kena tahu awlawiyatnya.

    Sekian

  19. orang lama:
    nampaknya anda memeningkan org tentang isu bersih.isu mudah sahaja.BERSIH menuntut pilihanraya dijalankan secara bersih(seperti dlm tuntutan).
    anda nampak celaru apabila mengaitkan “org Islam mengangkat ambegaa menjadi ketua”.
    adakah apabila tuntutan BERSIH ditunaikan,ambegaa akan jadi PM?adakah ambegaa akan jadi pres PAS?
    org Islam tak akan sesekali meletakkan wala’ kepada org kafir,tetapi mungkin boleh bekerjama dalam isu kebajikan,keadilan dan dll.
    saya kira org lama boleh bezakan.
    kenapa masih ada org berfikir utk bergabung dgn UMNO? sebelum bergabung kita kena fikir atas dasar apa? kalo atas dasar keadilan dan menentang kezaliman,maka lebih awla UMNO masuk PR sbb itu yg sdg berlaku skrg.
    beramal lah.masing2 akan dinilai diakhirat kelak.
    -bersama kepimpinan ulamak-

  20. Saya puji sikap ustaz dan ISMA yang bermatlamat memperjuangkan Islam dan sentiasa cuba menghalang anasir-anasir luar dari merosakkan kesucian Islam.

    Namun, saya berpandangan tulisan ini penuh dengan sangkaan-sangkaan tanpa pembuktian. Bagaimana mudah orang hendak menerima dakwaan-dakwaan sebegini sedangkan realiti yang berlaku di depan mata tidak menggambarkannya.

    Adakah hanya ahli-ahli ISMA sahaja yang ‘terpilih’ dan dipilih oleh Allah untuk melihat ‘kebenaran’nya sedangkan yang orang lain tidak?

    “Pimpinan islam juga dikelirukan antara keadilan islam dan kesamaan barat”

    Siapakah pimpinan Islam yang cuba dimaksudkan di sini? Sudahkah ustaz bertanya sendiri kepada ‘pimpinan Islam’ ini atas dasar tindakan mereka? Mungkin kita perlu sama-sama lebih menghormati serta bersangka baik terhadap pimpinan Islam terutama dalam kalangan ulama’ yang sudah jelas ketinggian ilmunya dan luas pengalamannya berbanding kita.

    p/s: atau taraf ustaz lebih tinggi dari ulama’2 ini? maafkan saya.

    • Saya tak akan menulis jika tak ada fakta dan hujah. Saya tak berniat merendahkan sesiapa juga x berkata saya lebih tinggi. Tetapi itu tak menghalang saya memberi pendapat. Mereka manusia, saya juga manusia.Kita tak lari dari kesilapan. Ya, saya juga bergaul dgn pimpinan2 islam yang ada. Saya bukan membuat sangkaan.

      • Salam

        Sy nak tau sumber fakta2 tu boleh? Nak kaji dan belajar…sumber bertulis atau lisan??

      • Carilah dalam internet

      • Salam Hani,

        Marah nampaknya , yang akh Amin cakap tu betul.

        Benda-benda ini kita tak boleh faham melalui sifir lain drp sifir politik.

        Sebenarnya sifir politik Malaysia ini bak kata Hishamidin Rais di gerakkan oleh Anwar dan Najib, pertarungan antara ke 2nya. Sejak Anwar berlindung di Kedutaan Turki sahaja.

        Kenyataan akh Amin cuma supaya menggalkkan PAS supaya tak tertinggal dalam permainan politik ini. Ambiga dan harris Ibrahim dah ke depan takkkan PAS nak tengok sahaja.

        Kenapa Ambiga jadi ketua Bersih 2?

        Nampaktak akibatnya – begitu ramai Cina dan India sama-sama menyertai Bersih 2 tak macam Bersih 1, sampai Marina Mahathir pun join.

        Kalau tanya ana kalau buat PRU sekarang rasanya PR akan menang 115-120 kerusi Parlimen drp 222 kerusi.

        jadi NGO-NGO islam perlu bekerjasama dengan PAS supaya majoriti kerusi adalah PAS.

        W.A.

    • Alahai sdr Nazri,

      Sifir politik anda masih mau Pas dalam PR…..Sdr sanggup mengambil risiko jika PR menang PAS masih tidak dominan….maka ditagih pihak NGO Islam untuk menyokong tanggapan sdr bahawa BN akan kalah…..Bagi saya BN akan terus menang dan UMNO akan menang lebih banyak kerusi melalui undi Melayu….begitu juga DAP melalui kerusi Cina….tapi yang akan banyak hilang kerusi ialah PAS…kerana orang Melayu atas pagar tidak suka PAS menukar konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan….kerana apa…Pas dilihat tidak konsisten dengan prinsip perjuangannya.
      Dulu Pas menolak UMNO kerana UMNO dikatakan sekular dan nasionalis….kini Pas tidak lagi boleh kata begitu kerana Pas telah tidak lagi berjuang untuk Negara Islam dan golongan Ulama diketepikan.
      Ini ditambah dengan isu2 lain seperti mempertahankan Anwr dalam isu video, terlalu tunduk kepada DAP dan juga prestasi Pas dinegeri2 yang diperintah tidak nampak kelebihan dari semasa pemerintahan UMNO…kan gitu

  21. sy mengikuti perbahasan,komen dan juga pendapat2 anda semua…tp semakin lama,saya nampak ada yg terlalu jauh drpd topik perbicaraan sampai buleh keluar komen2 sebegini…

    ”Saya kenal siapa kamu…..saya nak kritik jamaah yang kamu ikut…IKRAM kan…pun sama bersekongkol dengan BERSIH ni….saya setuju dengan Mahaguru58 tentang apa yang dia kata tentang IKRAM ni…maaf ya kerana terkasar bahasa…tapi pada puak2 Islam ni kadang2 kita kena kasar sikit sebab sikapnya yang salah boleh menyesatkan pengikut2nya”

    Bahaslah secara berhemah,beretika dan berakhlah tentang Bersih…pokok perbincangannya Bersih,bukan jemaah mana salah mana betul mana berpakat mana bersekongkol.

    1 lg quote:
    tapi pada puak2 Islam ni kadang2 kita kena kasar sikit sebab sikapnya yang salah boleh menyesatkan pengikut2nya”

    saya nampak ini bertentangan dengan pendirian utama sang pengkomen,yang mana nak utamakan dakwah secara lembut dan berhikmah kepada sesama muslim sendiri,kenapa dalam kes sesama muslim tetapi hanya berbeza pendapat waima jemaah,kekerasan yang diyatakan tu seolah2 melebihi kekerasan pada bukan muslim yang disebut(ambiga dll)

    Saya nampak kalaulah prinsipnya totok untuk mengutamakan muslim lebih daripda bukan muslim,pendirian/pendapat/kekerasa/provokasi terang-terangan ini tidak sepatutnya berlaku…

    Ini yang saya nk tekankan,kalaul hanya dalam komen blog ni pon sudah berlarutan salah-menyalah antara sesama muslim,manakan tidak sampai suatu tahap muslim sendiri berpecah.
    Datanglah fiqh hebat mana sekalipun,bahasa arab dan ungkapan2 setinggi mana pun..tapi kalau kalimah ‘berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan berpecah belah’ tak dapat dilaksanakan,kita masih teramat-amat jauh untuk mengusahakan titik persamaan dan persefahaman sesama muslim.Perkara ni tak perlu ikut usrah 7-8 tahun,amal dakwah sampai pelusuk kawasan ceruk,buku teks tingkatan 4 pon dah ditinta kemas.

    wallahualam…iA debat2 dan perbahasan kita berjalan lancar

    • Sdr cermin,

      Kalaulah perkara sebesar ini iaitu soal menjadi alat kepada musuh2 Islam saudara mau saya bercakap lembut juga jawabnya tak sampaikah mesejnya. Ini bukan soal kecik anak…ini soal Jemaah Islam yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi dari maklumat yang didapati mereka menjadi alat kepada agenda besar Yahudi/Amerika, apa sdr saya mau bercakap lembut juga?

      Cuba saudara perhatikan senarai 62 NGO yang menjadi ahli kepada Bersih2.0 ni…Berapa ada NGO Melayu…dan orang Islam.? Saya nak tanya dimana mereka semasa demo tempoh hari…mengapa lebih 80% yang berdemo adalah orang Melayu Islam…anak2 muda yang dibakar emosi mereka oleh puak2 berkepentingan atas nama Islam sedangkan orang lain yang berkepentingan bertepuk tangan…..Cuba tanya diri sendiri…mengapa ada demo di Australia….UK…dan beberapa negara lain termasuk Mesir (ini kes lain sebab PMRAM yang pemikiran mereka telah divirus dan susah nak tukar…maaf ya)…menunjukkan rangkaian mereka telah begitu luas…tujuan cuma satu…memburukkan kerajaan Malaysia.

      Ini bagi saya adalah sama dengan orang yang menebuk kapal dan bila kapal tenggelam nak disalahkan nakhoda……inilah cerita berulang sepnjang sejarah kejatuhan Islam dimana mana….orang Islam sendiri yang menjatuhkan diri sendiri!!
      Semoga Allah menyedarkan kita semua!

      • “ini soal Jemaah Islam yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi dari maklumat yang didapati mereka menjadi alat kepada agenda besar Yahudi/Amerika,”

        Tu yang kena kasar tu…. kata Orang Lama

        Yela…UMNO mana ada sifat begini….mereka tu nasionalis tulen yg tiada mengikut agenda sesiapa…tulus suci niat mereka…jadi mereka kena kita dekati dgn lemah lembut penuh hikmah

        Hahaha!!! satu lagi kenyataan celaru antara furu’ dan usul…..antara kawan dan teman….daripada Orang Lama (Ada yang nak backing ke?)

        Kalau berani mengaku silap….saya tabik!

      • Sekurang2nya NGO islam tak bersama dlm barisan….tp suara press statement mrk begitu lunak sekali bersama kumpulan BERSIH ini….

        Inilah kebersamaan dan kesepakatan yang ingin dilaung2kan bukan?? Alhamdulillah saya tabik kebanyakan NGO Islam tulen yang lama di Malaysia

      • Sdr budak baru,

        Rasanya saya perlu beri sedikit penjelasan tentang statement saya ” soal Jemaah Islam dan konon memperjuangkan Islam” yang ditimbulkan saudara tu. Perkataan ‘konon’ yang digunakan merujuk kepada penglibatan NGO2 Islam tersebut didalam Bersih2.0 dan bukan menafikan perjuangan Islam yang mereka dokong. Pada saya what is so Islamic dalam perjuangan BERSIH ini.

        Saya perhatikan ada anak2 muda NGO2 ini memberikan komen2 dalam facebook mereka menggambarkan seolah2 tindakan2 polis seperti mengepong para pendemo Bersih sebelum atau semasa demo tersebut di samakan dengan tindakan Quraish mengepung Rasulullah SAW an sahabat2 dahulu. Nak gelak pun ada, kesian pun ada….sedih pun ada.

        Agaknya budak baru pun anggap gitu kut….hehe….kalau mati dalam demo Bersih mati syahid. Sorry ya budak baru…penjelasan ini perlu memandangkan saudara kini sudah tak ada point lagi selain memutarbelitkan hujah2 saya…huhu

      • Hahaha….salah sekali sikap sy terhadap peristiwa BERSIH…sy takkan camtu

        Buruk betul sangkaan pendakwah bernama Orang Lama

        Membuat blanket statement terhadap semua yg bersama BERSIH…sedihnya melihat kome….sy salah untuk anggap orang UMNO ni hopeless…bila nak kata kena keluarkan mrk dr UMNO utk mudahkan dakwah dikatakan salah tindakan kerana yg membuat onar itu sebahagian pemimpin mrk shj (the point is jgn generalize)…tp bila dgn sy dan orang pro BERSIH…mrk tu sama jerr….

        Mcmla org di medan tahrir sama sikap/sifatnya…tp siapa yg keluar berdemo kata kami bersama mesir….orang ISMA antaranya….we don’t generalize the people…we generalize the agenda…jika agendanya baik, maka semuanya baik….

        Malu sy berdebat dgn sy anggap seorang yg tua dan dah sepatutnya faham Islam dgn sebaiknya…Ohhh inilah umat Islam yg ada…

      • Aikk…siapa persoalkan perkataan “kononnya”

        -Geleng kepala-

        Tak nampak hujah sy rupanya Orang Lama ni….shadeee (siannya bhs asing)

  22. aik.. ana punyer komen lame sgt nk tapis.. dalam isma pon ana tgk korang xgalakkan mad’u tau sejarah mcm mane isma ni terbentuk.. sampai ade yg menafikan sejarah… bila starting dah xbtol tu mengaku je la.. ini sampai tikam jemaah lain.. tabligh pon xde buat mcm ni.. ikram dan tabligh walau x sependapat xde plak main tikam2 oraganisasi lain..

  23. ” Jangan Sudah terhantuk baru tengadah ” – berFikirlah dengan baik …
    jangan tertutup mata dengan politik kuffar (politik kepartian).. Tetapi bukalah mata dengan politik Islam (Politik yg menguntungkan Islam)..walaupun jalannya lambat, tetapi ia tidak pernah merugikan …

    Saya harap selepas berdebat-berdebat ni ..
    ada hasilnya ,
    ada usaha kita untuk Islam …

    Kembalilah menginsafi kelemahan kita

  24. Siapa yg prominent ek dalam PR ?

    http://blog.limkitsiang.com/2011/07/14/ramadan-ban-lands-pas-and-dap-in-the-soup/

    • Satu lagi penghukum dilahirkan dalam dunia pendakwah….

      Orang melihat hujungnya….bukan awalnya….

      Kita tengoklah nanti…mungkin azizan akan cave in dan menyerah pd LKS ni….dan patuh pd dia utk tidak menghormati ramadan…wllhm…mungkin itu yg Siapa nampak akhirnyaa….

      Mungkin Siapa boleh cabar UMNO pun buat benda sama di seluruh negara laa…baru la kita tengok sapa masuk sup mana….🙂

  25. Salam,

    Betul tu cermin.

    Dikongsikan pemikiran bernas Ustaz Hasrizal Jamil

    Jernihkan fikrah sebelum berdakwah.

    http://saifulislam.com/?p=1964

    W.A.

  26. @saudara gc…
    ”’kita masing2 risaukan, nak perbaiki , nak jaga dan nak angkat balik muslim dan ISLAM…”
    IA kita semua sgt2 berharap untuk mengangkat kembali islam dan muslim itu sendiri..mudahan-mudahan ya iA.amal dakwah yang pelakunya adalah insan,pelupa dan lemah..begitu juga lah amal dakwah yg saudara ckp akan senantiasa ada kelemahan dan kemudharatan..teguran2 dan pembaikan perlu kita perjalankan dengan lancar supaya setiap sisi teguran ini menjadi salur berhikmah untuk kita sedaya upaya menutup ruang kelemahan,dan iA tidak pula semakin membuka ruang perpecahan🙂

    @saudara org lama
    ”Perlu saya jelaskan disini, saya bukan ahli Isma…..

    jgn risau saudara,kalau diperhalusi komen saya dari awal,tiada lansung perkataan ,huruf dan ejaan yang menterjemahkan mana2 jemaah,kerana itu bukan titik sasaran saya untuk memanah,menembak malah menempelak.

    Pada pendapat saya,Penglibatan Ngo2 campuran bukan Islam dan Islam,lahir akibat tuntutan yang sama terhadap sesuatu perkara.Ini sejarah yang tercipta berulang-ulang kali bila masalah pokoknya tak selesai.

    Rashid Maidin pernah berjuang atas nama Parti Komunis Malaya..ini sejarah.
    :”Agama adalah candu dunia”,dipetik kata2 Karl Max yang nak memisahkan prinsip ketuhanan dlm Komunisme..ini juga sejarah.
    Rashid Maidin pernah dilihat solat ketika masih dlm PKM…ini juga sejarah(rujuk novel sejarah tingkatan dua)

    Khilafa Turki Uthmaniyyah menjadi pakatan dengan Kerajaan German dalam Perang Dunia Pertama..ini juga sejarah.

    Saya tidak bermaksud untuk berfatwa menghalalkan kerjasama muslim-non muslim,juga tidak sama sekali menghentam kerjasama ini…namun perkaranya pokoknya sama iaitu;

    ‘Kekuatan yang sepatutnya kita peroleh drpd sesama muslim itu sndiri tiada’
    Sebabnya tidak perlu diterangkan…masing2 faham dan telah lama faham.

    Berkata muawwiyah pada Raja Nasrani yang berhasrat mahu mengambil peluang atas konflik antara pihak Ali dan pihak muawwiyah;
    ”Jangan kau tertipu dengan perbalahan kami,jika kau menyerang Ali,maka aku yang paling hadapan akan memerangimu”

    Persoalan perbezaan masalah ijtihad akan terus2 berlaku dalam amal dakwah,kerana manusia hanya mampu mengeluarkan satu drpd berpuluh2 ijtihad,sedang yang trbaik hanya Allah s.w.t mengetahui..tapi adakah kita ini mampu menjadi Saidina Ali dan Muawwiyah?

    Jika penglibatan 2 NGO besar diatas menjadi 1 isu yg sangat kronik sampai x mampu diselesaikan,sebaiknya perhalusi dasar2,polisi2 yang telah mereka sepakati supaya jelas kenapa dan mengapa

    ‘Ali mencuri kelapa’…
    ya..ini fakta.
    namun islam tidak mengajar kita menilai hanya fakta..
    mungkin Ali lapar,dipaksa diugut diancam nyawa
    Maka sebab itu islam mengajar kita mencari ‘kenapa’ dan ‘mengapa’

    wallahualam:)

    berfikir sejenak(selingan sj ye):ramai yang cadang perlu bergabung UMNO-PAS..alhamdulillah jika kesannya positif bukan eksploitasi,
    apa kata kita cadang sebelum UMNO-PAS ni gabung,NGO2 Islam sebagai tauladan bergabung dulu……
    mungkin jawapan2 yg ada ialah;
    a)jduduk semeja,syura,jom!
    b)kita kekal seperti biasa lah kot,hormat masing2
    c)matlamat penggabungan mesti kena jelas,x guna gabung kalau lagi kucar-kacir
    d)mengikut fiqh ini,berdasarkan hujah itu,mengikut buku ini,mengikut kitab itu,mengikut kami,mengikut mereka,mengikut dia……bla3,xperlu gabung.
    e)eh,nak pakai name ape eh,rugi la kalau branding kita hilang…jaket,logo semua nak kena jahit balik

    ;P

    • Suka saya komen cermin ni….mature n terangkum….

      Suka analogi Ali tu….Membangkitkan analitikal thinking yang tenang spt yg berlaku dlm keretapi bawah tanah yg diceritakan Stephen Covey psl lelaki dan anak2nya bising…pradigm shift yang tinggi bila tau kenapa lelaki tu duk melangut biarkan anak2nya memekak dlm keretapi…siapa tak tau cari2 tau di internet.

      @gc: Hurm bila fikir2 balik bab ijtihad ni…tak pernah ada ulama’ yg berbeza ijtihad menjatuhkan antara satu sama lain (itu nombor satu)….kita bincang perkara ijtihad rupanya, ada ustaz dlm komentas sini kata ini masalah usul (itu nombor dua)…orang yg menegur utk discreditkan ijtihad kumpulan lain tu cuma golongan yg u know who (itu nombor tiga)….Jom kita analisa komen2 pro kpd tuan amin yg diberikan….mrk tak mencerminkan orang2 menerima kepelbagaian ijtihad…melainkan kalau kita lihat komen2 yg pro tu pun tak sama kapal pemikirannya…

      I LIKE!!!!

    • +Sdr cermin dan yg lain2,

      Kekadang saya tertanya2 akan penyebab mengapa ummat Islam sukar bersatu dan sentiasa berpecahbelah walaupun mereka faham bahawa:

      1. Umat Islam itu bersaudara
      2. Perintah Allah supaya “berpegang pada tali Allah dan JANGAN berpecah belah.
      3. Tokong menolong dalam kebaikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam dalam perbuatan dosa dan permusuhan.

      Ini merupakan perkara KULLIYAT dalam agama. Cuba teliti beberapa maqasid ibadah….

      1. Mengerjakan ibadah haji- semua ummat yang mengaku Islam tanpa kecuali layak dan diwajibkan untuk menunaikan ibadah ini. Apabila ditanah suci semua dianggap sama tanpa mengira pangkat dan darjat. Disini ada orang UMNO, PAS, PKR(yang Islam), Abim, Jim,Ikram, Isma, PUM….namakan saja…semuanya punyai matlamat yang satu iaitu menjadi tetamu Allah di bumi yang suci itu. Tidakkah maqasid ibadah ini merupakan puncak kepada kesatuan ummat?

      2. Solat berjamaah dimesjid…merupakan fardhu kifayah…tiada tujuan lain untuk membina kesatuan ummat diperingkat qariah. Orang UMNO, PAS, dll berdiri di saf yang sama (Ambeega tak boleh)…hehe

      3. Memberi salam sesama muslim…tidakkah bertujuan mewujudkan hubungan yang intim antara sesama Islam tanpa mengira Pas ke, Umno ke, Abim ke, Isma ke, Jim ke, Ikram ke, PUM ke pendekata ibadah yang simple tersebut mengajar kita membina hubungan persaudaraan Islam

      4. Berusaha memperbaiki hubungan dua orang atau kelompok yang berbalah…hatta ada kalanya dibolehkan berbohong demi mencapai matlamat mengembalikan hubungan mereka.

      5. Hatta dalam soal seorang gadis yang telah bertunang dilarang untuk orang lain masuk meminang demi menjaga hubungan sesama muslim agar tidak retak.

      Pendekata apa sahaja ibadah yang diperintahkan Allah tidak ada lain ialah untuk mewujudkan kesatuan ummat sesama aqidah.

      Tidakkah kita semua sedar bahawa ummat Islam itu bersaudara!!

      Makanya saya hairan mengapa PAS dan UMNO dan yang lain2 tidak boleh bekerjasama atas semangat KEPENTINGAN AGAMA sesuai dengan maqasid ibadah yang telah saya sebutkan itu. Tidakkah mereka memahami bahawa ibadah yang Allah perintahkan kepada mereka adalah untuk menyatukan hati2 mereka. Mengapakah mereka berpecah-belah.

      Hinggakan kini sudah boleh bekerjasama (bertahaluf) dengan orang kafir untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Tidakkah faktor politik mengatasi segala2nya.

      Kita juga melihat perpecahan dikalangan jemaah2 Islam….Ikram, Isma, Haluan, hanya atas dasar berbeda pendekatan berdakwah boleh bermasam muka antara satu sama lain……anak2 muda pengikut saling mengelak bekerjasama dalam soal kebaikan…..mengapa ini semua boleh terjadi. Sedangkan bilangan pengikut masing2 masih kecil dibandingkan dengan tanggungjawab dakwah yang ada.

      Itu belum diambil kira dengan jemaah2 lain seperti Tabligh, Hizbut Tahrir, Salafi dsbnya

      Dalam soal hendak menjatuhkan kerajaan BN (UMNO dominan) nak digantikan dengan PR (PAS tidak Dominan)….apakah tidak boleh demi kepentingan agama kita sama2 berpakat Islah kan saja kerajaan yang ada. Saya pasti Islam akan jadi lebih kuat dan dominan di Malaysia. Sedangkan ada pandangan ulama2 yang mengharamkan menjatuhkan kerajaan orang Islam. Saya tau ada orang geli dengan statement begini tapi saya yakin the way forward di Malaysia ialah KESATUAN UMMAT DAN MENGISLAH KERAJAAN YANG ADA.

      Sedarlah perpecahan ini sesuai dengan agenda musuh kita yang sebenarnya iaitu Yahudi/Nasara yang di ketuai Amerika dan sekutu2nya.

      Sedarlah kita semua bersaudara…sedarlah darjat kita disisi Allah tidak diukur di kelompok mana yang kita berada tapi sejauh mana taqwa kita kepada Allah SWT.

  27. Moga kita tidak termasuk dlm golongan yg terpedaya dgn berita arus perdana.

  28. aduhai nak tergelak pun ada tengok perbincangan dalam ni .. ada yang menyamakan pemerintah dalam negara ni macam khalifah umawiyah di sepanyol , atau turki uthmaniyah . walhal umno tu sendiri adalah alat remote penjajah untuk menguasai khazanah negara selepas mereka dipaksa keluar oleh perjuangan rakyat melalui pkmm , awas , api , dan lain-lain .
    british kemudian mencipta malayan union untuk melupakan orang melayu dari menyokong pkmm , awas dll dan mengangkat PEKEMBAR dan dato Onn yang dilihat menentang malayan union.
    formulanya mudah golongan yahudi dan nasoro tidak akan membiarkan golongan yang benar – benar membela rakyat itu naik , sebaliknya mereka hanya mahu golongan yang boleh menjaga kepentingan yahudi dan nasoro yang akan memegang tampuk kuasa . umno dan gerombolannya adalah alat remote yahudi dan nasrani dan yang akan menggantikannya juga adalah alat remote jugak tak kira dari group mana .
    mungkin pas dan anggotanya akan jadi seperti PKMM , AWAS dan API . mereka yang dikerah ke jalan raya tapi bila dapat kuasa mereka akan ditolak ketepi seperti Dr Burhanudin alhelmi , Ahmad Boestamam , dan lain-lain .
    tengoklah siapa yang dihadap oleh najib lepas dia membantai orang malayu yang join bersih . ratu british dan pope benedict tak kah ia menjelaskan umno selama adalah remote control kepada negara bekas penjajah dan juga nasrani yang berpusat d rome . kira lawatanya nak minta nyawa supaya mereka ini dikekalkan dan tidak diganti dengan remote control yang baru .

  29. Bersetuju dengan tuntutan Bersih 2.0, tak bermaksud perlu turun demonstrasi bersama. Tapi orang selalu kata, “cakap je lebih, action sikit pun takde”

    Bila Isma put into issue, sebab nape tak turun.. Orang mempersoalkan kredibiliti mereka. Ibarat pak turut kepada kerajaan yang makan suapan.

    Tidak turun demonstrasi Bersih 2.0, tidak bermaksud bersetuju dengan kerajaan.

    Dan tak dikatakan langsung dalam artikel, bahawa yang turun Bersih 2.0 tu penyokong Ambiga. Isma tak merendahkan orang yang pergi Bersih pun, tapi orang lain menerima artikel-artikel dan status-status ikhwah ISMA sebagai satu provokasi kepada mereka.

    Setiap amal itu bermula dengan niat, dan setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan. Bila satu umat kena bala, orang yang berniat baik pun akan kena sama. Dan diakhirat Allah bagi ganjaran kepada mereka. Tapi, niat yang baik perlu dilandaskan atas kefahaman yang jelas, supaya nanti tak jadi mangsa orang kafir yang berniat jahat. Wallahua’lam.

    harap isu ni tak diperbesar.

  30. saya tertarik dan tergerak hati untuk ambil salah satu petikan nukilan akhi aminuddin iaitu;

    `Fikiran rakyat tidak lagi diisi dengan ilmu yang mantap sehingga begitu mudah dikaburi oleh ism-ism yang diperjuangkan barat dengan menyangka bahawa itulah islam`

    kejernihan fikrah itu perlu,kerana kita tak mampu mengubah diktator,kuku besi malah suatu sistem yang rosak,kerana perkara sama bakal berlaku jika pengganti dan penerusannya adalah daripada celupan yang sama.

    `ada yang menyamakan pemerintah dalam negara ni macam khalifah umawiyah di sepanyol , atau turki uthmaniyah…“
    jgn tergelak saudara sam,adab perbincangan dan menyuara pendapat sebaiknya diisi dengan hormat dan lapang dada:)malah kalau 1+1 dikatakan 3 sekalipun,hak yang kita perlu tunaikan ialah menghormati pandangan dan menerima perbezaan:)

    mungkin bukan menyamakan kot tp sy rsa mungkin ini berkenaan ulasan yg mana nk menekankan kita akan perkara/kesilapan/kelemahan dll yg bakal berlaku jika situasi sama berulang,namun jalan selesainya juga tidak berubah..wallahualam

    `Tidak turun demonstrasi Bersih 2.0, tidak bermaksud bersetuju dengan kerajaan…“

    Berdasarkan kenyataaan ini,sy rasa ada benarnya kita tidak boleh menghentam siapa yang tidak turun Bersih 2.0..

    `Isma tak merendahkan orang yang pergi Bersih pun`

    tapi kenyataan ini mungkin menjadi ralat bagi yang turun Bersih,sebab ada isu baru2 ini adanya rakaman kenyataan,menyatakan Bersih menghalang aktiviti anjuran pada hari yg sama,serta merosakkan perniagaan.Saya rasa perkara ini menimbulkan provokasi.Saya juga benci akan provokasi media sebegini,yang jadi mangsanya kita.mungkin ini hanya pandangan peribadi dan bukannya prinsip keseluruhan,namun lumrah kebiasaan jika terlajak kata,dicucuk dibakar sedikit memang buruk akibatnya,ditambah dgn provokasi media,makin menimbulkan rasa tidak senang pada yang lain.Mungkin apa yg diharapkan ikhwah/akhawat yang turun Bersih,andainya ada ikhwah/akhwat dari sebelah lain yang tidak turun/kurang bersetuju dgn Bersih,pendekatan berdiam diri dirasakan lebih baik berbanding dengan press statement yang mendapat liputan luas.

    wallahualam:)

  31. minta maaf saudara cermin kalau gelak saya tadi menyinggung . tapi itu lah hakikatnya . semua penjajah tak kiralah british ke , perancis , usa , sepanyol semua meninggalkan negara yang dijajah bukan secara mutlak . Indonesia yang bebas secara mutlak dari belanda pun akhirnya diikat semula oleh penjajahan baru melalui perancangan licik CIA yang menaikkan suharto . tengoklah mana – mana negara didunia yang naik mestilah dipilih dari kalangan peribumi yang boleh ditarik oleh negara bekas penjajah .

  32. emosi mendahului pertimbangan…celik dalil agama (takde celik sgt pon actually) tapi if u’re blinded with yr emotion you will act RECKLESSLY…come on, read history. the funny thing is that despite either one will prove correct (which directly brings the idea that the other would be at fault)..both will say “we have ijtihad” as if everything settled then…im sorry for the english, i thought bro. sam could be more English literate because he really didn’t get the idea of the whole comments which i suppose are in MALAY…when someone already round those lengthy comment into one final conclusion, then, one ‘smart’ guy stood up suddenly to stir things up again..why la u…yahudi, nasoro, yahudi, nasoro…loooks like there is one fella who is left behind in reading material..YOU SEE BRO, i BET U DIDNT read all the comments, (i really appreciate if you do so, its a BEAUTY if discussion is handled well) so, please be a muslim, loves your bro(islam a.ka. muslim..i dont know what other variety of word that will make u understand) more, and hate it when u see he is destroying himself…CHANGE YOUR LENS, how u see things around u really need fixing…

  33. erm…rasanya isu bergabung ngan kafir nie isue yg dah lapok… rasanya semenjak zaman nabi lagi isu ini sering dipermain2kan…. mcm aku kata…paling mudah… antara kesemua pemimpin yang ada…mana satu yg ada ciri2 pemimpin Islam berdasarkan sirah Rasulullah dan sahabt? Itu jer panduannya…soal betul soal tidak betul itu semua permainan aqal… sedangkan Islam tidak bersandar pada logik aqal tetapi pada perintah… Adakah perintah itu perintah manusia atau perintah itu perintah Allah? Pilihla sendiri…

  34. salam ukhuwah semua..
    secara peribadi ana kurang setuju dgn pendapat penulis..
    perlu sedar parti politik seperti PAS turut serta dalam himpunan ini bukan utk menumbangkan kerajaan..tp semata-mata utk menuntut pilihanraya yg adil..jika didapati walau dgn pilihanraya bersih sekalipun UMNO/BN tetap menang, kami dalam PAS akan redha..kita x merusuh, cuma berhimpun secara aman..jika BERSIH bertujuan menumbangkan kerajaan, ana percaya byk kematian, dikalangan demonstran & polis sendiri, namun hakikatnya himpunan ini hanya melibatkan 1 pengorbanan jiwa shj (didapati 4 tulang rusuk patah & perut penuh dgn gas pemedih mata)..kami diajar wala’ terhadap pimpinan (hanya diarah berhimpun secara aman)..
    utk mengatakan org Islam & PAS telah diperalatkan oleh org kafir, maka anda silap..himpunan ini kita sertai atas dasar menuntut keadilan, bukan kerana menyokong apa yg Ambigaa perjuangkan dahulu..ulama dlm PAS sendiri telah keluarkan kenyataan jika BERSIH melibatkan aqidah sesuatu agama yg bawa mudharat & fitnah, PAS tidak akan sertai, malah akan menentang..
    sila rujuk sirah hilful fudhul..anda akan dapati mengapa PAS menyertai himpunan ini..
    mmg ana x nafi jika ada yg mendakwa BERSIH ditaja pertubuhan dari US, hatta dari Israel sekalipun ana percaya jika ada hujah & bukti…
    organisasi PAS dikepalai oleh Majlis Syura Ulama yg diiktiraf ulama sedunia..ana bkn nk merendahkan penulis tp patut tahu rujukan2 mereka bukan cikai2..mereka merujuk pelbagai kitab..minta pandangan pelbagai ulama sedunia..jika kita yg kurang ilmu ini berfikir 1 langkah, mereka2 ini berfikir 10 langkah lebih hadapan dari kita..mungkin PAS menyedari akan hal ini, (dakwaan BERSIH dinaungi pertubuhan sulit dari luar) namun percayalah mereka lebih bijak dalam berfikir dari kita & mereka telah memikir sebarang kebarangkalian..
    minta maaf jika agak kasar, tetapi ana tidak tahu apa yg pertubuhan seperti ISMA buat utk menjamin martabat Islam & keadilan di negara, dalam pilihanraya dan kemasyarakatan..adakah uslub ISMA hanya menulis di blog?..jika begitu ana yakin Islam hanya ditakuk intelektual & bijak IT shajalah..habisla org2 kampung..
    nak mengislahkan kerajaan yg sudah rosak bukan perkara mudah, malah agak mustahil..jika ada komputer yg sudah rosak monitor, keyboard, hard disk & graphic card, agak2 kita akan membaiki yg lama, yg akan memakan kos yg menyamai sebuah komputer baru atau beli shj yg baru?..tp tidak tahulah jika ISMA mampu melakukannya (mengislahkan UMNO/BN yg korup)..
    maaf jika terdapat kesilapan bhs & agak kasar..
    salam jihad…

  35. Tinggi betul sdr maal afsakh letak kedudukan pimpinan PAS dalam membuat keputusan pasal bersih ni…..sampai katanya berfikir 10 langkah…. nak tanya sdr maal…berapa orang daripada ulamak PAS yang boleh berbahasa Inggeris? Saya tanya ni bukan apa…kitab rujukan mereka dalam bahasa Arab…..tentang hukum hakam….tapi soal konspirasi bersih ni tulisan2 para konspirator kebanyakan dalam bahasa Inggeris…..depa ini ada baca ke maklumat2 ni sbelum buat keputusan? Kalau berfikir 10 langkahpun tapi maklumat tak ada tersasar dong!! Maaf ya bukan nak menghina sesiapa tapi hasil kajian saya ini hakikat…..Depa dah kaji ke NED/IRI/Asia Foundation/George Soros/Malaysiakini…semua ni siapa dibelakangnya??

  36. bagaimana kalau kerajaan kita sendiri bersikap telus dan jujur. kita pown tak kenal siapa ambiga. disebabkan kerajaan yg sebegini, rakyat mula mencari alternative.

  37. Assalamu’alaikum semua…

    Saya dah baca semua komen setakat inilah ye… Soalan pertama, apa tujuan kite memberikan pandangan di sini ? Adakah hendak mencari kebenaran atau hendak memenangkan kumpulan yg kite ikuti ? Sekiranya kite ingin mencari kebenaran, apakah yang menyokong kebenaran pandangan kite ? Adakah dengan hujah-hujah kite yang begitu hebat sehingga saudara kite lain tak balas dah hujah kite ? Yang meyakin saya adalah seperti berikut , “‘Dan katakanlah (wahai Muhammad) kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah ia mengingkarinya’. (Surah al-Kahfi : 29). Wahai saudara-saudaraku , marilah kite mengambil Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kite. Jangan kite tertipu dengan dakyah liberlisma yang hanya berpaksikan kepada akal semata-mata. Berhubung dengan isu yang dibincangkan , saya difahamkan fokus utama perbincangan adalah, bolehkah kite taat dan menjadikan orang KAFIR sebagai pemimpin kite ? Dalam hal ini pandangan saya bersandarkan kepada Quran. Sekiranya ada dalil Quran , yang lain tidak boleh diterima. Dan tidak akan ada percanggahan antara Quran dan Sunnah. Dalil pertama , Surah Al-Imran, ayat 28, yang bermaksud,” Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. ”
    Surah, al-Kahfi, ayat 50, yang bermaksud, ” Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. ”
    Surah Al-Mumtahanah ayat 1-2 , bermaksud , ” Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). ”

    Sila rujuk tafsiran ayat untk keterangan lanjut. Saya bekeyakinan saya benar kerana berpandukan Al-Quran dan saya berkeyakinan benar kepada tulisan penulis. Saudara yang lain merujuk kepada apa ? Yang benar itu dari Allah SWT. Inilah keyakinan saya yang mantap. Walaupun ada yang tidak setuju, peduli apa saya. Yang pentingnya KEBENARAN ITU DARI ALLAH SWT.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: