Posted by: aminuddin | 15/10/2011

Mari kita bersatu !!!

Sidang akhbar HIMPUN pada 15/10/2011

Semenjak progran HIMPUN ini di war-warkan kepada media seminggu yang lepas, saya telah menerima panggilan dari pelbagai pihak menyatakan sokongan mereka kepada perhimpunan ini. Baik golongan ngo islam maupun ngo sosial juga para penggiat seni, pertubuhan kebajikan, persatuan ibubapa, pelbagai persatuan silat semuanya menyatakan ingin bersama dalam perhimpunan tersebut. Sehingga hari ini lebih 1,000 ngo telah memberikan sokongan dan akan menghantar ahli mereka kepada perhimpunan tersebut.

Bagi pihak Sekretariat, saya ingin menyeru kepada semua umat islam yang cintakan islam dan merasakan kepentingan menjaga aqidah mereka untuk sama2 hadir ke perhimpunan tersebut. Marilah kita ketepikan segala perbezaan ideologi politik atau apa2 kefahaman untuk sama2 bersatu menyatakan ketegasan kita untuk tersu mempertahankan aqidah tanpa boleh digugat oleh mana-mana musuh islam.

Jangan kita hiraukan semua bisikan2 negatif yang cuba untuk menggagalkan program ini. Bisikan2 seperti ini tidak harus melemahkan kita sebaliknya membuatkan kita menjadi lebih bersungguh2. Golongan ini adalah golongan yang sangat minoriti dan terpinggir. Biar mereka dengan prasangka mereka yang tidak habis2 hanya untuk melemahkan islam.

Musuh islam sentiasa bersatu apabila sesuatu isu itu menyentuh kepentingan mereka samada dari segi agama, ekonomi maupun budaya, kenapa kita tidak boleh bersatu? Sangat pelik dalam sebuah negara yang majoritinya umat islam tetapi yang menguasainya adalah bukan islam. Ini semua kerana kita tidak bersatu. Perbezaan fahaman politik telah memecahkan umat islam dinegara ini.

Jadi marilah kita sama2 bersatu kerana soal aqidah ini bukan soal politik. Kita bukan nak menjatuhkan atau menaikkan sesiapa. Kita hanya ingin menyatakan akan kesungguhan kita untuk mempertahankan aqidah secara bersama. Jika inipun kita tidak boleh bersatu bermakna tidak ada erti lagi kita hidup dibumi yang indah ini.


Responses

  1. setuju sangat bersatu kerana soal aqidah bukan soal politik


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: