Posted by: aminuddin | 14/11/2011

Teh Tarik

Beberapa hari yang lepas saya sempat ketemu dengan beberapa orang rakan.Biasalah bila berjumpa kawan2 ni maka tidak ada tempat lain nak diziarahi melainkan kedai mamak. Sebab itulah agaknya kedai mamak ni laku sakan.

“Mamak, teh tarik satu !”

“Mamak teh tarik kurang manis satu !”

“Mamak teh tarik susu kambing satu !”

“Mamak teh tarik panas satu, kaw punya tau !”

“Mamak bagi saya teh tarik kurang manis tapi lebih susu !”

Begitulah kawan2 saya mengorder minuman. Macam2 jenis teh tarik. Mamak pulak tak pernah kata tak ada, semua ada. Yang hairanya dia tak menyalin pun order tapi boleh ingat semua jenis minuman. Apa yang dia buat didapur, kita tak tahu. Sedar2 dalam masa 5 minit saja semua jenis teh tarik sampai ke meja.

Sambil menghirup teh tarik kami bersembang dengan pelbagai tajuk, maklumlah masing-masing nak melepaskan keletihan setelah bekerja seharian suntuk. Macam-macam tajuk yang dibualkan. Ada kalanya kami ketawa ada kalanya kami agak serius. Ada juga yang sibuk dengan Blackberry.

Tak terlepas dari perbincangan kami ialah tentang isu politik. Mungkin sudah menjadi lumrah orang Melayu suka besembang tentang politik dan nasib yang akan dihadapi oleh bangsa Melayu pasca PRU13. Rata-rata melahirkan kegelisahan tentang kedudukan umat islam dengan kemunculan pelbagai isu yang melibatkan aqidah umat. DUMC, Seksualiti Merdeka dan yang akhir sekali isu penyembelihan korban yang dibangkang oleh pihak bukan islam. Semua ini menampakkan desakan yang semakin hari semakin berani oleh puak bukan islam seolah-olah ia sesuatu yang disengajakan. Belum reda lagi DUMC dah timbul Seksualiti Merdeka dan mereka nak umat islam hentikan penyebelihan lembu korban ditempat2 awam. Lebih malang ada pula pemimpin Melayu yang seolah-olah menghalalkan semua perbuatan ini.

Kawan-kawan saya ini boleh dikatakan pengundi atas pagar. Mereka tak memihak kepada mana2 parti tetapi lebih melihat kepada siapa yang membawa lebih banyak kebaikkan kepada islam. Mereka tidak terlibat dengan mana2 NGO islam, atau mana2 gerakan islam tetapi sebaliknya mereka ini adalah rakyat biasa yang cintakan islam. Namun apa yang berlaku sejak akhir2 ini memang membingungkan mereka sehingga mereka tidak tahu lagi nak undi siapa. Bagi mereka UMNO bukan pilihan. Namun mereka juga bimbang dengan kedudukan PAS yang bertahaluf dengan DAP yang jelas menentang islam. Sehungga kini mereka masih mencari2 jawapan.

Saya dapat merasakan bahawa ramai diluar sana yang mempunyai perasaan sedemikian. Mereka memang sudah mual dengan UMNO tetapi untuk memilih PAS mereka mula ragu kerana dominasi DAP dalam PR. Semakin hari DAP semakin menguatkan cengkamannnya sehingga semakin ramai orang Melayu, tanpa sedar, telah dipengaruhi oleh DAP. DAP sedang menyediakan bakal2 MB orang Melayu disetiap negeri. Akhir sekali ialah dengan kemasukkan beberapa orang Melayu di N9 yang katanya jika DAP menang banyak kerusi maka mereka akan melantik orang Melayu ini jadi MB sedangkan mereka yang memainkan peranan dibelakang.

Ini membuatkan saya terfikir bagaimana nak tangani isu kekeliruan umat islam ini. Ada beberapa teman yang saya temui ditempat lain sudah menyatakan bahawa mereka mungkin tidak akan keluar mengundi kali ini kerana tak tahu yang mana satu baik untuk islam. Saya sangat bimbang kerana jika suasana ini berlaku maka akan ramai orang Melayu tidak keluar mengundi sedangkan orang Cina secara keseluruhannya sudah bertekad untuk merubah kerajaan. Ertinya kemungkinan kita akan menyaksikan ramai DUN dan MP yang diwakili orang Cina.

Bagi orang yang berpandangan bahawa apa salahnya kalau pemimpin kita seorang Cina, jika beliau adil? Kepada golongan ini, saya nasihatkan harus berfikir dengan lebih panjang dan matang. Jangan terlalu mengikut2 emosi. Sekali pandang mungkin ia tak membawa apa2 implikasi kepada agama islam tetapi jika dilihat dengan lebih dalam maka mereka akan dapati akan bermulalah segala kerosakan budaya dan agama dalam masyarakat. Tidak ada manusia yang kufur dengan Allah ingin melihat hakimiah Allah diperkasakan walaupun mereka dilihat seolah2 “adil”.

Sambil menghirup teh tarik panas, fikiran saya melayang memikirkan bagaimana nasib umat islam nanti. Berapa marai lagi umat yang mempunyai perasaan seperti ini? Mereka seolah-olah duduk ditengah2; nak telah mati emak nak diluah mati ayah. Entah macamana saya secara sepontan mengusulkan supaya orang Melayu bersatu sebagai penyelesaiannya.

Tiba-tiba saja mereka terdiam. Mungkin kerana sebelum ini mereka tak pernah terfikir soal penyatuan ini kerana terlalu tenggelam dengan polimik pergaduhan UMNO & PAS. Selepas beberapa ketika, ada yang mengangguk, ada yang masih termangu keliru, ada yang memberi sokongan penuh. Saya hanya membiarkan suasana itu  berlalu smabil menghabiskan teh tarik saya yang semakin sejuk tu.

Apa yang saya boleh simpulkan bahawa kerisauan rakyat dibawah sana sangat benar. Saya rasa saya tidak jauh tersasar kalau saya katakan ramai rakyat Melayu islam yang menunggu2 penyatuan ini demi agama dan bangsa. Saya harap penyokong PAS dan penyokong UMNO harus berhenti sejenak bertelagah dan mula memikirkan secara serius kerisauan umat ini.

Yang pasti, mimggu depan kami akan jumpa lagi dikedai mamak untuk menyambung cerita teh tarik !!!


Responses

  1. Jalan cerita perbincangan begini mesti penyokong2 Pas tak suka sebab mereka mati2 rela bergabung dengan DAP demi mendapatkan kuasa walaupun Islam impian PAS disekat untuk dilaksanakan…..hinggakan PAS dan DAP “agree to disagree” dalam hal nak laksanakan Islam….tapi MENOLAK kesatuan sesama Islam (dibaca UMNO/PAS). Bila di slogankan Melayu Sepakat Islam Berdaulat…maka melalaklah puak2 ni kata ini slogan Jahiliyyah….mana boleh main bangsa2 ni…Islam aje…tapi BERPAKAT DENGAN DAP KONGSI KUASA…..boleh pula…..aaaaargh!!! Pening saya memikirkannya!!!!

  2. Kepada pembaca2 sekalian, saya suka menarik perhatian saudara2 kepada artikel yang saya sertakan ini sebagai bahan renungan kita bersama…..selamat membaca:

    SIASAH SYARIAH DALAM RELIGIO-POLITIK MALAYSIA*
    Oleh Ismail Mina Ahmad
    ISMAIL MINA AHMAD, Pengarah Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah: Siasah Syariah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia.

    Akhir-akhir ini, banyak wacana berkaitan dengan siasah syariah dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan juga parti politik. Ini adalah perkembangan keilmuan yang baik.

    Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), sebuah NGO dakwah Islam juga ingin memberi sumbangan ke arah memahamkan masyarakat mengenai siasah syariah dari perspektif ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah dengan merujuk kepada realiti Malaysia dewasa ini, yang mana kedudukan agama Islam dicabar serta kuasa politik ummah berpecah dan terhakis.

    Kecenderungan mewacanakan siasah syariah ini secara aktif sekarang dapat dilihat dari dua faktor. Pertama, faktor terdesak, yang dicetuskan oleh sekumpulan orang yang mahu menguasai kekuasaan politik semata-mata kerana politik kekuasaan.

    Kumpulan kedua pula, berteraskan faktor fundamental, yang mahu memelihara keutuhan dan penerusan ajaran Islam yang murni dan mahu memelihara maruah umat Islam melalui instrumen kekuatan dan kuasa politik umat. Kedua-dua kelompok melihat betapa pentingnya kuasa politik.

    Wacana mengenai siasah syariah, tidak dapat dipisah dari memahami Maqosid Syariah. Maqosid Syariah mempunyai enam dasar atau usul yang dinamakan Usul al-Sittah iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara harta, memelihara keturunan dan memelihara maruah. (Sesetengah ‘ulama’ membahagikan kepada lima sahaja).

    Kebetulan pula, dalam syariat Islam, ada konsep siasah syariah yang luas, maka golongan Salibiah dari kalangan musuh Islam terutamanya Yahudi dan Kristian menjumpai medan baru untuk melanyak umat Islam atas nama perbincangan ‘ilmiah’ pada hal berniat untuk permurtadan.

    Maka wacana siasah syariah ini melalui pasangannya Maqosid Syariah digunakan semahu-mahunya oleh mereka dengan menjadikan orang atau pemimpin beragama Islam yang ghairah untuk kekuasaan, sebagai alat.

    Maka kelompok ini dengan fahaman sapere aude, menghuraikan siasah syariah dan Maqosid Syariah dalam rangka pemikiran tersebut untuk tujuan mencelaru dan memesongkan pemikiran umat Islam dengan slogan-slogan dan retorik diabolik.

    Melalui huraian diabolik ini, yang lari daripada prinsip atau qawaid Fiqah dan sistem pemahamannya, mereka sebenarnya merosakkan epistemologi Islam. Inilah tujuan dan kehendak golongan Salibiah kerana akan memudahkan kerja memesongkan hala tuju umat Islam dan syariah dari ajaran dan kehendak Islam sebenar.

    Mereka bukan bertujuan untuk memelihara agama Islam, tetapi mempunyai niat, agenda dan tujuan peribadi dan kelompok yang amat diabolik.

    Seperti termaklum, salah satu usul atau dasar Maqosid Syariah ialah memelihara agama. Dalam konteks memelihara agama ini ialah memelihara agama Islam, agar tidak diseleweng, dihakis dan dimasuki anasir perosak.

    Bagi kelompok Liberalis-Pluralis, mereka lebih menekankan betapa penting memelihara agama bukan Islam, yang sesetengah dari kelompok ini mewujudkan biro khas untuk memelihara agama bukan Islam.

    Kelompok Liberalis-Pluralis ini amat prihatin dan sibuk menjadi penjaga agama bukan Islam dan membiarkan ‘akidah umat Islam tercemar dan terhakis seperti ternyata dalam sikap mereka kepada ‘Perhimpunan Sejuta Umat’ baru-baru ini.

    Sebab itu kita dapati, keluar dari mulut dan tulisan mereka dengan nada sinikal kepada program tersebut yang antaranya mereka berkata gejala pemurtadan ini tidak serius. Ini bermakna mereka rela permurtadan tetapi jangan ramai sangat! Na’uzubillah.

    Seperti semua umat Islam yang beriman ketahui, motif perhimpunan tersebut bertujuan untuk mengingatkan umat Islam betapa gerakan Salibiah ini beroperasi secara agresif menyerang umat Islam.

    Keberanian mereka itu adalah kerana semacam mendapat pengiktirafan daripada orang yang mengaku membela Islam, yang mengaku membangun bersama Islam, yang mengaku sebagai jurubicara umat Islam, tokoh pencerahan Islam dan macam-macam dakwa diabolik lagi.

    Mereka inilah yang berpusu-pusu menjunjung perhimpunan Bersih yang tiada justifikasi ‘Akidah dan Siasah serta Maqosid Syariah dan mereka berbangga pula berada di bawah naungan orang bukan Islam yang amat jelas menentang Islam dan dengan tegas membela orang Islam yang murtad dan mempertahankan aktiviti seksualiti bebas.

    Dalam lingkungan memelihara agama, termasuklah mengurus dan menjaga segala kepentingan dan kebaikan syariah dengan optimum yang menyangkut kedudukan ajaran dan umat Islam. Kedudukan agama Islam di Malaysia, sudah ada orang dan kumpulan yang berani mencabarnya.

    Ia bukan sahaja datang dari orang bukan Islam tetapi juga dari orang yang mengaku sebagai Islam, walaupun jelas kedudukannya dalam Perlembagaan Malaysia. Maka untuk menyekat badai ini, maka mekanismenya ialah memperkukuhkan kuasa politik umat Islam kerana ia merupakan salah satu instrumen terpenting dewasa ini di Malaysia.

    Untuk tujuan tersebut, yakni untuk mengekal kekuasaan politik umat Islam, tidak lain, melainkan menurut perintah al-Quran seperti yang disebut terdahulu ialah Perpaduan umat dan hindari perpecahan.

    Adalah sesuatu yang amat tragik dalam konteks politik semasa Malaysia, terdapat parti-parti politik berlumba-lumba memberi tawaran-jualan murah kepada pengundi, sehingga terhakis maruah politik dan menjadi ejekan bukan Islam.

    Bahkan ada sesetengah pemimpin politik yang beragama Islam menjual agama kepada bukan Islam dengan menyamakan Allah, setaraf dengan Tuhan sembahan orang bukan Islam.

    Perkara ini tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia selama ini. Barang diingat, mempertahankan ‘izzah dan kemuliaan institusi politik ummah dan menguasainya secara utuh merupakan salah satu saluran rahmat Allah SWT .

    Maka mekanisme siasah syariah dalam skema ajaran Islam Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang sebenar sahaja yang dapat menyelesaikan kemelut dan dilema religio-politik Malaysia dewasa ini. Ia dapat menjadi sarana penting, kerana ia merupakan suatu konsep dengan segala instrumen paling berwibawa untuk memperbaiki segala kualiti yang enam itu, seperti yang telah disebut di awal.

    *Kertas-kerja ini dibentangkan dalam Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah III: Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio Politik Semasa Malaysia yang diadakan pada hari Sabtu 16 Zulhijjah 1432/ 12 November 2011 di Moot Court, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT).

  3. mungkin boleh cuba bawa sembang hujah typical ni pula waktu next meeting di kedai mamak🙂

    ‘Asal bukan Umno’ untuk tuntut Umno berubah
    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 15 Nov: Rakyat Melayu Islam digesa jangan terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda ‘tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung’.

    Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, banyak penulisan kebelakangan ini daripada pemikir Melayu Islam yang meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

    “Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umnolah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

    “Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno. Namun, apa yang penting ialah ‘Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?” tanya beliau.

    Tuan Ibrahim berkata walaupun hujah di atas sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar namun beliau memberikan lapan hujah untuk direnungkan rakyat Melayu Islam sebelum membuat kesimpulan.

    Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah – sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

    Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

    Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

    Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

    Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

    Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

    Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?

    Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

    Untuk Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

    “Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?” tegas beliau.

    Tuan Ibrahim turut menyifatkan parti komponen BN masih mengamalkan pemikiran sempit dari era sebelum merdeka.

    “Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC,” kata beliau.

    Kini, kata Tuan Ibrahim rakyat negara dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka. Beliau turut mengingatkan hakikat bahawa kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia – ianya ketentuan Allah.

    “Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya,” terang beliau sambil bertanya, “Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?”

    Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam.

    “Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

    “Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa,” tegas beliau lagi.

  4. kalau sy korup, sy tahu nak salahkan pemimpin mana. kalau sy jenis yg suka mencari2 kesalahan orang, bercakap bunyi mcm kurang ajar, berkata kesat, dalam setiap hujah terselit kata2 menghina orang, sy rasa sy juga tahu nak salahkan pemimpin mana…

    something to ponder. kalau berterusan gini, tak kemana kita akhirnya orang melayu muslim ni.sy lihat ada juga orang muallaf yg terikut2 gaya mencaci maki org melayu yg korup.sy berasa sedih jika itulah hasilnya kesan dakwah mereka yg ‘memakai’ kopiah di kepala ini tunjukkan kepada yg bukan islam yg akhirnya jika mereka masuk islam pun, terbawa2 akhlak yg sama..

  5. Sdr hikmah,

    Saya quote kenyataan Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS….

    “Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC,” kata beliau.

    Kalau lah ini cara pemikiran pemimpin tertinggi PAS dan bertaraf ulama pula….apalah nak diharapkan dari yang lain2….dah sama macam Malaysian Malaysia tajaan DAP….dimana perginya PAS nak membela Islam dan kepentingan orang Islam? Akhirnya PAS akan tenggelam dalam Pluralisma dan Liberalisma tajaan Barat yang di pelopori oleh DSAI!!

    • benar sekali…itu yg kita tak nampak apa bezanya pas sekarang dgn umno dari segi perjuangannya (walaupun mungkin dari segi korupsi nya korupsi sifar yg mungkin benar)..tp jauh lebih dalam utk kita lihat ialah prinsip perjuangan itu sendiri, bukan masalah peribadi.

      ini yg orang ramai x faham.apabila kita menegur pas kita di claim menentang agama, melindungi perasuah. jauh sama sekali.kita tegur atas sebab kita sayangkan pejuang agama itu sendiri yg mana kita minta utk mereka terus tetap dgn pendirian mereka dan tidak menjadi kuda tunggangan prinsip2 jahiliyyah yg lain.merekalah harapan kita sejak sekian lama dulu utk menjadi pelopor pemimpin politik yg beragama, namun apalah lagi yg ada pada mereka jika mereka sudah kelihatan tidak lagi mampu utk berbuat demikian.di mana harapan yg harus kita letakkan sekarang?

  6. lagi perbincangan menarik, apa beza PoAM dgn 1 Malaysia?

  7. Sdr Hikmah,

    Kemunculan PoAM sebenarnya satu kesepakatan ala PAS+DAP+PKR yang mana matlamatnya untuk memperjuangkan apa yang di war2lan sebagai Civil Society….bagi yang bukan Islamis, manakala bagi yang Islamis mereka menamakannya sebagai Masyarakat Madani.
    Kita tahu puak2 bukan Islam yang bergabung dalam PoAM ini adalah golongan2 liberal yang mahu melihat Malaysia mengamalkan “keadilan” sosial dalam pengertian Barat. Kebanyakan mereka adalah NGO2 yangdiwujudkan dengan full backing dari Barat dengan muncul didalam berbagai bentuk…tapi matlamatnya sama iaitu mahu Civil Society versi mereka dominan dalam masyarakat Malaysia.
    Tapi yang lebih malang lagi ialah puak2 Islamis yang bergabung dengan mereka…punya mimpi lain2 namun tergamak tidor sebantal dengan puak2 liberal ini. Kita tahu mimpi Masyarakat Madani mereka adalah berdasarkan model Ikhwan Muslimin di Timor Tengah akan tetapi realiti masyarakat di negara2 seperti Mesir adalah amat berbeza dengan Malaysia kerana demogrfi mereka bersifat homogenous dan juga majoriti umat Islam adalah melebihi 80%. Kalau bertembung pun puak2 Islam tidak menjadi masalah sangat kebimbangan akan diambil kesempatan orang bukan Islam yang bersifat minoriti. Tapi di Malaysia situasinya adalah unik. Kita mempunya penduduk berbilang kaum dan penduduk Muslim/Melayu hanya 60%. Jika berpecah Melayu Muslim….40% bukan Melayu boleh menjadi dominan dengan mengadakan pakatan dengan mana2 pihak Muslim yang bertelagah.
    Jadi pada saya ramai Islamis yang tidak pernah mengambil kira realiti ini dan mengambil formula penyelesaian secara simplistik tanpa menyedari bahawa sikap mereka itu telah meletakkan kedudukan umat Islam dalam keadaan bahaya dan boleh didominasi oleh orang bukan Islam.
    Akhirnya kita dapati mereka telah melanggar banyak prinsip2 Islam yang amat asas seperti menyatukan ummat, lembut sesama muslim dan keras kepada orang kafir, mengutamakan muslim dari orang kafir dan tidak mengenali musuh yang sebenarnya.
    Saya nak nasihatkan golongan Islamis ini memikirkan kembali strategi dakwah mereka yang mana saya lihat tindak gerak yang begini seperti budak nakal yang tidak tau apa yang dia mau!!

    • orang lama mmg byk mkn garam.terima kasih krn sudi berkongsi..sy org muda kena byk lg membaca dari byk komen.tp sy akui sy mmg suka byk tanya.selalunya sy mmg ikhlas tanya sbb mmg nak tahu bukan sbb provokasi semata2.terima kasih atas penerangan

  8. sedapnyer teh tarik tu..

  9. tentang “melayu sepakat islam berdaulat”, saya terbaca sebuah artikel seorang student UIAM di Malaysiakini. saya kira pandangan sudutnya tentang isu ini agak berbeza, realistik, dan logik. apa pandangan saudara? saya rasa saudara tdk melihat dari sudut itu… http://www.malaysiakini.com/news/181922

  10. Kalaulah saya dapat berjumpa dengan orang-orang dalam ruangan ni… ‘orang lama’, ‘hikmah’, ‘Nazri’, dan lain-lain…pasti menarik.

    Siapalah mereka agaknya… hehe, ingin dengar terus dari mereka.

    • Salam,

      Saya tak pasti adakah saya “Nazri” yang di maksudkan. Kalau ya terima kasih diucapkan.

      Bagi saya pendapat kawan-kawan En Amin tu adalah kerana mereka
      belum mengkaji dengan details DAP, MCA dan Gerakan.

      Politik adalah “perception” bagi kebanyakan pengundi.

      Hanya segelintir sahaja pengundi yang mengkaji dengan details, dan megundi, berkempen berdasarkan maklumat secara details/meticulous

      Saya yang mengkaji politik secara details pun tersilap bahawa yang membuat perarakan pada tahun 1969 yang menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu adalah parti Gerakan, bukan DAP padahal orang-orang tua kampung saya di pinggir KL termasuklah arwah ayah saya mengatakan perarakan itu di buat oleh DAP.

      Suasana tidak tenteram pada tahun 1987 pula dimulakan oleh Tim Presiden MCA, Lee Kim Sai, tak semena-mena aktivis PAS dan DAP yang banyak disumbat ke ISA sedangkan Lee Kim Sai lari ke Australia.

      Kerisauan kawan-kawan En Amin kepada tahaluf-siasi PAS-DAP
      adalah sebab persepsi mereka pada DAP, padahal sama sahaja DAP-Gerakan dan MCA.

      Disebabkan serangan hebat UMNO kepada DAP jadilah persepsi DAP anti islam. Serangan PAS kepada MCA dan Gerakan tidak sehebat serangan UMNO kepada DAP. Lagipun media lebih dikuasai UMNO.

      W.A.

      • saudara nazri,

        apa beza DAP dgn PAP di singapore? apa kelebihannya kalau kita tahu yg DAP lebih baik dari MCA dan gerakan? atau anda nak kata DAP lebih baik dari UMNO kot?

      • Sdr Nazri,

        Point sdr DAP-Gerakan-MCA sama saja saya setuju dari beberpa sudut…umpamanya mereka memperjuangkan bangsa mereka Cina walau dimana mereka berada…..tapi kerisauan terhadap DAP dibandingkan dengan MCA dan Gerakan ada asasnya kerana kedudukan mereka didalam pakatan politik mereka….MCA-Gerakan dalam BN dan DAP dalam PR.
        Saya dah nyatakan sebelum ini dan saya nak ulangi sekali lagi…UMNO dalam BN sangat DOMINAN…sebab itu MCA-Gerakan boleh dijinakkan dibandingkan PAS dan PR TIDAK DOMINAN….MALAH DAP PALING DOMINAN DALAM PR SEKARANG jika diukur dari segi jumlah kerusi Parlimen…dimana DAP ada 29 kerusi, PKR 26 dan PAS cuma 23. Sedangkan jika kita bandingkan dalam BN…UMNO punya 78 kerusi…MCA 15 dan Gerakan 5.
        Ditambah dengan sikap DAP yang jelas tidak mau pada apa saja yang dinamakan Islam tak kira dari PAS ke atau NGO lain….nak tanya sdr Nazri…apakah kerisauan kawan-kawan En Amin kepada tahaluf siasi PAS-DAP tidak punya asas dan bukan cuma persepsi saja lagi?

        Kajian yang dibuat oleh ILHAM di Pulau Pinang baru2 ini menunjukkan orang2 Melayu di Pulau Pinang majoritinya merasakan mereka dipinggirkan oleh DAP. Dalam keadaan begini, apa yang PAS Pulau Pinang boleh buat untuk mengatasi masalah ini? Untung ke tahaluf siasi dengan DAP ni?

        Malah kelihatannya akhir2 ini UMNO seperti mau disudutkan oleh DAP+MCA+GERAKAN kerana diasak oleh PAS dan PKR….Cerdik ke orang Melayu berpolitik??

      • Orang Lama, Hikmah dan Nazri,

        Maksud saya ialah,
        Anda perlu maklumkan kepada pembaca tentang identiti anda.

        Sebab saya lebih selesa dengan pandangan “identified person”, bukan “anonymous”. Rasanya semua orang bersikap begitu.

        Beranilah sikit, sebagaimana beraninya statement anda di blog ini.

        Tapi, kalau ada sebab tertentu hingga tak boleh dedahkan identiti, tak apalah.

      • Sdr Bilal,
        Terima kasih atas saranan itu, tapi saya lebih selesa untuk remain anon…sbb diluar sana jurang pemikiran antara sesama kita agak jauh…jd bg yg mengenali saya tapi tahu cara fikir saya yg mngkn jurangnya jauh…dari segi hbgn mgkn boleh menimbulkan ketiakselesaan….itu sahaja…prinsip sdr itu saya akur…tmksh

  11. pemuda malaya,

    maaf kalau tidak keterlaluan sy ingin katakan yg penulisan yg anda refer tu sbg ‘tiada nilai’.ini kerana macam biasa, orang kebanyakannya hanya mampu utk membentangkan masalah2 yg sedang berlaku dan perbincangannya menjadi meleret2.tiada beza sy lihat artikel itu dgn artikel2 yg ditulis oleh blogger2 pro-umno atau pro-pembangkang.semua yg diceritakan hanyalah masalah yg diakibatkan oleh org lain tapi penyelesaiannya tak ada.

    bagi mencari penyelesaian, cuba jawap soalan sy, adakah islam akan berdaulat jika melayu tidak sepakat?

    • Salam Hikmah,

      Saya tak kata pun DAP lebih baik dari UMNO.

      DAP memang ada sejarah dengan PAP.

      Tapi PAS dah diwujudkan sebelum merdeka lagi.

      Pernah bergabung dengan UMNO tahun 1969, Semangat 46 dan lain-lain lagi.

      Sifir gabungan politik cukup simple, kena fikir worst case senario dan sila lihat sejarah PAS

      Kalau gabung dengan parti yang kuat dan besar macam UMNO -worse case senario – PAS akan dilumatkan macam tahun 1978.
      Kesian PAS dari parti yang besar jadi parti yang kecil.

      PAS pernah bergabung dengan Semangat 46 , bila 46 keluar daripada pakatan APU , PAS tetap kukuh dan makin kuat

      Kalau gabung dengan PKR dan DAP , diorang taklah sekuat mana, jadi kalau worse case senario pun PAS akan kukuh dan kuat kalau PKR dan DAP berpaling tadah, PKR tu harap ke Anwar je.

      W.A.

      • Sdr Nazri,

        Kalau sifir gabungan PAS-UMNO yang saudara fikirkan semata-mata kerana politik, saya rasa dari awal saya tidak mau bincangkan hal ini kerana bagi sya membuang masa. Tapi jika sifir gabungan di lihat dari sudut survival umat…maka barulah ada maknanya perbincangan kita disini.
        Saya pernah buat andaian worse case scenario sebelum ini dimana PR dapat simple majority dengan pecahan kerusi DAP 55, PKR 45 dan PAS 12 kerusi. Kalau ada orang kata amat tidak mungkin akan berlaku, saya nak katakan pengalaman PRU 2008 Negeri Perak (DAP 18kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi) membuatkan saya percaya jika PR menang dan menawan Putrajaya kemungkinan PAS jadi very junior partner dalam kerajaan PR Putrajaya AMAT MUNGKIN berlaku. Ini disebabkan orang Melayu kini menunjukkan tanda2 kembali kepada UMNO jika dibandingkan dengan 2008 dulu. Dikala itu apakah Sdr Nazri akan secara selamba seperti diatas nak katakan DAP dan PKR tak le sekuat mana.
        Soal lain kita tidaklah berkira sangat dengan bukan Islam ni…tapi kalau soal KUASA adakah kita nak selamba dan sambil2 tidak berkira sangat? Apakah dikala itu kita nak katakan lebih baik lah UMNO lumatkan PAS dari PAS dilumatkan oleh DAP!! Kesian kat umat Melayu/Islam!!
        Sdr kata sdr pengkaji politik…saya mohon…kajilah betul2…jangan selamba aje!!

  12. ok, naib presiden II ISMA dah jawap pun artikel tu: http://www.ismaweb.net/v4/2011/11/kesepakatan-melayu-langkaui-sempadan-politik/

  13. Mohon pandangan Ustaz bagi yang ini http://www.malaysiawaves.com/2011/10/surat-pembaca-kegagalan-himpun.html

    • Sdr anti murtad.

      Pandangan saya mudah aja, penulis memakai cermin mata hijau berlambang bulan purnama…..takde yang positif pada usaha orang lain walupun isunya sangat pokok didalam Islam….selari dengan kelegaan puak2 Kristian. DAP dan seumpamanya….akhirnya kita dapati isu yang amat pokok dalam Islam pun nak dilihat dari sudut politik kepartian yang sempit……banyak lagi cabaran menyatukan ummat ni…..

      • Salam Orang lama,

        Kalau PR dapat simple majority dengan pecahan kerusi DAP 55, PKR 45 dan PAS 12 kerusi. Saya yakin PAS tidak akan membentuk kerajaan dengan PR dengan kemenangan yang macam ni.

        Orang lama tak boleh samakan kes Perak sebab Perak tu hanya negeri , cuba ikuti issue 16 September yang dicanang Anwar.

        Hj Hadi memberi syarat supaya majoriti Ahli Parlimen mestilah orang-orang islam baru dia setuju dengan projek 16 September.

        Bila Anwar kata projek 16 September, dia tak cakap pun dia yang jadi PM.

        Sebuah fakta tak dinafikan , pejabat Ku Li dijadikan tempat pertemuan
        Projek 16 September.

        Tahun 2011, ini bila isu ni timbul semula oleh Raja Petra, wartawan tanya Ku Li, Ku Li suruh tanya Nik Azmi – orang kuat Ku Li, maknanya meeting projek 16 September tu memang ada.

        Rafizi PKR, Raja Petra Kamaruddin , blogger-plogger UMNO macam Big Dog pun bersama dalam meeting projek 16 September.

        jadi Projek 16 September tu memang ada asasnya dan jika menjadi,
        rasanya Ku Li akan jadi PM dan membawa ramai Ahli Parlimen UMNO dan majoriti ahli Parlimen orang islam berjaya dikekalkan.

        Kenapa bila Anwar tulis surat kat Pak Lah utk Parlimen buat undi tak percaya Pak Lah tak nak.

        Maknanya kalau PR menang pun nanti PRU 13 ,dengan majoriti Ahli Parlimen -orang-orang islam.

        W.A.

      • Saya baca apndnagan itu dengan terbuka walau saya sokong kempen anti murtad yang dijalankan. Saya rasa pandnagan yang diberikan adalah benar kerana saya lihat ISMA sejak kepen HIMPUN huingga sekarang sentiasa berterusan bercakap hal politik dan seolahnya dah nak jadi ahli politik dan mengambil sikap terlalu banya menyalahakan PAS. Itu yang saya tidak suka walau saya bukan sokong penuih PAS tapi saya tengok ISMA sekarang jadi satu ngo yg siang malam mengutuk PAS sahaja, dan suruh PAS kerjasama dengan uMNO, dan tinggalkan DAP.

      • saudara anti murtad, ada beza antara ‘mengutuk’ dan ‘menegur’.kita tegur tidak disertakan dgn caci maki pun mcm kebykn blogger2 yg x bertanggungjawab.kita masih tahu landasan2 syarak.menegur tu atas sbb kita sygkan agama ni saudara..kalau saudara baca ismaweb.net, tidaklah semua artikel2nya menegur pas semata2 sahaja..byk lg artikel2 lain yg ditulis ttg tarbiyyah dan sbgnya.sy pun sgt menyokong dasar perjuangan pas utk islam sbnrnya.ikhlas di sudut hati sy sy mmg nak pas yg memerintah.tp ia kelihatan mcm xmungkin dgn dasar yg diambil oleh pas skrg..oleh sbb itu kita nk minta pas berubah.

  14. Sdr Nazri,

    Sekali lagi saya nampak saudara terlalu simplistik dalam membuat andaian sikap PAS dalam keadaan dia perlu mengambil sikap menjaga kepentingan orang Islam. Pengalaman di Perak 2008, bilamana PAS diminta untuk bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak dimana PAS di tawarkan kerusi MB….PAS lebih rela bersama DAP, itupun by chance PAS ditawarkan kerusi MB sebab Kerusi tersebut mesti orang Melayu Islam ikut perlembagaan Perak. Dalam keadaan genting begitu…dan dinasihatkan oleh Mufti Perak…Pas masih berdegil mahu bertahaluf bersama DAP walaupun orang bukan Islam menjadi dominan. Cuba kaji pecahan kerusi DUN Perak….dari 59 kerusi…ada 38 kerusi Melayu, dan 22 kerusi Bukan Melayu. Tapi dek kerana kerusi Melayu 26 kerusi dimenangi UMNO, 6 dimenangi PAS dan 5 dimenangi PKR, 18 kerusi DAP dapat menguasai 6 dari 10 kerusi Exco Negeri. Adakah sikap PAS ini menguntungkan orang Islam?
    Saya tau apabila ditanya pada PAS pusat maka depa serahkan pd Us Ahmad Awang Pesuruhjaya Negeri buat keputusan….banyaklah cerita pahit selepas itu…hanya yang tau saja tau!!
    Saya nampak permusuhan PAS dengan UMNO yang melampau membuatkan PAS hilang pertimbangan kepentingan Ummah bila diperlukan.
    Ini cerita 16 September ni dah jadi bahan sejarah…yang bagi saya is a stupid project yang di buat oleh seoarang yang kononnya berpegang kuat kepada demokrasi tapi melanggar amalan2 demokrasi tanpa segan silu. Bukankah Karpal Singh mengkritik DSAI dan suruh dia letak jawatan apabila projek itu gagal??
    Saya taulah ceritanya…saya selalu berada dirumah Anwar masa tu!!

    • Ada di rumah anwar masa tu….yer ke ni…hehe

      Mmg Orang Lama hebat dlm bab ramalan future kerusi….macam Ahli nujum la pulak…

      Lebih hebat lagi boleh baca isi hati orang mukmin lain dengan maksiat2 yg bakal dilakukan….macam…..

      Go Nazri Go🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: