Posted by: aminuddin | 30/10/2011

Presiden, ini jawapan saya.

Ketika menulis blog ini hati saya merasa sangat tidak selesa kerana terpaksa menjawab beberapa kenyataan dari seorang manusia yang sangat saya hormati. Saya pernah bertemu dengan beliau satu ketika dulu dan kagum dengan syaksiahnya. Saya juga kagum dengan ucapan semangat dan ketegasan beliau apabila menyentuh soal2 agama. Namun sejak kebelakangan ini kenyataan2 beliau tidak lagi melambangkan peribadi yang saya kenal dahulu. Entah mengapa sayapun tak ketahui. Saya amat yakin kenyataan2 seperti ini bukanlah lahir dari hati nurani beliau tetapi disebabkan tekanan dari beberapa pihak didalam PAS.

Kenyataan ini saya petik dari harakahdaily sebagai menjawab sindiran2 yang dikemukakan supaya rakyat tidak keliru :-

Presdien PAS : “PAS mahu isu pemurtadan ditangani dengan memantapkan akidah umat Islam sendiri seperti konsep ditunjukkan oleh al-Quran dan Rasulullah, bukan setakat mengadakan perhimpunan besar-besaran.”

Saya setuju dengan saranan Presiden PAS bahawa ia bukan setakat perhimpunan. Tetapi adakah ia bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah jika kita mengadakan perhimpunan sbg menunjukkan keseriusan kita dalam menangani isu ini? Mempelbagaikan wasilah bagi mencegah kemungkaran bukan sesuatu yang dihalang syarak.

Presiden PAS : “pendekatan hujah dengan ilmu dan pelaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih baik mencegah gejala murtad.”

Presiden PAS mungkin tidak sedar berapa banyak perbincangan dan dialog yg telah NGO islam adakan dengan pihak bukan islam. NGO2 ini juga telah melakukan pelbagai aktiviti dakwah dan tarbiyah untuk mendidik umat islam. Pendekata semua wasilah yang disebutkan telah dilaksanakan oleh NGO2 islam. Perhimpunan ini hanya salah satu wasilah saja.Harap Tuan Presiden lebih cakna.

Presiden PAS : “PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Rasulullah s.a.w. dengan cara memantapkan akidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan  dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna,”

Alhamduillah, kita mendoakan PAS teruskan usaha dakwah mereka. Cuma PAS tidak harus menidakkan usaha orang lain untuk berdakwah. Dakwah bukan hak mana2 pihak tetapi tanggungjawab semua umat islam. Jangan sekali-kali kita memperkecilkan usaha orang lain kerana takut jatuh kepada sifat riak.

Presiden PAS : “Selain itu, beliau mempersoalkan sama ada Himpun satu bantahan, “kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya.”

HIMPUN ditujukan kepada umat islam yang tak mahu bersatu atas dasar agama kerana terlalu ghairah dengan kuasa. Kesannya, puluhan wartawan dari dalam dan luar negara hadir bersama dan sedar akan kebangkita islam. Kesannya, pihak kafir mula merasa usaha mereka semakin diperhati dan mereka tidak harus membuat sesuka hati mereka. Kesannya juga, pihak kerajaan mula mengambil perhatian terhadap resolusi HIMPUN.

Presiden PAS : “PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama di kalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan “pencuri! pencuri!” “Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang,” kata beliau lagi.

Kalau PAS tak sedia bangkit, teruskan lah tidur. Tetapi jangan hina orang yang bangkit takut terjatuh kepada golongan orang2 yang menghalang kebaikkan. Subhanallah, siapa yang menjadi pencuri? Dahlah tak mahu bangkit, kemudian menuduh orang yang bekerja mencegah murtad sebagai pencuri. Ini bermakna terdapat kepimpinan PAS yg hadir dalam HIMPUN kemungkinan adalah  pencuri. Manalah tawaduknya Tuan Presiden ini jika sanggup melabelkan orang yang berjuang siang malam sebagai pencuri.


Responses

  1. Mungkin statement terakhir perlu di perhalusi, pencuri yang TGHA sebut tu mungkin merujuk kepada si murtad tu. keramaian itu merujuk kepada orang yang berhimpun.

    mungkin perlukan sidikit perubahan pada jawapan.

  2. xperlu jawap pun x ape..lagipun jawapan anda lebih kepada ‘attack’ & meluaskan jurang..perjuangan Islam di Malaysia akan lebih kuat kalau setiap jemaah islam close each other..

  3. Salam Suadara S.U..Sy tidk berapa mengenali saudara,tp sy ckup ykin saudara adlh anak muda yg sgt cakna tntg p’golakan agama d negara kita. Tahniah! sy ucpkn ats keperihtinn saudara. Namun, sy sdkt t’pgl tuk respon t’hdp jwpn saudara kpd TGAH. Dlm petikn ke2 ucpn tuan guru di ats ada menyatakn a)pendekatan hujah b)syariat yg tegs n adil.Dr jwpn saudara,hny respon pd hujah a) shja…apa jwpn saudara tuk hujah b)??? Bila saudara b’ckp dr sudut pndg seorg pejuag yg sgt snctf tntg isu murtad..pasti saudara tdk blh t’leps dr b’ckp soal HUDUD…pasti!! Bila b’bicara soal HUDUD…sudh tntu anda xkan m’beri jwpn sebegini,malah jelas dgn msej yg ingn sismpaikn olh tuan guru presiden. YG wajib x ditunaikn..tp b’bangga dgn cabg2. Solat frdu x dtunaikn..tp bgga dgn solt hjt yg dbuat stp hri. HUDUD x dlksanakn,tp bgga dgn HIMPU!! Xsalah HIMPUM sprti xsalhny solat hajat..bgus,mlh ptot dtruskn. Tp yg wjib t’tunai sudh ke?? Sy rkyt bse..bkn sehebt saudara,nmun isu ni senag je sy se. Apa kte seleps ni…saudara wt p’himpunan MENUNTUT HUDUD D LAKSANAKAN D M”SIA…sy ykn n psti, itula yg wajib,n saudra blh b’bgga. Maka psti saudara fhm ucpn tuan guru. Sy se byk kte blh kogsi b’sme..nmun ruag yg sempt ni m’btskn. TQ

    • Hudud bab lain, murtad bab lain. Jangan capur, nanti confuse. Saya sokong Hudud dan saya juga mintak TGAW sokong Himpun. Itu je. Kalau tak sokongpun, jangan memperkecilkannya. Masing2 memainkan peranan masing2 PAS berjuang politik, HIMPUN berjuang murtad.

      • salam wrt, saudara Aminuddin.

        suka saya mengingatkan bahawa hudud adalah soal akidah, bukankah tolak hudud juga mempengaruhi akidah orang yang menolak syariat Allah, dan pemimpin yang menolak mana2 undang2 Allah juga telah memperjudikan akidah rakyat di bawah pimpinannya, serta menutup salah satu pintu hidayah kepada orang bukan Islam khususnya…

        satu teguran ikhlas, tanpa apa2 kepentingan daripada saya saudara seIslam dan seMelayu… tidak perlu memakai atau menegakkan sepanduk Melayu Sepakat, jika kita berjuang untuk akidah yang tulen… hayati sejarah Islam yang sampai ke tanah Melayu melalui utusan panglima daripada Cina, dan teori lain daripada pedagang India dan Arab.

        Selidik semula, sejarah perjuangan menentang murtad di Malaysia
        , Natrah bukan seorang Melayu tapi tetap diperjuangkan oleh Dr Burhanuddin Helmy, Ahmed Ibrahim dan M Majid. murtad bukan soal bangsa, tapi agama, harap tidak keliru. Front anti murtad, Forkad dah sebagainya dah lama ditubuhkan dan bergerak berjuang menentang gerakan memurtadkan orang Islam sudah lama sebelum ISMA lahir lagi… jangan mudah menidakkan usaha2 orang2 lain…

      • 3 perkara saudara utarakan :-
        1. Hudud – benar ia juga sbghn sari aqidah. Teruskan perjuangan, saya sokong. HIMPUN fokus isu murtad saja, ia juga soal aqidah
        2. Kenapa Melayu – ini saya dah banyak jelaskan. Baca je lah entri2 saya sebelum ni.
        3. PAS dan lama perjuang murtad. Betul, bagus tetapi kenapa tuduh HIMPUN alat UMNO. Adakah jika orang lain buat senuanya tak betul?

      • akidah juga berkait rapat dengan ekonomi umat Islam… saudara2 sekalian jangan seronok dan leka sangat menulis pendapat peribadi dan berbahas dalam blog atau online, sedangkan harta ekonomi, pendidikan umat Islam sedang dimusnahkan oleh orang Islam dan orang bukan Islam yang tidak mahu atau benci kepada syariat Allah SWT…

        A\dakah kita fikr orang Islam hanya murtad dengan semudah meminum holy water, atau menghadiri jamuan orang bukan Islam, atau dengan hanya memegang atau membaca Bible?

        Sama2 kita luangkan juga masa, fikiran dan tenaga bahkan wang ringgit untuk mendekatkan keluarga, remaja, dan masyarakat umum kepada Islam…

        Jangan mudah melabel pejuang Islam yang telah banyak berkorban masa, dan segala-galanya untuk Islam dengan gelaran-gelaran atau tuduhan tertentu… tuan sebagai seorang pemimpin jemaah Islam.. tindakan perlu lebih cermat dan bijak… jaga adab akhlak kita sesama penggerak Islam…

        Faqlr ilallah,
        AbuHassan

      • Saudara Abu Hasan,

        Saudara kata tak perlulah tegakkan slogan Melayu Sepakat….saya nak kata PATUTLA PAS LEBIH SUKA BERPAKAT DENGAN DAP KAFIR HARBI DARIPADA BERPAKAT DENGAN UMNO YANG SAMA SEAQIDAH TAPI DIKATAKAN KORUP!!

        Barulah saya faham mengapa orang Melayu Islam berpecah-belah…..

    • Pada farhan…Inilah seni dakwah yang tidak ada pada pd “orang muda” ini…alhamdulillah syuyukh du’at di wadah2 lain yang lain tidak sedemikian rupa…melatah yang tidak ada paksi yang dipegang melainkan nafsu amarah….kelihatan sgt lompongnya pd cara jawabbalasnya…pada saya…ini entri paling memalukan daripada segi analisis dan hujahan…

      Bila sy amati tulisan dan komen orang yg luar…sy ternyata sedih….w/pun slogan melayu sepakat yang dilaungkan agar islam berdaulat…namun menguris hati sesama muslim dan gerakan islam itu telah terjadi dan merupakan modal tulisan…untuk apa? atas nama melayu; hanya kerana pas tak reti nak terima umno…akhirnya dimanakah kata sepakat akan muncul kalau permusuhan shj yang dicari…bagi saya sudah betul apa yang dikatakan pres pas di akhir kalam (yg disalah tanggap en amin ni)….mana mungkin bergabung dengan orang yang tidak meletakkan kompas Islam/prinsip Islam di depannya dlm hal ini….muslim melayu sepakat islam berdaulat…beza dgn melayu muslim sepakat islam berdaulat…renung2kan…ini bukan permainan istilah…kalau x faham x mengapalah…

      • Sdr Amrar,
        Saya quote kenyataan diatas…Mana mungkin bergabung dengan orang yang tidak meletakkan kompas Islam/prinsip Islam di depan dalam hal ini….

        Saya nak tanya…jawapannya jadi boleh pula bergabubg dengan DAP……ishishish…saya dah pening ni….keliruuuuuu!!

      • Salam orang lama,

        Sy menulis dlm keadaan sedar…ternyata tuan yg gagal memahami…sbb itu saya letak kompas islam DAN “/prinsip islam”….kebersamaan pd prinsip islam yg menyebabkan kita bersama disini dan tidak disana…

        Andai disana insaf…marilah ke sini….bersama2 prinsip2 Islam….maka akhirnya semua yg ada kompas islam akan menjulang prinsip islam

        Faham….sorry sy tak pening bila menulis…penuh kesedaran memilih kata2…huhu…ishishish….emo betul

  4. tak matang lagi bab Islam mu nih, pemikiran masih sempit, cuba buang perbezaan tuh, akan nampal kebaikan, ni sbb x suka PAS, maka nak buruk-burukkan PAS pula, diri sendiri tu muhasabah dulu, seribu orang baca teks ko ni, berapa banyak hang tanggung dosa…. baca le.. kalo tak paham rujuk orang len, jgn main tibai dengan pemikiran sendiri, mu tulis ikut nafus hang, nampak sangat

    • Kalau saya tak matang, maka adakah mengkritik Himpun tanpa mengetahui fakta tetapi hanya sangkaan, adalah sesuatu yg matang? Himpun bukan saja dituduh alat UMNO malah disebut sbg menghalau pencuri.

      • Tolonglah tengok balik kata2 akhir2mu itu…sgt menyimpang daripada maksud sebenar….lain sungguh kefahaman sy…dan ternyata ada yang sama pandangan sedemikian…

  5. With due respect kepada pemimpin2 PAS saya berpendapat kenapa suara2 yang keluar dari mulut pemimpin2 PAS kelihatan seolah-olah ada yang tak kena…menglirukan dan tak tau apa sebenarnya yang mereka mau. Saya percaya keadaan ini berlaku kerana PAS memilih formula yang salah dalam menyelesaikan masalah umat Islam di Malaysia iaitu dengan menyertai Pakatan Rakyat.
    Dulu semasa DSAI menyertai UMNO, pemimpin2 PAS menggunakan anology tong najis untuk berhujah menyalahkan DSAI yang cuba membaiki UMNO dari dalam. Jadi analogynya bila ada sesiapa yang berusaha membaiki UMNO dari dalam maka dianggap mereka akan bergelumang dengan najis. Sebenarnya bagi saya PAS memerangkap dirinya dengan membuat anology seperti ini. Ini bermakna PAS tidak akan memilih jalan ini sebagai kaedah perjuangannya di Malaysia walaupun ada kemungkinan jalan inilah formula yang terbaik menyelesaikan masalah umat Islam.
    Dulu PAS berjuang bersendirian kerana semasa itu belum ada ijtihad tahaluf siasi. Walaupun PAS tahu mereka tidak mungkin dapat memerintah kerajaan pusat dengan sikap bersendirinya itu tetapi mereka tetap memelihara kemurnian berusaha sendiri tanpa ada kerjasama dengan pihak lain. Maka tanpa ada brek PAS menghentam UMNO sebagai sekular, bekerjasama dengan kafir dan sebagainya.
    Bila berlaku perpecahan dalam UMNO tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46 maka PAS bekerjasama dengan Semangat 46 secara terus dan Semangat 46 sebagai orang tengah bekerjasama dengan DAP dan beberapa parti lain untuk menumbangkan UMNO dalam PR 1990. Projek ini hampir menjadi tetapi masih gagal menumbangkan UMNO.
    Agaknya dari pengalaman inilah PAS sedar bahawa mereka boleh menawan Putrajaya dengan bekerjasama dengan parti2 lain termasuklah DAP tanpa ada selindung lagi. Atas dasar kononnya untuk dakwah PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan UMNO.
    PAS mengambil sikap begitu bersangka baik kepada DAP yang jelas tidak mau kepada Projek Negara Islam dan Hudud PAS. Hatta walaupun Karpal Singh pernah berkata “over my dead body” jika nak laksanakan hudud PAS tetap mempertahankan Karpal hinggakan ada pemimpin PAS Kelantan pernah berkata “over my dead body” untuk mempertahankan Karpal Singh.
    Hingga sekarang Karpal Singh dan DAP tidak pernah menukar sikap mereka ini. Ironinya bila Presiden MCA menghentam hudud PAS melalak menghentam BN tetapi Karpal bagaimana? Tidakkah ini juga sudah termasuk dalam 6 juta belia2 yang menghadapi kecelaruan!!
    Dan kini SU Agong PAS bercakap tentang “two party system” sahaja formula untuk tumbangkan UMNO. Nampaknya obsesi menumbangkan UMNO ni sampaikan PAS sendiri percaya kepada sistem politik Amerika/Yahudi untuk menyelesaikan masalah umat Islam Malaysia. Sedangkan kita tahu jika sistem ini diamalkan maka perbalahan/perpecahan umat Islam akan lebih marak lagi dan dalam keadaan PAS yang hanya bertanding 60 daripada 222 kerusi Parlimen…apalah nak diharapkan Islam akan dominan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan dapat menawan Putrajaya.

    Jika ini berlaku…bukan lagi membaiki dari dalam tong najis….tapi bergelumang dengan lautan najis……..

    • PAS lebih baik solo demi menjamin perjuangan Islamnya tidak dipengaruhi oleh sekutunya.

      • Setuju. Barulah ada izzah dan kekuatan. Tak perlu bergantung pd kekuatan orang lain. Islam itu tinggi dan tidak ada yg tinggi melainkan islam.

      • Saya sangat setuju sekiranya PAS mampu membina seluruh kekuatan sampai tertumbang UMNO diseluruh negeri. namun persekitaran pada masa kini PAS tidak mampu memerintah secara solo…ISMA mahupun UMNO mahu bergabung dengan PAS untuk memerintah negara ini? jawab soalan ini dulu sebelum membuka buka kepada soalan ini? sekiranya tidak mahu…so why suruh PAS bergerak secara solo? sedangkan ISMA pun tidak mahu berdaftar menjadi badan politik dan hanya berani bergerak sebagai NGO? daftar dulu baru tahu sejauh mana hang mampu bergerak secara solo dan memperolehi satu kerusi parlimen yang mampu menumbangkan kemungkaran…

    • berpakat dalam satu hal tidak semestinya bersetuju dalam semua hal.
      berpakat sementara tidak semestinya bersetuju selamanya.

      saya tak gemar betul perangai suka mengutuk pihak lain ni.
      macam sengaja nak menolak orang dekat kepada gerakan Islam.

      sayang seribu kali sayang.

  6. saba je la, pas memang sengal. die jilat karpal signh je kerja (alamak…huhu..geram nie)

    • wak malu nama azhari-ar-rantisi aje kamu nih..beri la hujjah yg adil sket..

      • suke ati aku la beb..

      • camtulah tarbiah isma skrg ni….ganas dan kutuk mengutuk

  7. org awam yg biasa n xde byk ilmu sgt pon bleh paham maksud tok guru tu..xkanlah SU isma ni tersalah paham ‘pencuri’ yg dimaksudkan oleh tok guru..aku nampak ISMA ni sensitif sgt berkenaan dgn himpun..adakah krn org yg ‘sgt ramai” menyebabkan isma memberi reaksi sebegini..amat2 kecewa dgn isma skrang..dulu ada juga berjinak2 dgn isma..tp skarang..huh..

    • suady

  8. Hujah yg diberikan oleh TGAH sgt jelas. Jgnlah kita salah faham apa yg disampaikannya

  9. Terlajak perahu bisa diundur,terlanjur kate sukar untuk diubati.
    *Moga barisan Pemimpin PAS or ISMA or NGO2 yang tegar dalam perjuangan ISLAM mengambil kelebihan setiap org sebagai rujukan,menjadikan kelemahan sebagai sepadan.Setiap org berbeza pendapat & pemahaman masing2.Apa2pun,jadila seperti Rasulullah S.a.W,jaga lisan kita.jzk.

  10. Salam ikhwah pengkritik sekalian…
    hentikan mengkritik pihak lain.. kalian perlu beramal dahulu sebelum menuduh itu dan ini.. kerana sesungguhnya org yg bercakap tanpa amal dan jihad bagaikan tin kosong yg benar2 menjadi punca huru-hara..
    tuduh-menuduh dan sikap obses dlm mempertahankan tokoh sanjungan benar2 memperlihatkan sifat keanak-anakkan.

    Haji Hadi telah beramal dan saya amat yakin begitu juga Hj Amin..
    Namun jgn dilihat tokoh yg kita sanjung bagai malaikat yg tidak silap..
    Yg salah perlu tetap diakui.. yg benar sama2 kita sokong dan tidak merendah-rendahkan usaha org lain..

    saya amat percaya dan yakin, ikhwah pengkritik sekalian adalah dlm golongan yg tidak beramal.. kalian tidak bersama dlm saff dakwah utk islam didaulatkan.
    hanya yg beramal dgn segala-galanya sahaja yg mampu menjiwai keperitan beramal. hanya yg menginfakkan segala jiwa raga utk islam sahaja yg tahu utk diam tapi amal tetap melaju..

  11. Selepas membaca kedua2 artikel ( daripada presiden PAS dan juga jwpn saudara aminuddin) , saya dapat menilai dgn jelas apa yang Pas ingin laksanakan & apa prinsip yang Isma ingin terapkan dlm masyarakat..Ya, memang terdapat percanggahan antara keduanya dlm beberapa isu seperti perlaksanaan Hudud & isu murtad di Malaysia yg kita cintai. Tetapi ingin saya ingatkan bhw kita tidak seharusnya bermusuhan dan berterusan menuduh satu sama lain dalam hal ini. Kita ini sedang membaiki keadaan di Malaysia menggunakan pendekatan Islam wahai saudara-saudara ku. Jadi amatlah tidak relevan utk kita yg seAqidah ini sentiasa bersangka buruk dan bermusuhan antara PAS dan ISMA. Memang ada pemimpin & anak2 buah nye yg agak keterlaluan dlm memberi komen & respons terhadap sesuatu isu yg cuba diketengahkan. Nasihat saya, jgn kita dengarkan kata2 celaan itu krn ianya bukanlah kritikan yg membina… Masing2 perlu lebih menerapkan semangat kerjasama dan bersangka baik di kalangan Pengerak2 usaha tarbiyah & dakwah.. Sekarang ini masanya untuk bekerja di medan masing-masing, bukannya terlalu fokus kpd kritikan2 dan laungan2 yg kurang membina.

    Kpd saudara azhari-ar-rantisi, saya tidak mahu mengaitkan kamu dgn mana2 jemaah. tetapi tulisan yang saudara nukilkan itu amat tidak sesuai dgn peribadi muslim. lebih2 lagi saudara menggunakan “nickname” yg sedemikian. Jangan disebabkan tulisan saudara, ia membawa fitnah kepada jemaah yg saudara sertai atau membawa fitnah kpd jemaah lain.

    Ayuh, kita menuju ke arah Malaysia yg lebih dirahmati oleh Allah !

  12. nk tunjuk surat khabar tunjuk tarikh la bro, azhar rantisi ( bukan spt rantisi pon)

  13. Maaf, Ini bukan pandangan rasmi ISMA. Ini hanya pandangan peribadi Hj Amin..harap maklum!

    • Walaupun ini hanya pandangan peribadi Hj aminuddin, saya rasakan ia masih relevan dalam kita menilai kembali status Islam di Malaysia. Mungkin ramai melihat artikel ini dari sudut pandang yg sempit dan negative. Tetapi pada saya ia agak membuka mata dan menyebabkan sebahagian daripada kita mengevaluasi kembali gerakan Islam di Malaysia. Adakalanya kita memerlukan pihak dari luar utk kritik dan memberi pandangan kerana kita bisa sahaja terlepas pandang beberapa isu dan perkara.

      Harus berani kerana benar !

    • seorang timbalan presiden bukan mengatakan apa yg organisasinya cakapkan? ni celaru identiti ni…

      kalau nak jadikan ini medan bukan rasmi, tukarkan di blog atas tu tulis nama shj. Itu kalau nak jadi profesional dalam penulisan.

  14. Saudara Amin, tuan berjuanglah demi kemaslahatan ummah sedaya yang mungkin dan sentiasalah beristikharah pada Allah dalam setiap langkah. Insyallah, Allah bersama anda. Jangan dihiraukan kritikan dari makhluk yang hanya berpegang pada ilmu tanpa petunjuk dari Allah.

    • Tkasih

  15. Assalamu’alaikum,

    Pertamanya; sy respons sbg seorg anggota Harakah Islam di M’sia. Sy tulis sbg teguran pertamanya utk diri sendiri, atau sesiapa shj yg baca.

    Sy rujuk kpd beberapa tulisan berikut sama ada dlm website ISMA atau tulisan saudara sbg qiyadah no. 2 ISMA di blog peribadi, antaranya:

    http://www.ismaweb.net/v4/2011/10/apa-yang-mereka-nak/
    https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/10/30/presiden-ini-jawapan-sy/
    https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/10/30/sy-cabar/
    https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/10/30/apa-yang-mereka-nak/

    Keduanya, sy membaca dgn KESAL tulisan2 terbuka di atas dan beberapa tulisan sebegitu yg lain selama ini yg turut dijadikan PENDIRIAN RASMI dalam website ISMA, atau oleh mana2 shj gerakan Islam sekalipun, termausk PAS jika kenyataan keras terhadapap jama’ah Islam lain spt itu terus dinyatakan kpd umum.

    Ketiganya, sy tulis sbg reply tulisan terbuka yg ini yg tlh turut dibaca secara terbuka, malah satu dunia membacanya. Mohon dikeluarkan, dan terakhir saya pohon perbincangan sebegini tidak dipanjangkan, malah jika boleh dihazafkan tulisan ini, termasuk apa yg sy tulis di sini.

    1. Utk memulakan; dlm tanzim haraqi, ada tindakan dan kata yg dilakukan oleh ahli bawahan, pendokong dan juga qiyadah – semuanya memberi kesan dan impak berbeza. Iman & tsiqahnya berbeza. Apa tertulis di sini adalah kenyataan rasmi kepimpinan, orang no.2 jama’ah, bukan gurauan nakal atau pandangan ahli bawahan yg blm cukup ditarbiyyah.

    2. Kenyataan kebencian dan tohmahan (sangkaan) oleh kepimpinan sebegini memberi impak tidak harmonis pd doktin pemikiran ahli. Perkara ini kelak pasti disebarkan dan di-usrahkan. Kesan akhirnya apa untung Islam dapat? Kepuasan hati peribadi atau kemarahan yg berterusan sesama pekerja Islam?

    3. Sy mungkin blh bersetuju jika pandangan sebegini dibuat secara tertutup oleh kepimpinan, dlm mesyuarat, atau dlm blog peribadi sendiri pun. Itu tidak mengundang pandangan terhadap jama’ah. Kepimpinan blh saja nyatakan itu hanyalah pandangan peribadi individu tu sahaja.

    4. Tapi cuba saudara bayangkan, walau dlm blog saudara sendiri pun dah begitu hebat komen perbincangannya oleh pelbagai pihak dalm dan luar negara, termasuk dari PAS yg saudara labelkan liberal, dan saling menjawab dan menjatuhkan sesama jama’ah, apa pula kesannya dari pendirian rasmi sebegini diambil, apatah dlm website rasmi ISMA?

    5. Sy nampak natijahnya menjadikan perbincagan di sini atau di belakang mampu membenihkan rasa benci dan kritikan berterusan sesama ahli gerakan Islam, dan tidak menghasilkan penyatuan yg dihajatkan. Pembaca pun sudah blh nilai ada di kalangan pengomen yg menulis berada di luar akhlaq dan adab berjama’ah. Tidak kah Saudara kecewa dgn natijah spt itu? Itu sangat bahaya! Itu satu FITNAH dlm pengertian gerakan Islam. Fitnah spt itu tidak sepatutnya berulang lagi dlm zaman kesatuan kerja Islam pada masa ini.

    6. Dalam usaha mencari penyatuan gerakerja oleh pelbagai gerakan Islam, terutamanya selepas tahun 1999, byk gerakan Islam meletakkan keutamaan bertindak dan mengeluarkan kenyataan dlm perkara yg ada persamaan. Ada byk perkara “persamaan perlu diutamakan di samping bertolak ansur dlm perbezaan”, bukan menghentam dan kritikan terbuka dilakukan oleh pelbagai jama’ah Islam.

    7. Isu yg kerap saudara pertikaikan dan mengkritik PAS termasuklah isu tahalluf siyasi oleh PAS dlm PR. Gambaran saudara tunjukkan adalah memandang terlalu remeh kerjasama yg PAS buat tersebut, walaupun saudara tahu tahalluf siyasi yg PAS buat itu melibatkan pandangan pelbagai ulamak muktabar dalam dan dunia, malah disyurakan Ulamak dan Syura tertinggi PAS itu sendiri. Tahalluf siyasi tersebut terikat dengan syarat yg ketat yg diputuskan, dan kerjasama politik itu hanyalah salah satu kaedah pendekatan semasa PAS bersama DAP/PKR utk menghadapi kezaliman BN dan UMNO yg memerintah skrg.

    8. Jadi saudara tidak perlulah terlalu bersangka buruk, dan terus menghentam, mengkritik, dan memburukkan PAS dgn pelbagai label; gila kuasa, pengaruh liberal, PAS telah lari dari perjuangan, bukan lagi perjuangan Ustaz Hadi yg dikenali dulu, pengaruh human right dan sebagainya. Sy sedih membaca ia ditulis “SECARA TERBUKA” malah memburukkan kepimpinan dlm PAS sendiri.

    9. Malah sy sedih jika murabbi sy sendiri dituduh sedemikian. Saudara blh shj angkat handphone dan buat call ke mana2 shj kepimpinan PAS yg saudara mahu, dan kongsikan apa yg saudara tulis ini, menegur dan meminta pandangan mereka.

    10. Baru2 ini, Pemuda PAS sendiri pun masih perlu diberi pemahaman jelas tentang pendirian rasmi PAS apabila kertas kerja khas Dewan Ulamak terus dimunaqasyahkan ketika ijtima’ tarbawwi. Point sy; sesuatu keputusan dlm jama’ah itu bukanlah mudah utk diputus dan dilaksanakan, dan adalah sgt tidak adil kalau saudara dengan begitu mudah pula memperlekeh dan mempermainkan keputusan tersebut dgn pelbagai kritikan dan sangkaan kepada pengikut.

    11. Perhatian ini sgt perlu diberikan kerana di luar sana terdapat ramai ahli dan bukan ahli yg masih tidak faham, masih baru mendekati Islam, masih terikat dgn “pandangan ta’asub”; dan keduanya ia akan ditafsirkan oleh musuh dengan pelbagai kerosakan sesama pekerja gerakan Islam itu sendiri. Common agenda gerakan Islam ke arah perubahan masyarakat dan memberi kefahaman rakyat termasuk yg bukan Islam hanya dilihat gagal tatkala kenyataan rasmi mengutuk dan memberikan tanggapan salah sebegini dijadikan pendirian.

    12. Contohnya keduanya, merujuk kpd tulisan Presiden PAS tentang ketidaklibatan dalam Himpun ianya adalah atas permintaan rasmi Himpun sendiri utk PAS atau UMNO tidak terlibat secara langsung. Juga merujuk kpd tulisan “kepada siapa ianya ditujukan” oleh Presiden PAS, sepatutnya saudara tidak melatah kerana pastinya Presiden PAS tidak sesekali merujuk “pencuri” itu kepada ISMA atau mana2 gerakan Islam lain. Jauh sekali sangkaan begitu!

    13. Sangat tidak adil bila saudara gambarkan tidak terlibat dalam Himpun bermaksud PAS tidak lagi mahu menjaga ‘aqidah spt dulu2. PAS menjaga pandangan DAP dan kafir lebih dari menjaga ‘aqidah. Itu kenyataan peribadi saudara atau ISMA?

    14. Umum tahu, berkumpul atau berprotes hanyalah antara langkah terakhir setelah pelbagai pujuk rayu dan perbincangan “anak kecil” tidak dihiraukan. Budak kecil kadang-kala berteriak perlukan perhatian dan tindakan bapa, sebagai seorang yg lebih berkuasa.

    15. Presiden PAS bermaksud, pemegang kuasa yg bersama dalam Himpun, malah bersetuju penuh dengan resolusi Himpun, disebabkan di tangan mereka ada kuasa dan kemampuan bertindak hendaklah terus melaksanakan kuasa mereka. Bukan lagi menari-nari atau berteriak seolahnya mengejar pencuri oleh pencuri itu sendiri.

    16. Presiden maksudkan sebagai org yg berkuasa apa perlu utk mereka berteriak dan berprotes sekalipun demi berteriak menarik perhatian? PM & Menteri-Menteri yg menyokong Himpun itu kena terus buat jalan keluar agar segala gesaan yg dibawa oleh pembangkang dan NGO selama ini terutama selepas kes Lina Joy dilaksanakan. Selain tanggungjawab individu menjaga ‘aqidah, dlm Islam penguatkuasaan dan amanah itu turut jatuh pd pemerintah.

    17. Oleh itu bila bercakap ttg hukum Islam; mereka ada kuasa utk menyokong, membetulkan dan melaksanakan apa jua undang-undang Islam, hudud dan murtad yg dibawa oleh PAS di parlimen selama ini, bukan dibuangkan begitu sahaja setelah byk kali dibentangkan. Mana sokongan jama’ah Islam terhadap pemerintah?

    18. Sebab itulah, analogi Presiden PAS terhadap mereka dgn istilah pencuri yg berteriak sepatutnya benar2 difahami, bukan dimarahi oleh saudara. Rakyat tertanya di mana ahli mereka yg berjumlah jutaan termasuk lebih 2,000 NGO yg menykong Himpun yg saudara nyatakan? Di mana mereka dlm mempertahankan Islam dan hadir ke Himpun? Jika mereka serious dan bukan pencuri, tidak sepatutnya stadium itu kosong.

    19. Sy yakin PAS sgt mengenali dan berpengalaman di dalam mengenali siapa pencuri dan siapa yang berlakon sebagai “tuan rumah” ketika perhimpunan tersebut. Itu sy yakin maksud sebenar Presiden PAS yg saudara marahkan tersebut.

    20. Akhir sekali, sy ingin shj ulangkan apa yg diucap oleh wakil Ikhwanul Muslimin minggu sudah ketika ijtima’tarbawwi Pemuda PAS; mewajibkan semua gerakan Islam di M’sia bersatu demi memakmurkan Islam bersama PAS dan gerakan Islam lain menentang kezaliman di M’sia. Dah byk kali IM sebut mcm tu, malah siap menamakan nama pertubuhan2 itu.

    21. Namun itu bukan point utama sy. Itu apa yg masyakat Islam luar lihat dan harap terhadap kekuatan Islam di M’sia, teruatamanya mengambil ‘iktibar dari kesatuan Islam selepas Tunisia dan byk lagi kejayaan menentang kezaliman yg berlaku di timur tengah skrg ini. Sy lebih suka hujjah diutamakan selain rasa hormat pd pendirian jama’ah Islam diutamakan.

    22. So, kurangkan persengketaan, utamakan persamaan, dan tarbiyyah ahli utk terus bantu lakukan kerja Islam sama-sama dlm konteks dakwah di M’sia.

    Maaf atas tulisan sy ini. Wallahu’alam.

    Saudara seperjuangan;

    Ahmad Sayuti Bin Bashiron @ Adelaide
    assayuti@gmail.com

    • Sdr Ahmad Sayuti,

      Sudah bertahun2 PAS mengkritik lawan politik dan orang lain yang tak sebulu dengannya…..takkan lah PAS tak boleh mendengar kritikan orang lain pulak…..Apa yang saya perhatikan pendokong2 PAS disini seolah2 menganggap PAS ni maksum dan tak boleh dikritik…..agaknya sebab namanya Parti Islam, tu yang rasa gitu tu….

      Point 20 saudara bercakap soal menyatukan gerakan Islam….saya nak katakan cara saudara berfikir masih sempit…kerana Islam menyuruh menyatukan UMMAT ISLAM….SATU AQIDAH, SATU UMMAH…tanpa kecuali…yang berHIMPUN di Makkatul Mukarramah tu gerakan Islam aje ke?
      Tidakkah perHIMPUNan itu kemuncak pada TAUHID UMMAH!!

      • Syukran Ahmad Sayuti…

        Biarkan orang lama ini dengan hatinya yang tidak ingin memahami….

        Dia bercakap ttg adab sesama gerakan Islam dan kebijaksanaan pimpinan yang jika tersalah langkah, lebih memberi buruk daripada baik…

        Dah lupa ke bab akhlak ni? Ada ke nak samakan ibadah dan gerakan haraki…nak samakan solat dengan wasilah tarbiah jugak ke?

      • Salam, Akhie Hj Amin,

        Terdetik utk ana tulis/tegur @ komen hanya disebabkan beberapa artikel enta khususnya:
        http://www.ismaweb.net/v4/2011/10/apa-yang-mereka-nak/

        …keluar dlm media rasmi ISMA, diikuti pelbagai komen pembaca, malah pautan terus website lain yg terkeluar dari batasan akhlaq & adab perbezaan.

        Awal pagi ini disbbkan artikel tu dah dikeluarkan oleh Admin dan memaklumkan pd ana itu hanya pandangan peribadi enta & TIDAK sesekali pendirian rasmi ISMA; maka ana dgn ini juga memohon & “tak kisah” utk tulisan/teguran @ komen ana di atas pun dikeluarkan dari blog peribadi enta ini.

        “Ana hanya menyuarakan tidak setuju atau tegur atas pandangan mana2 jama’ah secara terbuka, tapi bukan sikap ana utk buat teguran terbuka atas mana2 pandangan peribadi dlm jama’ah”

        Yg membuatkan ana menulis hanya kerana ana risau apa jua tulisan oleh mana2 qiyadah sgt terkesan dlm mencorak cara berfikir & bertindak ahli & penyokong, malah kegagalan mereka menahan marah atas salah faham yg wujud hanya akan membawa kpd sikap ‘jidal’ dan ke’aku’an dlm berjama’ah.

        Al-Banna beri amaran itu satu FITNAH bg mereka yg duduk dlm gerakan Islam. Walau ana tahu & amat faham perbezaan yg timbul sesama kita; tapi elakkanlah utk qiyadah melontarkan idea dlm bentuk penulisan keras pd jama’ah lain sbb tulisan itu akan berpanjangan dan memberi implikasi kita TIDAK AKAN sesekali mampu mengawal apa jua persepsi yg akan diwujudkan di minda ahli.

        Natijah akhir tidak lain hanyalah persengketaan sesama gerakan Islam malah sesama muslim yg kita pohan Allah jauhkan dari bumi kita di M’sia yg kecik ini.

        Pesan dari seorang anak didik Ikhwanul Muslimin pd ahli gerakan Islam dlm menghadapi ta’adud jama’ah; jika terdapat shj perbezaan, maka salah satu tindakan ini WAJIB diambil oleh qiyadah;

        (1) Wehdah: Bersatu secara aman utk bertindak. Ini paling baik dan mulia. Jika tak boleh maka hendaklah;

        (2) Ta’awun: Bekerjasama & membantu dlm perkara yg ada persamaan. Dan jika tak dpt bekerjasama hendaklah;

        (3) Ta’ayuz: Hidup bersama meneruskan cara masing2 tanpa menjatuhkan mana2 jama’ah, malah menghalang mana2 jama’ah lain dari dijatuhkan maruahnya.

        Wallahu’alam. Allahul musta’aan!

      • 1) Jazakallah atas pandangan. Ana juga berharap anta berani memberi pandangan yang sama kepada pimpinan PAS.
        2) Nak tanya, kenapa bila orang lain menulis akan dikatakan menimbulkan fitnah sedangkan yg lain bila bercakap dianggap benar dan perlu di terima tanpa bicara?
        3) Yang membaca tulisan ini hanya seribu dua tetapi yg membaca kenyataan pimpinan poltitik jutaan manusia, yg mana akan lebih byk menimbulkan mudarat?

        Ana menulis hanya sebagai respom kpd kenyataan yg ana rasa terlalu terpesong dan tidak benar. Ia seolah2 satu penghinaan. Kalau anta tak setuju dgn ana maka tulislah dan kritiklah. Ana terima. Kita negara demokrasi.

      • Sdr amrar,

        Inilah akibatnya bila umat Islam tidak memahami tujuan asal mereka melakukan sesuatu. Gerakan Islam ini tujuan asalnya apa? Hanya sekadar menjadi alat/vehicle untuk menguatkan saf Islam keseluruhannya. Bukan duduk dalam kotak masing2 dan bermusuhan bila ada isu2 remeh yang tidak disepakati. Saya nak ulang…menubuhkan jamaah2 kecil HANYA SEKADAR menjadi alat/vehicle untuk melaksanakan Islam yang luas itu. Kaedahnya sama lah jemaah2 kecil haji yang menuju ke mekah untuk berkumpul sebagai satu jemaah Islam yang satu iaitu JAMAATUL MUSLIMIN.
        Sedangkan hukum asal menubuhkan jemaah2 kecil ini adalah HARAM tapi oleh kerana tiadanya khilafah maka ulamak berpendapat boleh ditubuhkan tapi bukan untuk MENYENDIRI dan merasakan JEMAAH DIA AJE YANG BETUL…yang diluarnya semua TAK BETUL!! Kajilah maqasid ibadah…semuanya menuju kepada MENYATUKAN UMAT SEAQIDAH DALAM SATU KESATUAN UMMAT. inlah yang dikatakan TAUHID UMAT.
        Jadi bagi saya bila orang bercakap soal menyatukan gerakan2 Islam ini menunjukkan mereka tidak memahami tujuan asal penubuhan jemaah2 kecil ini.
        Kalau ini tidak difahami betul2…sampai bila2 umat Islam akan berpecah-belah dan melanggar asas ajaran Islam yang sebenarnya iaitu

        Umat Islam itu bersaudara…damaikanlah antara mereka;
        Tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa dan JANGAN kamu kamu berpakat di atas dosa dan kejahatan;
        Berpeganglah kamu pada tali Allah dan JANGAN kamu berpecah belah.

        Bukankah perkara paling awla dalam agama ialah syahadah dan diikuti dengan persaudaraan Islam

        Nak tanya pada pembaca semua…NAK TARUK MANA AYAT2 ASAS AJARAN ISLAM NI…KATA BERPANDUKAN ALQURAN DAN ASSUNNAH!!

      • Celaru betul…

        “Tidakkah perHIMPUNan itu kemuncak pada TAUHID UMMAH!!”

        HIMPUN ini adalah bukti kesatuan umat pd tauhid ke?…camtu semua negara kena ada benda2 camni lah…tanda lambang kesatuan tauhid…so sape tak dtg, tauhid dia something wrong, sape dtg tauhid dia 100% full…nabi mana ajar ni?

        Setakat yg saya tau ibadah bolehlah dicari hikmah sebegitu…

        Skrg dlm hal bukan ibadah/muamalah pun nak dihukum camtu juga…

        Sape pergi haji kita kata tauhid dia ok…sape taknak gi haji, tauhid dia something wrong…

        Skrg HIMPUN sudah sama taraf ka??

      • Sdr budak baru,

        Lain kali kalu nak komen faham betul2 apa yang saya maksudkan….statement saya perHimpunan itu kemuncak pada TAUHID UMMAH ditujukan kepada perhimpunan Ibadah Haji. Pengajarannya ialah semua yang hadir diperhimpunan itu adalah berdasarkan AQIDAH yang SATU tak kira lah orang PAS ke, UMNO ke, ABIM ke ISMA ke, IKRAM ke, HALUAN ke tapi(Cina DAP bukan Islam tak de )…semua sama dinilai disisi ALLAH berdasarkan TAQWA dan tidak berdasarkan jemaah mana dia berada. Islam dah ajar kita bersatu melalui IBADAH HAJI…pasai apa hangpa nak bergaduh ni…bila balik ke tempat masing2….susah sangat ke nak faham!! Tolong lah jangan pusing2 yang menunjukkan ketidakcerdikan tuan!

      • Jgn lupa melayu DAP pun pergi haji..atau depa ni kategori lain…huhu

        Lain kali xyah la besarkan perkataan HIMPUN di perhimpunan tu…tak reti menulis BM ke? ni yg buat orang confius tu….semangat HIMPUN sgt2 ni…sampai bab Haji pun nak kena pakai abbreviation HIMPUN…

    • Salam akh,

      Saya rasa kritikan En Amin Ok cuma ayat dibawah saya tak setuju;

      Kalau PAS tak sedia bangkit, teruskan lah tidur. Tetapi jangan hina orang yang bangkit takut terjatuh kepada golongan orang2 yang menghalang kebaikkan. Subhanallah, siapa yang menjadi pencuri? Dahlah tak mahu bangkit, kemudian menuduh orang yang bekerja mencegah murtad sebagai pencuri.

      Hj Hadi kata pencuri tu bukan Hj Amin , ISMA , Pembela , Teras, IKRAM Selangor dan lain-lain NGO islam.

      Tentu En Amin tahu siapa-siapa yang Hj Hadi maksudkan pencuri tu.

  16. Salam.sy tidak arif dlm hal ini.namun,sy bpndpt bahawa pencuri yg dimksdkn presiden pas itu ialah pihak2 yg berusaha memurtadkan org Islam.terima kasih.

  17. hampa tulis lah banyak2. aku suka baca dan fikir.
    aku sokong sapa yang nak buat islam tak kira la dari umno , pas lagi la aku sokong, isma , abim , ikram , haluan , asal nama islam saudara seislamku .kalo dap kafir harbi tu aku tak sokong la .
    cuma bagi aku , aku ada pendirian aku , maklumlah aku ni dari kalangan pembelot pas ( maksud aku pas tu parti politik bukan maksud aku pembelot islam).
    aku dulu mengundi pangkah pas .kalo ada umur panjang mengundi lagi pada pru 13 nanti tak tahu lagi nak pangkah sapa . (kalau2 hampa ada hujjah boleh aku fikir ).nak pangkah pas tak mahu dah sebab pas sepakat dengan dap kafir harbi, susah nak nampak dah pas nak tegak islam, dalam pas syiah pun ada ( aku ngaji syiah ni amal taqiyyah – tipu helah ) takut la nanti depa naik memerintah habis la masjid kat malaysia dibakar macam kat Iraq tu, patung budha pun besar yang pas kelantan sokong dibina , bagi bantuan pulak tu . dalam kepimpinan pas sendiri pun tak sepakat, bercelaru ja ,

    • Untuk pengetahuan sahibul padilah, pendirian saudara ni bukan keseorangan. Ramai yang saya ketemu, baik orang kebanyakkan maupun orang kenamaan atau orang korporat, juga para cendekiawaan. Mereka smua sangat hampa dengan pendiran PAS sejak kebelakangan ini. Dulu mereka mempertahankan PAS tetapi kini mereka mula meraguinya. Sayang pimpinan PAS masih belum menbaca signal ini.Apa2pun kita berdoa islam akan terus dimartabatkan.

      • Insyaallah ISLAM terus dimartabatkan..tapi siapa yang akan memartabatkan ISLAM…adakah ISMA atau PAS atau gerakan ISLAM yang lain? Beranikah ana kata antara PAS dan UMNO yang akan bertanding dalam PRU13, nta undi sapa? undi adalah sulit tapi ALLAH itu maha mengetahui…terpulang la pada nta nak undi sapa…ataupun ISMA nak berdaftar menjadi badan politik? cukuplah menghina PAS yang terpaksa berkorban dengan cacian drpd jemaah islam yang lain disebabkan telah memilih jalan menjadi badan politik….saudara telah pilih jalan, PAS juga telah memilih jalan…sepatutnya saudara membantu PAS agar PAS terus dipilih oleh rakyat…tegurlah secara musyawarah dan janganlah membina melalui pena yang akan menimbulkan kesangsian pada masyarakat…

  18. if i may recall the effort done by our brothers in PAS sehingga kini mereka the only pertubuhanyg punya negeri dan berusaha melaksanakan islam disegenap aspek pemerintahan negeri..ditukarnya akaun bank kerajaan negeri dari konvensional kpd bank islam, mereka punya sekolah agama maahad yg masyhur dan dikagumi seluruh negara menghasilkan pelajar terbaik spm saban tahun, PASTI menyediakan pendidikan awal pra-sekolah yg islami, dan banyak lg..

    Marahkan antah habis padi dibuang..sama2 kita sokong perjuangan sesama saudara islam..bg yg tidak faham jgn terlalu bergantung pada media tetapi dengarlah dari sumber pertama dari tuan punya badan..Hidup Islam utk semua bangsa !

    • IA sama2 kita mengambil medan masing2.

  19. komen2 timbalan presiden isma dikira mewakili ISMA?

    • Komen peribadi

  20. Tuan-tuan sekalian,
    Rasulullah s.a.w. adalah ketua angkatan tentera Islam yang sangat ariff dalam strategi peperangan namun begitu baginda tidak akan berperang sehingga baginda mendapat arahan daripada Allah s.w.t. begitulah juga dengan para sahabat selepas baginda.
    Ini menunjukkan bahawa walaupun ilmu tinggi melangit tetap jua mengikut petunjuk Allah. Ilmu sahaja tidak cukup utk menjamin kejayaan tetapi petunjuk dari Allah pasti yang hak.
    Ini sekadar peringatan bersama terutama sekali utk mereka yang bergelar pemimpin. Biarlah setiap langkah itu diredhai Allah dan bukannya dengan ilmu dan nafsu sahaja. ADAKAH TINDAKAN ANDA DIREDHAI ALLAH? BERISTIKHARAHLAH.

  21. salam alaik.
    izinkan saya mencelah sedikit ya.

    saya sebenarnya kecewa, bila isu ini masih ‘berbunyi’. andai kata perjuangan kalian ikhlas, janganlah melenting begitu sekali. diam-diamkan saja.

    kedua, fikir siapa diri kita. saya bukanlah orang besar pun, cuma saya teringat satu peristiwa dimana imam hassan al-banna menegur gurunya solat dalam keadaan yang boleh menimbulkan khilaf. imam menegur gurunya tersebut, dan gurunya menjawab, hai hassan, tak mengapa, ini khilaf ulamak sahaja.
    hassan al-banna menjawab, “benar tuan guru. tapi ingat, tuan adalah guru. nanti dilihat orang, diikut-ikut pula”.

    the point is, tuan adalah orang penting pimpinan. jangan mudah membuat spekulasi dan kenyataan peribadi kerana ini akan mempengaruhi orang yang di bawah yang tidak mengetahui apa-apa.

    betul, kita tak boleh tutup mulut orang bawah, tapi janganlah kita layankan. jangan pula kita yang mendidik mereka!

    berkenaan ‘lubang najis’, syed qutb kalau tak salah pernah berkata, “tiada orang yang membersihkan lubang najis dari dalam.” analogi itu bukan saja-saja dikeluarkan. ia datang dari ulamak muktabar. dan alhamdulillah anwar sudahpun keluar dari umno kan.

    ada yang berkata bahawa DAP itu kafir harbi. biarpun hari ini mereka tidak bersetuju dengan hudud, misalnya, tetapi bekerjasama dengan mereka itu ada sebabnya. sebabnya adalah menuntut keadilan dan menentang korupsi kerajaan sekarang. kenapa PAS tidak bekerjasama dengan UMNO, nah, ada sejarahnya. kita yang muda-muda ini melenting tidak tentu pasal, PAS sekarang tidak betullah, sekularlah, liberallah, tidak perjuangkan isu-isu islamlah, Allahu Rabbi, segala pergerakan PAS dikatakan utk kepentingan politik, tapi kita lupa pula, segala keputusan PAS itu datangnya daripada syura ulamak, bukan bodoh-bodoh jadi kenyataan rasmi.
    kenapa bukan kerjasama dengan UMNO? saya ingin bertanya, mana lagi bahaya, musuh atau musuh dalam selimut? fikir-fikirkan ya.

    saya tidak mengerti kenapa ‘orang lama’ anti sangat dengan PAS. saya bukanlah nak kata saya orang PAS, cuma saya lebih dekat dengan perjuangan PAS. tetapi kawan saya ramainya ISMA. bila berbicara mengenai Islam, kami sekepala. walaupun saya tidaklah menyokong HIMPUN< tapi saya suka ideanya. ada baiknya.

    yang peliknya, kami yang muda ini boleh sama-sama memahami perjuangan orang lain. peliknya kalian yang sudah tua sedang berpijak dalam arena dakwah pula saling bergaduh.
    masyaAllah.

    sama-sama kita perbaiki diri kita untuk agama yang satu ini. Allahumma amin.

    • Saya cadang saudara baca perlembagaan UMNO dan DAP dan kenyataan2 pimpinan mereka sebleum saudara melabelkan yang mana “musuh” dan yang mana “musuh dalm selimut”. Susah nak berhujah kalau fakta2 ini tidak diketahui dan difahami. Saudara juga kena baca sejarah PAS, UMNO dan DAP, baru saudara dapat mengenali mereka dan perjuangan mereka.

    • assalamualikum..

      berdasarkan statement saudara abrarshafie :

      “ada yang berkata bahawa DAP itu kafir harbi. biarpun hari ini mereka tidak bersetuju dengan hudud, misalnya, tetapi bekerjasama dengan mereka itu ada sebabnya. sebabnya adalah menuntut keadilan dan menentang korupsi kerajaan sekarang. kenapa PAS tidak bekerjasama dengan UMNO, nah, ada sejarahnya. kita yang muda-muda ini melenting tidak tentu pasal, PAS sekarang tidak betullah, sekularlah, liberallah, tidak perjuangkan isu-isu islamlah, Allahu Rabbi, segala pergerakan PAS dikatakan utk kepentingan politik, tapi kita lupa pula, segala keputusan PAS itu datangnya daripada syura ulamak, bukan bodoh-bodoh jadi kenyataan rasmi.”

      Saya masih kurang faham pendirian utk bekerjasama dgn erat dengan golongan2 seperti DAP ini. mereka kebanyakan nya mempunyai pendirian yg agak menentang Islam. Lihat apa tuntutan dan juga isu yg mereka utarakan. Malah DAP sanggup bergabung dgn MCA dan juga GERAKAN utk menentang perlaksanaan sistem Islam seperti Hudud…Makanya, berdasarkan pemikiran waras seorg muslim, saya tak dapat terima kerjasama erat bersama golongan2 penentang Islam ini. Yaa, mungkin ade yg akan membangkitkan isu tahaluf siasi. Itu saya rasa bukan sebab yg kukuh utk terus bersepakat dgn mereka.

      Kita yang sesama Islam ini pun masih tercari2 titik persefahaman dlm agenda Islam. Anda lihat apa sudah jadi dgn Malaysia. Dek kerana umat islam yg kurang bersepakat, ade pihak yg mula menunjukan taring masing2. Anda boleh lihat sendiri disini : http://www.seksualitimerdeka.org/

      Saye berharap kita boleh sama lihat muslihat musuh2 seperti DAP, bar council serta pihak2 yg menyokong kebebasan hak asai manusia. mereka ini antara senjata yg digunakan utk lebih merosakkan Malaysia…Jika bala Allah itu menimpa Malaysia, bencana itu tak menimpa segolongan umat mahupun jamaah. bencana itu akan menimpa seluruh Malaysia tanpa mengira kaum, jamaah atau parti.

      Demi Malaysia yg lebih baik !

      • Siapa yg tentang statement2 PAS. Benar DAP tentang…tp tolonglah yer, even UMNO pun tentang…

        siapa yg patut anda tegur sebenarnya ni??

    • Sdr abrar shafie,

      Tuan kata, saya tidak mengerti kenapa ‘orang lama’ anti sangat dengan PAS,

      Disini saya nak jelaskan…sebab Pas adalah Parti Islam bukan pada namanya sahaja tetapi meawikili umat Islam. Saya mengkritik tindakan2 PAS yang pada saya tidak tepat dan tidak kena sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
      Saya nak katakan cara fikir pemimpin PAS masih ditakuk lama dalam soal memperjuangkan politik Islam di negara ini. Kaedah INQILABIYAH yang di pegang oleh PAS sudah tidak sesuai lagi….tahun 80an dulu okla …dunia Islam telah berubah….dunia sudah tidak ada sempadan lagi…..menyatukan ummat dan membina kekuatan ummat lebih awla daripada berusaha menumbangkan kerajaan orang Islam yang ada dan yang paling saya TIDAK BOLEH TERIMA bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan berkongsi kuasa atas nama nak buat Islam. Pas lebih rela berkawan dengan orang kafir yang terang2 menolak agenda Islam PAS daripada berkawan dengan sesama muslim(dibaca UMNO) yang dikatakan korup!
      Selalunya bila kita hujah begini…orang2 Pas akan pusing…habis tu UMNO dengan MCA dan MIC dan lain2 tu apa hal. Saya nak katakan hujah itu dangkal sebab expectation saya kepada UMNO untuk laksanakan Islam tak sama dengan PAS sebab PAS terang2 katakan NAK BUAT ISLAM. Pada saya UMNO itu orang Melayu Islam dan adakalanya dalam banyak hal jauh lebih baik perlaksanaan Islamnya dari segi pemerintahan dibandingkan dengan PAS. Jika tidak takkan negara Malaysia sekarang disegani oleh dunia Islam sekarang.
      Tolong jangan kata saya orang UMNO ya…saya nak tengok pelaksanaan Islam bukan Islam atas nama aje!!

  22. oh saya tertinggal, bagi saya dua2 pihak ada salahnya. macam ada komen di atas, jaga bicara kita. sama-sama muhasabah dan perbaiki diri.

    banyak bicara, banyak salahnya.
    wallahua’lam.

  23. Tahniah Sdr. Amin.
    Komen yang ikhlas, berani dan benar.

    Sdr. kata “Kalau tak sokongpun, jangan memperkecilkannya (HIMPUN).”

    BETUL!

  24. hampa yang dok kata2 kat himpun ni , hampa pi tengok ka depa buat apa, buat macamana , pandai komplen orang ja, pi tengok sendiri tak mau .

    aku pi HIMPUN tu.dari awal2 aku pasang niat , kalau aku mati kot jalan muga Allah terima amal aku pi semata2 nak jadi penyokong tentang isu besar Islam ni iaitu akidah Islam .kalau masa saidina Abu Bakar menyerang orang murtad masih ada masa tu aku nak dok depan sekali dalam barisan tu sokong .

    sepatutnya kalau boleh saudara2 semua bagi tahulah pemimpin2 PAS supaya turunkan ego depa ni , berpakatlah dengan orang islam bukan dengan kafir , awat depa lupa ka, depa menang dulu pun orang islam yang sokong , orang kafir harbi tu berapa kerat sangat nak sokong PAS , sekarang pun depa tak sokong punya , PAS jangan jadi kacang lupakan kulit .tak tau la pulak aku depa sayang sangat kat syiah ni takut2 syiah nanti tak pangkah depa kalah pulak depa sebab syiah ni ramai jadi penyokong PAS orang PAS pun tau la sapa pemimpin depa yang syiah tu.
    pada penyokong2 PAS tolonglah jadi pengikut2 yang bijak , banyak membaca dan berfikir, ikhlas perjuangkan islam, bukan nak orang pangkah depa supaya menang undi ja, jangan jadi pak turut .ikut buta tuli ja .
    heran la aku , penyokong2 PAS kat Mesir tu ramai sangat tak lulus , depa pi ngaji ka pi buat apa. patut la balik mai Malaysia bijak2 jadi pak turut belaka , maklumlah ngaji lambat nak lulus, pakat2 balik mai ngaji tak habis pun ramai .

    aku pun banyak kena mengaji lagi .

    bab dengan PAS ni payah dah aku nak percaya kat PAS. ada ka patut , ada depa berani kata, sapa pi BERSIH tu adalah jihad dan kalau mati , mati syahid .dalil mana pulak depa ambil , sokong ‘mak cik Ambiga depa’ jihad dan boleh mati syahid . itu pemimpin depa ajar kot .kesian pada orang2 yang soleh depa.

  25. salam..apa benda HIMPUN tu…cawangan ISMA ke…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: