Posted by: aminuddin | 11/09/2011

Perlukah sejarah ditulis semula?

Seruan supaya fakta sejarah ditulis semula kini hangat diperkatakan kerana ada sesetengah dakwaan bahawa apa yang terkandung didalam buku2 sejarah kini dilihat tidak tepat. Baik kaum India maupun kaum Cina merasakan bahawa mereka juga sebahagian dari golongan yang memperjuangkan kemerdekaan dan harus di beri pengiktirafan sewajarnya. Kini orang Melayu pula menuntut supaya sejarah ini dikaji semula kerana dikatakan apa yang ada sekarang lebih memihak kepada pihak pemerintah. Pemertintah pula menegaskan bahawa apa yang ditulis itu telah dikaji dengan teliti dan ada sanadnya yang sah. Semua ini memeningkan kepala rakyat, yang mana satu betul? Pagi tadi semasa saya bersarapan bersama beberapa kawan, kami juga menjadi keliru pihak mana satu yang perlu disokong? Tulis semula atau kekalkan yang ada???

Bagi saya, apa yang lebih utama ditekankan ialah perlunya ada perubahan pendekatan politik oleh pemimpin negara. Apa yang kita lihat sekarang ini ialah elemen prasangka antara pimpinan negara terlalu besar sehingga dilihat seolah-olah tidak ada titik pertemuan. Ada masa saya lihat pihak barat lebih matang berpolitik dari negara. Mereka tidak berbeza jika sekiranya dilihat ia untuk kepentingan bersama. Tetapi sebaliknya dinegara apa saja yang dibuat oleh mana2 pihak akan sentiasa disangkal. Tindakan ini telah mengesani hati dan pemikiran rakyat sehingga mereka turut serta mmbesarkan elemen prasangka ini. Saya tak dapat menahan sedih dan kecewa apabila peristiwa kematian Noramfaizul dikatakan ada elemen politik oleh seorang pemimpin bukan Melayu dalam parti DAP . Apabila saya menbaca respon dari pembaca yang menyokong pandangan pemimpin politik bukan Melayu itu terhadap penulisan berita peristiwa itu dalam portal alternatif, saya tidak dapat membayangkan apa akan jadi pada nasib umat islam dinegara ini.

Jadi, bagi saya selagi perubahan pemikiran politik ini tidak selesai maka amat sukar untuk kita mencapai satu kajian sejarah yang positif. Buatlah macamana sekalipun ia pasti akan mngundang kritikan dari pihak yang merasakan bahawa ia tidak mendapat apa2 manafaat. Yang akan menjadi mangsa ialah rakyat jelata. Fikir-fikirkanlah !!!

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: