Posted by: aminuddin | 07/11/2011

Penyelesaian Saya…Penyelesaian Saudara?

                                   

Melihat tulisan  dan kenyataan2 didalam media samada media perdana maupun media alternatif serta komen2 yang diberikan, maka jelas bahawa umat islam terutama orang Melayu semakin hari semakin berpecah dalam memberi pandangan. Jika perbezaan itu melibat isu2 teknikal, itu tidak sangat membimbangkan tetapi yang merisaukan ialah apabila kita berbeza dalam perkara2 yang sangat asas. Kemudian ia tidak berhenti disitu sahaja, ia akan meleret kepada hina menghina, lekeh melekeh, remeh meremeh dan hentam menghentam. Dalam masa yang sama ada pihak yang sentiasa memerhati dengan seyum dan gembira. Mereka merancang seterusnya dengan niat tidak ada yang lain melainkan untuk memecahkan umat islam dinegara ini. Orang Melayu yang membaca tulisan2 dan kenyataan2 ini pula terus menerimanya bulat2 seolah2 ia adalah wahyu yang tidak boleh dipertikaikan. Kalau dulu kita kata media perdana adalah pro BN tapi sekarang ini pulak media alternatif dikatakan pro PR. Kedua2 media akan mencuba habis2an untuk menggambarkan “parti” mereka adalah yang terbaik, tersuci dan teradil. Belum ada media yang benar2 pertengahan yang boleh ditatapi dengan minda terbuka oleh rakyat. Akhirnya samada  saudara akan cenderung kepada BN atau PR. Tidak ada lagi yang melihat dengan lebih matang dan mampu menilai seuatu dengan neraca kebenaran. Inilah menyebabkan umat Melayu islam semakin berpecah.

Jangan pandang remeh

Saya ingin menegaskan kepada orang Melayu bahawa jangan pandang remeh perpecahan yang berlaku ini kerana implikasinya sangat besar kepada masa depan negara. Dalam budaya demokrasi, sesuatu keputusan bukan dilandaskan atas kebenaran tetapi lebih kepada suara majoriti. Dalam ertikata lain, jika perpecahan orang Melayu berterusan maka sesiapapun yang memerintah tidak akan membawa apa2 kesan kepada orang Melayu dan islam. Sebaliknya kaum lain akan lebih mendapat keuntungan.

DAP

Kalau melihat tulisan dari beberapa pengkaji politik maka parti yang akan muncul sebagai parti yang dominan dalam PRU13 ialah DAP. Orang Cina seolah2 sudah nekad bahawa mereka tidak akan lagi mengundi MCA atau BN. Ini menjadikan DAP sebagai alternatif mereka dan dijangka dengan keputusan PRK yang berlaku di Sarawak, DAP akan mendapat paling kurang 60 kerusi dari 222 kerusi parlimen. Mereka akan terus menguasai Penang di samping Perak dan Selangor. Dengan kerusi yang sebanyak itu dan penguasaan negeri2 yang strategik maka sudah pasti pengaruh mereka dalam setiap keputusan sangat besar. Kalau dicampur dengan kerusi2 PR dan BN yang bukan muslim maka tidak mustahil dewan parlimen akan di penuhi dengan bukan Melayu.Walaupun mereka tidak mewakili majoriti namun dengan perpecahan Melayu maka orang Melayu “terpaksa” menyokong mereka.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangakan idea sosialis maka sudah tentu kebangkitan mereka merupakan ancaman kepada islam (lihat perlembagaan mereka). Namun yang menghairankan masih ramai umat islam yang begitu yakin dengan keadilan mereka dan mengharapkan pemimpinnya akan masuk islam hanya dengan sekadar mreka  menyebut menyebut Umar Ibn Aziz dan membaca sepatah dua ayat AlQuran. Begitu mudah orang Melayu tertipu. Mungkin kerana sifat Melayu yang begitu toleren.

UMNO

Orang UMNO tidak pernah belajar dan tidak mahu belajar dari apa yang berlaku. Kenyataan Tun Mahathir dan TS Muhyidin bahawa kepincangan yang berlaku dalam UMNO sudah sampai ketahap nazak menunjukkan parti ini hanya menunggu saat untuk ditalkinkan jika tidak ada perubahan yang dilakukan. Korupsi sudah menjalar sampai keakar umbi sehingga membuatkan Laporan Audit Negara yang melaporkan pelbagai ketirisan seolah2 sudah tidak ada ertinya lagi. Parti yang mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu ini bukan saja gagal menaikkan ekonomi dan akhlaq bangsanya malah menindas kaumnya sendiri. Lihatlah siapa yang menjadi semakin kaya dan siapa yang hidup terus melarat. Berani saya katakan selepas kematian Tun Razak dan yang seangkatan dengannya, tidak ada lagi pemimpin parti ini yang benar2 mahu memperjuangkan nasib bangsa. Kalau adapun hanyalah sekadar retorik. Mana ada pemimpin UMNO yang miskin, dari ketua bahagian sampailah ke pemimpin utama. Kalau dihisab dengan gaji dan elaun yang diterima maka musthail mereka boleh miliki rumah dan kereta yang semewah itu. UMNO juga terkenal melahirkan taukeh2 Ali Bin Baba.

Adakah UMNO memperjuangkan islam? Peminggiran hampir kesemua ahli2 agama terhadap parti ini sudah cukup membuktikan bahwa parti ini tidak meletakkan agama sebagai agenda utama mereka. Kalau UMNO cuba bercakap pasal islam, orang hanya akan tersenyum sindir.

Namun parti ini juga sedar bahawa pengundi utama mereka tetap orang Melayu. Mereka cuba mengeluarkan polisi2 utk orang Melayu tetapi mereka menerima tekanan dari MCA dan MIC. Pergerakan mereka terbatas.

PAS

Walaupun perjuangan parti ini ialah islam dan ingin menegakkan negara islam, namun pemimpin mereka sedar bahawa itu adalah sesuatu yang mustahil. Dengan hanya menjadi suara minoriti dalam PR tidak mungkin parti ini akan dapat membawa aspirasi mereka didalam kerajaan pusat, jika sekiranya PR menang. Ertinya segala perjuangan mereka akan tinggal didalam kitab2 yang menjadi bahan tazkirah dimesjid2. Sebab itu dalam dokumen berulis PR tidak ada agenda negara islam. Mereka  terpaksa menukar kepada negara kebajikan. Walaupun ini merupakan prinsip asas mereka namun pemimpin mereka sedar ia tidak mungkin berlaku kerana mereka mengharapkan undi bukan islam untuk menang. Dengan kemasukan kelab penyokong PAS akan menjadikan parti ini lebih banyak terpaksa berkompromi.

Saya yakin, jika kemenagan itu menjadi pertaruhan mereka maka PAS mampu mencapainya dan memegang kerajaan pusat. Tetapi persoalannya sejauh manakah islam akan menguasai dalam keadaan suara minoriti mereka ini? Apa erti kemenangan jika umat islam masih tidak bebas membuat keputusan? Semuanya harus mengambil kira pandangan bukan islam kerana dikatakan islam adalah agama toleren.

Way Forward

Melihat kepada kedudukan kedua2 parti Melayu ini, jelas bahawa kedua2nya akan gagal melaksanakan misi dan aspirasi asal mereka ketika mereka mula ditubuhkan 50 tahun dahulu. Yang menjadi mangsa adalah bangsa Melayu sendiri dan agama islam keseluruhannya. Walaupun bilangan MP Melayu dijangkakan masih merupakan majoriti pada PRU13 nanti namun perpecahan yang sudah semakin meruncing tidak akan mampu merubah polisi negara. Apa tidaknya, UMNO menuduh PAS mempolitikkan agama dan PAS menuduh UMNO perosak islam.

Untuk itu saya menyeru pemimpin kedua2 parti untuk berhenti bertelagah dan kembali duduk berbincang untuk mencapai kesepakatan. Saya tidak maksudkan UMNO dan PAS perlu bergabung tetapi yang lebih kritikal ialah kedua2 pihak perlu bersatu dalam perkara2 dasar yang menyentuh isu Melayu dan islam. Pada ketika itu maka saya yakin orang Melayu tidak akan kisah sangat siapa yang memerintah, BN atau PR.

Inilah penyelesaiaan yang saya nampak. Kalau saudara nampak penyelesaian yang lain, saya terbuka. Berilah cadangan demi kebaikan bersama.


Responses

  1. Salam,

    Cuba bayangkan the worse case scenario yang akan berlaku dalam PRU13 nanti. Dari 222 kerusi Parlimen, hanya 112 diperlukan oleh mana2 parti untuk menawan Putrajaya. DAP 55 kerusi, PKR 45 kerusi, PAS 12 kerusi @ Pakatan Rakyat cukup 112 kerusi untuk menawan Putrajaya. Bagi mereka yang maukan Islam yang dominan boleh menilai sendiri apa akan jadi pada nasib suara Islam dinegara ini. Pastinya PM masih orang Melayu…tapi TPM pasti diberikan pada bukan Islam (dengarnya DAP dah kempen calonnya LimGuan Eng). Tidakkah perananPAS dalam PR hanya jadi alat untuk membolehkan orang ukanIslam lebih dominan dalam pemerintahan negara?

    Dengan sikap pengundi Cina yang kini bulat dibelakang PR, saya rasa tidak mustahil apa yang berlaku di Perak dalam PRU12 yang lalu boleh berulang di Putrajaya pila. Dikala itu apakah PAS akan rasa lega dengan cita2nya selama ini untuk menumbangkan UMNO?

    Bayangkan dikala itu menteri2 kabinet majoriti akan dikuasai oleh orang bukan Islam sebagaimana Perak dimana 6 dari 10 kerusi dipegang oleh DAP.

    Pokok persoalannya apakah formula yang ada terbaik untuk umat Islam atau PAS meletakkan dominasi politik orang Melayu Islam dalam bahaya?

  2. Ralat: 6 dari 10 kerusi Exco

  3. macamana kalau kita undi ikut calon, bukan ikut parti? contohnya kalau yg bertanding tu adalah antara melayu lawan melayu (tanpa mengira parti), kita undi yg mana lebih baik keislamannya.kalau yg bertanding tu bukan melayu lawan bukan melayu, kita undi yg mana tidak menentang/kurang penentangannya terhadap islam. cara undian begini memungkinkan ahli2 parlimen majoritinya terdiri daripada org yg lebih kuat keislamannya dan kurang penentangannya terhadap islam.

    tapi beberapa persoalan lain ialah, sejauh mana kita dapat mengenal peribadi mereka yg bertanding itu?

    • Idea yg menarik. Boleh dikembangkan.

    • 1) Tak bersetuju dengan hikmah. Memilih calon yang dilihat baik, berbanding parti adalah satu kesilapan. Untuk pengetahun kamu, setiap persatuan, ada undang-undang dan perlembagaan mereka. Setiap ahli perlu mengikut undang-undang2 parti. Maka, jika kamu memilih calon yang bertaraf Ustaz, dari parti yang tidak memperjuangkan Islam, maka, tiada faedahnya kepada Islam. Calon ini terpaksa mengikut kata parti mereka, jika tidak keanggotaan akan digantung. Contohnya, Dr Mashitah, dia orang agama. Tapi, dari Parti UMNO, yang tidak berkeinginan pun menegakkan hudud. Jadi, cuba cari video penghinaannya terhadap hukum hudud. Fahamkah kamu bahawa sistem politik Malaysia yang kucar ini menyebabkan kamu terpaksa memilih parti, bukannya calon.

      2) Syeikh Aminuddin, saya tahu, kamu nak sangat jadi “neutral”, tapi, neutral itu perlu kepada kebenaran. Ada artikel kamu selama ini, adalah artikel fitnah kepada PAS. Contohnya, kamu menyatakan PAS membenarkan agama Kristian disebarkan, itu fitnah besar syeikh. Jangan lupa beratnya dosa fitnah. Berhati-hati dalam menulis. Tiada guna, banyak menulis, tapi, isi tak tepat.

      Jadi, dalam isu ini, untuk kamu menjadi neutral, kamu perlu utarakan perkara yang sebenar. Contohnya dalam isu ini, jelas sekali, siapakah yang lebih banyak tidak mahu bersatu atas dasar agama. Isu hudud, PAS sudah jelaskan, UMNO tak setuju. Isu bersalam yang dikeluarkan oleh Chua Soi Lek, PAS marah, UMNO merelakan, Isu Elton John, PAS marah, UMNO senyap sunyi. Isu makruh bacaan al-quran sebelum subuh, PAS mengeluarkan hujah ilmiah, UMNO keluarkan hujah perkauman. Isu Sekolah Agama Rakyat, UMNO tarik dana, PAS marah. Cuba lihat isu agama yang dibawa UMNO, contohnya, isu kecaman kepada Israel terhadap serangan terhadap GAZA, UMNO usul, PAS sokong. (Susah nak cari isu agama yang ditimbulkan UMNO yang tak disokong PAS). Jadi, pihak mana yang perlu kamu kutuk secara hebat?

      Analogi: kita berada dalam bilik. Seorang manusia datang menutup lampu. Bergelaplah kita. Maka, ada orang nyalakan lilin, supaya ada sedikit cahaya. Lilin itu malap cahayanya. Siapa yang layak dikutuk dari perbuatan ini? Penutup lampu, ataupun lilin?
      Penutup lampu=UMNO. Cahaya=Islam. Lilin=PAS.
      UMNO dilabel penutup lampu, kerana mereka berkuasa membuatkan perkara yang suci menjadi gelap. Bagaimana hudud dan negara Islam yang mulia menjadi perkara yang zalim dan mundur disebabkan oleh kuasa UMNO menyebarkan dakyah melalui media-media.

      Kamu dalam konteks analogi ini, bersikap neutral sehinggakan kamu mengutuk lilin dan penutup lampu tanpa melihat kepada punca masalah kegelapan. Sepatutnya, kamu mengutuk si penutup lampu kerana merekalah punca tiadanya cahaya dalam bilik. Kamu sepatutnya berada bersama lilin untuk bersama-sama menyuruh si penutup lampu membuka lampu. Sebaliknya, kamu berada di bucu bilik, dan mengutuk kedua-dua pihak, menyebabkan lilin semakin lemah, dan tidak akan menyebabkan si pembuka lampu membuka lampu.

      Jadi, saya selalu baca tulisan kamu. Dan, kamu selalu kutuk PAS atas kelemahan PAS. Tapi, terlampau sedikit kutukan kepada UMNO atas keterlanjuran. Isu kilang arak, UMNO yang buat dulu-dulu, sekarang, PAS yang dipersalahkan. Isu judi, UMNO yang berikan lesen, PAS yang dipersalahkan. Mengapakah? Mungkin tiba masa untuk kamu bermuhasabah.

      Neutral, biarlah neutral secara benar. Jangan neutral senget sebelah, seperti FOX News dan CNN.

      • Mintak saudara berikan penyelesaian bukan menambah kekusutan. Kalau maksud saudara kita semua kena undi PAS, sila nyatakan dan beri hujah.

      • jadi penyelesaian yg disarankan oleh hamba Allah ialah mari kita sama2 kutuk umno pula?

        Ok,mcmana kalau semua calon pas kita undi tp kalau calon dap kita tolak?yelah kalau yg bertanding tu antara ustzh mashitah dgn ust nasruddin sudah pasti sy pangkah ust nasruddin.tp kalau lawannya adalah lim guan eng,jgn haraplah sy pangkah lim guan eng.ustzh mashitah pun ustzh mashitah lah yg pasti sy kena pangkah org islam..

  4. Sdr Hamba Allah,

    Saya dapati kamu menghadapi masalah cara berfikir yang bercelaru…tidak melihat perkara yang pokok dalam agama, sebaliknya melihat yang ranting2 sebagai begitu penting hinggakan akhirnya Islam itu dalam keadaan bahaya pun tidak lagi dihiraukan.

    Sebenarnya yang kita semua sibuk2 ni nak apa?

    Bukankah kita nak meletakkan Islam itu di atas dan yang selain dari Islam itu dibawah. Islam mengajar kita menjaga 5 perkara dharuri iaitu agama, aqal, zuriat harta dan nyawa.

    Dalam konteks perjuangan PAS di Malaysia, apalah ertinya perjuangan yang murni tapi akhirnya selepas Pilihanraya Islam menjadi lebih lemah, kuasa politik di dominasi oleh orang kafir.(Tolong jangan pusing kata saya saran PAS berjuang cara tidak murni…..maksudnya murni itu apa sebenarnya?) Dek kerana terlalu marahkan UMNO maka dilawan UMNO habis2an hingga berpakat dengan orang kafir…tapi akhirnya PAS hanya jadi alat untuk orang kafir memerintah negara.

    Nak tanya hamba Allah…betul ke formula yang PAS ambil dalam memperjuangkan Islam di Malaysia ni?

    Janganlah bila ada orang berpandangan mengkritik PAS maka dijadikan musuh….sedangkan kita nak Islam yang menang….Apalah maknanya bila PAS tumpang Pakatan Rakyat dan menang tapi ISLAM KALAH!
    Janganlah ISLAM itu di pandang dari sudut PAS aje…. kerana Islam tetap ISLAM dan PAS hanya sebahagian dari Islam sahaja!

    Kalau nak ikutkan emosi semua yang cintakan Islam memang marah pada UMNO…tapi adalah hadnya…biarlah berkadaran…jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar…..janganlah jadi Pak Kadok yang menang sorak tapi KAMPONG TERGADAI!!

  5. DSAI buat kenyataan…HUDUD TAK ADA TEMPAT DALAM DASAR PAKATAN; Laporan Malaysiakini; Nak tanya para penyokong PAS…apa komen anda!!

  6. eh mana hamba Allah tak jawab orang lama dah ?saya dok tunggu nak baca pandangan hamba Allah ni …….

    saya sokong pandangan orang lama. benar kalau kita sokong PAS kalahkan UMNO yang akan memerintah adalah PR gabungan PAS, PKR dan DAP . PAS tak ada kuasa yang sebenarnya, apa2 keputusannya kena pertimbangkan sahabat baiknya dari DAP dan PKR dulu,lebih2 lagi PAS goyah sebab tak boleh jaga akidah ahlus sunnah wal jamaah sebab akidah syiah subur mekar dalam PAS, PKR dah memang langsung tak boleh harap jaga islam dengan dasar liberal mereka, jelasnya mereka (PAS dan PKR) adalah ‘kuda kayu’ pada DAP dan DAP bukannya nak jaga Islam dan memangnya pun agenda mereka untuk menolak islam terbuki dalam ‘Buku Jingga’ mereka .
    jadinya kalau PR menang bererti islam yang kalah , kalau UMNO menang bererti islam masih terpelihara .dan kalau PAS dan UMNO bersatu islam akan terpelihara ,kuat dan hebat .masa tu DAP. MCA, GERAKAN ,PKR ,MIC baru kalah termonyeh depa2 ni .
    amacam pandangan yang lain2 ……………….? betul tak pandangan saya berfikiran begitu ? cepat2 beri idea sementara belum lagi PRU 13 sebab nanti kitalah penentu islam berkuasa atau tidak .
    jangan pulak nanti ada yang beri pandangan , biarlah islam Allah jaga macam Abu Talib kata Kaabah ada tuannya jaga . kita nak juga beri sumbangan supaya islam berkuasa yang tentunya pahala Allah beri pada kita . amacam ……………..?

    • sebelum kritik PAS yang tidak sanggup mempertahankan akidah ahlul sunnah wal jama’ah adalah satu fitnah yang sungguh nyata…sejauh mana saudara tahu? adakah saudara hanya melihat kepada berita utusan dan bharian mahupun RTM dan TV3…klu itu sahaja maklumat yang saudara dengar dan nilai…jangan menjadi satu hujah yang DANGKAL bagi menegakkan benang yang basah..mai aku nak tnya kamu? kalau UMNO nak laksanakan HUDUD? perlu ke dia minta dan bncg dalam mesyuarat jemaah menteri dan BN? Jawab soklan tu dulu…kalau sekadar melemparkan serangan PAS terpaksa berbincang dengan PKR dan DAP…sama sahaja UMNO terpksa menggagalkan usaha untuk laksanakan Hudud sebab ade MCA dan MIC..Namun antara PAS dan UMNO? siapa yang beriya-iya dan bersemangat nak laksanakan ISLAM? memang PAS sekarang minoriti dalam PR…sebab PAS VS UMNO…sifirnya mudah…tak menang UMNO menang PAS…itu sahaja..if nak jadikan PAS majoriti..undilah semua PAS dan UMNO tarik diri bertanding? mahu ke UMNO..tapi itu hanya angan-angan sahaja dalam politik malaysia…ISMA berpijaklah pada bumi yang nyata…

  7. Untuk orang lama….memang DSAI kata hudud tiada dalam dasar pakatan namun PAKATAN tidak menghalang mana-mana negeri yang ingin melaksanakan HUDUD dinegeri yang ditadbir majoriti oleh PAS…ganu dan kelantan sebagai saksi. pelembagaan negeri digubal agar boleh disesuaikan supaya HUDUD mengambil tempat secara perlahan dan usaha mereka sehabis mungkin..namun UMNO? dibumi JOHOR? boleh saudara buktikan sejauh mana usaha murni UMNO ingin melaksanakan HUDUD dengan menggubal perlembagaan negeri di sana? sejauh mana pemimpin2 UMNO yang terus berusaha agama ISLAM berdaulat dibumi JOHOR…Pahang dan N9 dan yang lebih penting bila UMNO menguasi MAJORITI PARLIMEN dalam tahun 2004 sehingga PAS hampir tumbang kat KELANTAN? BUKTIKAN UMNO sanggup menggadai perinsip melayu dan berani mempertahankan ISLAM di depan MCA dan MIC? Yang tinggal hanya sisa mengutip kekayaan negara dan yang tinggal hanya nasiolisme yang menebal dalam melayu sehingga abaikan prinsip-prinsip ISLAM..Itulah yang BARAT inginkan supaya orang ISLAM ini berjiwa nasiolisme agar yang diutamakan kaum sendiri berbanding tuntutan ISLAM. Walaupun PAS berada dalam PAKATAN, namun DEWAN ULAMA memantau sepenuhnya tahaluf politik…Slogan MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT? BUKTIKAN SEJARAH.. Saya rasa ISMA masih perlu belajar memahami sejarah Malaysia dengan sepak terajang politik di Malaysia.sekadar NGO yang pandai menilai politik dan menjadi penonton bola dengan sorakan dan kritikan yang kuat tidak membawa kemana-mana..Kalau betul UMNO beriya-iya ingin MENDAULATKAN ISLAM, sudah lama boleh dibuat untuk 50 tahun yang lalu atau majoriti dalam parlimen yang sudah banyak kali PAKATAN kalah. sepatutnya bukannya sekarang hingga nyawa dihalkum, baru ingin bertaubat? sudah berapa kali bertaubat ya UMNO? Sampai bila kita beri peluang pada UMNO ini untuk bertaubat. CUKUPLAH…CUKUPLAH…CUKUPLAH….

    Saudara amin? bagaimana UMNO dan PAS ingin bersatu kerana memang UMNO akan berdepan dengan PAS dalam PRU-13 nti? Berani ke UMNO atau PAS bagi pada MCA dan MIC atau PR dan DAP bertanding kerusi melayu? ini hanya angan-angan MAT JENIN… politik itu BIAS dan kerana setiap orng tidak boleh menjadi neutral 50-50……..pndangn sanggup dikritik dan dikongsi…harap maklum

    • maaf sy xnampak jalan penyelesaian yg saudara ismail petra cadangkan..

      • saudara hikmah…sekiranya jalan yang saya beri tidak jelas, apa saranan saudara pulak? saudara ada mencadangkan semua calon pas diundi dan calon DAP ditolak? setahu saya la..MCA VS DAP? sekiranya saudara melayu yang dok kawasan majoriti cina? apa tindakan saudara? tidak mengundi atau mengundi? tak payahlah saudara buat2 tak tahu atau tidak nampak jalan penyelesaian..nak saya kata undi UMNO baru saudara nampak jalan? rasanya saudara berfikiran sempit mengatakan ust mashitah vs lim guan eng? ada mungkin ka macam tu? cam mana lak saya kata if nik aziz vs najib? apa jawapan yang saudara beri….sekadar kata tiada nampk jalan penyelesaian itulah yang akan mengotakkan fikiran saudara….berpijaklah pada bumi yang nyata..jangan sekadar angan-angan mat jenin yang memberi idea namun tidak mampu dilaksanakan pada masa kini. sekadar coretan untuk pemikir2 yang mampu berfikir bukan sekadar mengiyakan apa yang pemimpin kata…

      • cuba baca betul2 blk cdgn sy awal2 td nescaya saudara akan dpt jawapannya.antara najib n tgna, siapa yg lebih baik pengamalan islamnya?kalau non muslim vs non muslim,kita tgk siapa yg lebih baik penerimaannya terhadap islam.cdgn sy ialah kita undi xikut background parti tp ikut peribadi yg menguntungkan islam.jadi saudara ismail petra,bagaimana pula jika najib lawan karpal singh?sbg seorg islam,siapa yg akan anda pilih?

      • sekiranya najib vs karpal? saudara pun leh agak jawapannya…tak perlu saya maklum…namun berpijaklah pada bumi yang nyata.. mungkin kah terjadi? jauh panggang dari api la beb…sekadar buat kiasan dan andaian tanpa sokongan fakta tidak kemana-mana… omong-omong kosong yang tdk mungkin terjadi…ikut peribadi? ada bagusnya…lepas ni minta isma menjadi sbhgn jd ahli politik dan bertanding melawan mca atau dap…jangan sekadar cakap kosong…klu isma lawan dap atau mca jadilah seperti najib lawan karpal…kesudahan saudara pun tahu..tapi satu persoalan yang saya nak utarakan…klu seorng muslim berpewatakan menentang islam dengan non-muslim yang berlapang dada dengan islam..membiarkan islam terus berkembang tanpa sekatan…apa pulak jawapannya?

      • jawapannya mudah shj saudara..

        Si muslim itu yg lebih layak mendapat kepercayaan dan wala’ dari si muslim yg lain walau sefasik mana pun dia selagi dia masih mengaku Allah itu Tuhannya.non muslim itu walau sebaik mana pun dia dr kacamata manusia lain,dia tetap telah melakukan kezaliman yg paling besar iaitu tidak mengakui Allah sbg Tuhannya.

        Boleh tanya yusuf qardhawi atau tgna sendiri.ini fiqh syarie yg simple.

      • saudara hikmah..saya bersetuju dengan usul fiqh yg dicadangkan itu…memang sekarang ni sibuk isu2 perpaduan antara UMNO ngan PAS…termasuk agenda ISMA yag lantang2 ingin mendaulatkan ISLAM melayu kesepakatan org melayu.. kita sebagai rakyat umum sudah lama melihat UMNO VS PAS sejak PRU-1 lagi..sejarah ini ibarat roda yang terus berpusing..bacalah sejarah politik tanah air…rasanya PAS dah cukup bersabar dengan UMNO termasuk ditendang…disepak…diterajang… diperalat oleh UMNO… kalau saudara berada ditempat PAS.. apakah saudara masih mengharap benda yg sama… dengan kerajaan PR.. PAS bebas menyampaikan dakwah.. tiada sekatan.. ingat lah bumi Malaysia dah ditakbir oleh UMNO 50 tahun…apakah agenda UMNO untuk ISLAM? ISLAM gemilang sewaktu ANWAR dalam UMNO…la ni? islam hadhari tinggal nama je..satu malaysia konsepnya yang dibwa oleh UMNO pun sama macam DAP gak.apa bezanya.sekiranya diberi re3zeki oleh ALLAH PR memerintah…kita lihat sejauh mana hubungan DAP ngn PAS…PAS ade dewan ulama’ yang mengawalnya… dan aku yakin PAS akan kuar gabungan yang menyebabkan PR tidak mampu perintah walapun menang sekiranya ISLAM tidak diletakkan pada tempatnya..aku lebih percayakan PAS dr UMNO untuk membawa agenda ISLAM….w’salam…..

    • Sdr Ismail Petra,

      Semalam saya terbaca dalam akhbar, Karpal Singh buat kenyataan, minta PAS tidak melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan kerana boleh menyebabkan Pakatan Rakyat kalah dalam PRU13 nanti….apa komen anda?

      • maaf lewat pulak berbicara…karpal hanya mencadangkan sahaja supaya tidak dilaksanakan hudud…tapi ada nik aziz kata keputusannya tak nak buat? tak dok kan? bayangkan UMNO pimpin kelantan? confirmlah UMNO tak cadangkan pun takut kalah.. UMNO yang buta2 majoriti dalam BN sekarang ni pun ada berani nak buat? mencadangkan sahaja tidak berani..maka yg mana lebih baik…org yang cadang dan bermati2an nak laksanakan hudud dengan org yg nak cakap pun tak berani? fikir la jawapannya…ALLAH tanya pada mereka yang berusaha…bukan kepada kejayaan yg dicapai…kalau nak cakap pun tak berani…maka adakan UMNO punya agenda untuk memartabatkan ISLAM? fikirlah jawapannya…

  8. Sdr Ismai Petra,

    Saya nak tanya…mana yang lebih baik untuk PAS jadikan rakan…UMNO yang sama seaqidah (tapi agak longgar Islamnya…walau bagaimanapun dalam hal hukum hudud ini UMNO mengakui Hudud adalah hukum Allah) dibandingkan dengan DAP yang bukan Islam (malah dalam banyak hal terang2 MENOLAK ISLAM tanpa menjaga sensitiviti orang Islam dan terang2 MENOLAK hukum hudud)….

    Sebelum anda menjawab…tolong jangan pusing2 kata UMNO korup la, nasionalis tegar la dan seumpamanya….tolong jawab dari sudut pandangan Islam yang anda faham soalan yang mudah itu!!

  9. orang lama, secara typical nya org pas kalau di tanya soalan begini, mereka akan jawap, pas pernah berbincang dgn umno malah pernah bergabung pun suatu ketika dulu.namun apa yg telah berlaku? pas seolah2 disepak terajang oleh umno dan akhirnya terjelepok jatuh keluar.jadi, mereka taknak tertipu lagi.

    hakikatnya dgn penggabungan bersama dap, agaknya mereka belum terasa lagi seolah2 telah disepak terajang. mereka masih boleh bersabar agaknya.

    nasihat saya kpd pas, cukup2lah bersabar tu.tak kena pada tempat.video ni saja dah cukup menghina umat islam.walhal baru sekali ni je.dah cukup byk dah penghinaan yg mereka seolah2 ‘diam’kan hanya sbb dah sekapal.

    20111001 Guan Eng – UMNO dan DAP bantah Hudud: http://www.youtube.com/watch?v=V9AIzF-soRY

    sebenarnya kita bukan nak ajak umno dan pas bergabung sampai ke tahap perlu tukar nama jadi UMPAS ke contohnya..tapi at least bersatulah dalam isu2 yg berkaitan dgn kedaulatan islam di msia ni.janganlah kerana asyik nak jaga hati rakan separti, habis kita biarkan islam ni dipermain2kan..

    • Sifirnya mudah untuk video yang diberikan:

      1. UMNO = menentang HUDUD dan penuh dengan rasuah dalam kerajaan
      2. DAP = menentang HUDUD tetapi belum terbukti berkaitan rasuah
      3. MCA = menentang HUDUD dan penuh dengan rasuah
      4. PAS = menyokong HUDUD dan bersih dari segala rasuah kerana ahli-ahlinya didik dengan pendekatan hikmah..

      antara parti-parti politik di atas apa jawapan sekiranya:

      1. PAS VS UMNO
      2. DAP VS MCA
      3. PAS VS MCA
      4. UMNO VS DAP
      5. PAS VS DAP
      6. MCA VS UMNO

      berilah jawapan dan apakah gabungan terbaik..fikir-fikirlah…

      • Sdr Ismail Petra,

        Amat malang sekali sifir yang anda simpulkan diatas….seolah2 satu pihak betul semua dan yang satu lagi salah semua. PAS dan DAP tu malaikat ke? dan UMNO dan rakan2nya dah confirm syaitan ke?
        Sepatutnya sebagai pendokong parti Islam kita melihat dari sudut Islam dan sebaliknya. Orang Islam dan kafir…bukankah itu yang dikategorikan oleh alQuran?
        Perlaksanaan Islam tidak boleh dilihat dari sudut Hudud sahaja dan di buat satu kesimpulan untuk menolak keislaman seseorang atau kumpulan hanya semata sikapnya terhadap perlaksanaan hudud sedangkan hudud itu hanya sebahagian kecil dari Islam. (ini tidak bermakna saya menganggap hudud tidak penting)
        Sepatutnya kita melihat kepelbagaian kumpulan Islam dari sudut TAKAMUL iaitu saling lengkap melengkapi dan bukan melagakan antara kumpulan Islam yang mengakibatkan orang kafir yang untung.
        UMNO mungkin tidak sempurna Islamnya, tapi UMNO juga ada peranan sebagai pelindung Islam di Malaysia. Begitu juga PAS sepatutnya memainkan peranannya untuk memastikan UMNO sebagai pemerintah memperbaiki prestasi perlaksanaan Islamnya dalam pemerintahan. Begitu juga NGO2 Islam punya peranan untuk membina elemen2 Islam melalui ahli2nya demi mengukuhkan saf Islam di Malaysia…buka berlaga antara satu sama lain yang mengakibatkan Islam menjadi lemah. Kalau semua entiti Islam ini memahami konsep TAKAMUL ini saya pasti Islam akan kuat di Malaysia…dan tidaklah asyik bertelagah antara satu sama lain.
        Sekiranya saudara tidak keluar dari cara pemikiran yang sempit itu…sampai bila pun Islam tidak akan maju dan akhirnya saudara hanya menjadi alat kepada agenda orang lain!!

  10. Sdr hikmah,

    Terima kasih atas pandangan itu dan saya memang dah agak hujah balasnya tak akan lari dari itu. Walaupun saya tidak nafikan ada kebenarannya sejarah hitam yang dilalui oleh PAS dan UMNO semasa mereka bersama dalam BN satu masa dulu tapi kita tidak boleh nafikan manafaat yang didapati oleh orang2 Melayu/Islam hasil persepakatan itu. Pada saya persepakatan itu merupakan faktor utama yang menjadikan kedudukan orang Melayu Islam di Malaysia sekarang lebih baik dari keadaan mereka satu masa dulu.
    Hujah PAS untuk tidak bersama UMNO mungkin kita boleh terima dalam aspek tertentu. Tapi bila PAS bertindak berkawan dengan DAP untuk menjatuhkan kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu Islam yang mana akibatnya kerajaan yang bakal naik(dibaca PR) tidak menjadikan PAS dominan didalamnya sebagaimana UMNO dominan dalam BN bagi saya akan MEMBAHAYAKAN kedudukan ISLAM itu sendiri.
    Ini jelas tidak selari dengan ajaran asas maqosid Islam iaitu MEMELIHARA AGAMA, AQAL, ZURIAT, HARTA DAN NYAWA.

    Kalau dulu PAS berhujah tidak bersama dengan UMNO atas isu UMNO nasionalis dan PAS Islam, tapi bila PAS boleh bekerjasama dengan DAP yang jelas anti Islamnya maka hujah itu dengan sendirinya telah terbatal.

  11. saudara orang lama dan hikmah, saya rasa saya dah jawab melalui penulisan-penulisan saya sebelum ini….dari sudut usul fiqh, dari sudut pilihanraya itu sendiri, dari pelbagai sudut dan aspek yang lain….kamu berdua ini tidak cukup faham sepenuhnya melalui tersirat yang saya katakan…saya masih tak faham adakah anda berdua mahu lihat dari sudut politik…atau dari sudut kesepakatan ISLAM..melompat-lompat anda berdua ini..sekejap kata tak boleh pakat ngn DAP untuk jatuhkan BN…sejak fokus kesepakatan…

    dari sudut kesepakatan…saya tidak menentang untuk UMNO dan PAS duduk semeja membincangkan masalah ummat. NIk aziz pun telah memberi bersetuju untuk sama-sama UMNO dan PAS berbincang mengenai masalah UMMAT..saya cabar puak-puak UMNO yang mempunyai kuasa dominan BN untuk membawa usul HUDUD di parlimen dan saya berani akan katakan seluruh MP PAS bersetuju dengan usul itu walapun DAP membantah tapi MP UMNO macama mana, berani? macam mana PAS ingin membincangkan dalam hal-hal agama tapi UMNO masih belum bersedia..malahan tidak berani untuk membincangkan secara terbuka.

    Namun dari sudut politik itu sendiri….mengapa tak boleh berkawan dengan DAP sedangkan BN terus bersama MCA dan MIC? mungkin saudara masih belum melihat dimana kerusi UMNO hilang sedikit-demi sedikit disebabkan politik Che DET? buatlah analisis sikit…ISLAM hanya diperlukan UMNO bila UMNO sakit…namun ditinggalkan bila berkuasa…masihkah punya harapan mengharapkan UMNO ini?

    Dominan apa UMNO dalam BN hingga ISLAM itu dipandang enteng dalam pelbagai sudut seperti ekonomi, sosial dan politik untuk 50 tahun pemerintahan…sejauh mana UMNO itu dominan dalam BN hingga ISLAM itu dipandang serong oleh masyarakat bukan ISLAM tidak memahami ISLAM itu? dominan apa UMNO dalam BN tetapi pusat-pusat maksiat terus bermaharajalela di sekitar Kuala Lumpur dan terbaru BN masih ingin terus meluluskan pusat-pusat hiburan dalam rancangan malaysia terbaru.. dominan apa UMNO namun masjid hanya sebagai tempat beribadah dan bukan tempat kesatuan ummah.hnya untuk org yang ada tauliah sahaja..dominan apa UMNO dalam BN tetapi tidak mampu untuk melaksanakan HUDUD yang dituntut oleh ISLAM itu sejak 50 tahun pemerintahan hingga menghalang PAS melaksanakan HUDUD di Kelantan ketika zaman che det. bacalah sejarah kerana sejarah tetap akan berulang..

    dan saya ULANG SEKALI LAGI…sekiranya PR berjaya perintah dengan gabungan PAS, PKR DAN DAP namun ISLAM tidak diletakkan ditempatnya…saya CONFIRM PAS akan kuar gabungan dengan serta merta…tak perlu arahan dr UMNO kerana DEWAN ULAMA’ PAS akan kawal dr sudut politik PAS….dan saudara jangan risau kerana waktu itulah PR tidak mampu memerintah dan kuasa kembali pada UMNO….wa’ahullam…

    • oklah, isu hudud mmg jelas sbg umat islam sy x tolak akan kewajipan utk dilaksanakan.namun ini pun agak menyedihkan sbb ia seolah2 dipergunakan.hanya timbul bila nk pilihanraya.kalau x, mmg agak senyap.sy pun rs sy dah ckp jelas, x melompat jauh mana pun dan sy ckp dr sudut sy sbg pengundi,bukan ahli politik yg mana sy nk letakkan undian sy kpd individu,bukan bersandarkn pd parti spt awal2 yg sy komen tu.ahli politik muslim yg korup tu koruplah sy xkan undi.yg penting sy xkan undi juga non muslim yg lantang dan keluarkan kenyataan2 hina islam tu.dan sy rasa kalau majoriti buat camni, PR takkan menang.tp yg penting walaupun PR x menang, Pas pasti menang di kbnyakan kerusi yg ia bertanding.

      • terima kasih atas hujah saudara hikmah yang diberi…..dan saudara masih mengharapkan PAS menang di semua kawasan yang ditandingi.. tetapi percayalah PAS tetap akan lawan dengan UMNO dlm PRU-13…walaupun mereka sepakat dalam isu-isu ISLAM..sebab jiwa UMNO adalah roh melayu dan jiwa PAS adalah ISLAM itu sendiri…maka tetap akan bertembung ideologi dan disitulah hujah saudara di atas diperlukan..manakala isu HUDUD…cuba saudara cari maklumat…sejak bila isu ini muncul semula & siapa org pertama yang memanipulasinya…dan disitulah saudara akan dapat menjawabnya kerana ia memberi kepentingan pada puak-puak2 tertentu..

        namun, saudara berhujah bhwa tetap tidak undi non muslim sekiranya mereka lantang menentang ISLAM…itu saya sangat setuju namun realitinya kebiasaannya NON-MUSLIM VS NON-MUSLIM (DAP VS MCA) dalam PRU… soalannya adakah saudara akan mengundi atau tidak sekiranya saudara berada di kwsn cina seperti di atas? terpulanglah pd saudara yang memahami usul fiqh dan maslahatannya dalam membuat keputusan..

        saya tidak mengatakan seluruh ahli PAS itu betul dan seluruh ahli UMNO itu salah tapi saya lihat dr segi dasar dan asas perjuangannya itu…KERANA DASAR DAN MATLAMAT ITU MENJADI ASAS KEPADA PEMBENTUKKAN INDIVIDU DAN CARA PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH SESEBUAH PARTI…hujah ini telah terbentang luas seperti comment2 di atas…

        dah akhir kalam untuk komen yang terakhir, ingatlah POLITIK itu ibarat PERANG dan PERANG ITU ADALAH TIPUDAYA DAN BERSTRATEGI…dan dunia la ni adalah perang ideologi bukan peperangan secara zahir.. panglima perang yang bijak adalah mereka yang mampu membaca gerak lawan dan setapak kehadapan walaupun terpaksa mengorbankan harta dan jiwa…mereka mampu ke depan walaupun dihina dan dicaci kerana matlamat mereka jelas untuk mencapai redha ILAHI dan bergitulah garam perjuangan dalam membela ISLAM….semoga ALLAH mengampunkan dosa sekiranya terdapat salah silap sepanjang komen dan tulisan ini…wassalam.

      • terima kasih juga krn sudi berkongsi ilmu.amat lapang hati bila membaca hujah2 kritikal yg tidak disertai dgn caci maki, kutuk mengutuk n gelar menggelar mereka yg seakidah yg langsung tidak mencerminka keperibadian islam yg nk diperjuangkannya.seperti kata dr. Maza (walaupun x semua pandangan beliau sy setuju tp sy tidak juga menolak pandangan2nya yg baik), ahli politik ni biarlah berpolitik dgn cara baik.bukan kata kau patut undi aku sbb dia tu pernah kena tangkap khalwat tp aku tak pernah.tp cara berpolitik yg baiknya ialah biarlah org undi kita kerana kredibiliti yg kita ada.bukan krn kelemahan musuh tp krn kelebihan n kekuatan kita.cukup2lah dgn politik jatuh menjatuhkan.tak perlu siar berita yg majoritinya hanya menceritakan kesalahan org.harap Pas tidak menjadikan alasan bahawa umno yg mula buat dulu maka aku balaslah buat benda yg sama ataupun umno boleh buat kenapa pas x boleh buat.ingat, tujuan asal kita cuma 1 iaitu nak daulatkan islam di msia ni.namun matlamat tidak menghalalkan cara.seboleh mungkin kita ikut al quran n sunnah walau dlm apa jua cara utk kita capai matlamat kedaulatan islam tu.

        Minta maaf juga salah silap.allahualam

    • Sdr Ismai Petra,

      Saya quote kenyataan terakhir sdr di atas,

      dan saya ULANG SEKALI LAGI…sekiranya PR berjaya perintah dengan gabungan PAS, PKR DAN DAP namun ISLAM tidak diletakkan ditempatnya…saya CONFIRM PAS akan kuar gabungan dengan serta merta…tak perlu arahan dr UMNO kerana DEWAN ULAMA’ PAS akan kawal dr sudut politik PAS….dan saudara jangan risau kerana waktu itulah PR tidak mampu memerintah dan kuasa kembali pada UMNO

      Tanyalah any tom, dick and harry, PAS nak laksanakan Islam melalui Pakatan Rakyat..you must be joking! Buku Jingga yang menjadi kitab PR telah mengikat PAS untuk TIDAK melaksanakan Islam yang dicita2kan oleh PAS. Apakah setelah dengan sokongan PAS yang bersifat minoriti tapi membolehkan PR memerintah itu membuat PAS selesa dengan cita2 murninya?
      Setelah apa yang berlaku di Perak (telah saya jelaskan sebelum ini), saya telah hilang kepercayaan kepada PAS untuk bertindak secara bijaksana bersyura demi kepentingan Islam malah PAS terperangkap dalam obsesinya yang marah kepada UMNO selama ini hingga sanggup mengenepikan kepentingan umat Islam bila keadaan memerlukannya berbuat demikian.
      Dan saya nak tanya, kenapa nak tunggu hingga keadaan begitu baru nak keluar PR sedangkan sekarang semua orang tau PAS tidak boleh kemana2 melalui Buku Jingga PR.
      Tepuk dada tanyalah IMAN!!

      • saudara orang lama..buktikan dengan buku jingga…dimana PAS TIDAK mampu melaksanakan ISLAM dengan kesepakatan dalam PR…statement mana dalam buku jingga menghalang PAS untuk melaksanakan dan mendaulatkan ISLAM…. kalau saudara tidak menunjukkan bukti dan hujah yang kuat…segala hujah saudara hanyalah andaian dan dakal…

      • Sdr Ismail Petra,

        Tidakkah hujah yang digunakan oleh DAP/Lim Guan Eng/Karpal Singh dan seangkatan dengannya apabila TGNA timbulkan balik soal hudud ini maka BUKU JINGGA di jadikan alasan dan dikatakan TIADA dalam Buku Jingga persepakatan untuk laksanakan Hudud. Sdr tidor ke selama ni?
        DSAI laki la klasik…macam sesumpah….bila depan PAS dia kata secara peribadi dia menyokong hak PAS untuk melaksanakan Hudud….tapi bila bercakap didepan orang2 Cina dia gunakan Buku Jingga jugak…siap cakap nak jmpa TGNA bagitau stand dia yg macam chemeleon tu….
        Saya mengikuti perkembangan ini dengan teliti…..

      • itulah hujah saudara…saya rasa hujah yang sangat-sangat dangkal..hanya berdasarkan hujah dr UTUSAN dan BERITA MELOYA…patutlah berfikiran sempit..adakah saudara telah merujuk dalam buku jingga? saya telah meneliti satu persatu namun tiada pulak yang mengatakn PAS dihalang untuk melaksanakan ISLAM..saya tidak tido tetapi saudara yang telah diberi ubat panadol agar khayal dengan hujah-hujah yang dangkal oleh utusan..

        Adakah saudara membaca harakah? apakah statement TGNA aziz berkaitan isu hudud itu? cuba saudara mencari hujah TGNA berkaitan isu hudud Kelantan? telitian saudara amat sikit dan tidak mengikuti perkembangan semasa….

        tapi PAS lebih baik kerana masih mempunyai cita-cita untuk melaksanakan HUDUD? tapi UMNO yang mewakili seluruh orang melayu ISLAM yang dibanggakan oleh ISMA? apakah stand PM dan TPM dalam isu HUDUD? saudara berani bersetuju ke dengan pandangan PM dan TPM yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya bukan ANWAR..saudara hanya memburukkan ANWAR tetapi NAJIB dan MUHYIDDIN macam mana?

  12. baru nak stop tetapi ada tulisan yang menarik minat saya..

    soalan yang menarik untuk diberikan hujah:

    Dan saya nak tanya, kenapa nak tunggu hingga keadaan begitu baru nak keluar PR sedangkan sekarang semua orang tau PAS tidak boleh kemana2 melalui Buku Jingga PR.Tepuk dada tanyalah IMAN!!

    iman saya berbisik sebab utama..kerana UMNO tidak dapat diharapkan untuk ISLAM terus subur di Malaysia sejak 50 tahun pemerintahan….ISLAM diambil sebahagian demi kepentingan politik UMNO…dan antara PAS dalam PR dengan UMNO dalam BN…di manakah lebih baik?

    Dengan PR, PAS mampu memerintah KEDAH dan hampir menang seluruh kerusi DUN KELANTAN..dengan PR, PAS mampu menambah ahli parlimen ISLAM..dengan PR, PAS mampu menambah kerusi di Wilayah dan Selangor…itulah kuasa PR..adakah dengan kuar gabungan PAS mampu menambh kerusi? adakah dengan kuar gabungan PAS bijaksana? dengan kuasa PAS berada dalam PR…BN berhati-hati dalam setiap tindakan yang berkaitan ISLAM…

    dan saudara hanya membuat ANDAIAN sedangkan belum terbukti tetapi UMNO dah perintah MALAYSIA dengan kuasa majoriti dalam 50 TAHUN…namun dimana kedudakan ISLAM di malaysia atau sekadar agama rasmi dalam adat sahaja…jawab soklan ini… biarlah PAS dengan cara PAS dan UMNO dengan cara UMNO.. saudara tak perlu la nak menambah kekusutan dengan membuat andaian demi andaian tanpa analisis untuk menghalalkan segala perbuatan UMNO..kerana UMNO memang tidak mampu diharapkan.

    dah cukuplah saudara berhujah kerana hujah saudara hnya membuang masa sekiranya saudara tidak membantu PAS dalam PRU-13.saya cabar kalau saudara tidak mahu PAS menjadi minoriti dalam PR..pastikan saudara bersungguh-sungguh membantu PAS untuk PAS menguasai kseluruhan kerusi dalam PR…berani atau tidak? sebab CONFIRM PAS VS UMNO dalam PRU-13 dan saudara buatlah keputusan yang mana terbaik..kalau setakat berhujah dan menambah kekusutan bak ibarat batuk ditepi tangga..tidak payahlah….nak mengharapkan saudara bertanding dlm PRU-13 jauh panggang dari api… saudara masih mengharapkan UMNO untuk terus menguasai politik …terpulangla..dah saya tidak akan paksa saudara mengikut rentak saya….tnyalah IMAN saudara antara UMNO dan PAS..siapalah pilihan dihati?

    • Sdr Ismail Petra,

      Sdr kata,

      iman saya berbisik sebab utama..kerana UMNO tidak dapat diharapkan untuk ISLAM terus subur di Malaysia sejak 50 tahun pemerintahan….ISLAM diambil sebahagian demi kepentingan politik UMNO…dan antara PAS dalam PR dengan UMNO dalam BN…di manakah lebih baik?

      Saya nak kata:

      Apabila sdr kata UMNO tak boleh diharap untuk ISLAM…apakah saudara mengharap kepada DAP untuk ISLA…check bail la iman sdr tu…dan soalan sdr antara PAS dengan UMNO dan PAS dalam PR sudah tentu PAS dengan UMNO lebih baik kerana PAS bersatu bersama orang Islam yang amat dituntut oleh agama dibandingkan dengan PAS bersatu dengan DAP yang jelas2 menentang Islam dilaksanakan di Malaysia.

      Sdr kata,

      Dengan PR, PAS mampu memerintah KEDAH dan hampir menang seluruh kerusi DUN KELANTAN..dengan PR, PAS mampu menambah ahli parlimen ISLAM..dengan PR, PAS mampu menambah kerusi di Wilayah dan Selangor…itulah kuasa PR..adakah dengan kuar gabungan PAS mampu menambh kerusi? adakah dengan kuar gabungan PAS bijaksana? dengan kuasa PAS berada dalam PR…BN berhati-hati dalam setiap tindakan yang berkaitan ISLAM…

      Saya nak kata,

      Inilah bahayanya bila sdr berfikir separuh otak sahaja…sdr nampak yang PAS menang sahaja…tapi sdr tidak ambil kira berapa yang DAP menang akibat bekerjasama dengan PAS….Yang pasti Pulau Pinang DAP menang mutlak…dan banyak kerusi di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan….dan yang terkini mereka mendapat momentum di Sarawak pula….siapa yang lebih untung? DAP ke PAS….Tidakkah membahayakan umat Islam diMalaysia…dan PAS menjadi pembantu kepada bukan Islam?

      Sdr Kata,

      dan saudara hanya membuat ANDAIAN sedangkan belum terbukti tetapi UMNO dah perintah MALAYSIA dengan kuasa majoriti dalam 50 TAHUN…namun dimana kedudakan ISLAM di malaysia atau sekadar agama rasmi dalam adat sahaja…jawab soklan ini… biarlah PAS dengan cara PAS dan UMNO dengan cara UMNO.. saudara tak perlu la nak menambah kekusutan dengan membuat andaian demi andaian tanpa analisis untuk menghalalkan segala perbuatan UMNO..kerana UMNO memang tidak mampu diharapkan.

      Saya nak kata,

      Soal kuasa andaian yang munasabah perlu diambil kira…jangan bila kampung dah tergadai baru nak garu kepala…Tentang kedudukan Islam di Malaysia bagi saya banyak juga jasa UMNO dalam memelihara Islam dan meningkatkan syiar Islam walaupun UMNO itu tidaklah begitu Islamik pembawaannya. Pergilah kenegara2 jiran dan tanya mereka tentang Islam di Malaysia…saya ada kawan2 pemimpin Islam di Indonesia…mereka kagum dengan pencapaian Islam di Malaysia sekurang2nya itu pandangan umum mereka….Begitu juga kawan2 saya di Thailand dan Singapura….mereka hairan mengapa PAS menentang UMNO untuk melaksanakan Islamnya sedangkan apa salahnya bekerjasama dengan UMNO untuk menguatkan Islam di Malaysia. Dan tentang kekusutan yang sdr sebut itu menunjukkan sdr berada dalam keadaan keliru…saya amat yakin dengan pemikiran Islam saya!!

      Dan sdr kata,

      dah cukuplah saudara berhujah kerana hujah saudara hnya membuang masa sekiranya saudara tidak membantu PAS dalam PRU-13.saya cabar kalau saudara tidak mahu PAS menjadi minoriti dalam PR..pastikan saudara bersungguh-sungguh membantu PAS untuk PAS menguasai kseluruhan kerusi dalam PR…berani atau tidak? sebab CONFIRM PAS VS UMNO dalam PRU-13 dan saudara buatlah keputusan yang mana terbaik..kalau setakat berhujah dan menambah kekusutan bak ibarat batuk ditepi tangga..tidak payahlah….nak mengharapkan saudara bertanding dlm PRU-13 jauh panggang dari api… saudara masih mengharapkan UMNO untuk terus menguasai politik …terpulangla..dah saya tidak akan paksa saudara mengikut rentak saya….tnyalah IMAN saudara antara UMNO dan PAS..siapalah pilihan dihati?

      Dan saya nak kata,

      Saya tidak merasakan saya membuang masa berhujah dengan sdr kerana saya yakin ramai yang membaca hujah kita dapat menilai hujah siapa yang kuat…kerana ini penting demi membawa pemikiran Islam yang sebenar dalam kita bergerak kehadapan. Saya nak katakan…saya tidaklah suka sangat kat UMNO ni…saya lebih suka PAS menang contohnya kalau di Kelantan…sebabnya takde masalah kerana di Kelantan 95% Melayu Islam….siapa menang pun Islam x ade masalah sangat…tapi bila seluruh negara
      disebabkan PAS bertelagah dengan UMNO….akhirnya PAS jadi agen kepada penguasaan DAP dalam politik Malaysia….Adakah perjuangan PAS ini tidak mengambil kira soal memelihara agama yang menjadi dhoruri dalam Islam. fikir2kanlah!!

  13. Orang lama..

    Saudara kata,

    Apabila sdr kata UMNO tak boleh diharap untuk ISLAM…apakah saudara mengharap kepada DAP untuk ISLAM…check bail la iman sdr tu…dan soalan sdr antara PAS dengan UMNO dan PAS dalam PR sudah tentu PAS dengan UMNO lebih baik kerana PAS bersatu bersama orang Islam yang amat dituntut oleh agama dibandingkan dengan PAS bersatu dengan DAP yang jelas2 menentang Islam dilaksanakan di Malaysia.

    saya kata…
    ada saya kata mengharapkan DAP untuk membela ISLAM..itulah hujah paling bangang yang saya dengar…kalau macam tu..kalau UMNO kerjasama dengan MCA…maka mengharapkan MCA membela ISLAM…itu diluar konteks soalan…saya rasa saudara tidak berpijak pada bumi yang nyata…saudara tidak menjawab soalan yang diberi…adakah saudara mengharap UMNO/PAS VS DAP/MCA dalam PRU13..itulah bila seseorang tidak boleh membezakan antara realiti dan fantasi…angan-angan mat jenin..kalau macam tu bubarkan UMNO dengan dasar-dasar yang dibuat dan ganti dengan dasar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah..confirm PAS join sekali…adakah saudara berani mencadangkan pada PM? adakah dengan kerjasama dengan UMNO akan membuang cita-cita UMNO untuk tidak melawan PAS dalam PRU13…jawab soalan ini..jangan cuba lari dari topik..

    Saudara kata,
    Inilah bahayanya bila sdr berfikir separuh otak sahaja…sdr nampak yang PAS menang sahaja…tapi sdr tidak ambil kira berapa yang DAP menang akibat bekerjasama dengan PAS….Yang pasti Pulau Pinang DAP menang mutlak…dan banyak kerusi di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan….dan yang terkini mereka mendapat momentum di Sarawak pula….siapa yang lebih untung? DAP ke PAS….Tidakkah membahayakan umat Islam diMalaysia…dan PAS menjadi pembantu kepada bukan Islam?

    Saya kata….
    adakah saudara faham apa yang saya cuba sampaikan..saudara seakan-akan berfikiran sempit dengan berpaksikan nasionalisme yang menebal.. apakan saudara tidak nampak kebaikan langsung kepada non-muslim DAP? adakah saudara berperangsangka buruk kepada non-muslim? adakah saudara mempunyai jiwa yang ISLAM hanya untuk orang melayu..itulah sifat taksub pada kaum sendiri hingga mengabaikan kesyumuliah pada ISLAM..baik saudara check iman saudara adakah ISLAM hanya untuk melayu shj? dan dengan kemenangan DAP di Perak dan Selangor…adakah ISLAM itu tergugat dengan kedatangan DAP..adakah ISLAM itu diharamkan perlaksanaannya di Selangor…. adakah dengan DAP di Selangor….orang ISLAM dihalang ke masjid atau untuk beribadat?

    Saudara, saya tidak menyangkal hujah semua akan mendapat manfaat dr kesepakatan dalam PR..namun adakah PAS mampu menang dengan keseorangan tanpa bantuan PR. adakah kerjasama PAS ngan UMNO akan menambah kerusi PAS dan tidak pada UMNO..kedua-dua mempunyai cita-cita yang sama untuk memerintah, tapi adakah saudara melihat hanya satu aspek kesepakatan tanpa melihat dr sudut POLITIK PRU13 (UMNO VS PAS)?

    Saudara kata,
    Soal kuasa andaian yang munasabah perlu diambil kira…jangan bila kampung dah tergadai baru nak garu kepala…Tentang kedudukan Islam di Malaysia bagi saya banyak juga jasa UMNO dalam memelihara Islam dan meningkatkan syiar Islam walaupun UMNO itu tidaklah begitu Islamik pembawaannya. Pergilah kenegara2 jiran dan tanya mereka tentang Islam di Malaysia…saya ada kawan2 pemimpin Islam di Indonesia…mereka kagum dengan pencapaian Islam di Malaysia sekurang2nya itu pandangan umum mereka….Begitu juga kawan2 saya di Thailand dan Singapura….mereka hairan mengapa PAS menentang UMNO untuk melaksanakan Islamnya sedangkan apa salahnya bekerjasama dengan UMNO untuk menguatkan Islam di Malaysia. Dan tentang kekusutan yang sdr sebut itu menunjukkan sdr berada dalam keadaan keliru…saya amat yakin dengan pemikiran Islam saya!!

    Saya kata…
    Rupa-rupanya saudara bersetuju dengan UMNO sebab hanya pandang ISLAM dr sudut luaran…itulah harapan org yahudi bahawa biarlah ISLAM hanya pada luaran tapi isinya dan perlaksanaannya ditolak…biarlah ISLAM itu menjadi adat dan pada nama sahaja namun perlaksanaan berdasarlan Al-QURAN dan SUNNAH disembunyikan…adakah saudara bersetuju kalau saya katakan MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM? apakah ciri-ciri negara ISLAM menurut pakar-pakar ISLAM..saya mempunyai sahabat-sahabat di mesir dan mereka melihat ISLAM itu hanya pada nama tetapi tiada roh dibumi Malaysia….cuba saudara bezakan perlaksanaan ISLAM di Malaysia dengan perlaksanaan ISLAM di Kelantan..

    seperti yang saya kata td..PAS tidak menghalang kesepakatan dalam membincang dalam masalah ummah namun dr sudut politik adakah UMNO masih mempunyai cita-cita tidak melawan PAS dalam PRU-13…dan satu lg dr sudut perlaksanaan ISLAM..PAS tidak pernah menghalang UMNO untuk melaksanakan ISLAM..(tunjukkan bukti)..tetapi UMNO sendiri yang menghalang PAS melaksanakan ISLAM..UMNO yang menghalang HUDUD dilaksanakan dikelantan…UMNO yang halang peruntukkan sekolah agama rakyat..UMNO yang menghalalkan pusat-pusat hiburan di KL….UMNO yang mengeluarkan lesen-lesen arak dan judi sejak 50 tahun..saudara tidak berpaksi pada fakta…hanya manipulasi tulisan yang menghalalkan perbuatan UMNO.

    Dan saudara kata,
    Saya tidak merasakan saya membuang masa berhujah dengan sdr kerana saya yakin ramai yang membaca hujah kita dapat menilai hujah siapa yang kuat…kerana ini penting demi membawa pemikiran Islam yang sebenar dalam kita bergerak kehadapan. Saya nak katakan…saya tidaklah suka sangat kat UMNO ni…saya lebih suka PAS menang contohnya kalau di Kelantan…sebabnya takde masalah kerana di Kelantan 95% Melayu Islam….siapa menang pun Islam x ade masalah sangat…tapi bila seluruh negara
    disebabkan PAS bertelagah dengan UMNO….akhirnya PAS jadi agen kepada penguasaan DAP dalam politik Malaysia….Adakah perjuangan PAS ini tidak mengambil kira soal memelihara agama yang menjadi dhoruri dalam Islam. fikir2kanlah!!

    Saya kata….
    Adakah saudara melihat UMNO tidak menjadi agen kepada MCA dan MIC? Saudara hanya menjadi PAS sebagai subjek tetapi tidak pada UMNO..saudara hanya melihat keburukan kerjsama tanpa melihat kebaikan pada kerjsama PR..adakah kerjasama UMNO dgn MCA dan MIC itu baik untuk ISLAM? Ingatlah politik ini ada pasang dan surutnya…adakah saudara pernah melihat bagaimana UMNO menjadi alat kepada MCA untuk terus menghalang PAS melaksanakan HUDUD di Kelantan? Adakah saudara pernah melihat UMNO bersetuju dengan MCA bagi memburukkan dan menghina ISLAM di mata pandangan non-muslim…saya lebih yakin PAS mampu membangunkan ISLAM dengan kerjasama PR berbanding UMNOdlm BN yang hanya menggunakan isu-isu ISLAM bagi kepentingan peribadi.. dan saya yakin ISLAM pada UMNO itu hanyalah tempelan bagi menarik undi-undi bukan untuk perlaksanaan sepenuhnya..kesepakatan dalam ISLAM itu hanya sebagai bahan untuk menghakis sokongan kepada PAS.. sekiranya ditakdirkan UMNO terus berkuasa dengan 2/3 majoriti, adakah UMNO masih mengharapkan kesepakatan dalam ISLAM…TUNGGULAH MASA AKAN TENTUKAN..

    • Memang melalut je orang lama ni…

      Sikit2 bila orang kutuk umno…dia kata kita pemuja DAP…

      Apa punya kepala dia pakai….lagi teruk siap nak ragui keimanan orang lain…

      Makin hebat orang ini dlm pandangan ‘kritis’nya…dah makin tenggelam dgn slogannya barangkali..

      Pasal argumen lain tu…tak payahlah Ismail Petra nak cuba argue dgn dia….dia merasakan kedudukan UMNO tu mengepalai MCA etc compare to PAS yg dikepalai yang lain2…pendeknya dia rasa Islam akan hancur luluh dgn PR…dgn BN yg liberal itu masih the lesser evil…so mrk blh diterima…So, tak kemana pun bila berdiskusi dgn dia….

      Sy cuma mmg menyampah perenggan2 pertama dia…yg lain dah tak heran dah

      • amrar jgn main peranan mcm batu api..

        Pendirian sy ats pas – sy amat menyokong perjuangan islam namun sy xsetuju dgn beberapa cara yg diambil oleh pas. Bg sy matlamat x menghalalkan cara.

        Pendirian sy terhadap umno pulak – mmg sy x sokong dasar perjuanganny yg mmg x islamik.dap, mca, pkr n mic apatah lagi..

      • Terima kasih sdr Amrar kerana telah menyimpulkan dengan baik mesej saya…cuma saya nak betulkan sikit aje …dgn BN yang liberal….saya setuju BN agak liberal tapi dari segi memelihara kepentingan agama saya lihat UMNO lebih baik dari PAS sekarang sebab PAS yang dikatakan Islamik lebih senang berkawan dengan puak2 DAP dan PKR yang bukan sahaja liberal tetapi membawa pluralisma agama yang amat merbahaya pada umat Islam.
        Contoh paling menakutkan ialah kenyataan sdr Ismail Petra diatas yang menyalahkan saya mempertikaikan kepercayaan yang diberikannya kepada DAP…..dia menyalahkan saya kerana berperasangka buruk pada DAP dan bukan muslim….tok guru mana ajar dia ni…sedangkan dalam masa yang sama sesama Islam dijadikan musuh…..nas mana dia pakai pun saya tak tau…

      • soklan tidak dijawab dan bukyi tidak disertakan..maaflah saya katakan.saya fokus pada UMNO bukan pada orang ISLAM dan saya tidak pernah menjadi orang ISLAM sebagai musuh hanya fahaman dan ideologi yang menjadi musuh utama….FAHAM TAK SAUDARA ORANG LAMA!!! (lepas ni confirm org lama jadikan isu kesepakatan dalam UMNO dan bandingkan dengan DAP…baca balik tulisan saya berkaitan kesepakatan..FAHAM!)

        dan saya pun tak mahu tahu saudara belajar dari mana yang ISLAM hanya untuk org melayu..ISLAM hanya berdaulat bila melayu sepakat.mana nak letak cina dan india muslim dan dimana letak syumuliah ISLAM..slogan mana la yang depa pakai pun tak tahu..saya pun dah rasa saudara makin lama makin mengarut mengatakan UMNO sekarang LEBIH BAIK DARIPADA PAS? haha….up to u org lama…saya pun dah rasa seperti saudara amrar katakan..lg byk hujah terbentang dan tidak mampu ditangkis dengan bukti-bukti..sekadar mencari cebisan-cebisan kebaikan demi mempertahankan UMNO. cukuplah hujah saya dan terima kasih diucapkan atas hujah dangkal dan atas bukti-bukti yang tidak disertakan…selamat bertempur dalam medan politik sebenar PRU13… syabas dan tahniah…selamat mengundi..PAS FOR ALL…PAS GANTI UMNO….

      • Sdr Ismail Petra,

        Terpulang lah kepada sdr untuk mengatakan hujah saya dangkal atau tidak…tetapi yang menilainya bukan sdr dan sdr amrar sahaja, tapi pembaca2 yang lain….
        Saya telah jelaskan saya disini bukan nak mempertahankan UMNO tetapi mempertahankan KEBENARAN tak kira dari mana ia datang. PAS walaupun parti Islam kalau tidak betul saya akan hentam kerana PAS bukan maksum malah PAS sepatutnya saya letakkan di standard yang lebih tinggi dari segi expectation Islamnya. Malangnya PAS sekarang akibat salah baca prioriti politiknya telah kelihatan tidak lagi dapat memenuhi harapan pencinta Islam dalam berpolitik.

        Saya nak ambil contoh peristiwa MP DAP Nga Kor Meng menghentam DR Zambry MB Perak dengan menggunakan kata2 kesat ” hitam metalik, haram jadah” DI ATAS PENTAS PAS. DAN YANG PALING SEDIH SAYA LIHAT PEMIMPIN2 YANG HADIR PAS BOLEH SENYUM TANPA MERASA BERSALAH AKAN PERISTIWA ITU.

        Inilah satu budaya baru yang saya lihat perubahan pada PAS sejak berkawan dengan DAP. Bukan nak ajak DAP pada Islam…tapi digunakan oleh DAP untuk menghentam peribadi individu dalam UMNO yang dulu DAP tidak berani buat secara terbuka begitu.

        Soalnya sekarang siapa yang guna siapa? Sama2 kita pakat nilai!

  14. yg sy lihat PAS mmg byk mempengaruhi org2 islam utk berkata2 kesat, tuduh menuduh, fitnah memfitnah dan hanya cari kesalahan orang sama seperti UMNO yg byk ajar org melayu utk rasuah merasuah dan main kroni2.

    maaf sy cakap terus terang.siapa yg pernah bg gelaran mufti perak dgn nama ‘haramsani’?siapa juga yg pernah tukar gambar beliau dgn kepala babi?dari dulu kalau sy pergi ceramah PAS, yg byknya sy dgr dr penceramah ialah caci maki.di kampung sy, org2 PAS xmau bercampur dgn org lain.depa ada masjid sendiri n xnak berjemaah dgn org lain.takut x sah sembahyang kalau diimamkan oleh org bukan PAS agaknya.

    maaf sy bukan tegur ni sbb sy bencikan PAS.jauh sama sekali tidak.sebab sayanglah kita tegur.mcm kita sayangkan anak, kalau dia buat salah, kita tegur.kalau x sayang, kita buat tak tau je.lantak dialah nak jadi apa…

    jadi sy harap sgt PAS berubah (kdg2 pemimpinnya mmg ok tp yg mengikutnya tu yg lebih2)..tolonglah beri qudwah yg baik.jika anda juga sbg penyokong islam, berilah juga contoh yg baik sbgmana yg diajar oleh agama yg anda sokong tu.

  15. ingat sudah habis bicara rupanya menambah-nambah lagi…masuk isu lain pulak tu..biasalah…adah berhujah..dipusing-pusing agar semua nampak tidak elok..harap saudara hikmah dan saudara orang lama tak perlulah tukar topik…..FOKUS PADA TOPIK PERBINCANGAN…KALAU NAK MASUK ISU LAIN BUKA LAMAN LAIN…betul semua ahli pas bukannya maksum..saya sangat bersetuju … hanya nampak kesalahan pada ahli-ahli PAS…kalau isu itu saudara nak tegur tegurlah..memang bagus supaya dapat menambah kebaikan tapi sekiranya isu itu nak dijadikan hujah mempertahankan UMNO…TAK PAYAHLAH…. bagaimana hujah saudara berkaitan penghinaan sunnah rasulullah oleh Mahathir? Bagaimana hujah saudara ketika Presiden MCA menghina calon PAS muslimat tidak bersalaman dengan lelaki..bagaimana hujah saudara ketika MCA dan MIC menghina HUKUM HUDUD..kalau nak berbicara isu dan lari dari topik…baik diamkan sahaja kerana nampak kebodohan saudara berhujah. kalau nak dituntut dan fokus UMNO termasuk BN menghina ISLAM dalam 50 TAHUN..terlampau banyak sehingga tidak mampu ditulis disini…FOKUSLA PADA ISU. ITULAH ADAB BERHUJAH…

    Saudara, isu berkaitan menghina itu tiada kaitan dengan berkawan atau tidak dengan DAP..dia terpulang pada peribadi masing-masing…adakah saya kata bapa saudara tidak mengajar sekiranya saudara mempunyai adik yang tidak mendapat keputusan cemerlang…biasalah ibarat lagu bangau oh bangau..mencari kesalahan lain bagi menghalalkan perbuatan dan menyokong hujah…

  16. saya ada cakap saya sokong UMNO ke?

  17. saudara ismail, hari tu sy puji saudara sbb saudara belum keluar lagi perkataan bangang dan sebagainya.jadi bila sy lihat komen2 saudara sudah mula ke arah itu, sy tegurlah.

    kalau saudara nak salahkan orang lama sebab mula dulu cakap kasar, itu masih tak boleh dijadikan alasan utk saudara memburukkan imej islam yg saudara sokong. sy tidak berhujah utk sokong mana2 parti. saya peduli apa sama qudwah yg ditunjukkan oleh DAP, MCA, MIC yg tidak membawa islam tu? even kalau UMNO nak berperangai buruk pun sy sepatutnya tak kisah sebab UMNO memang dasarnya bukan memperjuangkan islam. jadi memang sepadanlah dengan qudwah buruk yg ditunjukkan oleh sebahagian pemimpin dan pengikutnya tu.

    yg sy seru sekarang ialah kita sama2 perbaiki diri supaya Allah beri pertolongan agar islam menang mentadbir negara kita.jangan kita sibuk nak tunjuk qudwah yg baik kepada non-muslim walhal sesama seagama seakidah kita bercakaran..

  18. Satu masalah yang saya lihat, sdr Ismail Petra dan penyokong2 PAS ni, mereka tidak melihat diri mereka sebagai duat, dan juga tidak melihat orang2 UMNO sebagai mad’u. Sebab itu saya lihat hujahnya seolah2 mau meletakkan orang lain ditahap mesti betul semua baru dia nak terima. Malangnya dengan DAP depa boleh berlapang dada…itu yang saya pelik. Sampaikan bila pemimpin2 DAP menggunakan pentas PAS untuk menghina peribadi orang UMNO maka PAS boleh pula dengan senang hati dan seronok melihatnya.
    Soal Dr Mahathir dikatakan menghina sunnah Rasulullah bagi saya itu kerana kejahilannya dan menjadi tanggungjawab kita yang berfikiran sebagai duat untuk membetulkannya. Takkan kita nak tolak semua sekali tanpa melihat jasa2nya yang begitu banyak membangunkan Malaysia sampai ketahap sekarang. Contohnya suara2nya menentang YAHUDI disanjung oleh masyarakat Islam seluruh dunia…saya tak nampak lagi ada pemimpin PAS yang mampu bersuara secara terbuka menghentam Yahudi seperti itu.
    Itu cerita MCA dan MIC tolak hudud sdr bercakap diluar context pemikiran saya sebab saya berfikir dari kerangka Muslim dan Kuffar….dan saudara berfikir dalam kerangka PAS dan menjadikan UMNO musuh No.1,
    Sedangkan keyakinan saya jika PAS bersama dengan UMNO..suara DAP, MCA, MIC dan lain2 akan menjadi kecil dan mudah ditangani….kerana orang2 Melayu Islam telah berada didalam satu kelompok yang bersatu.

  19. alhamdulillah, saudara hikmah telah nampak apa yang UMNO tonjolkan. kan seperti saya kata tadi bukan semua ahli PAS itu betul dan semua ahli UMNO itu salah..dan saya telah menyatakan hujah yang sepatutnya…maaflah kalau bahasa saya menyinggung saudara hikmah…tujuan hanya satu sebagai penegasan dan sebagai menghina….saudara pernah lihat bagaimana UMNO dan PAS bersepakat dalam isu ISLAM? mereka hanya bercakaran berkaitan isu politik kerana politik mereka berdasarkan ideologi dan pegangang dasar yang dibawa…saudara selami dengan mata hati dan akan memahami selok belok politik kerana politik itu ibarat perang yang mempunyai strategi dan psikologi masing-masing…

    untuk orang lama….mengapa pulak saudara tidak melihat DAP sebagai non-muslim yang perlu didakwah dan memberi kefahaman tentang ISLAM.. kalau saudara boleh melihat UMNO sebagai mad’u yang perlu dimbing mengapa tidak DAP…dan terus berperangsaka DAP sebagai pihak yang memusuhi ISLAM..ingatlah bukan semua DAP macam karpal dan lim kit siang..ramai lagi yang perlu diberi pengetahuan tentang kebaikan ISLAM…sekiranya saudara fikir DAP sebagai kuffar yang harus ditentang.disitu silapnya sebagai pendakwah..dan berdasarkan isu kesepakatan..baca tulisan saya sebelumnya..dah berulang kali saya jelaskan…beza antara kesepakatan ummah dengan kepelbagaian politik…

    pasal isu berkaitan yahudi..Maaflah saya kata…saudara pernah mendengar hujah pemimpin PAS bercakap isu ini secara terbuka seperti dalam demo dan sebagainya….sekiranya diberi suara dan pemimpin PAS dilantik sebagai PM..saya confirm suara PAS akan berlegar seluruh dunia..namun itulah disebaliknya…..

  20. gaya penulisan saudara ismail memang menunjukkan bahawa DAP itu lebih dekat sebagai mad’u berbanding dgn UMNO.penulisan2 saudara dalam memberi hujah utk DAP berbunyi lebih lembut berbanding utk UMNO..cuba fikir dari melihat kpd peribadi tapi fokus kpd perjuangan parti mcm yg sy lihat.contohnya, kalau sy melihatkan kpd peribadi sesetangah pemimpin PAS dan penyokong2nya, memang sy akan jadi amat kecewa dan tak sokong.tapi disebabkan sy tahu dasar tunjang perjuangan PAS ‘sebenarnya’ utk tegakkan islam, maka saya sokong. begitu juga dgn DAP yg mungkin ada orang2 yg baik di dalamnya tapi disebabkan dasar perjuangannya yg salah, maka sy tak dapat nak sokonglah.maka sekarang bukan persoalan UMNO VS PAS sangat tapi lebih kepada persoalan UMNO VS DAP.pilihan antara dua ni tetap sy pilih UMNO.

    sy tahu ini strategi politik utk ‘menangkan islam’ tapi janganlah sampai melanggar hukum syariat..konsep wala’ dgn bara’ tetap kita kena jaga..

    • kalau berdasarkan hujah UMNO VS DAP….itu lah masalahnya…mungkihkan wujud UMNO VS DAP dalam PRU-13?..sekiranya itu pilihan ramai akan undi UMNO..namun seperti saya kata td…adakah saudara pasti UMNO tidak VS PAS dalam PRU-13…beranikah saudara memberi jaminan UMNO VS PAS tidak berlaku dalam PRU-13 sekiranya kesepakatan itu temui jalan? sekiranya PAS diberi pilihan dan jaminan UMNO tidak menentang PAS dalam PRU-13, saya pasti ramai ahli PAS bersetuju dengan pendirian saudara..namun itulah sebaliknya…

      Itulah saudara melihat aspek lain dan saya melihat aspek lain..saya tidak menentang kesepakatan itu tapi saya menentang kesepakatan dalam politik hingga memaksa PAS dan UMNO bersatu itu hinggakan PAS ditentang bermati-matian hingga keluar fitnah berkait rapat dengan pemimpin PAS…sebab itu keluar PAS ganti UMNO merujuk pada hujah saya dan pandangan saya di atas…

  21. *cuba fikir TANPA melihat kepada peribadi…

    • saudara pun bersetuju sekiranya dasar menjadi pilihan…itulah pilihan yang sepatutnya…antara DAP VS UMNO..saudara telah menyatakan pilihan…namun wujud ke keadaan dalam politik masa kini.. ramai org cina telah memilih DAP berbanding MCA untuk memimpin..kenapa pulak kita mesti memilih UMNO walhal kita tahun PAS dan DAP dalam pakatan…kita hendaklah memilih PAS supaya majoriti PAS mengatasi DAP agar suara politik dimiliki oleh orang ISLAM…sekiranya kita memilih UMNO dan berharap kesepakatan dalam antara UMNO dan PAS…bertambahkan kerusi orang ISLAM dalam parlimen?

  22. inilah masalah paling besar sekali wahai saudara seislamku…: “kenapa pulak kita mesti memilih UMNO walhal kita tahun PAS dan DAP dalam pakatan”

    • sekiranya seluruh kerusi UMNO VS PAS dan UMNO menang semuanya namun ditakdirkan ALLAH PR menang disebabkan DAP dan PKR menguasai sepenuhnya kerusi parlimen, macam mana sahabatku? mampukah UMNO bersatu dengan PAS (tanpa kerusi) di parlimen..itu pentingkan melihat bilangan kerusi dalam parlimen kerana majoriti kerusi orang melayu dan ISLAM ditandingi oleh UMNO VS PAS.

  23. kena muhasabah baliklah kenapa PAS masih boleh kalah dgn UMNO kalau macam tu wahai saudara walhal orang2 mcm sy dan saudara memang undi PAS (kecuali yg puak2 syiah tu)…sebab tu kita taknak PRU13 ni jadi gelanggang perjudian kpd agama kita..mana yg kita boleh ubah sekarang, kita cubalah ubah..orang melayu mai la sepakat sama2..PAS tak perlulah nak bergantung kepada DAP or PKR tu…

    • saya bersetuju untuk kita sama-sama muhasabah…terima kasih…

  24. Kalau melihat kepada arah perbincangan dan cara fikir penyokong2 PAS…nampaknya buat pertama kalinya dalam PRU saya nak ubah angin mengundi….hahaha

    • terpulang la..saya pun bukan kisah dengan undi kamu wahai org lama..saya pun tak paksa kamu undi PAS pun sejak dari awal…… setiap keputusan dan undi kamu akan dihisab…

      • maksud saudara kalau sy undi baru bian instead of mahmud taib, sy dpt pahala ye? Hehe..

  25. Saya setuju, setiap keputusan undi akan dihisab…begitu juga setiap keputusan parti untuk bersekongkol dengan golongan yang anti Islam juga akan di hisab malah lebih teruk lagi akan membawa kepada kelemahan Islam.

    • Salam,

      Saya nak tanya orang lama, kenapa pimpinan IM macam Mehdi Aktef dan Kamal Helbawi pergi program PAS, program UMNO diorang tak pergi pun.

      • ape punya soalan daa..tanya la kenapa prog DAP dorang x gi hehe..

      • Sdr Nazri,

        Saya percaya mereka menghormati PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia….tapi saya percaya jika mereka memahami waqi’ Malaysia yang sebenarnya sebagaimana beberapa tokoh IM yang kini menetap di Malaysia seperti Abu Ammar mempunyai pendirian yang jelas terhadap kaedah memperjuangkan Islam di Malaysia iaitu KESATUAN UMAT ISLAM. Beliau hairan mengapa Islamis di Malaysia mengambil pendekatan inqilabiyah sedangkan kerajaan yang ada tidak menghalang dakwah Islam.
        Begitu juga pimpinan PKS di Indonesia juga mengagumi pencapaian yang dibuat oleh UMNO dimana mereka melihat bahawa Malaysia sebagai model Negara Islam yang jelas terkedepan dari sudut syiar Islamnya dibandingkan dengan negara mereka sendiri dan negara Islam yang lain.
        Saya tahu pimpinan PKS lebih gemar berkawan dengan pimpinan UMNO tertentu dan mereka jug amat mengagumi Dr Mahathir.
        Saya nak katakan hanya Islamis di Malaysia sahaja tidak dapat appreciate pencapaian Islam diMalaysia kerana di selubungi oleh politik benci membenci dan politik penafian yang menebal hinggakan perkara2 usul dalam agama dalam menilai keadaan dilanggar begitu sahaja.
        Saya nak katakan dunia Islam sekarang telah bercakap tentang TAUHID UMMAH, tapi di Malaysia masih lagi pakai inqilabiyah tak gabis2 berbalah. Saya dah capek pak tengok keadaan ni….haha

      • maaflah sdr nazri, tujuan soalan sy td ialah utk mencdgkan kita berhentilah nak membanding2kan antara umno dgn pas.hentikan dr melihat segala aspek perbezaan tp tumpukan pd titik persamaan iaitu kedua2nya beragama islam.dlm keadaan skrg ialah kita nak lihat perbezaan antara umno dan dap yg sepatutnya menjadi pilihan kpd pas utk dibuat rakan kongsi…kalau pun pas xmau bersepakat umno,tinggalkan lah juga dap dgn pkr tu..

      • urm….semua setuju setiap undi akan dihisab…UMNO ke PAS ke, DAP, MCA dan sebagainya…kata orang lama keputusan parti yang bersekongkol dengan golongan yang anti Islam juga akan di hisab malah lebih teruk lagi akan membawa kepada kelemahan Islam…bagaimana pulak MCA? kata DAP je…yang UMNO pulak macam mana bersekongkol dengan MCA sejak 50 tahun…cakap tak serupa bikin… .

      • Sdr Ismail Petra,

        Saya rasa saya dah jelaskan isu ini banyak kali sebelum ini…mgkn sdr tidak membacanya atau sengaja x mau faham. Kita terpaksa menerima bahawa orang Cina sebahagian dari warganegara Malaysia. Satu masa dulu selepas Merdeka setelah persepakatan yang dibuat dengan British kita menerima jus soli iaitu menjadikan mereka warganegara. Kira2 1 juta bangsa ini diterima sebagai warganegara. Jadi untuk mengawal mereka ini, UMNO telah mengadakan tahaluf siasi dengan mereka dengan mereka menerima konsep KETUANAN MELAYU. Iaitu Raja2 Melayu sebagai payung kepada kerajaan yang ditubuhkan. Bagi saya tahaluf siasi ini lebih Islamik dan sesuai dibandingkan dengan tahaluf siasi Pas dan DAP.
        Pertamanya UMNO sangat dominan dalam persepakatan itu, dan MCA ketika itu menerima kontrak sosial yang digariskan oleh perlembagaan persekutuan yang menerima bahawa Orang Melayu adalah pemilik asal Tanah Melayu yang kini dinamakan Malaysia. Begitu juga Islam sebagai Agama Persekutuan dan kedudukan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi.
        Bagi saya kerjasama UMNO-MCA-MIC dll amat lojik dan sesuai dengan UMNO menjadi pemimpin kepada parti2 bukan Melayu itu.
        Cuba sdr bandingkan kerjasama PAS-DAP. PAS yang mempunyai cita2 Islam…pada asalnya Negara Islam yang dicanangkan sejak dulu kini mengubah angin…kata Negara Islam tak ada dalam AlQuran dan ubah jadi Negara Berkebajikan. Semua ini terpaksa dikorbankan supaya boleh diterima oleh DAP. Semua itu semata2 mau menarik undi Cina supaya PAS jadi lebih kuat dan mampu menyaingi UMNO. Bila PAS bersetuju begitu maka wujudlah buku Jingga yang dipersetujui oleh PAS bersama dalam PR. Bila pilihanraya dah dekat PAS sedar undi Melayu sangat penting dijaga lalu PAS mencanangkan balik isu HUDUD yang sebelum ini PAS bersetuju untuk letak ketepi demi nak menarik undi Cina. Lalu DAP melalak pada PAS…MANA ADA HUDUD DALAM BUKU JINGGA.
        Kita lihat PAS tetap mahu laksanakan juga hudud sebab PAS tahu orang Melayu telah mula mempersoalkan arahtuju perjuangan PAS.
        Akhirnya kita lihat tahaluf siasi PAS-DAP lebih menguntungkan DAP dan kemunculan kuasa politik Cina kina amat terasa sekali sekarang hasil bantuan PAS ini.

        Saya berdoa kepada ALLAH agar PAS benar2 Ikhlas dan dapat melihat perkara2 pokok yang sepatutnya dijadikan keutamaan dalam mereka menentukan halatuju politik Islam di Malaysia dan tidak meraba2 ditentukan oleh kolompok2 tertentu dalam parti yang merosakkan citra Islam yang selama ini dibawa oleh PAS

  26. agaknya penyokong pas macam sdr Ismail Petra ni baca ” harakah” jer kot .saya pelanggan tetap “harakah”
    saya juga rasa takut masing2 berhujjah Allah akan menghisab setiap undi dan ada hujjah pimpinan IM pergi tak pergi program pulak.yang saya ingat dengan jelas tak da pun pemimpim IM suruh sokong pas tapi yang mereka sebut dengan jelas adalah kesalahan besar bilamana parti Islam bersekongkol dengan orang2 kafir dan dosa pengikut akan ditanggung oleh pemimpin di atas kesalahan dan dosa ini .
    mana dia ustaz2 ulamak2 pas,umno, mana2 ngo ka atau kot2 sdr Ismail Petra dan rakan2nya tolong mencari tafsiran surah mumtahanah ayat 1 dan ayat 8 & 9 apa maksudnya dengan realiti yang berlaku di Pulau Pinang ,saya cuma faham zohir ayatnya je .
    sekarang DAP memerintah lagi2 la hebatnya orang2 kafir harbi ini mengusir mengeluarkan orang2 islam di bumi Pulau Pinang dengan membina rumah2 mewah untuk orang2 cina yang melayu islam tak mampu beli.cuma mereka pandai usir melayu secara licik terhurmat , yang mereka bela di Pulau Pinang adalah cina Singapura dan sekarang semakin merebak ke seberang perai pulak . mai la tengok sendiri . ini realitinya .
    dan realitinya juga yang sering diceramahkan oleh pas bahawa dulu pun cina juga memerintah sekarang pun cina juga . betul la tu mai tengok sendiri sekarang cina mca. gerakan dan pkr dah sama2 sokong dap .ditambah lagi melayu pas sokong dap kafir harbi dan menjulang tinggi2 roket2 dap kafir harbi , lagi kuatlah puak2 kafir harbi ni ,sapa untung ? begitukah caranya pas menjaga orang Islam ? kalau pada umno tidak boleh diharap menjaga islam pada pas boleh kah ? umat islam tentu nak harapkan parti islam lah yang membela islam , tapi mereka pula bersekongkol dengan kafir2 laknat ini dok harap depa masuk islam bila nya depa2 tu nak masuk islam , pandai bermukah-mukah ja cakap tentang umar abdul aziz , dah ada orang islam kelabu mata. sekarang dok suap duit pulak .
    bagaimana kalau diseluruh negeri begini jadinya ,mungkin tak kot di Kelantan. terengganu dan kedah.
    mungkin ada orang pas marah kot saya kata dap ini orang kafir harbi , ya kerana mereka ada agenda dalam perjuangan mereka antaranya yang telah jelas terlihat iaitu mengusir orang Islam dari tanah air mereka sendiri, memporakperandakan umat islam, terus terang dan bersatu suara menolak perlaksanaan negara islam, memperlemahkan umat islam dengan suapan ” duit . duit’ .tanyalah pemimpin pas di Pulau pinang siapa yang menguasai siapa , yang jelasnya dap menguasai pas , pas bagaikan “lembu di cucuk hidung ” di Pulau Pinang .mana dia pas negeri lain yang membela ?atau sama saja .
    apakah saudara2 lupa peristiwa 13 mei lalu siapa yang menaiki lori dengan penyapu di kuala lumpur ,siapa yang mereka nak usir? siapa yang menyimbah cat putih jalan kemuka orang islam buruh jalan di P.Pinang , siapa yang membelah perut hidup2 ibu mengandung di Pulau Pinang ? siapa mereka itu ? sekarang mereka sogok pula dengan wang, wang dan wang . tepatlah saya katakan mereka sebagai kafir harbi laknatullah .orang beginikah yang umat islam patut dan wajib buat teman ,
    orang kampung tak sekolah pun boleh fikir , tak kan nak jawab Ah Chai , Lim Guan Eng adalah teman aku , bila ditanya dalam kubur nanti .
    bukan bermakna umat islam disuruh cari musuh tetapi berpada2lah , Al-Quran & Sunnah ada membimbing , manusia sebesar mana gelaran tok guru pun bukannya maksum .

    saya takut denga hisab Allah, Allah kata cotoh dari Muhammad itu sangat keras terhadap orang kafir dan amatlah lemah lembutnya terhadap sesama mereka orang Islam .
    inilah contoh kita wahai umat Islam seluruhnya termasuklah saya .
    mari sama2 kita muhasabah diri sebelum dihisab Allah SWT.

    astaghfirullahal ‘azim .

    • Saya setuju dengan sdr sahibul fadilah!!

  27. saudara orang lama..saudara faham tak sejak tahaluf siasi antara UMNO-MCA dan MIC telah menyebabkan perlembagaan digubal oleh orang BRITISH dan tergugurlah perlembagaan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah sejak pemerintahan Islam di Melaka sehingga terbentuknya negara malaysia.. adakah saudara bersetuju dengan perkara tersebut…itulah harga yang perlu dibayar untuk kemerdekaan…dan ketika itu mereka tidak menekan ISLAM hanya fokus pada kesepakatan dan ketuanan melayu.. tak dapat bezakan perjuangan melayu dengan perjuangan ISLAM dan boleh ke saudara kata tahaluf itu tahaluf siayasi yang lebih ISLAMIC….ingatlah berhati-hati mengeluarkan hujah mengikut citarasa saudara agar ianya lebih nampak ISLAMIC..saudara menambah perkara yang tidak menjadi fakta ketika itu…..adakah dengan harga yang dibayar itu UMNO masih bercita-cita mahu menumpukan NEGARA ISLAM?

    • harap2 kita boleh ketepikan emosi dalam berbincang supaya dapat buka minda rasional kita.

      boleh saudara ismail berikan contoh, sejak penggabungan PAS – DAP – PKR, apa kes yg telah menonjolkan bahawa PAS bertegas dalam agenda islaminya? isu tutup pusat perjudian di kedah? isu kalimah Allah? isu pembatalan konsert di i-City shah alam? isu kilang arak? hampir kesemuanya PAS akur dgn DAP.. isu hudud yg ditolak mentah2 oleh DAP? ada PAS keluarkan kenyataan bahawa mereka ni biadap, hina islam? tapi kalau MCA yg keluarkan kenyataan serupa, mereka berani lagi hentam tapi kena jadi menikus pula dgn DAP? inikah harga yg perlu umat islam bayar apabila bergabung dgn DAP?

      • saudara hikmah perlu ingat…Ingatlah ALLAH menurutkan ayat perintah dan mengikut hukum secara beransir-ansur ke atas penduduk makkah dan madinah…ingatkah lagi saudara macam mana ayat hukum arak diturunkan..ingatlah perintah macam mana ayat menyuruh kepada menunaikan solat, zakat dan lain-lain lagi..PAS bukan menikus dalam isu-isu ini. ini disebabkan rakyat malaysia yang telah diperintah oleh UMNO dan BN dalam 50 tahun..bukan senang nak ubah masyarakat yang telah bergelumang dengan unsur-unsur jahiliyah dan unsur-unsur yang telah hampir sebati dalam kehidupan penduduk MALAYSIA HASIL PEMERINTAHAN UMNO YANG TIDAK BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH…ingatlah macam mana tentangan penduduk makkah terhadap rasulullah pada kali pertama seruan ISLAM secara terbuka….itu dr sudut akidah (dasar) tiada kompromi namun dr sudut perlaksanaan undang-undang ISLAM, ia secara beransur-ansur agar diterima..ia mesti dimulakan dengan cara mendidik melalui pengamalan dan kebaikan ISLAM itu sendiri. sepatutnya UMNO telah mula melaksanakan pendidikan ini secara bersungguh-sungguh dalam 50 tahun..namun begitu la sebalik..ia terus menyuburkan kelab-kelab malam dan pusat-pusat maksiat. rasanya saudara lebih arif macam tentang isu-isu ini..kembalikan pada sirah..saudara akan nampak kebenaran itu..

      • Salam,

        Pakatan Rakyat baru 3 tahun.

        Dalam isu arak dan pekerja islam yang terlibat dengan arak
        Kerajaan Selangor ada wujudkan Tabung Insaf utk mereka boleh
        berdikari membuka perniagaan sendiri tanpa melibatkan arak.
        Tiada pusat hiburan baru diluluskan sejak PR memerintah
        Selangor. 51 tahun BN perintah Selangor tu yang banyak dan
        melimpah-limpah pusat hiburan dan jangan juga kerajaan BN
        di bawah PEMANDU-Idris Jala pernah mencadangan Malaysia jadi hub hiburan utk tambah pendapatan negara. Adakah benda itu KIV atau ditalkan , kita tak tahu.

        Kalau nak tengok pencapaian mendaulatkan islam PAS , pergi
        tengok Kelantan yang dah 21 tahun PAS perintah.

        BILLBOARD IKLAN Perempuan pun kena pakai tudung. Maksiat
        pula sangat kurang.

      • Sdr Nazri,

        Patutla bila saya tengok dalam blog kickdefella nightclub di Kota Bahru hidup macam negeri lain aje…dan kedudukannya tak jauh dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan hanya kira2 400-500 meter aje.
        Sial rujuk Ops Johnson dalam kickdefella. Nak kata fitnah ke? Videonya ada sekali…itu belum cerita pendedahan pasal pelacuran sebelum ni…Saya sedih!!

      • orang lama suka ambil isu yang kecil-kecil..jadikan bahan hujah… tidak nampak isu pokoknya…yang diranting-ranting pun boleh jadikan hujah membela dan mempertahankan UMNO…tak dapat bezakan antara bidang tugas persekutuan dan negeri…balik mengaji la…

    • Sdr Ismail Petra,

      Sdr janganlah fikir Islam tidak Islamnya sesuatu hanya atas nama, oleh kerana PAS parti Islam maka tahaluf dengan DAP pun dianggap Islamik walaupun kesannya membahayakan umat Islam. Sebab itu saya katakan oleh kerana PAS ini dapat nama Islam maka secara sub conciousnya penyokong2 PAS ni merasakan apa saja tindakan PAS adalah Islamik walaupun intinya jauh dari Islam. Jadi tidak hairanlah Sdr menyinga bila saya kata tahaluf UMNO-MCA-MIC lebih Islamik dari tahaluf PAS-DAP. Saya katakan begitu dalam konteks UMNO sebagai parti orang Islam DOMINAN dalam tahaluf itu sedangkan PAS yang mewakili orang Islam TIDAK DOMINAN dalam tahalufnya. Susah sangat ke nak faham.

      Tahaluf ini soal memelihara kepentingan orang Islam, itu pokok ceritanya. Kalau PAS bertahaluf dan tidak akan memelihara kepentingan orang Islam malah membahayakan kedudukan orang Islam….dimana Islamiknya wahai saudara ku!!

      Kenapa saudara phobia sangat tentang ketuanan Melayu ni? Tidakkah konsep ketuanan Melayu inilah yang telah memelihara orang Melayu yang miskin, tidak berpendidikan, tinggal diluar bandar sedangkan bangsa pendatang tinggal dibandar, kaya dan mendapat kemudahan yang ist class dibandar pada masa itu. Bagaimana mereka boleh bersaing dipadang yang tidak rata itu….jika tidak ada kuasa politik yang mantap untuk memajukan mereka. Kekadang saya hairan puak2 PAS ni mengomok2an ketuanan Melayu tapi dalam masa yang sama orang Cina yang memperjuangkan permerkasaan bangsa mereka tidak dijadikan sebagai ancaman kepada survival bangsa Melayu yang juga orang Islam.
      Agaknya bagi puak2 PAS ni untuk mudahkan cerita…nak jadikan Malaysia Maju…serahkan aje kuasa ni pada puak2 Cina ni…pasti Malaysia akan jadi maju malah lebih maju dari Singapura kerana kita punya kelebihan natural resource. Tapi apa akan jadi pada nasib bangsa Melayu Islam. Pastilah akan merempat di tanahair sendiri sebagaimana yang dialami oleh pribumi di Indonesia sekarang dimana yang menguasai ekonomi mereka adalah orang Cina yang tidak sampai 5% itu.
      Ingatlah perkara dhoruri dalam Islam bukan memelihara agama sahaja seperti yang difahami oleh puak2 Pas ni tetapi juga memelihara aqal, zuriat, harta dan nyawa.
      Tolonglah luaskan sedikit ufuk pemikiran tu…jangan tertumpu kepada label Islam sahaja tetapi substancenya tidak ada!

      • orang lama…itulah yang UMNO sedang buat..sedang menjual negara kepada org2 cina untuk kemajuan negara… melayu UMNO hanya menjadi pak turut kepada kaum cina..isu PKFZ, isu FEEDLOT, ISU PERWAJA, ISU MAS, ISU AP dan sebagainya.. berkuasa politik ibarat boneka seperti tuduhan saudara terhadap pemerintahan PERAK (DAP dan PAS)..

        Kalau saudara nak merujuk kepada ketuanan melayu, mai saya kenalkan dan saudara ingat UMNO telus untuk membantu melayu? haprak la boleh dikatakan…hanya untuk kepentingan peribadi…isu rasuah bermaharajalela……..yang miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya…itulah sistem kapitalisme yang meresap….saudara suka merujuk kepada ketuanan melayu..sejauh mana ketuanan melayu itu? seperti kata mahathir rasuah telah meresap jauh dan terus membusuk dalam UMNO.. orang yang menyokong hanya diberi sepihan-sepihan kekayaan.

        saudara merujuk dominan UMNO sebagai parti orang ISLAM? saya pun dah terang dari awal…sekadar dominan tapi tidak memberi manfaat kepada kepentingan ISLAM..hnya menggunakan ISLAM untuk kepentingan peribadi…

        saya tidak phobia pada ketuanan melayu tetapi corak pemerintahan BN yang mencorak cina dibandar dan melayu diperkampungan sejak 50 tahun…itukah yang dinamakan ketuanan melayu mengikut pendapat saudara kesan rasuah yang meresap jauh dalam UMNO dan BN…sungguh bagus pemikiran macam ini..patutlah UMNO untung dan selesa kerana wujud pemikiran seperti saudara..

  28. 50tahun pemerintahan UMNO tidak boleh disalahkan sangat sebab memang UMNO landasan perjuangan yg utamanya bukan utk mendaulatkan islam.

    perlu diingat PAS juga bukan baru..sudah 50tahun juga ditubuhkan..tapi apa yg berjaya ditunjukkan? jangan kira bila bergabung dgn DAP dan PKR baru kita nak kira kewujudan PAS..jgn ambil sirah tak kena pada konteksnya saudara..

  29. itulah masalah bila nasionalisme menebal dan meresap jauh melebihi kepentingan ISLAM……berjayalah perancangan yahudi dan nasrani sejak kejatuhan khalifah…terlalu sayangnya melayu sampai menafikan kepentingan dan dakwah kepada yang cina…terlalu pentingnya melayu sampai mengatakan bahawa ISLAM hanya tertegak dengan melayu….kalau nak dikatakan bangsa yang mulia adalah bangsa Quraish, rasulullah yang paling layak mempertahankan kaumnya namun begitulah sebaliknya….

    saudara hanya melihat kejayaan UMNO dan menafikan PAS kejayaan memerintah..dengan peruntukkan yang disekat oleh puak UMNO, PAS berjaya mengwujudkan sebuah negeri yang mendaulatkan ISLAM…berbeza dengan johor..boleh saudara bandingkan antara JOHOR DAN KELANTAN yang majoritinya melayu dan ISLAM..ingatlah memang PAS dah 50 tahun wujud tetapi belum sekali PAS memegang tampuk pemerintahan negara. mengapa masih nak bandingkan antara UMNO yang telah lama berkuasa dan memegang kuasa negara tetapi tidak melaksanakannya berbanding PAS hanya parti yang berkuasa negeri shj dan terhad? ibarat bermain di padang yang tidak rata…

    saudara hikmah..kalau saudara dah tahu UMNO tidak memperjuangkan atau mendaulatkan ISLAM…mengapa masih bersama dengan UMNO? masih mempertahankan UMNO…mengapa dan terus mengapa?

    • apela saudara ni.bila pulak sy kata sy bersama dgn umno?emo betul..

    • Sdr Ismail Petra,

      Sayangkan bangsa tidak salah malah disuruh oleh Islam, dan dimana pula saya ada kata tak perlu dakwah pada Cina ni…yang saya ingat saya ada katakan lebih utama didakwah pada UMNO dulu…sebab mereka saudara kita sesama Muslim, perlu kita utamakan untuk membetulkan mereka…janganla saudara masukkan saya kedalam UMNO yang telah tercemar dalam persepsi saudara.

      Saya setuju isu2 Perwaja, Mas dan semua yang sdr sebutkan itu memang ada masalah tapi takkan nak selesaikan masalah tu saudara nak bagi kat DAP untuk memerintah….kalau gitu lebih baik bagi kat PAP memerintah…lagi maju Malaysia.

      Pun begitu sdr kena seimbangkan juga kejayaan kerajaan manaikkan taraf hidup orang Melayu…sebagai contoh semasa tahu 1970 dulu bilangan profesional Melayu hanya tak samapi 5%, tapi sekarang dah melebihi 45%. Bagi saya ini satu kejayaan UMNO mengujudkan golongan menengah Melayu…..jangan nampak yang rasuah tu aja…yang rasuah tu kita mintalah MACC ambik tindakan…biarkan undang2 berjalan….apa masalahnya.

      Sdr kena adil menilai….janganlah kerana terlalu benci kepada UMNO maka yang baik dia buat pun sdr pejam sebelah mata…tapi bila Nga Kor Ming kutuk orang UMNO hitam metalik, haram jadah…saya tengok orang Pas yang hadir boleh gelak2 mengiyakan….kekadang saya terfikir…PAS ni parti Islam ke???

      • itulah masalahnya bila yg menegur PAS semuanya dilabel puak2 umno la penulis upahan umno la.mcm xboleh nak ditegur langsung.ibarat contoh yg saudara ismail bg sblm ni iaitu kalau sy ada adik yg x pandai,xkan nak salahkan bapa sy kan?kat situlah jiran sebelah rumah, cikgu2 skolah atau ringkasnya masyarakat kena mainkan sama.dah kalau org2 pas sendiri xboleh tegur parti mereka, NGO mainkan peranan.jgn pulaklah kita nak marah jiran kita menegur anak kita buat salah.ibarat kita kata kat jiran tu, diamlah kau ini keluarga aku, kau apa tahu? Biarlah anak aku nak jadi apa pun…

      • terima kasih atas nasihat yang diberi…kita hanya membahaskan hujah-hujah namun segala keputusan terpulang kepada pimpinan masing-masing tidak kira PAS atau UMNO…. walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kesuburan ISLAM dan memberi kesedaran pada rakyat Malaysia bertapa indahnya ISLAM di negara ini melalui peranan masing-masing tidak kiralah ahli politik, NGO mahupun orang awam…ingatlah berbuih saudara berhujah disini namun sekiranya hujah kita ini menjadi asas kepada pengundi untuk menentukan pilihan, maka wujud saham kita di akhirat sana.. mohon maaf sekiranya tersilap kata atau menyinggung mana-mana pihak…dan akhir kalam ingatlah perbezaan pendapat itu satu hikmah kepada ummat ISLAM…..

  30. Sdr pembaca sekelian,

    Saya sertakan satu artikel yang menarik untuk dibaca dan difikir2kan tentang nasib umat islam jika ianya benar2 berlaku:

    Perang Proksi – Bagaimana DAP Tewaskan Melayu
    by Sheih on December 6, 2011
    Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.
    DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79%% dan menguasai 11% atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayunya antara 50-59%.

    Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.

    Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU akan datang. Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR.

    Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.

    Oleh yang demikian, di dalam PRU ke 13 akan datang, paling banyak DAP akan dapat menguasai 40 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.

    DAP amat arif mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai proksinya.

    Maka PRU 13 akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%. Di dalam PRU ke 12 lalu didalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.

    Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.

    Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.

    Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.

    DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.

    Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat. PAS bagaimanapun akan kekal sebagai parti terkecil di dalam Pakatan Rakyat dengan hanya 30 kerusi atau lebih. UMNO pula akan menjadi pembangkang dengan 59 ke 69 kerusi.

    DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.

  31. Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

    Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

    Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

    Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

    قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158

    158. Katakanlah: “Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk.”

    Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

    Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

    Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

    Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :

    وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد

    38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

    Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

    Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:
    .

    (Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

    Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

    Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

    Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

    Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

    Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

    Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

    Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

    Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

    Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

    Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

    Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

    Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

    Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

    Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus.

    Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

    PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

    Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

    PRESIDEN PAS
    Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

  32. PETIKAN SURAT PRESIDEN PAS
    ISLAM DIDAHULUI, MELAYU BERSAMANYA…..

    Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

    Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

    Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

    Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

    قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158

    158. Katakanlah: “Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk.”

    Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

    Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

    Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

    Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :

    وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد

    38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

    Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

    Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:
    .

    (Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

    Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

    Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

    Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

    Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

    Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

    Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

    Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

    Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

    Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

    Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

    Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

    Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

    Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

    Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus.

    Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

    PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

    Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

    PRESIDEN PAS
    Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
    http://presiden.pas.org.my

  33. […] Penyelesaian Saya…Penyelesaian Saudara? […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: