Posted by: aminuddin | 17/07/2011

ISMA sokong MB Kedah

NGO Islam mahu Azizan tolak rundingan
Jul 16, 11 11:54am
Kongsi 127
Tindakan kerajaan Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang Ramadan akan datang merupakan tindakan betul, bukan isu dan tidak perlu dirunding semula, kata NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sudah sedia ada perlu dihormati setiap rakyat tanpa mengira kaum.

“Tindakan (Menteri Besar) Datuk Seri Azizan (Razak) adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang.

“Oleh itu, ISMA menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula.”


Abdullah berkata, sebagai menghormati Ramadan yang mulia, pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan pada bulan itu sahaja.

Mengulas tuntutan DAP yang mahu perkara itu dirunding semula, Abdullah berkata, menyatakan bahawa pelaksanaan undang-undang dan penegakan syiar Islam tidak perlu dirunding, sebaliknya harus dihormati semua pihak.

ISMA juga turut menyelar MCA yang menjadi pihak terawal membantah larangan itu.

“MCA perlu terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan ada undang-undang sendiri.

“Jadi, tidak perlu merujuk kepada mana-mana norma asing seperti deklarasi hak asasi manusia atau sebagainya,” jelas beliau.

Laporan Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: