Posted by: aminuddin | 07/12/2011

Apa yang nak di di rubah?

Beberapa hari yang lepas saya berkesempatan berjumpa dengna kawan-kawan satu sekolah rendah dulu. Gembira bukan kepalang kerana dah 37 tahun kami tidak berjumpa, sedar-sedar masing-masing dah menampakkan rambut putih. Kalau dulu berbicara pasal kerja sekolah sendiri tapi sekarang kami berbicara pasal sekolah anak-anak pulak. Ada juga yang dah nak dapat menantu. Yang lebih nolstagik ialah pertemuan kami diadakan disekolah rendah yang kami sama-sama menimba ilmu. Jelas sekali setelah 37 tahun meninggalkan bangunan sekolah tersebut  pelbagai perubahan telah berlaku.

Bangunan tempat kami bermain guli sudah diruntuhkan dan dibina sebuah bangunan lebih tinggi. Padang pada tempat kami berlari-lari semasa rehat kini sudah tiada lagi tetapi sebaliknya didiami sebuah bangunan yang menempatkan kelas darjah bagi manampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Perasaan sedih ada juga, gembira pun ada juga. Sedih kerana tempat2 yang menjadi kenangan sudah tiada tetapi gembira kerana sekolah telah banyak berubah dan menampakkan kemajuan yang begitu menggalakkan.

Perubahan Satu Kemestian

Bercakap pasal perubahan, ia bukan sesuatu yang perlu dibincangkan kerana ia adalah perkara yang pasti dan tidak mungkin boleh ditolak. Baik pada diri manusia itu sendiri maupun pada alam maya ini. Ia adalah fitrah yang perlu bagi meningkatkan keiltizaman manusia terhadap kehendak dan tuntutan Allah swt. Daripada tidak baligh kepada baligh, dari tidak berilmu kepada berilmu, daripada tidak faham menjadi bertambah faham.

Dalam masa yang sama juga alam persekitaran juga perlu berubah bagi menampung perubahan kepada manusia itu sendiri kerana jika tidak akan berlaku kepincangan dalam hidup. Mana mungkin manusia yang sudah berilmu akan berkayuh menaiki sampan menuju ke Mekah atau ke England.

Perubahan Politik

Begitu juga dengan politik. Arus perubahan yang berlaku didunia kini tidak memungkinkan negara kekal dengan ideologi dan pentadbiran lama. Kehendak dan kecenderungan generasi Y tidak boleh disamakan dengan Generasi X. Maka sebab itu kita dapat melihat keruntuhan demi keruntuhan terhadap beberapa negara Arab yang bermula dari ketidak puashatian rakyat terhadap sistem pemerintah lama yang mengekalkan sistem kuku besi atau pendewaan kepada pemerintah. Secara ringkasnya pemimpin negara yang gagal berubah pasti akan dirubah oleh rakyat sendiri.

Ini satu kepastian !!!

Apa yang perlu di ubah?

Nah persoalannya sekarang, apa yang perlu di ubah ?

Dalam keghairahan untuk kita membuat perubahan, kita perlu mengetahui apa yang kita nak ubah dan apa yang harus dikekalkan dan kita perlu mengenepikan segala bentuk emosi. Jika tidak maka perubahan akan hanya membawa kesengsaraan yang berpanjangan.

Apabila mendengar dan membaca pelbagai ucapan dan komen dari kedua2 pihak, BN & PR, boleh dikatakan tajuk yang mendominasi perbincangan hanyalah sekitar rasuah dan salah guna kuasa. Ringkasnya, semua berbentuk maddi. BN cuba menarik hati rakyat dengan mengemukakan pelbagai projek transformasi ekonomi. Manakala PR juga menjanjikan pelbagai perubahan kepada ekonomi dan pendapatan rakyat jika berjaya menawan Putrajaya. Siang malam rakyat dimomokkan dengan isu duit, harta dan kuasa. Seolah-olah kedua2 pihak tidak sedar bahawa maddi jugalah punca kejatuhan tamadun manusia. Jika BN dikatakan akan jatuh disebabkan harta kekayaan maka tidak hairan PR juga tidak akan berjaya merubah kehidupan rakyat jika sekiranya ia bertunjangkan perubahan hanya dalam kontek harta dan wang ringgit.

Pembangunan Aqidah

Jika didengar ucapan di perhimpunan UMNO dan PKR, hampir tidak ada yang membicarakan soal pembangunan aqidah dan akhlaq umat. Yang ada hanya bidas membidas dan mainan emosi. Kalau adapun yg memperkatakan soal aqidah, hanya sepintas lalu, ala kadar. Tidak kerangka projek memperkuatkan pegangan rakyat kepada agama islam.

Senario ini sangat membimbangkan seolah2 kedua2 pemimpin Melayu sudah hilang punca tentang hakikat perubahan. Yang lebih membimbangkan ialah jika ini kemudiannya menjadi keyakinan dan pegangan kepada umat islam keseluruhannya. Walhal R saw telah menunjukkan dengan jelas dan terang akan metod perubahan. Dimana penasihat2 agama BN dan PKR?

Kebimbangan saya terbukti apabila baru-baru ini saya melihat rakaman ceramah seorang ahli politik islam begitu memuji dan kagum dgn pimpinan bukan islam yang di lihat menjejaki langkah S Umar Ibn Aziz (SUIA) dlm konteks menjaga hak rakyat. Alasannya, ekonomi rakyat bertambah baik ! Alangkah ceteknya penilaian beliau. Bagaimana pemantapan aqidah yg dibawa SUIA? Kenapa tak dibcgkan?

Kesimpulan

Sebagai umat islam, kita wajib mempertahankan aqidah. Tidak ada kompromi. Penilaian kita harus berasaskan yang ini maka baru kita dapat menilai perubahan bagaimana yang perlu kita ambil. Jika tidak, maka samada BN atau PR yg memerintah ia tidak menjanjikan apa2 kebaikan kepada umat.


Responses

  1. Hj Amin, sekolah yg dimaksudkan tu sek keb jalan bahagia ke?

    • YA

  2. Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

    Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

    Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

    Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

    قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158

    158. Katakanlah: “Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk.”

    Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

    Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

    Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

    Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :

    وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد

    38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

    Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

    Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:
    .

    (Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

    Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

    Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

    Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

    Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

    Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

    Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

    Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

    Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

    Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

    Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

    Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

    Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

    Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

    Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus.

    Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

    PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

    Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

    PRESIDEN PAS
    Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
    http://presiden.pas.org.my

    • Sdr Ismail Petra,

      Terima kasih atas kenyataan TGHH tu, cuma saya musykil, bila kata Islam didahulukan mengapa pula PAS boleh menganggap UMNO yang terdiri dari orang Islam sebagai musuh No. 1 sedangkan dalam masa yang sama bersekongkol dengan DAP (yang bersifat anti Islam) untuk berkongsi kuasa dalam Pilihanraya…tidakkah awal2 lagi kenyataan itu telah bercanggah….
      Agaknya inilah yang ada dalam kepala Dr Hasan Ali dan Ust Nasha yang dipertikaikan kesetiaan mereka kepada halatuju PAS sekarang!!

      • Islam ni pada nama ke amalan? Iman tu cuma di lisan jer ke….Ingat dah jelas bab tu…nak tengok pemimpin umno berdebat bab hudud Allah? dah tengok??….ke tak tahu menahu…lebih teruk kalau buat2 tak tahu…sorry yer…ni dtg dr mulut celupar dia sendiri…carilah di youtube mashitah dan hudud…

        Sama mcm Soi Lek jer…kata orang Islam

        Islam didahulukan Melayu mengikut….slogan yang jelas dan tepat…Pendekata melayu (w/pun by perlembagaan kata melayu itu islam) itu kemudian sbb yang penting Islam yang dijulang itu dahulu…kalau melayu itu julang Islam barulah mrk melayu yang ada class!…baru PAS akan menyusul bersama…selain tu….sorry

  3. Salam Orang lama,

    Mungkin kenyataan Hj Hadi panjang sangat sebab tu Orang Lama tak faham;

    Ni jawapan kepada soalan orang lama drp kenyataan Hj Hadi;

    PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

    • Kepada sdr nazri,

      Saya cut and paste sebahagian kenyataan Ustaz Nasharudin Mat Isa kepada Berita Harian berkaitan dengan kemelut yang melanda PAS sekarang….(yang saya rasa sama dengan apa yang saya hujahkan tentang PAS selama ini)

      Dalam temu bual terbaru ini, Nasharudin menambah, PAS sebagai organisasi Islam telah dan harus konsisten dengan wajah Islam.

      Katanya, jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan.

      “Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti.

      “Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya,” katanya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

      Kata Nasharudin, PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik.

      “Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak.

      “Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu,” kata beliau.

      Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai “kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan.”

      “Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil,” katanya lagi.

  4. orang lama,

    tak perlu saudara musykilkan . sebenarnya di luar sana terdapat puluhan ribu atau lebih dari itu orang yang macam ismail petra ni, kalau boleh bagi mereka ni yakin bahawa selain dari Rasulullah SAW adalah tidak maksum termasuk juga TGHH , TGNA , TGHT dan lain2 lagi , lebih2 lagi yang dalam sof UMNO, itu pun teramat baik dah kalau mereka boleh yakin .

    agaknya mereka ini kurang faham kot, bahawa umat islam di malaysia ni bukannya tak sayangkan perjuangan islam PAS, bukannya tak sokong PAS, bukannya tak hurmat pada ulama’ malah umat islam seluruhnya sentiasa mendoakan untuk umat islam yang lain .

    tetapi
    umat islam amat keliru dengan perjuangan PAS kini, amat tidak selesa dengan persepakatan PAS dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan orang islam yang lain .umat islam sebenarnya lagi la tak percaya kepada DAP dan PKR untuk memelihara islam , bagaimana umat islam nak sokong PAS yang sepakat dengan mereka .

    mahukah pemimpin2 PAS ????
    kelak nanti dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti, jika sekiranya runtuhnya islam di Malaysia kerana PR memerintah, kerana PAS bersepakat dengan mereka , seperti tidak berdaulatnya islam di Singapura apabila diperintah oleh Yahudi Asia Tenggara yang menjadi qiblat kepada pemimipin DAP yang dijulang oleh PAS. bahkan pemimpin2 PAS ini akan menanggung dosa seluruh umat islam yang mengikut mereka untuk meruntuhkan islam dengan memberi undi kepada PR.

    sahibul fadilah amat2 kecewa dengan PAS mengeluarkan umat islam melayu Pulau Pinang dari mulut harimau lantas menghumban mereka masuk ke mulut buaya .

    bersediakah PAS untuk bertanggungjawab dihadapan Allah nanti ?

    • Terima kasih sdr sahibul fadilah atas komennya,
      Cuba kita perhatikan secara keseluruhan kenyataan TGHH diatas, semuanya menyalahkan UMNO dalam segala hal….takkanlah tak ada langsung yang baiknya di negara ini yang UMNO dah buat. Jika kita tengok negeri2 yang di perintah oleh PAS tidak ada yang istimewa pun untuk membezakan dengan negeri2 yang diperintah oleh UMNO. Malah with due respect to PAS, negeri Kelantan dikabarkan paling tinggi pengidap HIV di Malaysia. Itu kalau kita nak cari salah…macam2 kita boleh tafsirkan. Tapi apakah kita ni cume nak cari salah semata2 dan kita lupa bahawa tugas kita sebagai orang Islam ialah memastikan Islam itu sentiasa berada diatas dan mempunyai ‘izzahnya.

      Saya nak tanya sdr Nazri,

      Sdr bercakap soal keadilan…adil untuk semua dan menjaga hak masing2 secara adil…ADIL yang saudara maksudkan itu memakai neraca siapa…dan apa pemahaman KEADILAN yang saudara maksudkan itu.? Adakah maksudnya SAMA RATA seperti yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR dimana mereka merasakan kelebihan yang diberikan oleh Perlembagaan Negara kepada orang Melayu/Islam dianggap TIDAK ADIL dan slogan MALAYSIAN MALAYSIA menjadi asas perjuangan mereka.
      Saya percaya saudara akan megatakan PAS memperjuangkan KEADILAN ISLAM…kalau begitu mengapa BERSEKONGKOL DENGAN DAP?

      Sdr juga bercakap soal mengajak UMNO bermuzakarah..dan seolah2 UMNO ni tak nak…tapi saya lihat sekarang PAS lah yang JUAL MAHAL dan lebih suka berkawan dengan orang kafir dari sesama Islam. PAS kena sedar diri lah…keahliannya cuma tak sampai 1.5 juta, sedangkan keahlian UMNO adalah 3.5 juta…jadi jika dilihat dari segi saiz…wajarlah hormat sikit pada UMNO ni….Dalam keadaan begitu PAS berangan dengan slogan PAS ganti UMNO….saya nampak macam tak lojik slogan begini memandangkan PAS ini cuma parti yang pengarunnya bersifat kedaerahan di kawasan Melayu sahaja dan tidak menyeluruh diseluruh negara….jadi jaganlah berlagak kuat sedangkan pada realitinya PAS tidaklah sekuat mana…

      Satu lagi saya nak nyatakan….ISLAM ini bukanlah barang dagangan politik. Islam terlalu mulia sifatnya dan melangkau sikap politik PAS maupun UMNO. Islam mempunyai prinsip2nya yang jelas…berteraskan AQIDAH, PERSAUDARAAN ISLAM, KESATUAN UMAT, DAN KEADILAN MENURUT NERACANYA TERSENDIRI IAITU MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYA!!

  5. Ramai lagi tidak memahami matlamat dakwah dan strategi dakwah. Kene kuasai goal setting skills baru tahu kita nak berubah ke arah mana. Kalau tak, umat kita saling bertelingkah sape naik kete mane, van mane, sape van laju lagi padahal wisel dah berbunyi dan org lain yg hatta naik basikal pun dah nak sampai matlamat. Kita masih berselisih dengan kaedah/strategi, tersekat di tgh jalan. Banyak cakap kene lagi banyak amal. Cakap banyak kurang amal xde integriti. Sekadar nasihat utk diri saya juga. Kenapa tidak kita bincangkan kepentingan umat daripada sibuk mempertikaikan strategi org yg nak membantu umat. Tapi pada masa yang sama kita sayang sebab itu kita tegur utk kebaikan dan kepentingan umat dan bukan kepentingan parti/organisasi semata2. Tp teguran itu juga berhikmah dan pada masa yg sama kita juga BUAT benda sama. Dan bukan hanya menegur dan kita duduk goyang kaki. Umat kita perlu bangkit drpd diperkotak katikkan. Jom kita bincang masalah dan kita sama2 usaha utk mengubah keadaan umat kita. Wallahualam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: