Posted by: aminuddin | 07/08/2011

Liabiliti atau Aset?

Saya sebenarnya telah berazam untuk tidak menulis apa-apa semasa Ramadhan ini memandangkan kita semua sibuk dengan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain bagi memenuhi jiwa yang kekeringan dengan dengan nilai-nilai rohani. Takut juga tulisan saya akan mengguriskan hati sesiapa dibulan yang mulia ini.

Namun peristiwa penyiasata JAIS terhadap aktiviti yang berjalan di sebuah gereja di Damansara yang melibatkan umat islam mendesak saya untuk mengatakan sesuatu. Apatah lagi apabila membaca respon dari sebahgian kecil pimpinan Melayu Islam yang berlumba-lumba untuk menghentam bangsa sendiri. Saya rasa malu dan rasa terhina menjadi seorang islam apabila bangsa saya meminta maaf kepada orang bukan islam yang cuba berdakwah kepada bangsa Melayu akan agama mereka. Akhbar-akhbar alternatif yg menyokong pihak sana memainkan pula istilah2 seolah2 JAIS dilihat telah “menyerbu” gereja sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saya juga terkilan pemimpin2 Melayu yang selama ini memperjuangakan islam menyepi diri. Tidak ada desakan, tidak ada bantahan dan jika ditanya, tidak ada satu pendirian yang jelas dikemukankan. Saya tidak menyalahkan umat islam dinegara ini jika mereka menjadi semakin keliru dengan “stand” pemimpin2 islam yg ada.

JAIS dituduh melanggar undang2 dan menceroboh kebebasan beragama sedangkan perbincangan yang panjang telah berjalan diluar gereja. Mereka tidak masuk kecuali setelah mendapat izin dan tiada penangkapan berlaku. Bukti2 yang didapati JAIS menunjukkan ada nya elemen dakyah kristianisasi sedang berjalan tetapi ini tidak di ceritakan dgn baik.

Saya harus memuji Datuk Dr Hassan Ali. Walaupun beliau menghadapi pelbagai tekanan tetapi beliau tegas melaksankan tanggungjawabnya. Saya berdoa moga Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan menambahkan keimanannya dibulan yang mulia ini. Malang, orang seperti ini pula dianggap “liability” kepada partinya.

Habis, orang yang seperti mana yang dikatakan aset?


Responses

  1. Dah agak dah……PAS akan lebih utamakan undi Cina/India daripada mempertahankan isu aqidah Islam…..tengok kenyataan YB Khalid Samad…..bertepuk sorak lah puak2 kuffar melihat gelagat orang2 seperti ini.

  2. Salam,

    Kita tak tahu laporan terperinci.

    Isunya adalah NGO yang bernama Komuniti Harapan terdapat ramai orang Melayu di dalamnya.

    Langkah sebaik-baiknya adalah orang islam yang boleh dipercayai jadi spy dalam NGO tu utk mengetahui adalah penyebaran agama kristian dalam NGO itu.

    Mungkin maklumat JAIS dapat maklumat drp spy ini, jadi sebelum laporan lengkap JAIS kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

    Memang tak setuju dengan pangan Khalid Samad. Itu bukan pandangan rasmi PAS Selangor. Khalid Samad TPJ 2 Selangor je. Iskandar Samad TPJ 1 telah memberi amaran supaya jangan tuduh JAIS melulu.

    Pandangan rasmi PAS spt Hj HAdi dan Mustapha Ali, nak bertemu dengan JAIS dan Gereja Damansara utk tahu hal sebenar.

    [Al ISra.36] Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

    W.A.

    • Utk pengetahuan Sdr Nazri, saya sendiri serta ramai wakil NGO lain menyaksikan video “serbuan” itu. Ia bukan sesekali “serbuan”. Mereka masuk setelahmajlis habis dan semua yg hadir telah keluar. Mereka sangat beretika bila berbincang tetapi puak bukan islam ini yang cuba berdolak dalih dan menyembunyikan nota2 yg sensitif.

      Yang saya sangat tak setuju ialah kenyataan pemimpin2 islam yg terburu2 sehingga dilihat seolah2 JAIS salah, islam ganas tanpa toleren.

      Kalau inilah sikap pemimpin islam maka kita jangan marah kalau satu hari nanti pegawai2 JAIS membiarkan saja dakyah kristian ini berjalan atau apa2 program maksiat diadakan kerana kalau mereka ambil tindakan, mereka pulak didakwa.

      • Salam,

        Rasanya pemimpin PAS Selangor Klalid Samad seorang je kan yang mengkritik JAIS.

      • Kalau berpengaruh, cukup sorang untuk influence masyarakat.

  3. saya setuju.

    kalau di china, kaum minoiriti islam disana ditekan sampai keluar larangan berpuasa (http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/china-larang-uighur-berpuasa/). di malaysia, sesetengah kaum minoritinya tak tahu bersyukur.berani pijak kepala ‘tuan rumah’ mintak macam2 padahal mereka dah cukup senang lenang dah nak amalkan agama dan budaya mereka disini.

    inilah masalahnya bila ‘tuan rumah’ tak bersatu dan sibuk berperang sesama sendiri. akibatnya, periuk nasi kaum minoriti yg sibuk mereka nak jaga atas kepentingan diri masing2.

    takpa tuan amin, kerja dakwah dan satu kan ummah ni tak boleh berhenti di bulan puasa.dibulan puasa ni ibadah wajib (termasuk dakwah) Allah beri ganjaran hingga 70x ganda.ibadah2 sunat yg lain tu Allah beri ganjaran sama mcm pahala ibadah wajib.jadi, yg wajib tu kita mesti buat sehabis baik dulu.

    • Setuju dengan sdr hikmah…kalau di Swizerland umat islam nak bina minerat pun tak boleh….di France dan beberapa negara lain malah jiran terdekat kita Singapore, anak2 Islam pergi sekolah tak boleh pakai tudung satu hak asasi untuk menganut kepercayaan…isu pakai purdah jangan ceritalah…..tapi kita di Malaysia ni larangan yang telah termaktub dalam perlembagaan pun iaitu tak boleh menyebar agama pada orang Islam telah dilanggar……pun masih juga kelihatan kita begitu berjaga2 seperti orang yang berada dikandang orang salah.
      Inilah akibatnya apabila kita tidak BERSATU.

      Sdr Nazri,

      Saya tunggu pandangan rasmi PAS tu…tapi apa apapun Dr Hasan Ali yang begitu berani mempertahankan kebenaran ini telah dilihat seperti orang yang bersalah oleh bukan orang lain tapi orang PAS juga…..macamanatu p.s ayat yang sertakan tu patut dibacakan pada YB Khalid Samad


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: