Posted by: aminuddin | 15/09/2011

Andai Engkau Masih Hidup……

                        Zulkifli Muhammad, Timb Presiden PAS 1927-1964

Aku tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengannya. Aku tidak tahu sejarahnya sehinggalah aku menatapi biografinya. Aku pernah mendengar namanya tetapi aku tidak tahu asal usulnya. Tetapi aku sangat terhutang budi kepadanya kerana disebabkan perancangannyalah aku kini berada disini. 47 tahun dahulu beliau meminta PAS menghantar beberapa orang pelajar mengikuti pangajian di Iraq.  Hasilnya lahirlah pendakwah2 yang hebat-hebat yang berjuang ditanahair dengan membawa fikrah yang jelas dan tuntas. Sedikit sebanyak tempias itu terkena juga pada diriku. Aku sangat berterima kasih kepada Al Marhum.

Aku meneliti perjuangannya satu persatu. Walaupun cacat anggota dan hidup hanya sekitar 37 tahun namun impak yang dibawa beliau sangat besar kepada dakwah dinegara ini. Kematian beliau sehingga hari ini masih menjadi misteri tetapi disaat-saat akhir beliau masih sempat berpesan kepada pimpinan PAS :

“Saya perlu memberitahu saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu keturunan ialah keikhlasan”  – 14/5/1964

Aku meneliti setiap kata-katanya dan semakin jelas bagiku akan sikap dan prinsipnya yang murni. Beliau meninggalkan UMNO kerana tidak sanggup kompromi dengan MIC dan MCA….”kita tunggu dan lihat pada beberapa masa nanti, MCA akan bercakaran dengan UMNO” begitulah kata2nya.

Mengenai orang Melayu, aku terpegun dengan ungkapan-ungkapan beliau yang cukup perpandangan jauh :

“Kalau bangsa Melayu tidak menyedari hakikat perjuangan maka dalam masa yang tidak lama lagi bangsa Melayu akan tenggelam dalam gelombang bangsa yang menumpang.”

“Walau apapun yang mereka katakana kepada saya, saya tetap akan memperjuangkan hak bangsa Melayu, saya akan menentang terus terhadap siapa juga yang hendak menentang hak istimewa bangsa Melayu”

Asas perjuangan beliau dalam PAS juga ditegaskan dengan jelas dan terang :-

“Dalam perjuangan saya, dan sekarang saya dalam PAS, kalah menang dalam pilihanraya nanti bukan soal saya. Yang saya mesti sedar sebelum saya meninggalkan dunia ini, saya mahu menjalankan kerja2 Allah Taala. Saya hambaNya yang hanya menjalankan kerja2 itu yang menjadi tanggungjawab saya”

Aku menjadi semakin insaf akan hakikat perjuangan ini. Bila aku bandingkan perjuangan politik orang Melayu kini dengan apa yang dijuangkan oleh Al Marhum betapa ianya sudah jauh tersasar. Jika dahulu Al Marhum keluar dari UMNO sebab tidak mahu kompromi dengan MCA dan MIC, maka kini adakah Al Marhum akan meninggalkan PAS kerana tidak mahu kompromi dengan DAP?

Aku tidak tahu kerana engkau telah lama pergi tetapi. andai engkau masih hidup……????


Responses

  1. salam akhi aminudin… boleh ana tahu sumber pembacaan enta?

    • “Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhamad” oleh Mokhtar Petah. Terbitan : Penerbit Ilham Baru, cetakan 1: 1965, cetakan kedua 1983.

  2. Salam,

    Arwah ayah saya aktivis UMNO, tapi amat mengkagumi beliau.

    Pernah baca wasiat terakhir beliau dalam majalah Detik/Tamaddun masa zaman reformasi.Memang ucapan negarawan ulung.

  3. Adakah diharamkan bergabung dgn DAP? Seperti mana UMNO mengutuk PAS bergabung dengan DAP, dalam masa yang sama masih tak sedar mereka bergabung denga MCA, GERAKAN, MIC. Aneh!

    Apa kata kita rujuk Tahalluf Siasi. Adakah haram secara mutlak?

    Apa pula pandangan saudara tentang gabungan PAS dengan DAP?

    • Utk memahami detail ttg tahaluf siasi, sila rujuk web isma. Di sana dijelaskan syarat2 yg dibenarkan utk tahaluf.

      Secara umumnya tahaluf itu hanya dibenarkan apabila :-
      1. puak kafir tidak mempunyai agenda yg melemahkan islam
      2. puak islam mesti dominan dan puak kafir akur dgn puak islam

  4. adakah anda betul-betul mendalami dan mengkaji tentang tahaluf siasi? adakah pandangan yang dikeluarkan itu bertepatan dengan pandangan semasa ulama atau mufti muktabar? minta bawakan pandangan ulama’ masa sekarang dan kajian anda tentang penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam politik sekarang supaya orang lain lebih yakin dengan tulisan tahaluf siasi di web isma

    • Ya saya dah kaji. Rujuk buku Tahaluf Siasi oleh seorang ulamak terkemuka ikhwan, Muhamad Ar Rasyid.

      • Salam,

        Tiada masalah dengan Tahaluf siaisi Abu Ammar (Muhamad Ar Rasyid).

        Abu Ammar memang seorang tokoh islam yang hebat dan berwibawa.

        Betapa hebatnya karya Al Muntalaq tulisan beliau.

        syarat – puak islam mesti dominan dan puak kafir akur dgn puak islam

        dominan tu sesuatu yang subjektif dan dinamik.

        PAS semakin lama semakin menunjukkan bahawa ia semakin dominan daripada puak kafir dalam PR.

        Ucapan Anwar Ibrahim -PAS 23 kerusi dan PKR 27 kerusi sokong
        hudud Kelantan hanya DAP yang tak sokong hudud. Ahli Parlimen PKR tak semua orang-orang islam.

        Sama-samalah kita menyokong PAS dan PKR dalam PRU 13.

  5. Sdr Nazri,

    Kenyataan anda diatas:

    PAS semakin lama semakin menunjukkan bahawa ia semakin dominan daripada puak kafir dalam PR.

    Pada saya pandangan anda tersebut hanyalah ‘wishful thinking’dan tidak berpijak kepada realiti. Pertamanya apa yang saudara maksudkan dengan ‘dominan’ itupun saya tak pasti. Tapi yang pasti episod ‘hudud’ yang ditimbulkan oleh PAS baru2 ini tidak menunjukkan PAS dominan dalam PR.
    Kemudian saudara menganggap PKR termasuklah yang kafir akan menyokong hudud yang PAS perjuangkan juga adalah satu lagi ‘wishful thinking’ dari saudara.
    Bagi saya tanggapan2 yang salah seperti ini amat merbahaya jika PR dapat merebut Putrajaya dimana PAS tidak dominan dan akhirnya PAS hanya menjadi alat kepada DAP dan PKR.

    Cubalah analisa berdasarkan kepada fakta2….insyaAllah saudara akan sedar bahawa pengaruh PAS dalam politik tanahair tidaklah dominan dan dibayangi oleh rakan2nya dalam PR.

    Jika dikaji dari sudut bilangan kerusi yang PAS bertanding pun kita boleh baca bahawa PAS tidak mungkin akan dominan. PAS hanya bertanding sekitar 60 kerusi parlimen @ 27% sahaja. Paling banyak PAS boleh menang sekitar 30 kerusi @ 13.5% sahaja. PAS langsung tiada pengaruh di Sabah dan Sarawak dimana terdapat 56@ 25% kerusi parlimen. Pengaruh PAS hanya di Kelantan, Trengganu dan Kedah. Dimana yang saudara kata PAS akan dominan dalam PR.

    Sedangkan DAP kelihatan lebih dominan dalam PR dengan pengaruhnya di Kawasan Bandar. Dengan sikap pengundi Cina yang kini bersatu menyokong pembangkang,saya jangka DAP lah yang akan dominan dalam PR dan PAS hanya akan jadi minority partner sahaja. Tidakkah jika PR dapat menawan Putrajaya dalam keadaan begini PAS hanya akan menjadi alat kepada cita2 politik orang lain. Yang pastinya ia tidak menguntungkan ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: