Posted by: aminuddin | 30/10/2011

Apa yang mereka nak?

Setelah seminggu berlalu, HIMPUN masih menarik perhatian orang ramai. Pelbagai komen dan analisa yang dibuat terhadap HIMPUN oleh pelbagai pihak. Ada yang memuji dan ada yang mengkritik. Ini membuktikan bahawa HIMPUN memang memberi kesan kepada rakyat dan menarik ramai pihak. Apapun tohmahan yang diberikan namun tidak ada sesiapa yang dapat menyangkal bahawa mesej yang ingin disampaikan oleh HIMPUN jelas sudah menusuk ke pemikiran dan dada umat. Di mana saja saya pergi orang akan bertanya tentang HIMPUN.

Saya sempat membaca beberapa komen negatif yang ditulis oleh beberapa peribadi yang cuba menganalisa HIMPUN dari perspektif masing-masing. Tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, tanpa menghadirkan diri dalam HIMPUN, tanpa membuat kajian terhadap deklarasi HIMPUN, tanpa bertanya khabar kepada NGO2 yang terlibat didalam HIMPUN, mereka membuat pelbagai konklusi. Antaranya yang utama :-

1. HIMPUN adalah alat politik UMNO

2. Ada NGO (ISMA) yang cuba dapat publisiti murahan

3. HIMPUN gagal menarik sokongan rakyat dengan kehadiran yang sedikit

Apabila saya kaji latar belakang pengkritik-pengkritik ini, saya boleh golongkan mereka kepada dua kategori :-

1. Mempunyai fahaman islam liberal

2. Mereka mempunyai political alignment yang sangat rapat dengan parti politik

Jadi tidak hairanlah komen-komen yang diberikan sangat “bias” dan menampakkan tidak rasional. Semua hujah yang diberikan hanyalah khayalan dan tekaan semata tanpa ada hujah yang konkrit. Yang paling pelik mereka tidak sedar dalam penceramah itu ada tiga tokoh PAS  yang bercakap dan Ketua Pemuda PAS juga telah menyampaikan salam dan menyokong HIMPUN. Adakah ini dikatakan perhimpunan politik UMNO?

Begitu juga dengan bilangan kehadiran. Tak habis2 media alternatif melaporkan bahawa bilangan kehadiran hanay 5,000 sedangkan pihak stadium dan RELA yang membuat “headcount” menyatakan jumlah yang hadir adalah sekitar 25,000 orang. Sekali lagi dakwaan mereka meleset.

Mereka menuduh ISMA mencari publisiti murahan dan tidak mendapat dokongan dari NGO islam yang lain. Walhal semua NGO islam yang utama memberikan sokongan dengan menghantar surat kepada Sekretariat HIMPUN. Cuma mereka, saya jangka, tidak mahu tampil kehadapan dengan ketara kerana takut menimbulkan kemarahan dari parti yang mereka “align”. Maka sebab itu ISMA dilihat satu2nya NGO islam yang kehadapan bersama TERAS. Ada yang mendakwa ISMA tidak terlibat dengan kes Lina Joy yang murtad itu sedangkan ISMA terlibat aktif semasa kes itu dibicarakan. Sekali lagi mereka membuat tuduhan palsu dan membabi buta.

Ada juga tulisan yang mengatakan saya lantang menentang PAS. Persoalannya, jika PAS menghalang tindakan mencegah arak oleh Hasan Ali, jika PAS menyokong Hak Asasi Manusia yang menyamakan gender, jika PAS menyokong penyebaran agama kristian sebagai kebebasan beragama, jika PAS membenarkan kalimah Allah yang jelas mengelirukan umat islam digunakan, jika PAS menganggap perhimpunan mempertahankan aqidah sebagai mainan politik, tidak bolehkah saya menegur? Adakah dengan teguran itu dikatakan saya menentang PAS? Sudah pasti ini satu hujah yang sangat dengkil. Saya tahu ramai pimpinan PAS dari golongan ulamak yang tidak bersetuju dengan pendekatan PAS sekarang tetapi mereka tidak boleh berbuat apa2 kerana kuasa tampuk pimpinan berada pada golongan non-ulamak yang banyak terpengaruh dengan islam liberal.

Mereka juga mendakwa NGO2 yang terlibat dgn HIMPUN hanya pandai retorik tanpa terlibat secara langsung dgn kes2 murtad tanpa mereka ketahui ada beberapa NGO yang ada dalam HIMPUN terpaksa besabung nyawa saban hari bagi menyelamatkan umat islam dari murtad.

Mereka kata HIMPUN gagal mendapat sokongan uamt islam tetapi yang jelas kerajaan sudah membuat kenyataan akan melihat deklarasi HIMPUN yang menuntut Akta Murtad diadakan. Kalau selama ini tidak ada akta yang melindungi murtad tetapi kini insyaallah perkara itu akan menjadi kenyataan. HIMPUN juga mula diperkatakan oleh umat islam. Isu murtad mula mendapat publisiti yang meluas dan ini membimbangkan pihak musuh islam. Tidakkah ini tanda positif? Setahu saya yang tak beri sokongan hanyalah golongan islam liberal dan islam oportunis yang meihat kuasa adalah segala2nya.

Mereka juga mewar-warkan bahawa perhimpunan ini hanya akan menyebabkan huru-hara. Tetapi jelas tidak ada satupun insiden yang berlaku pada hari kejadian yang boleh menimbulkan permusuhan kaum. Kalau ada, maka itu hanyalah permainan media yang sengaja cuba untuk memecah belahkan umat islam.

Akhirnya, dengan segala tohmahan dan analisa yang salah dan tak berasas itu, saya berfikir sendiri, apa sebenarnya pengkritik ini hendak capai?


Responses

  1. […] https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/10/30/apa-yang-mereka-nak/ Like this:LikeBe the first to like this post. […]

  2. Salam Akh,

    Sabar akh, kuatkan semangat, perjuangan banyak pancaroba.
    Kritikan-kritikan keras drp PAS tu kebanyakan drp geng Kha…. Sam…
    Cuba perhati betul-betul.

    Yang lain tu kritikan sekadar perbezaan pendapat.

    • Sdr Nazri,

      Masaalah juga ya…ada berpuak-puak dalam PAS ni….Pas tidak ada stand yang sebenarnya….bergantung kepada puak mana yang bersuara!! Gitu ke?

    • Alhamdulillah anta nampak apa yg ana nak cakapkan. Sebab itu ana sebut dalam tulisan tu bahawa ini bukan TGAW punya idea tapi ada orang dibelakangnya.

  3. Saya ada comment dlm entri saudara di ismaweb, tp tiba2 entri tu dah tiada. nak ulang balik soalana saya, harap saudara dpt jawab.

    (1) Mengapa sekarang ni ISMA beriya-iya nampak nak “cari gaduh” dengan PAS. seolah2 terlalu banyak tak puas hati ISMA dengan PAS, & mempersoalkan dasar2 PAS sprti tahaluf siyasi dll. Saya prnah bertanya pd seorang pemimpin pemuda PAS pusat, adakah PAS Pusat menganggap ISMA ‘musuh’ baru? jawabnya PAS x kan cari pasal dengan jemaah Islam lain. jangan tambah musuh. ISMA nampak mcm mencabuli slh satu syarat pembenaran taadud jemaah iaitu saling menolong.

    (2) ISMA menganggap pergaduhan PAS-UMNO sbgai merugikan ummat Islam. Sedangkan rmai tahu perpecahan ini krana perbezaan dasar perjuangan dan pendekatan dari dulu lg..Dan, bukankah sejarah tertubuhnya ISMA juga kerana perpecahan dalam jemaah JIM disebabkan bbrapa krisis dalaman. (harapnya ISMA jujur dengan sejarahnya)…

    • Saudara mempunyai pemikiran yg sangat negatif. Menegur bukan mencari gaduh. Tidak ada yg maksum termasuk PAS, UMNO, ISMA dll. Mana yg betul saya akur tetapi yg salah saya tegur. Tidakkah saudara pernah membaca serah bagaimana R saw pernah ditegur dgn keras oleh Saidina Umar? Tetapi R saw terima dgn penuh kesabaran dan jiwa seorang pemimpin.

      • Syeikh cuba ceritakan, bila Rasulullah saw ditegur dengan keras oleh Saidina Umar? Saya nak tahu.

      • Perjanjian Hudaibiyah

      • Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tuan Amin yang mulia,

        Balasan sirah tuan bawakan, adakah merujuk kepada kisah tawanan perang badar di mana Saiduna Umar RA mencadangkan agar dibunuh kerana ada tawanan merupakan pemimpin orang kafir sedangkan Rasulullah SAW ingin meminta wang tebusan tawanan seperti yang dicadangkan Abu bakar? Peristiwa itu menjadi asbab penurunan surah al-anfal ayat 67-69. Tak tahu pula akan kita sesuai tidak disebut “keras” bagaimana sbb tak dinyatakan sekeras mana teguran itu. Yang pasti BERADAB. Istilah keras amatlah keras. Bukankah para sahabat itu lebihnya tegas?🙂

        Mohon Tuan menjelas apa yang Tuan suratkan. Jazakumullahukhairankasira.

      • saya salin tulisan daripada fiqh al-sirah, said ramadhan al-buti…

        “Manakala selesai perjanjian damai itu dituliskan, diperlihatkanlah Surat itu kepada beberapa orang Muslimin dan beberapa orang Musyrikin. Riwayat dari hadith sahib Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa ‘Umar Ibn Khattab berkata, “Maka saya pun datang menemui RasuluLlah SaLlaLlahu ‘Alaihi Wasallam (selepas selesai perjanjian itu) lalu saya berkata kepada RasuluLlah, “Bukankah engkau ini RasuluLlah?” Jawab RasuluLlah, “Ya”. Saya bertanya lagi, “Bukankah kita ini berada di atas haq dan musuh kita itu berada di atas batil?”, Jawab Baginda, “Ya betul!” Kata saya lagi, “Tidakkah orang-orang kita yang terbunuh akan masuk syurga, dan orang-orang mereka yang terbunuh akan masuk neraka?”. Jawab Baginda, “Ya betul!” Kata saya lagi, “Jadi mengapa kita terhina dalam menegakkan agama kita?”. Jawab RasuluLlah, “Aku ini adalah pesuruh ALlah. Semestinya aku tidak akan menyalahi perintahNya. ALlah tetap akan menolong ku”. Kata saya lagi, “Bukankah engkau yang mengatakan kita akan pergi clan bertawaf di BaituLlah?”. Jawab RasuluLlah “Ya betul. Tetapi adakah aku beritahu kamu bahawa mesti pergi ke BaituLlah tahun ini juga?”. Jawab saya: “Tidak”. Katanya lagi: “Jadi kamu tetap akan pergi dan bertawaf ke BaituLlah?”
        Dengan tidak bersabar lagi ‘Umar datang menemui ‘Abu Bakar RadiyaLlahu `anh, lalu dikemukakan. kepada ‘Abu Bakar pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakannya kepada RasuluLlah. Jawab Abu Bakar, “Wahai ‘Umar Ibn Al-Khattab. Dia itu adalah pesuruh Allah, pasti dia tidak menyalahi perintah Tuhannya. Dan ALlah juga tidak akan mensia-siakannya sama sekali”. Berikut itu turunlah wahyu membawa surah Al-Fath. (Surah mengenai penaklukan dan kemenangan) kepada RasuluLlah. Lalu dipersampaikan surah itu kepada ‘Umar. Maka katanya, “Wahai RasuluLlah, apakah itu kemenangan?!
        Jawab RasuluLlah: “Ya”, barulah ‘Umar merasa senang hati.”

        Ini daripada Raheeq Makhtum

        “Boleh jadi Saidina Umarlah di antara orang yang paling bersedih, hingga dengannya beliau telah datang menemui Rasulullah untuk bertanya: “Wahai Rasulullah, tidakkah kita ini diatas kebenaran dan mereka di atas kebatilan”. Jawab Rasulullah: “Bahkan”. Kata Umar lagi: “Tidakkah syahid-syahid kita di dalam syurga dan yang mati dikalangan mereka di dalam neraka?” Jawab Rasulullah: “Bahkan”. Kata Umar: “Kalaulah demikian mengapa kita membenarkan kerendahan kepada agama kita, kita hendak pulang pula, kenapa Allah menghukum di antara kita dan mereka sebegini rupa?” Jawab Rasulullah: “Wahai anak al-Khattab! Aku ini Rasulullah, utusan Allah, masakan harus ku menderhakaiNya, Dialah Pembantuku, Dia tidak akan membiarkanku dan mengabaikan daku sama sekali”. Kata Umar: “Tidakkah tuan hamba menceritakan kepada kita semua bahawa kita akan menziarahi Baitullah al-Haram dan bertawaf di sekelilingnnya?” Jawab Rasulullah: “Bahkan! Apakah ku katakan ditahun ini? Jawab Umar: “Tidak”. Kata Rasulullah: “Tetapi kau akan menziarahinya dan bertawaf di sekelilingnya”.
        Umar beredar dari situ dengan hati membawa kemarahan untuk menemui Abu Bakr, bila bertemu seraya bersoal-jawab seperti apa yang beliau lakukan dengun Rasulullah dan menegaskan lagi. Jawab Abu Bakr: “Umar! Kau mestilah berpegang dengannya hingga ke akhir hayatmu, demi Allah sesungguhnya Baginda adalah Rasulullah yang berada di atas kebenaran. Kemudian turunlah firman Allah bermaksud:
        “Sesungguhnya kami menangkan engkau dengan satu kemenangan yang nyata ”
        (al-Fath: 1)
        Rasulullah menyampaikan ayat ini kepada Umar, maka beliau bertanya: “Wahai Rasulullah apakah ianya kemenangan?” kata Rasulullah: “Ya”. Dengan itu jiwa Umar kembali tenang. Selepas itu Umar menyesal dan berdukacita di atas sikapnya itu, maka kata beliau: Untuk itu maka aku lakukan kerja-kerja amal, terus ku bersedekah, berpuasa, sembahyang, dan memerdekakan hamba-hamba sahaya bagi menggantikan tindakan ku di hari itu, kerana ku takut di atas keceluparan percakapan ku itu, dengan harapan semoga semuanya itu hanyalah untuk kebaikan semata-mata.”

        Ini daripada Fiqh Harakah Tuan Guru Haji Hadi Awang:

        “Sesiapa yang membaca perkara yang tersurat dalam perjanjian ini sangat terhina, tetapi apa yang tersirat di dalamnya memberi kemenangan yang besar di pihak Islam dan penganutnya, hanya Allah dan RasulNya mengetahui perkara yang tersirat. Ramai orang yang hampir punah kerana tidak tahan menghadapi ujian ini, oleh itu para sahabat Radiyallahu ‘anhum melahirkan rasa tidak puas hati kerana mereka baru saja berbai’ah untuk berperang, tidak mundur dan untuk mati syahid. ‘Umar bin al-Khattab seorang yang suka berterus-terang dengan segera menemui Abu Bakar yang paling hampir dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan bertanyanya kepadanya: “Wahai Abu Bakar tidakkah dia Rasulullah?” Abu Bakar menjawab: “Ya!”. ‘Umar bertanya lagi: “Tidakkah kita ini orang-orang Islam?”. Abu Bakar menjawab: “Ya!”. ‘Umar berkata: “Kalau begitu mengapa kita menerima cara yang hina ini”. Abu Bakar menegaskan: “Wahai ‘Umar ikut sajalah perintahnya dan aku tetap percaya bahawa dia adalah Rasulullah”. Kemudian ‘Umar menemui Rasulullah Sallallahu’alaihi wa Sallam dan bertanya kepadanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau Rasulullah?”. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Ya!”. Umar bertanya lagi: “Tidakkah kita ini orang-orang Islam?”. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Ya!”. ‘Umar berkata: “Kalau begitu mengapa kita memberi peluang untuk menghina agama kita”. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Aku ialah hamba Allah dan RasulNya, aku tidak sekali-kali menyalahi perintahNya dan aku tidak akan disia-siakan”. ‘Umar radiyallahu. ‘anh menceritakan perkara ini: “Aku sentiasa bersedekah, berpuasa, bersembahyang dan memerdekakan hamba kerana terasa membantah perjanjian Hudaibiyyah.”

        Jadi, tuan yang Mulia. Pada perkataan mana berlakunya teguran, dan pada perkataan mana menunjukkan kerasnya teguran?

      • Fikirlah sendiri terhadap semua kalimah2 Umar itu.

      • Tuan yang budiman. Jawapan ini seperti Tuan ingin melarikan diri. Tolonglah pohon maaf, dan mengaku salah, kalau Tuan salah. Bukankah itu lebih baik dalam Islam? Mengakui kesalahan itu adalah sifat orang Ilmuan Islam, tetapi, tidak mengakui kesalahan itu adalah sifat umat Melayu yang jahil.

        Sekali lagi saya nak tanya, “di mana, dalam petikan saya berikan itu, menunjukkan Rasulullah ditegur?”. Dan, “di mana, dalam petikan itu menunjukkan Rasulullah ditegur dengan keras?”

        Dengan memberikan jawapan, “fikirlah sendiri” menunjukkan Tuan tiada hujah, bahawa ini percakapan itu adalah teguran dan ianya bersifat keras. Sebaliknya hanya telahan untuk mempertahankan diri. So, harap Tuan jawab soalan saya.

        Kalau tuan tidak mampu jawab, minta maaflah Tuan, beritahu Tuan salah. Bertaubatlah Tuan, jika Tuan tidak mampu datangkan hujah, Tuan telah mengatakan Rasulullah dalam sesuatu yang tidak pernah berlaku. Hadis Rasululllah.
        “Ali r.a berkata : nabi saw. Bersabda: kalian jangan berdusta atas namaku, maka sesungguhnya siapa yang berdusta atas namaku pasti masuk neraka. (Riwayat bukhari&muslim)”

        Isu Tuan kata PAS begitu dan begini tidak ingin saya timbulkan. Itu isu Tuan dengan PAS, dan Allah akan adilkan untuk Tuan di akhirat. Tapi, isu Rasulullah ditegur ini isu yang besar. Merendahkan ketinggian martabat sahabat dan menunjukkan Rasulullah tidak dihormati.

        Sekali lagi, pohon Tuan jelaskan.

      • Saudara berhak membuat apa2 penilaian terhadap saya. Saya tidak menghalangnya.

  4. Salam alaik anak muda…hati2 bila buat komentar yg menyatakan sebahagian pimpinan tertinggi PAS menyokong pemikiran ‘Islam Liberal’…

  5. Assalamualaikum, duhai sahabat yg mencintai agama Allah swt, sesungguhnya Nabi kita diutuskan utk menyempurnakan akhlak, maka menjadi satu peng’hinaan’ terhadap umat di akhir zaman sekiranya dia tidak berakhlak dalam kehidupan peribadinya, di sini ana ingin menasihati diri ana n sahabt2 yg mmbaca komen ini sekalian agar berakhlak dlm segenap perbuatan harian kita, terutamanya kpd mereka yg lbh tua dr kita n lbih2 lg ulama’. mana2 ulama’ sekalipun. sy bukanlah wakil dr abim, isma or pas.sy tolak jemaah yg sombong n hipokrit. tp x semestinya sy membenci ssuatu jemaah i2 hnya krn perangai ‘pelik’ sebilangan ahlinya shj, x ptt n x mtang bukan, sy menntg dasar jemaah yg ‘pelik’ shj. maaf sy bertanya, bukan kah presiden pas x melarang ahlinya pergi HIMPUN cumanya klu prg beliau x mengalakkan/membenarkan atas nama pas, kerana bimbg HIMPUN dipolitikkan sifatnya, lagi satu ia adlh demi menjaga fitnah durjana pihak opposite yg x lekang mencari helah utk menjatuhkan satu2 nya jemaah yg lantang menzahirkan hasrat dalam menegakkan sistem khalifah di peringkat Malaysia melalui pentas demokrasi berparlimen. Hadaf yg tercalit adalah sama dgn isma pd hemat saya, kenapa x complimentary each other? pas fokus bab politik islam n isma fokus tarbiah islam.setiap jemaah memainkan peranan msg2 di post msg iALLAH. Jangan kta terpengaruh dgn kata2 yg kononnya merka dr jemaah tertentu ttp akhlak mereka sbnrnya x selari dgn ap yg dibawa oleh jemaah tersebut. WaLLAHua’lam.

  6. x membina langsung asik bergaduh jeee…..apa nak jadi dengan melayu islam ni…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: