Posted by: aminuddin | 17/12/2011

Apabila Singa menjadi Kijang

Mendengar berita hari ini tentang penarikan novel Interlok dalam silibus sekolah benar-benar mengecewakan hati saya. Apa tidaknya, buku ini telah ditulis oleh bukan sebarangan orang tetapi seorang Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Sudah pasti apabila beliau menukilkan tulisan tersebut ia mempunyai nilai-nilai karya yang kaya dan indah. Adakalanya hanya penulis2 saja yang dapat memahami akan keindahan sesebuah karya. Buku ini yang telah digunakan selama 20 tahun  tetapi kenapa sekarang ia berbunyi? Kenapa sekarang ia dibantah? Kenapa pula ahli2 politik Melayu samada UMNO atau PAS tidak berbunyi?

Implikasi kepada peristiwa ini bukan hanya terhenti setakat novel Interlok tetapi ia melambangkan:-

1. Kelemahan pihak pemerintah orang Melayu islam sehingga terpaksa akur dengan kehendak kaum lain. Anehnya apabila kerajaan zaman Tun Razak melancarkan dasar pendidikan negara dan bahasa kebangsaan dalam usaha untuk menyatukan umat, bangsa lain tidak pulak hendak akur malah mereka bantah dan mempertahankan sekolah venecular mereka. Mereka ingin kekalkan sistem pendidikan dan budaya mereka tersendiri sehingga ke hari ini. Kerajaan terima atas dasar kebebasan kaum.

2. Perpecahan umat islam yang semakin melebar sehingga tidak ada yang berani berdepan dengan satu kaum yang hanya merangkumi 5% penduduk negara. Memang benar kata R saw, umat islam ibarat buih; banyak tetapi tidak ada kekuatan. Hanya mengikut arus. Kebangkitan Hindraf yang hanya terdiri dari beberapa ribu orang sduah cukup menggegarkan kerajaan di bawah Pak Lah maka kini Interlok pula mengeggarka kerajaan Najib.

3. Jika ini mereka berjaya, tidak mustahil mereka juga akan mendesak untuk kerjaaan merubah perlembagaan yang memberikan keutamaan kepada Bumiputera dan agama islam dan SAYA SANGAT-SANGAT YAKIN PEMIMPIN POLITIK MELAYU AKAN MENYOKONGNYA atas dasar “KEADILAN”. Kita tunggu masanya.

4. Orang islam sudah tidak ada lagi kuasa wewenag untuk membuat keputusan. Semua harus dirujuk dan diambil kira perasaan orang lain sedangkan orang lain tidak pernah sedetik pun memikirkan perasaan umat islam. Mana maruah kita? Apa guna kuasa jika tidak ada wewenang dalam membuat keputusan? Keadilan Islam bukan hanya tertakluk kepada isu rasuah, kronism, nepotism tetapi yang lebih besar HAK KEBEBASAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.

5. Apa saja berkenaan orang Melayu kini dicabar hatta sejarah negara. Kini sudah ada yang mengatakan bahawa Tanah Melayu pada asalnya adalah sebuah negara kristian, orang Melayu juga pendatang dan pelbagai lagi. Malangnya tidak ada pemimpin Melayu yang bangkit mempertahankannya. Ada pulak yang mengatakan; kita perjuangkan islam bukan Melayu. Bagi saya kenyataan ini lahir dari seorang yang sangat daif baik dari segi ilmu maupun dari segi politik. Ilmu; kerana R saw sendiri tidak menghalang sifat mencintai bangsa sendiri. Politik; kerana Melayu membawa erti islam sebagaimana yg tercatit dalam perlembagaan. Menjaga Melayu ertinya tidak secara langsung menjaga islam.

Banyak lagi kalau ingin ditulis implikasi keputusan Interlok ini. Yang jelas pemimpin Melayu yang mendakwa mereka seperti seekor singa yang garang tetapi kini dilihat tidak lebih dari seperti seekor kijang yang jinak.


Responses

  1. Benar tuan, tapi semua pihak masih tak nak mengaku. Hidung tinggi.

  2. Tidak sukar untuk di buat kesimpulan, perpecahan rang Melayu Islam menjadi punca kerajaan tidak mampu bertegas untuk melaksanakan usaha menyatukan masyarakat Malaysia.
    Sebenarnya isu orang2 India merasa tersinggung dengan kata2 yang dikatakan menghina mereka bukanlah sebab utama bukan Melayu menentang Interlok ini, kerana kerajaan telah meminda bahagian yang dikatakan sensitif itu walaupun ianya merosakkan citra kreativiti karyawan yang menulis novel tersebut.
    Isu sebenarnya ialah orang2 bukan Melayu tidak mahu anak2 mereka di fahamkan bahawa nenek moyang mereka adalah ‘pendatang’ ke negara ini satu masa dulu. Dengan itu realiti bahawa Orang Melayu adalah penduduk asal negara ini dan segala dasar seperti DASAR AFFIRMATIF UNTUK PRIBUMI yang ditentang mereka selama ini akan dapat difahami oleh anak2 mereka.
    DAP, MCA, MIC dan parti2 bukan Melayu menentang isu ini kerana agenda mereka yang jelas. Tapi PAS seperti berada dipihak mereka hanya semata2 ianya datang dari kerajaan UMNO dan ianya wajib ditentang walaupun ianya demi kepentingan orang Melayu Islam dibuminya sendiri. Bagitulah “bijak” nya PAS berpolitik.

  3. saya menyokong penuh pandangan orang lama setelah saya membaca novel tersebut.

    yang jelas sekarang , PAS punca kekeliruan umat islam di malaysia kini, PAS juga punca perpecahan kesatuan ummah umat islam melayu di malaysia , PAS juga ego dengan pandangan mereka, isu terkini PAS, PAS juga membuka pekung mereka sendiri, kononnya bagi mereka adalah penapisan (tamhis) dalam perjuangan mereka , tapi sebenarnya mereka telah menyimpang jauh dari matlamat asal perjuangan islam dengan mengutamakan pandangan akal mereka mengatasi wahyu al-quran ( surah al-Mumtahanah) dalam isu tahaluf mereka dengan DAP,

    mana mungkin lagi umat islam berharap kepada PAS untuk memperjuangkan islam di Malaysia , mereka sendiri pun tidak terpimpin masakan nak memimpin ummat .melainkan mereka (PAS) turunkan ego mereka dan kembali semula kepada al-quran dan sunnah .

    kita umat islam melayu Malaysia masih boleh lagi berharap kepada ngo islam untuk bangkit mempertahankan islam dan hak2 kita .biarkan mereka orang politik dengan kepentingan parti politik mereka , nanti apabila mereka sudah tidak ada jawatan , kuasa dan rm mereka akan lari sejauh yang mungkin .

  4. […] Aminuddin Yahaya, Timbalan Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Filed in: Warkah […]

  5. Sedarlah MELAYU ISLAM. JANGAN JADI KULI DI TANAH AIR SENDIRI. BERSATULAH SEPERTI MANA ORANG BUKAN PRIBUMI BERSATU SUPAYA KITA KUAT DAN BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN TANPA CAMPURTANGAN YANG LAIN!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: