Posted by: aminuddin | 31/08/2011

Perginya seorang patriot

Mula-mula seorang teman telah SMS kepadaku dan kemudian itu PA beliau telah menalipon aku menyatakan bahawa Yg Bhg Dato’ Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, telah pulang kerahmatullah. Aku tergamam macam tidak percaya. Apa tidaknya, baru semalam (30/8/2011) aku mendapat SMS beliau yang mengucapkan Selamat Hari Raya dan mintak aku hadir satu konvensyen anjuran beliau di Melaka. Aku rasa begitu hiba dan segera menukilkan penghormatanku kepadanya di dalam blog ini.

Aku mula mengenali Dato’ Hassan Ahmad lebih kurang 3 tahun lepas. Pertemuan itu berlaku ketika aku membuat sedikit kajian tentang dunia Melayu dan sejarah orang-orang Melayu. Walaupun pertemuan kami tidak sekerap mana namun ia sudah cukup membuatkan kami begitu mesra dan sering berlawak jenaka.

Beliau aku anggap sebagai guruku dalam bidang sejarah Melayu dan perjuangan Melayu. Walaupun perbezaan usia kami jauh namun beliau tidak pernah membuatkan diriku rasa ada gap dalam perbincangan kami. Pengalaman dan ilmunya yang begitu luas membuatkan diriku rasa sungguh kerdil namun ini tidak sedikitpun di tunjukkan oleh beliau. Malah kami berbual dan berbincang lagak seperti seorang kawan. Pernah beliau berlawak memberitahu aku bahawa beliau tak tidur sekatil dengan isterinya.

Aku tanya; “kenapa Dato’? ”

“Sebab atas katil saya penuh dengan buku” jawab beliau sambil ketawa.

Memang aku akui beliau seorang yang banyak mentelaah buku. Beliau juga tidak kedekut berkongsi denganku pelbagai ilmu dan pengalaman yang beliau telah lalui sepanjang 76 tahun yang lepas. Ilmu beliau bukan saja meliputi sejarah Melayu malah juga aspek ekonomi dan juga politik.  Aku melihat pandangan beliau dalam banyak hal sangat  bernas. Dikalangan teman-teman seperjuangan, beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani tanpa mengira apa orang lain akan kata. Beliau akan bercakap terus terang tanpa mengira sesiapa yan dihadapannya, walaupun ia seorang pemimpin Negara.

Apabila kami berbincang pasal isu orang Melayu dan sejarah Melayu, aku lihat beliau sentiasa menunjukkan semangat yang tinggi dan perihatin tentang nasib bangsanya. Semangatnya ingin melihat orang Melayu berjaya dan menjadi bangsa yang dihormati hidup berkobar-kobar sehingga kalah generasi muda. Beliau sangat patriotik dan sentiasa meletakkan nasib agama dan bahasa bangsanya dekat dihati beliau.

Sesungguhnya pemergian beliau kerahmatullah pada hari ini 31 Ogos 2011 merupakan satu kehilangan asset yang besar kepada Negara. Bagi diriku, aku telah kehilangan seorang guru, mentor dan teman berbincang. Hanya doaku yang dapat aku hadiahkan kepada Allahyarham. Moga Allah merahmati roh beliau dan dimasukkan kedalam kalangan orang-orang yang beriman.

AL FATIHAH


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: