Posted by: aminuddin | 18/10/2011

HIMPUN : Beberapa persoalan

Membaca komentar2 didalam media alternatif. program HIMPUN ini telah dihujani pelbagai persoalan.Ada yang bimbang, ada yang berhati2, ada yang ingin menjauhkan diri dan ada yang membuat prasanka2 yang pelbagai. Di sini saya ingin menjelaskan beberapa perseoalan :-

1. Ada yang mengatakan bahawa HIMPUN ada agenda poltik.

Mereka yang berkata demikian hanya orang politik yang telah melihat segala-galanya dari aspek politik dan sentiasa bimbang akan keterjejasan kedudukan mereka. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya. Tidak kira apa usaha yang baik macamanapun, jika ia boleh menggugat kedudukan politik mereka, mereka akan cuba halangi. Oleh kerana budaya politik di negara ini telah lama tercemar dengan budaya tuduh menuduh, kecam mengecam, hina menghina, fitnah memfitnah maka kenyataan2 yang tidak berasa ini bukanlah sesuatu yang pelik. Kepada mereka yg berfikiran sebegini saya menasihatkan supaya lebih matang dalam berfikir. Saya ingin tegaskan HIMPUN tidak ada lain melainkan ingin membawa isu aqidah dengan lebih tegas dan jelas. Ia tidak ada kena mengena dengan politik.

2. HIMPUN akan menimbulkan kekecohan

Ada yag berpandangan bahawa HIMPUN ini akan menimbulkan ketegangan antara agama sedangkan islam adalah agama kedamaian. Bagi mereka ini saya sarankan lihatlah sejarah negara. Adakah disana ada insiden orang islam menimbulkan permusuhan dengan bukan islam? Malah orang islam sangat toleransi. Apa tidaknya, lihat betapa banyak gereja yang ada, ada ribuan kuil dan tokong yang ujud, orang india, cina dan lain2 boleh merayakan perayaan mereka dengan aman. Sebaliknya pihak lainlah yang sentiasa cuba untuk menggugat orang islam. HIMPUN bukan mengajak orang islam untuk memusuhi orang bukan islam tetapi hanya sekadar untuk mengajak umat islam bersatu mempertahankan aqidah dari serangan musuh.

3. HIMPUN cuba menggugat kepimpinan negeri

Adakah berhimpun untuk memperkatakan soal aqidah boleh menggugat kedudukan pimpinan negeri? Ini pemikiran yang sangat pelik dan tidak masuk aqal. Jelas sekali kepada mereka yang berkiran demikian melihat segala-galanya dengan kekuasaan. HIMPUN mendapat sokongan dari jutaan umat dari pelbagai latar belakang, samada orang bandar maupun orang kampung, yang kaya juga yang miskin, yang tua juga yang muda. Mereka menyokong kerana sedar kepentingan menjaga aqidah umat kerana mereka sentiasa berhadapan dengan usaha musuh yang cuba memurtadkan umat islam. Mereka diserang, dipukul dan difitnah semata2 kerana ingin membantu umat islam dari terpesong aqidahnya. Adakah kita tergamak untuk mengatakan mereka ini cuba untuk menjatuhkan kepimpinan negeri? Kecualilah kepimpinan negeri memang tidak kisah soal aqidah dan membiarkan aqidah umat rosak. Kalau begitu keadaannya maka tidak hairan mereka rasa tergugat.

Walau bagaimanpun saya yakin suara2 seperti ini sangat minoriti. Majoriti umat islam sangat menyokong kepada perhimpunan ini. Jadi sakali lagi saya menyeru kepada umat islam untuk hadir beramai2 ke HIMPUN.


Responses

  1. Saya positif dengan HIMPUN.

    HIMPUN: Merintis persepakatan muslimin.

  2. macam kena letak dalam website himpun and malaysiakini je artikel nie..

  3. There is nothing unislamic in rejecting Himpun. Well if it is alleged that 250,000 has left the faith, what does this rally hope to achieve? That it will create 250,000 new converts? This rally is nothing more than bigotry which is against Islamic teachings. At the same time, I dont see you stand up for Hudud which is very Islamic. Majlis Ilmu is Ibadat, Majlis Himpun is not.

    • May Allah forgive you and me

    • Dear Nollan,
      If you are a Muslim, please istikharah on this matter….if you are not Muslim then please seek your God’s guidance.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: