Posted by: aminuddin | 05/10/2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT (HIMPUN)

 Kenyataan Media HIMPUN : Selamatkan Akidah Umat

Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini. Umat Islam di negara ini telah mengharungi pelbagai episod hitam melibatkan gugatan dan ancaman terhadap akidah seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu. Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa. Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian, menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam Thanksgiving melibatkan umat Islam dan pelbagai lagi bentuk percubaan mengkristiankan umat Islam.

Pada masa yang sama kita melihat gejala kurangnya kesatuan suara dan kejelasan sikap terhadap pelbagai ancaman terhadap akidah umat ini termasuk dari kalangan sebahagian umat Islam disebabkan pelbagai faktor termasuk sentimen politik dan puak. Ini mewujudkan suasana yang memungkinkan terhakisnya benteng pertahanan akidah umat sama ada dalam bentuk institusi-institusi agama, usaha dakwah dan pendidikan serta peruntukan undang-undang.

Menyedari hakikat ini, HIMPUN dicetuskan sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan.

HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun. Maka HIMPUN juga ingin menghantar mesej bantahan dan amaran yang jelas kepada sesiapa yang bertindak atau mengeluarkan ucapan yang menghina agama dan menghakis benteng akidah umat.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini. Maka HIMPUN juga di adakan untuk mencari kesepakatan-kesepakatan yang boleh dipanjangkan kepada pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dan pihak kerajaan dalam hal mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita.

Ia juga bertujuan menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

 

Inilah di antara asas dan latar belakang di sebalik penganjuran HIMPUN.

Dari segi perlaksanaannya, sebagai suatu inisiatif umat, sebuah Sekretariat HIMPUN yang dianggotai oleh organisasi dan individu dari pelbagai latar belakang telah dibentuk. Sekretariat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri bin Dato’ Hj Mohamad (mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA). Manakala Sdr. Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden ISMA bertindak sebagai Setiausahanya.

HIMPUN adalah sebuah perhimpunan aman dan segala langkah yang wajar akan diambil untuk mempastikan bahawa tidak akan wujud apa-apa insiden yang bertentangan dengan keamanan dan undang-undang.

Di antara agenda utama HIMPUN adalah ucapan-ucapan wakil masyarakat dan mereka yang mempunyai pengalaman langsung dengan isu murtad, ucapan tokoh-tokoh antarabangsa yang berkaitan dengan isu akidah dan pemurtadan serta deklamasi sajak, lagu, doa munajat serta di akhiri dengan pembacaan resolusi HIMPUN.

Resolusi ini kemudiannya dirancang untuk dipersembahkan kepada ke bawah Duli Raja-raja Melayu serta pihak berwajib yang lain. Perhimpunan tersebut mensasarkan seluruh lapisan masyarakat Islam khususnya dari pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, parti-parti politik, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, Jamaah masjid dan surau, komuniti guru dan lain-lain lagi.

Berasaskan segala kesedaran dan latarbelakang di atas, kami menyeru kepada seluruh warga umat Islam untuk bersama-sama menyahut panggilan mulia untuk menjayakan HIMPUN. Inilah peluang keemasan untuk setiap individu muslim yang sayangkan akidahnya dan cemburukan agamanya untuk menyumbangkan suatu khidmat bakti untuk tujuan murni ini.

Kebersamaan dan kesatuan kita akan mengundang rahmat, tawfiq dan inayah Ilahi. Maka akan terhasillah dengan sebabnya suatu benteng yang kukuh dalam mempertahankan akidah umat.


Responses

  1. TAK USAH NAK CARI GLEMER BRO AMIN..

    BUAT HIMPUNAN HAPUSKAN HIBURAN MELAMPAU DULU..DISKO,PUB,ARAK,JUDI,KONSERT DSB..

    INI PENYEBAB UTAMA.. LIBERALISASI SERBA SERBI..

    SALAHKAN PEMIMPIN YANG ANDA JUNJUNG..

    SALAH KAN JABATAN2 YG KORUP..

    SALAHKAN DIRI SENDIRI..YANG MENYOKONG KERAJAAN YG KORUP..

    JANGAN SALAHKAN ORG KRISTIAN.. ITU MEMANG TUGAS MEREKA..

    TUGAS KITA, TINGKAT KAN DAKWAH, HAPUSKAN KORUPSI KERAJAAN YG MEMERINTAH..

    YANG PALING PENTING …TUKAR KERAJAAN

    ANDA YG MEWAKILI NGO UMNO HANYA BERTUJUAN NAK MENJATUHKAN KERAJAAN PR SELANGOR..

    POLITIK KOTOR.. BERSELINDUNG DISEBALIK BELA AKIDAH..

    YA AKHI..PIKIR2 KANLAH.. ALLAH TAHU APA YG ADA DALAM HATI ANDA..
    JANGAN JADI MUNAFIK..(TEMPATNYA DINERAKA LEBIH DAHSYAT DARI ORANG MURTAD)

    • Jangan menghukum sesuatu yg kita sendiri tidak pasti

  2. Semoga saudara syamel diberi hidayah dalam menulis kalimah2 yg bersifat kurang sopan..

  3. sokong syameel, negara bermasalah nak alihkan fokus kepada orang lain- apa belum cukup musuh lagi jadi org islam? nak buat musuh lagi- teruskanlah
    sampai semua student2 di negara2 kristian abroad kene hantar pulang sebab antikristian di malaysia.
    baikilah korupsi negara dahulu dan tunjuk mereka islam sebenar. himpun dan blame mereka is childish dan macam isytihar perang tapi kamu lemah lembik macam buih kat laut. nauzubillah

    berhimpun untuk baiki diri sendiri boleh
    bukan untuk blame diorang,
    diorang dhimmi dan harus diprotect,
    ada mereka bunuh anak kamu di oversea? ada mereka bunuh anak kamu bakar masjid kamu di malaysia? –

    buatlah dan mulakan fitnah dan huru-hara agama di malaysia

    tahniah NGO2 yang ‘berfikiran panjang’

    pengalaman sertai NGO2 ni adalah ramai yang ‘power mongering’ di atas sana yang lebihkan ‘kuasa’ dan gah dari dakwah. prove me wrong! jika tak bersetuju dengan hujah saya dengan aksi bukan debat kosong sepanjang malam dan terlepas subuh.

    • Kemarahan kpd kerosakkan yg ada tak bermakna kita membiarkan agama kita di permainkan oleh orang kafir. Kita tak bercakap lebih dari apa yang ada dalam perlembagaan negara.

  4. saying about raja-raja melayu, saya pun keturunan raja, salasilah tertua langkasuka dan kedah tua lagi bukan pendatang dari sumatera melaka.

    dan sistem beraja ni dah LAPUT dan kita dah kalah in total dulu sebab kelemahan raja dan sistem tersebut.

    kene move forward, baiki parlimentary tu dulu…

    educate raja2 dulu. ada raja kelulusan doktor medikal? ada pHd? ada yang belajar azhar? x ada kan, x ada! MALU. pakai songket dalam majlis2 sampai berpeluh2… its not their job..

    to lead kene ada capability – macam asal usul raja melayu dahula – sebelum korup -merekalah yang terpelajar dan ada buah fikir dan naik di sana bukan sebab kuasa tapi ‘terpaksa’ dan dipertanggungjawab.

    raja itu rakyat, rakyat itu raja

    • Saya rasa saudara tak faham apa yang saudara perkatakan. Saudara harus meneliti perlembagaan dengan lebih mendalam dan memahami apa yang tersirat dan tersurat. Jika tidak ada institusi Raja kemungkinan kita telah lama menjadi negara kristian. Rajalah yang mempertahankan agama islam selama ini. Walaupun mungkin kita tidak bersetuju kesemuanya dgn sikap peribadi mereka tetapi keujudan mereka penting supaya islam tidak tergugat.

      Sayang, walaupun saudara seorang yg berketerunan raja tertua namun saudara sendiri tidak faham apa tanggungjawab saudara kpd islam.

  5. dengan mendidik rakyat dan menyembuh penyakit ummat sendiri bukan berhimpun menyalahkan orang (kristian) terhadap kerje mereka adalah solusi saya – bukan isytihar ‘perang’ situ sini.

    sokong perhimpunan tersebut jika ia untuk medidik rakyat bukan untuk channel blame kepada kristian dan rosakkan hubungan dua hala yang ada.

    saya rasa saya tahu tanggungjawab saya pada islam.

    semoga kamu diberi hidayah oleh ALLAH.

  6. Salam,

    Kekadang tertanya2…orang seperti syamel dan pujangga ni apa yang dia nak ya….obses sekali dia tentang isu korup…..jadi isu murtad tolak ketepi…gitu ke? Dr Hasan Ali tu bukan orang Pakatan Rakyat ke? Pelik saya dengan pemikiran orang begini……rangkul kuat2 DAP sebab depa amat sensitif pasal korupsi ni tapi belum tentu depa tak korup!!….depa tolak hudud pun …rangkul juga….dunia…dunia!!

  7. sokong islam dan perkembangannya, sokong hudud, dan anti-murtad dan seangkatan dengannya – tapi benci korupsi yang menghantui pemimpin orang islam berpaksi sekular sekarang.

    salam semua, saya tamatkan hujah saya dengan hidup islam seluruhnya -politik, ekonomi, dan ruhnya dikalangan muslim.

    kita kene belajar less emotional dalam berdebat. melayu suka berdendam dalam diam dan mari kita baiki kelemahan ini dalam interaksi kita.

    we voice as we care.

    sokong perhimpunan tersebut jika ia untuk medidik rakyat bukan untuk channel blame kepada kristian dan rosakkan hubungan dua hala yang ada.

    • sdr pujangga,

      Cukuplah saya katakan suadara termasuk dalam golongan minoriti yang pemikirannya telah terkena virus2 kekeliruan…nak Islam tapi sokong kristian….tak mau perpaduan islam….lebih baik bersatu dengan kafir untuk menjatuhkan sesama Islam….kalau nak tau dimana puak2 ni berada…..baca komen2 mereka didalam malaysiakini-malaysian Insider….inilah golongan liberal bentuk baru yang telah terkena penyakit2 seperti pluralisma (agama semua sama) dan liberalisma yang orang kuatnya ada dimedan depan Pakatan Rakyat sekarang1

      • orang lama. anda yg tidak berpijak dibumi nyata. anda yg terlampau taksub dgn pemerintah sehingga segala keburukkan yg pemerintah lakukan anda anggap remeh dan dibesar-besarkan. Anda mengata mereka2 yg memberi komen di Malaysiakini, Malaysiainsider. Adakah selepas negara bangkrup, kewangan, fikiran, budaya, akidah, keselamatan dan jatidiri baru anda akan katakan “bodohnya aku selama ini” . Masa itu sudah terlambat mengaku kebodohan kita. Sepatutnya orang lama lebih tajam pemerhatiannya. Cuba lihat : 1. hutang negara RM437bilion mencecah 53% berbanding KDNK. Suatu angka yg menjurus kepada anak cucu menjadi bangkrup sebelum dilahirkan. Amat menggerunkan. 2. Akta AUKU 4 yg mengongkong fikiran dan semangat juang mahasiswa. Adakah kita ingin melihat anak cucu kita yg bacul tidak berani bersuara walaupun pada yg benar seperti kebanyakan bijakpandai dalam negara sekarang? 3. rasuah dan menerima rasuah dalam bentuk wang atau pangkat menjadi amalan biasa dalam kerajaan, bukan lagi sesuatu yg menjijikkan dan menyalahi agama. dimana letaknya maruah diri? menyelak keaiban orang juga sudah menjadi budaya bukan lagi sesuatu yg dilarang keras oleh agama. sex dan bahan lucah menjadi budaya hidangan setiap hari tanpa segan sila serta pemantauan dari kerajaan membendungnya malah dilihat sebagai digalakkan. Saya juga orang lama anak kelahiran sebelum merdeka. Apa yg dinyatakan adalah berkaitan dgn tanggungjawab kerajaan yg memerintah, usah dinafikan. Berpijaklah pada bumi yg nyata. Saya akan komen berkaitan akidah, keselamatan dan jatidiri dilain masa jika diizinkan admin. Wassalam.

  8. Saya sokong sepenuhya perhimpunan ini jika nawaitunya adalah untuk meningkatkan akidah umat Islam bukan dgn niat lain kerana saya melihat di sidang media yg diadakan terdapat wanita yg tidak menutup aurat serta menguap seolah-olah sidang media itu membosankan. Jika sebahagian yg menerajui perhimpunan ini tidak memahami aurat dalam Islam kelak akan ditempelak sebagai ketam mengajar anak berjalan.

    Kebiasaannya apa jua resolusi yg ingin diketengahkan, peserta sudah dimaklumkan terlebih dahulu untuk pertimbangan implikasinya dan sokongan kpd resolusi berkaitan dapat berjalan dgn lancar.

    Walau bagaimanapun saya ucapkan tahniah diatas usaha murni tuan. Semoga Allah merahmati usaha tuan ini.

    • Sdr Bakar,

      Terimakasih kerana memberi komen,

      Saya perhatikan penyokong2 PAS bila dia dapati seseorang itu mengkritik PAS maka terus di bakulkan orang itu kepada menyokong pemerintah dan dibakulkan orang itu sebagai menyokong semua yang pemerintah buat tak kira betul atau salah. Prejudis ini amat tinggi hinggakan kekadang kita merasakan mereka ini seolah2 kebenaran itu 100% berada pada diri mereka dan orang lain 0% nilai kebenarannya. Pendekata dipihak sendiri betul semua dan pihak yang dimusuhi salah semua. Agaknya kerana ada label Islam tu kut maka mereka merasakan mereka benar semua….
      Bila prejudis ini telah meresap kedalam diri maka bila timbul isu2 yang bersifat aulawiyat seperti isu aqidah ini masih lagi menganggap orang lain dalam bakul 0% walaupun apa yang hendak diperjuangkan bersifat murni demi kerana Islam.
      Masalah hutang negara, auku dan lain2 yang ditimbulkan perlulah dilihat secara objektif dan kebijaksanaan pemerintahan dan bukan dilihat dari sembang kedai kopi. Banyak faktor yang perlu diambil kira …bukan seperti menghadapi hutang dengan ALONG!! Ini tidak bermakna saya setuju dengan hutang yang besar itu…..Tentang rasuah…SPRM kan ada…lapurkan aje jika saudara ada bukti….janganlah buat sweeping statement begitu, takut jadi fitnah pulak…..Bercakap memang sedap la….
      Negeri2 bawah PR pun tak nampak beda yang boleh dibanggakan….lebih kurang aje….

      • Haiihhh…

        Jom gi lapor…jom2…bawak jer lapor ke sprm krjaan PR yang korup tu…apa tunggu lagi…pasti kena punya laa…

        Jgn buat publisiti stunt jer yg lebih

        Ada orang suka lihat suku2 islam ni….ada orang lihat nak buat semua

        Ada orang rasa aqidah jer yg disentuh Islam…ada orang lihat orang islam perlu hidup dlm ad deennya…

        Ada orang setuju HIMPUN…ada orang sokong semua demo yg baik…

        kerana apa ada orang kedua tu…kerana ISLAM suruh masuk scr keseluruhan…

        Cakap benda kompleks cam hutang negara bukan takat sembang kedai kopi..dimensinya perlu dilihat scr keseluruhan….tp bila tang batang hidung sendiri…blog picisan pun boleh jadi… sumber utk kutuk orang islam yg ada dgn Bersih…

        Begitulah pejuang islam yang hebat akhlaknya…

  9. Sdr amrar,
    Dah banyak kali saya hentam sdr…akhirnya sdr merajuk…kali saya biarkan statement sdr begitu aje biar pembaca lain menilainya…bukan apa….takut sdr merajuk lagi…haha

    • Sy tak merajuk…malas nak menaip je..x pyh la nak berlagak….sy x menulis pun ramai lg yg menilai saudara yg bijaksana ni

      kakakah…perasan hebat barangkali

  10. Saya sokong himpunan ini seribu peratus. Nampaknya perpecahan yang dicanang oleh pembangkang ni semakin serius sehingga tak dapat membezakan yang mana satu yang haq. Perpaduan umat Islam itulah yang haq tak kira politik, tak faham lagi ke pembangkang semua.

    Korap apa? Parti korang tu suci malaikat ke? Korap itu sifat manusia bukannya berkaitan parti. Kalau nak cerita pasal khabar angin berlambak jugak khabar angin betapa korapnya pemimpin korang tu. Berlagak je lebih. Dah bagi bukti pun tak nak percaya tapi kalau khabar angin pasal pemimpin Islam parti lawan korang percaya bulat2.

    Cakap pasal Islam je taksub pemerintah. Fikiran korang tu yang semacam dah korap.

    • Aik…ada ker orang yg laungkan psl korup ni tak sokong psl HIMPUN….siapa yg komen tu…biar sy bedal dia pulak..🙂

      Jgn la samakan pendirian parti dgn manusia yang menyokong parti tu…

      Tula dia bila dah taasub macam ni la jadinya

      Peliknya….

  11. Assalamualaikum.sy sungguh tertarik baca blog ustaz kerana pasti ada yg menghentam ustaz.cara ustaz tanganinya sgt sy kagumi.
    Sebagai anak merdeka yang terdedah dgn dunia tanpa sempadan,mengajar sy untuk mendengar,melihat dr setiap sudut.
    Pada mulanya sy malas untuk ber’HIMPUN’.Ingatkan spt BERSIH menjadikan orang bukan Islam sebagai ketua.Ternyata HIMPUN adalah untuk menerangkan bukan untuk berperang.
    Semoga dgn HIMPUN,walaupun seorang yang akan faham tentag bahayanya murtad,semoga Allah pandang setiap usaha kalian.
    Walaupun saya tidak berada di Malaysia,saya tetap menyokong dan menyebarkannya hanya kerana Dia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: