Posted by: aminuddin | 20/07/2011

Mandela dan Politik Malaysia

Ketika Nelson Mandela di penjarakan selama lebih 20 tahun oleh regim aphateid di Afrika Selatan, dalam satu keadaan beliau pernah dipaksa memikul batu-batu sejauh beberapa kilometer setiap hari selama 7 tahun. Setiap hari beliau dan banduan2 lain akan memikul dari satu tempat ke tempat lain dan esoknya pula disuruh memikul batu yang sama dari tempat yg diletak kembali ke tempat asal. Beliau tidak pernah mengeluh sedikitpun mahupan marah kepada pegawai2 penjara tetapi sebaliknya beliau berkata kepada rakan2 banduan lain : “jika kita dibebaskan nanti maka kita akan maafkan mereka”. Inilah kehebatan seorang pemimpin yang tidak menaruh sedikit dendam kepada musuh poltiknya. Tidak salah kalau beliau dikagumi oleh semua pemimpin2 dunia, timur dan barat dan menjadi idola jutaan manusia !!!

Namun ssebaliknya berlaku di negara kita yang tercinta ini. Sifat “winners take all” ini begitu sebati dalam jiwa pemimpin2 politik negara. Apabila BN menang maka akan tersingkirlah semua puak2 PR dari sebarang jawatan dan kedudukan. Yang naik adalah kuncu-kuncu mereka. Begitu juga apabila PR naik maka akan berlaku pula tsunami peralihan pemegang2 tampuk kuasa. Semua akan diganti dengan pihak PR dan pengikutnya. BN pula akan terpinggir. Keadaan ini berlaku hingga ke mimbar2 mesjid. Seolah2 disana sudah tidak ada maaf bagimu kerana kamu dipihak lain. Samada yang akan memikul jawatan itu layak atau tidak, ia bukan menjadi kayu ukuran. Yang menjadi ukuran ialah sejauh mana kamu telah menolong parti dalam pilihanraya. Akhirnya berlakulah kepincangan dalam agensi2 kerajaan. Berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan kerugian jutaan ringgit. Jika ditegur maka media menjadi forum untuk mereka berdolak dalih namun mengaku jauh sekali kerana itu akan mencemarkan imej parti. Hampir tidak ada, kecuali sorang dua, pemimpin yg sanggup letak jawatan kerana salahguna kuasa semenjak merdeka. Sedangkan di negara barat dan timur lain, pemimpin meletak jawatan disebabkan kesilapan yg dilakukan adalah perkara biasa. Terakhir ialah apabila Ketua Polis London letak jawatan kerana kes Rupert Murdoch.

Adakah ini budaya yang kita inginkan selama ini? Apakah ini sebab perjuangan kita? Kalau inilah keadaanya maka saya rasa negara masih jauh dari kematangan politik yang sebenarnya. Tidak akan banyak menfaatnya kepada rakyat apatah lagi kepada kesatuan Melayu Islam jika sikap ini terus di amalkan.

Melihat komentar2 di dalam blog ini yang banyak beremosi lebih dari berilmu membayangkan masa depan negara yang gelap walau sesiapapun yang memerintah. Ini membimbangkan saya. Seolah2 ia berkata “jika saya memerintah nanti, siap kamu”. Adakah ini yang kita definasikan sebagai masyarakat madani? atau masyarakat bertemadun? atau masyarakat yang mencintai dan mencari kebenaran?

Ayuh saudara/ri semua marilah kita bina budaya politik baru yang mementingkan ilmu dan hujah yg bernas, baru kita akan dapat kebenaran. Ya, adakala ia memang pahit untuk ditelan tetapi itulah mujahadah kita sesama islam.

Mandela telah melakarkan contoh untuk kita renungi.


Responses

  1. jzkk utk perkongsian kisah seorang tokoh yang sangat banyak ibrahnya,walaupun bukan islam,kita mengambil contoh dan tauladan daripada bukan islam kerana pada mereka ada ciri-ciri dan jatidiri islam yang selalu kita hilang.

    pd pendapat saya,sifat `winners take all` berlaku akibat 2 faktor utama iaitu;
    1)kerosakan individu/kumpulan
    2)kerosakan sistem

    1)melihat situasi Malaysia,kita masih jauh lagi punya sosok2 tubuh majoriti yang integritinya sanggup melepaskan kepentingan diri atas sebuah prinsip yang hak.Segar dalam ingatan saya sewaktu menonton berita jepun,
    seorang menteri telah meletak jawatan serta merta,akibat dituduh menerima wang selain gajinya,walhal yang memberi duit tersebut ialah seorang mak cik yang telah kenal lama dgn menteri tersebut sejak dari kecil.jumlah 5000yen di jepun hanya mampu membeli barangan dapur,jauh bezanya dengan laporan kebocoran dana/peruntukan sehingga berbillion2 di Malaysia

    2)manusia yang telah terbina dan membangun integritinya,dicengkam rakus dengan sistem yang terpesong.Media dikepung,hanya laporan2 berat sebelah sahaja yang disiarkan.Saya sangat kecewa melihat anak2/pelajar2 dipromosikan akhbar sebagai bacaan umum,namun di ruang hadapan akhbarnya penuh dengan kes liwat,rasuah,tuduh sana-sini.Berlaku pendoktrinan jijik terhadap golongan muda,paling tidak sekalipun promosikan sahaja sisipan akhbar yg kandungannya berkenaan teknologi/pendidikan(saya tak tahu didalamnya juga diserap pendoktrinan atau tidak)
    Amalan `jangan banyak bunyi,nanti aku cantas` memang meliar dalam politik kita.Contohnya,di parlimen jika ada ahli parti sebelah lain menyokong `usul2 panas` ahli parti lain,maka akibatnya dia bakal dikenakan tindakan tatatertib parti,dipulau dan sebagainya.
    Saya pernah melihat masyarakat Arab berdebat dan memberi pendapat serta membuat keputusan,memang hingar,sangat kacau bilau sbb masing2 nak bercakap dan nak pertahankan hujahnya.Namun pengahirannya sangat cantik dan indah,bila keputusan yang lahir dimurnikan dengan kasih sayang,pelukan mesra seorang ikhwah dengan ikhwah lain.
    Saya menyahut seruan dan ajakan saudara untuk membawa ilmu dan hujah yang bernas,yang ikhtiarnya untuk mendapat kebenaran.Dan kita perlu sedar juga tidak selalunya hujah kita benar,dan disini perlunya hujah2 saudara2 lain bagi mencari kebenaran.Dan kebenaran yang kita temui itu,mungkin hanya salah satu rahsia2 yang Allah genggam kemas,kerna kita manusia tiada siapa layak berkata aku betul dan engkau salah…
    insyaAllah ada penerusan ikhtiar sebegini,jangankan kesatuan Melayu Islam..yang belum Islam pun iA merasa tauladannya,ibarat bau kasturi sang pemakai,baunya harum sampai pada yang lain,begitu juga sebaliknya arang,bau dan kesannya bakal terpalit disekeliling…wallahualam

    • Menarik dan saya setuju

  2. Salam,

    Tengku Razaleigh dalam pelancara NGO Amanah pun memetik kata-kata Mandela.

    Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): “Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu – jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)”. Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.

    W.A.

    • Tkasih atas perkongsian


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: