Posted by: aminuddin | 01/11/2011

Moga Kita Di Ampun Allah

Kepada rakan2 pendakwah dan grakan islam, saudara harus memikirkan dengan serius dan sedalam-dalamnya dalam ingin bertahalluf dengan puak2 bukan islam. Mungkin saudara ada nas dan hujah yg mantap tetapi apa yang berlaku ini seolah-olah kita hanya menempah bala dari Allah swt.

Lawatilah http://www.seksualitimerdeka.org.

Inilah web pejuang2 Human Rights yang menuntut hak kesamarataan termasuk mengiktiraf Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender. Mereka semakin berani mendesak kerajaan. Kenapa? Kerana umat islam juga menyokong mereka. Yang sedihnya umat islam itu juga termasuk pendakwah2 yang tidak sedar mereka di manipulasikan.

Yang akan merasmikan program tersebut ialah emak saudara kita yang kita sayangi Datuk Ambiga!!!

Bacalah mekadimah mereka :-

“Malaysians have been fearless these past few years. We have demanded for fair elections, for justice, for democracy. Let us then remember that democracy does not only belong to the majority, or the powerful, or the loudest. Democracy belongs to all. Let’s demand for equal rights and human dignity not just for ourselves, but also for those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous. Let’s be queer without fear.
Seksualiti Merdeka, meaning Sexuality Independence, is Malaysia’s only festival celebrating the human rights of people of diverse sexual orientations and gender identities. It is organised by a loose coalition of NGOs, artists, activists and individuals and has been held annually since 2008. The festival programme includes forums, talks, workshops, book launches, art exhibition and performances.”
Program2 anjuran mereka :-
SPECIAL PROGRAMME
Wed 2 Nov, 8pm
HUMAN RIGHTS for LGBTIQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual….) : Making it real in Malaysia!
Thu 3 Nov, 8pm
NINE TO FIVE: Sexuality Rights In The Workplace Sat 5 Nov, 8pm

JUSTICE FOR SISTERS: Nyah Rights Now!
Saya tidak dapat lagi berkata2 melainkan hanya istighfar terhadap kesungguhan mereka dan kedunguan bangsa Melayu Muslim. Sehingga hari ini saya tidak dengar lagi apa2 komen dari mana2 pihak terhadap sikap Makcik Ambiga ni. Saya nak tulis panjang2 pun nanti ada yang kata saya tak matang, tak berilmu, menentang gerakan islam dan pelbagai lagi. Jadi saya serahkan sesiapa yang matang dan berilmu untuk meneruskan tulisan dan komentar.
Moga kita diampunkan Allah swt.

Responses

  1. Saya nak katakan kebanyakan puak2 Islam ni “LURUS BENDUL”, berkawan dengan Ambiga malah dijadikan Ketua pulak hanya kerana nak memuaskan nafsu amarah pada UMNO. Mereka tidak kenal siapa Ambiga ni sebenarnya dan siapa dibelakangnya.
    Kita nak tengok apa reaksi puak2 ni tentang pendedahan ini…..nasihat saya, buang lah ego tu jauh2…akuilah kita manusia biasa dan boleh tersilap…dan ubahlah cara fikir tu…..kembalilah kepada petunjuk Islam sebenarnya….

  2. nauzubillah..

    moga Allah jauhkan kita dari ketaksuban..
    Moga umat Islam kembali bersatu..

  3. Camana boleh dianjurkan di Selangor ni….kalaulah isu ni berjaya dia orang luluskan mau terbalik Batu Caves tu..
    Hello;;hello…tidur ke PAS & UMNO….

    • Kedua2nya, PAS dan UMNO memang tengah tidur. Sebab itu NGO kena bangun.

  4. Saya nak syorkan kita buat HIMPUN2.0 pula. Cuba perhatikan NGO2 yang jadi tulang belakang program ini….mereka adalah tulang belakang BERSIH. Mereka dah berani nak cabar sensitiviti umat Islam. Sebenarnya BERSIH menjadi batu loncatan untuk mereka lebih organise memperjuangkan agenda2 sesat mereka.
    Ayuh umat Islam…BANGUN DARI TIDUR YANG LENA!! BANGUN DARI TIPUDAYA GOLONGAN KUFFAR!!

    • IA kita akan adakan.Tunggu.

  5. saya setuju dengan perkara di atas.. bagi pendapat saya, masalah ini akan selesai bila kita, golongan muda mengambil alih tampuk pemerintahan. Golongan muda lebih bersatu walaupun berlainan agenda.. tajuk yang menarik

  6. salam ukhwah..masalahnya apa kaitan ambiga dgn Pas..dia hnya wakil suara Bersih..bkn kt myokong peribadi dia..spt lee chong wei wakili badminton untk Malysia..kt x sokong agama dn fhaman dia..jgn byk brmain teori2,trun medan brsama2

    • Masaalhnya PAS menyokong perjuangan Ambiga dan mempertahankan Ambiga dan sanggup berkorban masa dan tenaga kerana Ambiga. Ambiga dan golongannya telah menjadi semakin lantang kerana sokongan yg diberi umat islam dan tidak lagi merasa takut memperjuangkan LGBT. Malangya PAS buakn saj tak mahu sokong malah mengkritik habis2an terhadap perjuangan aqidah hanya sanya kerana kononnya ia adalah alat UMNO.

      • Alahai… Takkan Hj.Amin tak faham.. yg PAS bukannya meyokong perjuangan Ambiga dan golongannya..??
        PAS sokong BERSIH dan tuntutannya sahaja… Pas pun sokong je HIMPUN indirectly melalui DPPMnya..
        Yang marah2 sngt kpd PAS ni kenapa… PAS ada sebut sokong LGBTIQ ker?

      • Dendam kesumat barangkali….skrg dah keluar statement PAS on seksualiti merdeka…Mungkin akan dikatakan wayang politik pula barangkali selepas ini…adoyaii

  7. Pertamanya, saudara Aminuddin tak perlulah tulis komen yang menyerlahkan kekecewaan saudara apabila Pas tidak menyertai perjuangan Aqidah(saudara maksudkan Himpun?) yang dipelopori NGO2. Bertenang saja.

    Mungkin Pas sibuk dengan cara perjuangan mereka, maklumlah kerja-kerja Islam ni banyak sangat, jadi mereka tak kerahkan ahli ke Himpun. Tenaga ahli2 dimanfaatkan untuk perjuangan aqidah di medah lain. Tapi tidak pula melarang ahli hadir. Dr Hassan Ali datang je.

    Pas juga menyertai Bersih 2.0 bukan kerana Ambiga, tetapi kerana tuntutan dan matlamat Bersih 2.0. Mereka mahukan pilihanraya yang lebih adil dan telus. Sekiranya Ibrahim Ali yang memimpin bersih 2.0 pun, saya rasa Pas akan turut serta.

    Program seksualitimerdeka kali ni, sepatutnya Pas akan tentang. Tak kisahlah Ambiga atau siapa2 yang rasmikan. Jika tidak, Pas silap.

    • Sdr Nazri,

      Saya boleh faham kenapa penganjur HIMPUN frust dengan PAS sebab PAS beriya2 benar dengan BERSIH yang diketuai Ambiga…tapi tidak mau campur HIMPUN kerana nak jaga supaya PAS kelihatan MODERATE (memetik kata2 MP Kuala Selangor) seDangkan HIMPUN menyangkut soal perjuangan AQIDAH yang merupakan isu yang sangat penting dalam Islam. Jadi jika PAS merasakan BERSIH perkara pokok dan HIMPUN tak mau campur…jangan salahkan orangramai mempersoalkan PAS NI SEBENARNYA NAK MEMPERJUANGKAN ISLAM KE NAK MAIN POLITIK!

      • Sdr orang lama,

        Pas, Isma, ngo2 dan kita semua perlulah sentiasa muhasabah.

        Semua muslim yang tidak munafiq pasti akan menyokong perjuangan aqidah.

        Tetapi tidak wajar kita cepat melabelkan mana-mana muslim yang tidak menghadiri Himpun sebagai ada kepentingan lain. Ada yang tidak menyertai Himpun kerana mereka masih kabur dengan objektif, aktiviti program, golongan sasaran dan sebagainya. Ada juga yang tidak sertai hanya kerana tidak bersetuju dengan slogan, atau kaedah berhimpun sebagai cara menyelamatkan aqidah.

        Perlulah kita sama-sama perbaiki lagi di masa hadapan.

        Moga Allah rahmati kita semua. No offense na.

      • Sdr Nazri,

        Terimakasih atas ingatan itu…tapi Dr dalam klip video yang saudara sertakan itu telah meminta maaf atas keterlanjuran kata2 kesat yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang dai’.
        Saya cuma nak nyatakan…kata-kata beliau itu menunjukkan ada masaalah dalam dirinya dalam menanggapi sesama dua’t yang mungkin tersimpan lama dan statement2 beliau dalam klio tersebut banyak yang boleh diperdebatkan. Saya ada nyatakan sebelum ini, ramai dua;t terperangkap dalam memahami kenapa mereka berada dalam jamaah dari jamaah Islam….jadi sifat kekitaan itu menjelma dengan jelas menggambarkan jiwa yang tidak terbuka terhadap rakan du;at yang tidak bersama dalam jamaahnya!

        Sekian, Selamat Hari Raya Aidil Adha…Maaf Zahir dan Batin!

  8. Saya setuju dgn org lama!

    2008 saya undi PAS & PKR tp PRU akan dtg…kalau HIMPUN register sbg satu parti politik, saya akan undi HIMPUN!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: