Posted by: aminuddin | 30/09/2011

Kenapa Berundur?

Baru beberapa hari saja kita diwar-warkan tentang kesungguhan PAS untuk melaksanakan hudud, namun tiba-tiba saja ia terhenti disebabkan desakan dari pihak DAP. Baru 2 hari lepas surat khabar The Star menyiarkan muka hadapan tentang kelantangan pemuda PAS untuk melaksanakan dan memperjuangkan isu hudud namun ia tersungkur sebelum sempat memulakan langkah.

Samaada ia sesuai atau tidak untuk dilaksanakan dimasa sekarang atau ia mempunyai hujah politik, ia bukan menjadi persoalan disini. Persoalan yang lebih besar ialah; sejauh mana kekuatan pemimpin islam untuk membawa dan melaksanakan agenda islam di negara ini?

Mungkin saya boleh besrsetuju bahawa perlaksanaan hukum hudud masih terlalu awal untuk dilaksanakan kerana banyak faktor2 lain yang perlu dimulakan sebelum ianya diimplementasikan, namun kebimbangan saya ialah perkara-perkara lain juga akan dihalang untuk dilaksanakan. Kalau di imbau, banyak perkara sudah musuh islam persoalkan seperti sistem pendidikan, sistem ekonomi, nota sejarah, sistem budaya dan lain-lain lagi.

Adakah pemimpin islam ada KEJANTANAN untuk mengenegahkan isu ini atau ia hanya akan terpinggir disebabkan batuk-batuk kecil oleh pihak DAP, MCA atau Gerakan?

Pemimpin-pemimpin islam perlu ingat bahawa mereka bukan sekadar membawa imej peribadi atau imej parti tetapi juga mereka membawa imej umat islam keseluruhannya. Mereka memegang amanah yang amat besar yang akan dipersoalkan nanti. Mereka adalah harapan kepada seluruh umat yang mencintai islam yang ingin melihat islam dilaksanakan sebaik mungkin. Lidah mereka lidah islam, kata-kata mereka didengari, perbuatan mereka diikuti. Jika mereka terhina, islam juga akan terhina dan maruah islam juga akan terpalit sama.

Kekuatan mereka kekuatan islam, kelemahan mereka kelemahan islam. Jika musuh islam berjaya melemahkan perjalanan mereka ini bererti musuh akan lebih berani bertindak untuk melemahkan seluruh jentera islam dimasa hadapan. Dalam keadaan mereka masih minoriti dan belum mempunyai kuasa pemerintahan sepenuhnya, mereka sudah berjaya menyekat disana dan sini, maka apakah tidak mungkin mereka akan terus mengkuborkan islam dan roh islam jika mereka menguasai tampok kepimpinan. Jika pemimpin islam yang kini masih majoriti terkencing-kencing apabila ditegur oleh pihak musuh apakah pemimpin ini berani untuk berkata-kata dalam keadaan mereka minoriti nanti? Adakah ini yang dikatakan TAHALUF SIASI yang dibenarkan?

Semua persoalan-persoalan ini semakin hari semakin membelengu dan menebal dikalangan umat islam. Tolak hudud, tolak arak, tolak sejarah. Pesoalan utama yang harus dijawab oleh pemimpin islam ialah :-

KENAPA BERUNDUR sebelum sempat nadi berdenyut, sebelum habis ayam berkokok, sebelum itek sempat berenang ditasek, sebelum pipit  terbang diangkasa, sebelum Tuah menghunuskan taming sari, sebelum Jebat mengamuk dikampung, sebelum sempat anak menyusu?

Kenapa, kenapa dan kenapa ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: