Posted by: aminuddin | 27/08/2011

Aku INSAF

Aku sudah melalui jalan itu selama beberapa bulan bersama-sama dgn teman lain dengan menaiki basikal. Biasalah hujung minggu kami beriadhah berkayuh berpuluh batu beriadhah sambil merapatkan persahabatan. Basikal itu aku beli dengan harga RM1,300. Ada teman lain yang beli RM2,000 dan ada yang beli RM3,000. Sambil berkayuh kami bersembang dan kemudian sarapan bersama. Hasilnya kami semakin rapat dan mesra. Tambah pulak kami semua ini kaki surau. Jadi sangat banyak ruang untuk kami bertemu. Ditepi2 jalan tersebut terdapat rumah-rumah penduduk kampung. Ada rumah banglo, ada rumah teres, ada rumah kampung.

Suatu hari aku ditanya jika ada penduduk di kawasan itu yang miskin kerana ingin diberi bantuan oleh seorang jiranku. Lalu aku menalipon beberapa kenalan dan aku dimaklumkan ada seorang wanita yang ditinggalkan suami dan hidup dalam keadaan amat susah duduk disebuah rumah dijalan yang aku selalu lalui. Aku engan rasa berdebar mula mencari2 dimana rumahnya. Aku bertanya penduduk tempatan yang akhirnya menunjukan aku akan sebuah lorong kecil antara rumah2 yang ada disitu.

“Assalamualaikum” laungku. “Waalikumusalam” balas suatu suara yang halus dan agak teggelam. “Apa khabar kak?” sapa ku lagi. “Khabar baik”, jawabnya sayu. “Betulke suami kakak dah tinggalkan akak?” Tanyaku untuk mendapat pengesahan. Secara tiba2 beliau mula mengusap matanya. Ku lihat air mata mula bergenang dimatanya yang layu. Mungkin sudah terlalu banyak airmata yang dicurahkan sehingga tidak ada lagi yang tinggal. Mungkin juga malu untuk berhadapan denganku. Aku menahan perasaan. Tidak sanggup aku melihat wajahnya, lalu aku tunduk.

“Benar, suami saya telah tinggalkan saya. Anak saya ada 4 orang semua kecil2. Suami saya tidak pernah nak ambil tahu dan tak pernah beri nafkah.” Tambahnya sambil terus menitiskan airmata kecewa. “Akak ada kerjake?” tanyaku lagi. “Saya baru diberhentikan sebab saya lewat pergi baru2 ni. Bukan sengaja lewat tetapi saya pergi kedai kejap utk beli kasut anak.  Boss marah2 dan terus berhentikan saya. Macamana saya nak bayar sewa rumah, anak saya kecil2 tak tau nak beri makan apa. Saya tengah cari kerja lain tapi tak taulah boleh dapat atau tak”. Aku tergamam. Tak sanggup lagi aku bertanya soalan kerana bimbang akan banyak lagi airmata akan mengalir dipipi wanita ini. Dalam hatiku berkata “Ya Allah, alangkah zalimnya sang suaminya.” Fikiranku mula teringat akan basikal yang aku beli dgn harga ribuan ringgit sedangkan insan ini masih mencari sesuap nasi. Aku bukan seorang yang berada tetapi cukuplah untuk menyara keluarga. Itupun sering juga akau mengeluh tidak cukup wang. Astaghfirullahal azim…….hatiku berkata. Alangkah berdosanya aku dengan Allah kerana tidak bersyukur.

Sambil berdiri dihadapan rumah wanita ini, aku melihat sekeliling rumahnya. Masyaallah…ia hanya layak dipanggil stor. Pintunya yang usang, bumbung rumah yang bocor, dapur yang dipenuhi periuk usang, dinding rumah ibarat akan runtuh… semunya ku tatapi dengan penuh sayu dan insaf. Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui akan hikmahnya.

Aku segera memberitahu jiranku yang juga seorang pendakwah terkenal Ust Dr Zaharuddin. Beliau datang dengan keluarganya bertemu dan memberikan sumbangan Hari Raya. Aku kagum dengan sikap pendakwah ini yang sangat perihatin dengan nasib umat. Bukan saja beliau dapat memberikan kegembiraan kepada kelaurga wanita ini, tetapi ia juga dapat mentarbiyah anak2nya supaya sedar bahawa diluar sana masih ada manusia yang kais pagi makan pagi.

Bagi diriku, ia satu pengajaran yang sangat mahal. Tidak berhenti hatiku beristighfar meminta ampun kepada Allah kerana selama ini aku jarang bersyukur kepadaNya. Jiwaku penuh dengan kerakusan dunia walaupun siang malam aku bersolat. Aku bakhil untuk menginfaqkan harta walhal perut2 yang kelaparan masih banyak diluar sana.

Aku kini INSAF !!!

Inilah  pemandangan rumah wanita tersebut.

Ust Zaharuddin sedang melawat dan memberikan bantuan. Beliau juga menyampaikan seidkit nasihat kepada wanita ini. dan rerungan seorang anak yang dahagakan kasih seorang manusia yang bergelar bapa.

 

 

 

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: