Posted by: aminuddin | 04/11/2011

Pilih Yang Mana Satu

Saya ingin memetik komentar seorang pemimpin UMNO terhadap perlaksanaan Hudud di Kelantan. Lihat bagaimana ahli politik Melayu islam yang cuba bersilat dengan kebenaran untuk tidak lain melainkan meraih simpati pengundi.

“PAS mahu melaksanakan hudud sebelum pilihan raya untuk memujuk orang Melayu, untuk menunaikan janji mereka yang dibuat beberapa tahun lalu,” kata Datuk Che Alwi Ahmad, Ketua Pembangkang DUN Kelantan.

Ini dikatakan politik prasangka tanpa megambil kira kebenaran yang harus ditegakkan. Sefaham saya , kita hanya boleh menilai apa yang zahir manakala niat seseorang itu kita serahkan kepada Allah. Untuk mengatakan perlaksanaan hudud adalah untuk menarik undi adalah satu kenyataan yang terlalu bersifat politik yang tidak lain untuk mendapat simpati pengundi. Sampai bila pertelagahan seperti ini boleh berlanjutan. Kalau kita nilai betul-betul, tidak terlaksananya Hudud dan apa-apa yang hukum Allah ianya bukanlah disebabkan kekuatan puak kafir tetapi pertelagahan antara pemimpin islam yang sudah tidak mengenal batas lagi. Akhirnya siapa yang rugi? Umat islam.

Dengan pertelagahan politik seperti ini maka tidak hairanlah puak kafir semakin berani termasuklah menganjurkan LGBT. Apa yang menjamin kita bahawa agama islam akan terus diperkasakan dinegara ini jika MP2 Melayu pembuat undang2 di Parlimen asyik bertelagah termasuk dalam bab agama?  Sedangkan puak kafir sentiasa bersatu apabila ia menyentuh kepentingan mereka. Lihat saja komen Presiden MCA dan pemimpin DAP tentang Hudud. mereka sepakat menentang.LGBT, mana ada mereka komen.

“Saya sokong hudud. Umno sokong hudud. Kita gila jika tidak sokong hudud, sebagai seorang Muslim. Ia hanya boleh dilaksanakan apabila setiap orang memahami mengenainya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.

Saya benar-benar keliru dengan kenyataan ini. Sokong tapi tak sokong. Untuk mendapatkan setiap orang faham isu hudud adalah sesuatu yang amat mustahil. Bagi saya, tak perlu semua faham maka baru nak buat. Buat je dulu dan kemudian didik masyarakat. Selesaikan kewajiban dulu, yang lain akan  faham apabila ia mula dilaksanakan. Jangan berhenti dengan memfatwakan saja tetapi mesti disusuli dengan tarbiyah. Tapi untuk menyekat perlaksanaan hukum Allah disebuah negara yang majoriti umat islam adalah tidak wajar.

Konklusinya; PAS dan UMNO tidak akan mampu mempertahankan islam secara berseorang dalam sistem demokrasi yang mana suara majoriti adalah suara keramat. Berilah alasan apapun saya tidak yakin kedua2 parti mampu mengawal kerakusan parti komponen kafir yang ghairah memperjuangkan hak dan agama mereka. Mereka akan hakis kekebalan agama islam secara halus tanpa kita sedari atas dasar toleren, hak asasi manusia dan compasion.

Agung juga tidak boleh menolak apa yang diputuskan oleh parlimen kerana itu suara majoriti.Maka sebab itu kita menyeru kepada kesepakatan antara PAS dan UMNO dalam soal2 agama dan aqidah. Yang lain tak mengapa bertelagah kerana itu memang sifat naluri manusia yang suka perbezaan.

Yang paling kita perlu fikirkan dan harus pilih ialah, mendapat kuasa atau menegakkan islam. Kalau kuasa bermakan pemimpin UMNO dan PAS akan terus bertelagah tetapi kalau menegakkan islam maka mereka perlu persepakatan dalm hal2 agama.

Pilih yang mana satu?


Responses

  1. Ada kira2 132 daripada 222 ahli parlimen muslim dalam dewan rakyat iaitu sekitar 60% dan untuk pinda perlembagaan kena 2/3…itupun tak mau sepakat lagi ka….Jika tidak, jelas hudud ni hanya jadi alat politik kedua2 pihak…..hak rakyat muslim yang majoriti dimana letaknya ya??

  2. Kita bagi peluang kpd kerajaan negeri Kelantan utk gubal prrlaksanaan hudud baru kita boleh belajar. Yg baik diteruskan sebarang kelemahan perlu dibaiki. oleh itu.seluruh pihak dari kalangan umat islam perlu menyokong perlaksanaan ini.

    • Harapnya PAS ikhlas nak laksanakan hudud…jangan nak pilihanraya baru nak timbulkan balik isu perlaksanaan hudud, sebabnya PAS dah memerintah Kelantan sejak 1990 lagi. Perjanjian yang ditandatangani dengan Pakatan Rakyat (dibaca Buku Jingga) tidak ada peruntukan perlaksanaan Hudud. Akhirnya persepsi orang ialah…Pas takut kehilangan undi Melayu setelah berusaha meraih undi bukan Melayu melalui Buku Jingga.
      Jangan marah ya…penyokong2 Pas…..ini persepsi yang ada bila isu hudud ini timbul kembali sejak akhir2 ni.

  3. Sejauh mana UMNO bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hudud wahai saudara? Bila mana BN memerintah 2/3 kerusi parlimen dengan kerusi pada tahun 2004 dengan majoriti beragama ISLAM tidak kedengaran pulak untuk melaksanakan hudud tetapi hanya ISLAM HADHARI yang kedengaran. Agenda politik yang sehingga kini tenggelam dengan SATU MALAYSIA! Jangan mempersoalkan PAS di Kelantan yang konsisten untuk melaksanakan hudud walapun tidak mendapat sokongan drpd kerajaan persekutuan tetapi persoalkan pemimpin UMNO yang memegang kuasa pemacu dengan menggubal perlembagaan negara? Kenapa tiba2 UMNO sedar perjuangan mereka tidak lari daripada perjuangan ISLAM? Ada agenda politik melebihi agama ISLAM itu sendiri ke? saudara banyak bergaul dengan UMNO dan PAS, so, siapakah yang lebih tulus dalam memperjuangkan ISLAM? Saudara akan bertemu dengan jawapannya..

    • Sdr Ismail Petra,

      Ini bukan soal siapa yang ikhlas nak laksanakan hudud…ini soal hak umat Islam untuk mendapat rahmat Allah hasil dari perlaksanaan seluruhnya hukum syariat Islam.
      UMNO mengambil pendekatan tidak mau melaksanakan hudud kononnya atas dasar maqasid syara’ yang mereka kata tidak boleh lagi dilaksanakan kerana mengikut waqi; Malaysia sebagai negara berbilang kaum. UMNO menerima hukum hudud sebagai hukum Allah.
      PAS pula tidak konsisten dengan stand tentang hudud ni…kalau di Kelantan mengikut keadaan…nampak nak pilihanraya baru timbul balik…mungkin menyedari ia penting ditimbulkan kerana nak meraih undi orang Melayu Islam….tapi kalau di Kedah DS Azizan Razak, MB PAS terang2 buat kenyataan tidak akan laksanakan hudud seperti Kelantan kerana Kedah lain dari Kelantan. Tidak pula beliau dianggap menolak hudud oleh PAS…..tolong bagi saya pencerahan tentang hal ini wahai sdr Ismail…itu yang saya pening tu….
      Waima apa pun…akhirnya tak perlulah menuduh mana pihak yang tak mau hudud ni…kerana kesatuan umat Islamlah yang paling utama diusahakan…lepas tu barulah kita cakap pasal nak laksanakan hudud…Jika tidak jangan mimpi nak laksanakan dengan sokongan DAP, MCA dan yang seumpma dengannya…..!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: