Posted by: aminuddin | 27/09/2011

Mereka adalah sama

Apabila isu hudud di keluarkan kembali maka secara spontan semua pihak bukan islam dengan serta merta baik MCA, Gerakan maupun DAP menolak dengan keras akan perlaksanaannya. Walaupun kononnya mereka berlainan ideologi tetapi apabila bertembung dengan islam, jelas mereka bersatu.

Perbezaan yang ujud dikalangan mereka hanyalah perbezaan teknikal yang mereka boleh kompromi dari masa ke semasa. Bukan menjadi masalah untuk mereka adjust pendirian masing-masing asalkan semua itu memihak kepada mereka. Tetapi nah, bila saja orang islam mula bercakap tentang islam dan kemuliaan islam maka secara tiba-tiba mereka sepakat menolak. Semua perbezaan yang ada mereka boleh lupakan dengan serta merta demi menjaga agaman dan budaya mereka. Mereka bersuara seolah-olah mereka lupa bahawa perlembagaan negara sudah meletakkan negara ini sebagai negara islam. Islam bukan sahaja agama resmi tetapi adalah agama negara. Ini bermakna secara otomatik negara Malaysia adalah negara islam walaupun terdapat banyak kecacatannya.

Menyedari tentang perkara ini mereka sentiasa melaung-laungkan bahawa Malaysia adalah negara sekular kerana bimbnag umat islam sedar akan hakikat yang termaktub dalam perlembagaan. Malangnya ramai umat islam mula percaya dengan hujah mereka. Sebab itu apabila timbulnya isu hudud ini maka mereka dengan cepat-cepat menolak dengan menyatakan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Paling aneh, ada umat islam yang pergi lebih jauh dari itu dengan mengatakan ianya masih tidak sesuai kerana komposisi penduduk negara yang berbilang kaum ini tidak memungkinkan ia dilaksanakan.

Adakah benar kenyataan ini?

Kalau dilihat statistik, jelas menunjukkan bahawa komposisi umat islam kini mencapai 60% dari jumlah populasi negara dan menjelang 2020 ianya akan bertambah lagi. Ini bermakna bahawa umat islam mempunyai kuasa majoriti yang begitu baik untuk mereka mula memikirkan soal perlaksanaan hukum Allah. Namun apabila ia dicampurkan dengan matlamat politik maka sudah pasti ia akan memberikan gambaran yang lain. Majoriti yang banyak itu secara otomatik menjadi suara minoriti dan akibatnya pemimpin islam sentiasa menagih sokongan bukan islam. Mereka menganggap sokongan ini adalah sokongan yang ikhlas tetapi ia terbukti bahawa sokongan ini adalah sokongan bersyarat iaitu; “jangan laksanakan islam sepenuhnya. Jika kamu laksana, kami akan tentang.”

Selagi pemimpin islam tidak ada keberanian untuk bersatu dalam soal2 aqidah seperti ini maka selagi itu kita akan menjadi pengemis dibumi sendiri. Agama islam dimamah dan dipersendakan saban hari tetapi pemimpin islam masih membisu, konon takut hilang sokongan. Di mana maruah mereka yang dikatakan pemimpin umat islam jika menyebutnya pun mereka sudah takut? Apakah mereka menunggu rakyat sendiri akan bangun untuk bertindak terhadap puak kafir ini?

Saya ingin ingatkan kepada semua pemimpin umat islam, jangan saudara tagihkan kesian belas golongan kafir kerana mereka hanya menangguk di air keruh. Mereka hormati saudara bukan kerana kasih tetapi ingin mengambil kesempatan. Percayalah, apabila mereka berkuasa, saudara dan agama saudara akan dipijak-pijak umpama sampah yang hina.

Baik di sebelah kiri maupun kanan, mereka adalah sama !!!


Responses

  1. Rasanya kita dah cakap lama dah bab2 ni….hanya orang2 PAS yang tak mau terima dan masih mau bermimpi DAP akan terima Islam……sampaikan ada yang percaya Lim Guan Eng dah bersedia nak masuk Islam sebaik saja Lim Kit Siang meninggal…..Setiap keputusan Lim Guan Eng mesti dia rujuk pada Tok Guru Nik Aziz…sekarang apa macam??

  2. Benar itu satu senario yang tidak boleh tidak bakal terjadi….

    Sayangnya umat Islam sendiri juga menyukarkan keadaan apalagi media melayu (yg sepatutnya Islam) yang menjadikannya bahan serangan. Adakah akhbar menyiarkan supaya PAS keluar daripada PR dan bersama BN kemudiannya akan memudahkan perlaksanaan? Moga itulah yang dihati mereka. Kalau tidak, sungguh tidak malu mrk terhadap agama mereka!

    Benar umat Islam itu perlu bersatu…selagi umat yang memerintah itu tidak sedar diri maka selamanya Islam itu akan rugi!

    Tahniah pada PAS kerana masih berani membawa isu ini walaupun ditohmah menggadaikan prinsip dan sebagainya.

    Alhamdulillah masih ada pejuang Islam yang sejati dan bukan pejuang Islam kosmetik yang suka menghangatkan isu semata…Barulah gambaran sebenar umat Melayu itu kelihatan. Yang mana satu yang mana. Wllhm

  3. Salam,

    Kepada pembaca2 yang cintakan Islam dalam artikata yang sebenarnya, marilah kita sama2 baca dan renungkan artikel yang bagi saya amat sesuai dan menarik ini:

    Speaking My Thoughts
    27 09 2011

    Oleh Nazimuddin A.B

    Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan pendirian dan fahaman masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa. Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama? Dimanakah jalan tengahnya? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya?

    Dewasa ini, isu Hudud timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya. Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita? Kita boleh memilih untuk mencari angin badai melanda dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita bagi menghentam lawan disebelah sana, akan tetapi saya memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa.

    Walaupun isu Hudud ini nampaknya seakan menyerlahkan keretakkan, tetapi saya melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita. Apa kata jika PAS dan UMNO bersatu dalam hal Hudud ini? Biarkan sahaja DAP dan MCA yang menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini. Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Kaum mereka sahaja juga yang akan untung dihujung cerita. Tiada ketegasan pada kita umat Melayu dan Islam ini semenjak dari dahulu lagi yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah dengan perpecahan dan persengketaan sesama kita. Insaflah, kaum Ultra-Kiasu ini baik dalam DAP atau MCA/GERAKAN, sebenarnya boleh bersatu dalam senyap dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka.

    Aliran dan corak ini amat berbahaya jika dibiar berterusan. Ditambah pula dengan pemikiran serta jati diri generasi baru dan mendatang umat Islam dan Melayu ini yang semakin longgar pegangan agama dan adab resam budaya serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita hari ini sebagai benteng persediaan untuk anak cucu kita dimasa hadapan kelak. Untuk itu, apa kata jika sekali ini kita gertak balik mereka tanpa menyentuh hal ehwal dan hak asasi serta kepercayaan agama mereka. Kita gertak mereka tanpa berkata apa-apa. Hudud ini hal kita dan suruh Agama kita, kenapa mereka pula yang nak terasa. Kita tunggu sahaja dan lihat apa yang mereka nak kata pula. Benarkah mereka akan bertindak seperti yang dikata?

    Saya menyarankan agar UMNO dan PAS mesti senada dalam menangani isu Hudud ini. Mereka tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya ia menjadi susah dan mengundang perbahasan yang panjang. Cukup sekadar bersatu didalam hal menegakkan syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi sekiranya kita dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah moleknya.

    Akan tetapi yang pentingnya disini adalah keduanya mesti berjumpa kepada suatu titik pertemuan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mewujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada PAS/UMNO dan saudara kita diluar negara untuk berbincang mengenai Hudud. Segala persoalan mengenai Hudud dihalusi dan dibincangkan didalam platform tersebut dengan mengambil kira keadaan dan teknologi semasa. Suruhanjaya Di Raja dibawah payung DYMM adalah platform yang terbaik bagi membentuk pemuafakatan ini. Sekiranya ahli-ahli pemuafakatan bercanggah pandangan, persembahkan ia kepada DYMM untuk membuat keputusan muktamad kerana beliau adalah Ketua Agama dan kita semua kena patuh dan taat apa-apa yang diputuskan oleh DYMM.

    Kemudian kita sebarkan ia kepada rakyat secara berperingkat dan dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses perbincangan Hudud tersebut bagi merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama disamping sebagai persediaan mental buat mereka. Tidaklah nanti rakyat marhaen dibawah ini berhujjah tanpa ilmu dikedai kopi dimana pihak disini menganggap dirinya seolah ulama muktabar dan disatu pihak lain disana menjadi proffesor serba tahu lagaknya. Kita sebagai rakyat kebanyakkan telah memberikan mandat kepada ahli-ahli didalam permuafakatan tersebut dan DYMM sebagai Ketua Agama. Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah patuh dan taat sahaja apa-apa yang diputuskan nanti tanpa banyak soal bicara. Biarkanlah mereka sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak.

    Pada rakan yang bukan Islam pula, saya percaya mereka akan sedar keindahan hukum Allah SWT tersebut memainkan peranannya nanti. Siapa lagi yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia kalau tidak Sang Pencipta manusia itu sendiri.

    Timbalan Perdana Menteri, YB Salahuddin Ayub serta Dr Mohd Asri sudah menyatakan sesuatu yang amat baik sebagai permulaan. Kita perlu sambut dan mengambil isi serta roh kenyataan mereka tanpa prejudis dan menterjemahkannya didalam bentuk gerak strategi yang komprehensif.

    Saya menyeru untuk kita sama-sama melupakan persengketaan lalu. Sampai bilakah kita mahu hidup bersengketa. Bak kata pepatah orang tua, ‘Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih’. Renungkanlah juga kata-kata hikmat Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz ini..

    “There can be no black-white unity until there’s first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves”

    Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita semua kerana kita semua membantu agama DIA. Wallahualam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: